Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

PEMUDA MULIA, MASA DEPAN TERPELIHARA

Tarikh Dibaca :

19 SYAWAL 1443H/
20 MEI 2022M

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Khutbah Jumaat Pemuda Mulia, Masa Depan Terpelihara

PEMUDA MULIA, MASA DEPAN TERPELIHARA


19 SYAWAL 1443H / 20 MEI 2022

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬
‫ه‬ َ ْ ‫َ ُ ُ ه َ ه‬
﴾ ‫جيم‬
ِ ‫ان الر‬
ِ ‫﴿ أعوذ بِاَّلل ِ مِن الشيط‬
ٗ ُ ۡ ُ َٰ َ ۡ َ ۡ َ ْ ُ َ َ ٌ َ ۡ ۡ ُ ‫ۡ َ ه‬ ُ َ َ َ َ ۡ َ َ ُّ ُ َ ُ ۡ ‫ه‬
١٣ ‫َّنن نقص عليك نبأهم ب ِٱۡل ِق إِنهم ف ِتية ءامنوا بِرب ِ ِهم وزِدنهم هدى‬
ِ ‫الله َُّم ص‬
‫َل‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّلا الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬
َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬
.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع َ َّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ َّاتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dinaungi rahmat
dan kasih sayang Allah SWT di dunia dan di akhirat. Pada hari ini, khutbah akan
membicarakan tajuk “Pemuda Mulia, Masa Depan Terpelihara”.

Suka saya mengingatkan agar kita bermuhasabah diri untuk mengekalkan momentum
istiqamah dengan tekun mengimarahkan masjid, mengeratkan ukhwah silaturrahim, di
samping melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Al-Quran telah memberikan teladan kepada seluruh manusia dengan merakamkan kisah
beberapa pemuda yang istiqamah dengan prinsip kebenaran, teguh memelihara
keimanan dan benci kepada maksiat dan kemungkaran. Pemuda-pemuda ini digelarkan
sebagai ashabul kahfi yang mana Allah SWT merakamkan pujian terhadap mereka dalam

1
Khutbah Jumaat Pemuda Mulia, Masa Depan Terpelihara

Surah al-Kahfi ayat 13 lantaran keimanan mereka sebagaimana dibacakan pada


permulaan khutbah tadi yang bermaksud:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar;


sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan
kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk”.

Al-Quran juga merakamkan beberapa kisah tentang betapa teguhnya keimanan dan
ketakwaan para Nabi dan Rasul dalam menghadapi ujian duniawi sebagaimana Surah
Yusuf menceritakan tentang Nabi Yusuf yang teguh menjaga kehormatan dirinya dalam
usia mudanya. Nabi Ibrahim pula berani menghancurkan berhala dalam melawan
kesyirikan serta banyak lagi kisah lain yang patut diambil pengajaran. Selain itu, beberapa
tokoh sahabat Rasulullah SAW wajar dijadikan contoh teladan seperti Zubair bin al-
Awwam, Talhah bin Ubaidillah, Saad bin Abi Waqqas dan ramai lagi generasi contoh dari
kalangan orang muda.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Ketika dalam tempoh usia muda, seseorang itu memiliki potensi yang luar biasa.
Semangatnya bergelora dan meluap-luap, sentiasa timbul rasa ingin tahu dan ingin
mencuba. Bahkan dalam proses seseorang pemuda itu mencari jati dirinya yang sebenar,
terkadang ada sebahagiannya tersilap langkah menyebabkan mereka terjebak dalam
perkara maksiat dan terjerumus dalam dosa. Maka, oleh sebab itulah mereka sangat
memerlukan kepada bimbingan dan nasihat, serta contoh teladan yang baik.

Sehubungan itu, Khutbah Jumaat pada hari ini akan menumpukan beberapa pesanan
kepada golongan pemuda dalam memastikan mereka sentiasa berada di landasan yang
benar dan diredhai Allah SWT.

Pertamanya, menuntut ilmu. Tidak dapat disangkal lagi bahawa ilmu merupakan suatu
asas utama bagi setiap manusia bagi menempuh jalan kehidupan atas dunia ini. Tanpa
ilmu, manusia tidak dapat membezakan antara yang hak dan yang batil. Dengan adanya
ilmu, lantas manusia dapat bertindak menurut garis sempadan yang telah ditetapkan oleh

2
Khutbah Jumaat Pemuda Mulia, Masa Depan Terpelihara

syara’ dan undang-undang negara. Para pemuda perlu memanfaatkan usia muda dengan
bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan.

Kedua, memelihara agama dengan bersungguh-sungguh. Wajib bagi setiap Muslim


termasuk pemuda untuk memelihara pegangan agama dalam diri bagi memastikan
kehidupan mereka tidak goyah dengan sebarang bentuk ujian dan godaan. Kemantapan
agama dalam diri juga merupakan tanggungjawab utama dalam memelihara syiar agama
Allah yang suci.

Ketiga, memilih kawan yang benar. Kesilapan memilih kawan menjadi punca kepada
seseorang itu terjerumus ke lembah kebinasaan. Rasulullah SAW juga memberikan
perumpamaan kepada para pemuda tentang kawan yang baik dan kawan yang buruk
sepertimana disebutkan dalam hadis Abu Musa al-Asy’ari, dari Nabi SAW, baginda
bersabda: “Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang buruk seperti pembawa
minyak wangi dan tukang besi. Pembawa minyak wangi boleh jadi akan memberimu
wangian atau kamu membeli wangian darinya atau kamu mendapatkan bau harum
darinya. Sedangkan tukang besi boleh jadi akan membakar bajumu atau kamu
mendapatkan bau yang tidak sedap darinya”. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Kesilapan memilih kawan juga menyebabkan seseorang itu menjadi sangat menyesal di
hari akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam Surah al-Furqan ayat 28-29:
‫ۡ َ ۡ َ ۡ َ َٓ ََ َ ه‬
ُ‫لش ۡي َطَٰن‬ َ ‫هَ ۡ َ َ ه‬ ٗ َ ً َُ ۡ ‫َ َََۡ ََۡ َۡ َ ه‬
َٰ ‫يَٰويل‬
‫ لقد أضل ِِن ع ِن ٱلِكرِ بعد إِذ جاء ِِن ۗ وَكن ٱ‬٢٨ ‫ت َلت ِِن لم أَّتِذ فَلنا خلِيَل‬
ٗ ُ َ
َٰ َ ‫ل ۡ ِِۡل‬
٢٩ ‫نس ِن خذوٗل‬

Maksudnya: “Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia
itu menjadi sahabat karib! "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan
peringatan (al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa
mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)”.

Keempat, Rasulullah SAW mengingatkan supaya memperelokkan akhlak sesama


manusia. Sabda baginda:

3
Khutbah Jumaat Pemuda Mulia, Masa Depan Terpelihara

َّ ‫ق‬ ِ ِ ‫ و َأَ ت ْب‬، َ‫ق الله حَي ْثُم َا كُن ْت‬


َّ ‫ِع‬ ِ
‫ن‬
ٍ َ‫حس‬
َ ‫ق‬
ٍ ُ ‫اس بِ خُل‬
َ ‫الن‬ ِ ِ ‫ وَخ َال‬، ‫حه َا‬
ُ ْ ‫حسَن َة َ تَم‬
َ ْ ‫السي ِئ َة َ ال‬ َ ِ ‫ا َّت‬
Maksudnya: “Bertakwalah kepada Allah di mana jua engkau berada. Dan ikutilah
keburukan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan bergaullah
sesama manusia dengan akhlak mulia”. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Pemeliharaan akhlak merangkumi akhlak seluruh anggota sama ada percakapan,


penglihatan dan perbuatan. Emosi dalam fasa pemuda diketahui sebagai meluap-luap
dan bergelora. Lidah misalnya, jika tidak dikawal dengan baik, akan mengeluarkan
perkataan yang tidak elok dan seterusnya menyebabkan perselisihan dan kesan yang
lebih buruk sama ada kepada diri mahupun kepada orang lain. Pada pandangan pula,
pastinya memerlukan mujahadah dan kecekalan yang tinggi lebih-lebih lagi dalam zaman
yang terdedah dengan fitnah dan ujian. Para pemuda sama ada lelaki dan wanita perlu
menjaga pandangan mereka dan memelihara aurat dari menjadi bahan perhatian antara
satu sama lain.

Nabi SAW ditanya tentang kebanyakan yang menyebabkan manusia masuk syurga.
Baginda SAW menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”. Dan ketika ditanya
tentang kebanyakan yang menyebabkan manusia masuk neraka, maka Baginda SAW
menjawab: “Lidah dan kemaluan”.1

Saya ingin membacakan sebuah hadis Rasulullah SAW yang telah memberikan
peringatan yang sangat menginsafkan kita. Sabda Nabi SAW:

‫س ع َنْ عُمْرِه ِ فِيْم َا‬


ٍ ْ ‫ل ع َنْ خَم‬
َ َ‫ل قَدَم َا اب ْ ِن آدَم َ يَوْم َ ال ْق ِيَامَة ِ م ِنْ عِنْدِ ر َب ِه ِ حَت َى يُسْأ‬
ُ ‫ل َا ت َز ُ ْو‬

‫ل ف ِي ْم َا‬
َ ِ ‫ن اكْ تَسَب َه ُ و َف ِيْم َا أَ نْفَق َه ُ وَم َاذ َا عَم‬
َ ْ ‫أَ ف ْنَاه ُ وَع َنْ شَبَابِه ِ ف ِيْم َا أَ ب ْلَاه ُ وَع َنْ م َالِه ِ م ِنْ أَ ي‬

َ ‫عَل ِم‬

1
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi, al-Bukhari, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibban, dan al-Hakim.
4
Khutbah Jumaat Pemuda Mulia, Masa Depan Terpelihara

Maksudnya: “Tidak akan bergeser kedua kaki anak Adam pada hari kiamat dari sisi
Tuhannya, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa
dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana
dia dapatkan dan dalam perkara apa (hartanya tersebut) dia belanjakan serta apa-apa
sahaja yang telah dia amalkan dari ilmu yang dimilikinya”. (Hadis riwayat Imam al-
Tirmidzi, al-Tabrani)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kejayaan masa depan sesebuah negara bergantung kepada eloknya keadaan generasi
pemuda dan belia sesebuah negara. Golongan inilah yang menjadi tonggak kepada
pembangunan dan kestabilan negara. Justeru, golongan belia ini berperanan untuk
memperkukuhkan jati diri agar tidak hanyut dan lemas dalam perkembangan teknologi.
Oleh sebab itu, pentingnya membina jati diri golongan ini bermula dengan menanamkan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT sebagaimana dinyatakan daripada empat
pesanan tadi. Pemuda yang mantap iman dan ibadahnya inilah yang dijanjikan oleh
Rasulullah SAW untuk mendapat naungan Allah SWT di hari akhirat kelak.

Justeru, bersempena dengan Hari Belia Negara Tahun 2022 pada 15 Mei yang lalu, saya
ingin menyeru kepada semua golongan pemuda (belia) khususnya dan Jemaah sekalian,
untuk terus menuntut ilmu, memantapkan keimanan dan ketakwaan, mentaati perintah
Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya serta memperbanyakkan ibadah dan
melaksanakan aktiviti kebaikan yang mampu menyumbang kepada agama, masyarakat
dan negara. Semoga dengan lahirnya pemuda yang beriman dan bertakwa, berilmu
pengetahuan, serta berkeperibadian unggul, masa depan negara terus terjamin dan
terpelihara berada dalam kestabilan yang mampan dan kesejahteraan yang holistik.
Insya-Allah.

Sebagai penutup, saya ingin mengulangi empat nasihat utama yang disebut dalam
khutbah pada hari ini:
Pertama: Tuntutlah ilmu ketika usia muda sebagai bekalan menjalani hidup yang penuh
cabaran.
Kedua: Bersungguh-sungguh memelihara dan menjaga pegangan agama dalam diri agar
tidak goyah dengan sebarang godaan.

5
Khutbah Jumaat Pemuda Mulia, Masa Depan Terpelihara

Ketiga: Pilihlah kawan yang dapat mendorong kita untuk dekat dengan Allah SWT dan
menjauhkan kita dari sebarang kemaksiatan dan kemungkaran.
Dan keempat: Perelokkanlah akhlak sesama manusia.

Maka, di sini perlunya kepada seluruh masyarakat terutamanya umat Islam untuk sama-
sama membentuk jati diri mukmin yang teguh iman dan takwanya serta istiqamah
melaksanakan amal ibadah dan seterusnya menjadi contoh teladan kepada generasi
pelapis. Renungkanlah Firman Allah SWT dalam Surah Maryam ayat 59:
ًّ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ َ َٰ َ َ ‫ۢ َ ۡ ۡ َ ۡ ٌ َ َ ُ ْ ه َ َٰ َ َ ه َ ُ ْ ه‬ ََ َ َ
٥٩ ‫ت فسوف يلقون غيا‬ ِ ‫۞فخلف ِمن بع ِدهِم خلف أضاعوا ٱلصلوة وٱتبعوا ٱلشهو‬

Maksudnya: “Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan


sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan
menghadapi azab (dalam neraka)”.

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫ات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَفَعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬،‫ن الْعَظِي ِْم‬
ِ َ ‫ن الْآي‬ ِ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ َّ َ ‫ل م ِن ِ ْي وَمِنْك ُ ْم تِلَاو َت َه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم‬ َ ‫و َتَق ََّب‬

ِ َ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو‬


،‫ات‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬
ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬ َّ ُ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر‬


ِ ‫الر‬

6
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Pemuda Mulia, Masa Depan Terpelihara‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫َالصلَاة ُ و َّ‬ ‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َّ‬‫اَلْحم َْد ُ ل َِّله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫و َأَ ْ‬
‫أن سَيِد َنَا مُح ََّمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ َّ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّ‬
‫لا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا الله َ ح ََّق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ َّن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫ه ه َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱَّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ِالصلَاة ِ و ََّالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب َّ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫ه ََٰٓ َ ُّ َ ه َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ ۡ َ َ ُ ْ َ‬
‫ب ي يأيها ٱلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا بَارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬
‫الرا ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ْض َّ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫َّ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫َالص َّحة ِ و َّ‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫حاجه عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان‬
‫إسكندر الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات ب ِر َ ْحمَت ِ َ‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ‪.‬‬ ‫يَا أَ ْر َ‬

‫‪7‬‬
Khutbah Jumaat Pemuda Mulia, Masa Depan Terpelihara

،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬ َّ
.َ‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
،َ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِين‬، َ‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
َّ
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬َ َ ‫ل كَل ِمَت‬ِ ْ ‫ و َأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ َ َ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح‬
َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َال ْف ِتَن‬ َّ
.ٌ ‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر‬ َ ‫ ِإ َّن‬،ً ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة‬ ِ ‫ وَم ِنْ بل ُ ْد َا‬،ً ‫َاصة‬ َّ ‫ م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ‬،َ‫وَم َا بَطَن‬
َ ‫حم‬
َ ‫ يَا أَ ْر‬،‫ وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‬،‫ و َالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ و َالْجن ُ ُون‬،ِ‫ن الب َرَص‬ َ ِ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب‬
َ ِ‫ك م‬ َّ
َّ
.َ‫الرا ِحم ِيْن‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau
ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan
rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah,
bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah,
salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat
kami mengadu dan memohon pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan yang
berpanjangan. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah
mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid. Sesungguhnya
hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.
َّ َ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َاب‬
.ِ‫النار‬ َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً و َف ِي الْآ‬ ُ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،ِ‫عِبَاد َ الله‬
َ ُ ۡ َ ٓ َ ۡ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ُ ۡ َٓ َ ۡ ۡ َ ۡ َۡ ُ َُۡ َ‫ه ه‬
َٰ
ِ‫۞إِن ٱَّلل يأمر ب ِٱلعد ِل وٱ ِۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنكر‬
َ ‫ُ ُ َ ه ُ ََ ه‬ َۡۡ َ
٩٠ ‫غ يَعِظك ۡم ل َعلك ۡم تذك ُرون‬ ِ ‫وٱۡل‬
‫ و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬،ْ‫ و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُم‬،ْ‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُم‬
.َ‫ و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُون‬،ُ ‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر‬

Anda mungkin juga menyukai