Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK

Tarikh Dibaca:

13 JAMADILAKHIR 1444H/
6 JANUARI 2023M

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Menjadi Insan Yang Lebih Baik

MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK


6 JANUARI 2023 / 13 JAMADILAKHIR 1444H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

﴾‫الرجِيم‬ َّ ‫ن‬ َّ ‫ن‬


ِ ‫الشيْطَا‬ َ ِ ‫﴿أَ ع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬
ََ ََ َ ً َ َ َۡ َ َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ ۡ َ َ َُ َ ٌَ ۡ ُ َ
َّٰٖ‫لَع‬ ّّٖٖ‫ّللَّٖجِيعاّٖۚإِنّٖٱّلل‬
ّٖ ‫تّٖبِكمّٖٱ‬
ِ ‫تّٖأينّٖماّٖتكونواّٖيأ‬ ِّٖ ‫ّٖفٱستبِقواّّٖٖٱۡلير‬ ّٖ ۖ ‫ِكّٖوِجهةّٖهوّٖمو ِّلها‬
ّٖ‫ول ل‬

َ َ ُ
ّٖ ١٤٨ّٖٞ‫َّٖشءلّٖق ِدير‬
ۡ ‫ك‬
ِ

ِ ‫الله َُّم ص‬
‫َل‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِب َاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع ََّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ َّاتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam
naungan Allah SWT. Khatib mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian
kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang lagha
(sia-sia) seperti berbual-bual atau menggunakan telefon. Perkara ini bertepatan dengan
peringatan dari Nabi Muhammad SAW yang bersabda:

‫ك ش َئ‬
َ ْ ‫ْس لَه ُ ف ِ ْي جُم ُع َتِه ِ تِل‬
َ ‫وم َنْ لَغ َا فَلَي‬

Maksudnya: “Dan sesiapa yang melakukan sesuatu yang lagha, dia tidak mendapat
bahagian daripada Jumaatnya itu”. (Hadis riwayat Abu Daud)

1
Khutbah Jumaat Menjadi Insan Yang Lebih Baik

Tajuk khutbah pada hari ini ialah: “Menjadi Insan Yang Lebih Baik”.

Sebelum itu, khatib juga ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian agar terus istiqamah
mengimarahkan masjid, surau dan majlis-majlis ilmu, serta saling berpesan antara satu
sama lain dalam usaha menyeru melakukan kebaikan dan memberi peringatan dalam
mencegah sebarang bentuk kemungkaran. Marilah kita sentiasa bertaubat memohon
keampunan dari Allah SWT dan bermunajat kepada-Nya memohon petunjuk, pertolongan
dan perlindungan. Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam kalangan hamba-Nya
yang dikasihi dan diberkati.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Setiap perbuatan yang kita lakukan ketika hidup di dunia ini ada hubung kaitnya dengan
kehidupan kita di akhirat kelak. Kita tidak dapat lari dari perbicaraan dan
pertanggungjawaban atas setiap ucapan dan tindakan yang telah dilakukan di dunia ini.
Oleh sebab itu, kita mesti sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik dari sehari ke sehari.
Perintah Allah SWT juga mengingatkan kita untuk mempersiapkan diri menghadapi masa
depan sama ada masa di depan di dunia dan lebih-lebih lagi hidup di akhirat nanti.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Israa’ ayat 36:


‫ۡ ٌ َ َ ۡ َ َ ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ ُّ َ َٰٓ َ َ َ َ ۡ َ ۡ ا‬ َ َ َ َ َۡ ََ
ّٖ٣٦ّٖ‫ّٖمسّٖول‬ ‫ادّٖكّٖأولئِكَّٖكنّٖعنه‬ ّٖ ‫ّٖماّٖل ۡي َسّٖلكّٖب ِ ّٖهِۦّٖعِل ۚمّٖإِنّٖٱلسم ّٖعّٖ ّٖوٱۡل‬
ّٖ ‫صّٖ ّٖوٱلفؤ‬ ‫لّٖتقف‬
ّٖ ‫و‬

Maksudnya: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,
semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

Dalam merenungi diri, khatib teringat satu ungkapan hikmah yang diungkapkan oleh
Saidina Umar bin al-Khattab yang berbunyi;

َ ‫يخ ُِف الْحِسَابُ يَوْم‬


َ ‫ض الأَ كْ بَر ِ و َِإ َّنمَا‬
ِ ْ ‫ل أَ ْن تُحَاسَبُو ْا و َت َز ََّينُو ْا لِل ْعَر‬
َ ْ ‫ح َاسِب ُوا أَ نْفُسَك ُ ْم قَب‬

ُ ‫الْق ِيَامَة ِ عَلَى م َنْ ح َاسَبَ ن َ ْفسَه ُ فِى‬


‫الدن ْيَا‬

2
Khutbah Jumaat Menjadi Insan Yang Lebih Baik

“Hisablah diri (muhasabahlah) kamu sebelum kamu dihisab (di akhirat kelak), dan berhias
dirilah kamu untuk menghadapi penyingkapan yang besar (hisab). Sesungguhnya hisab
pada hari kiamat akan menjadi ringan hanya bagi orang yang selalu bermuhasabah dirinya
ketika hidup di dunia”.

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Untuk menjadi seseorang yang lebih baik, secara ringkasnya ada beberapa perihal yang
mesti kita ambil tindakan, cermati dan sentiasa kemas kini dari semasa ke semasa.

Pertama: Perlu menanamkan niat untuk menjadi seseorang yang lebih baik semata-mata
kerana Allah SWT. Sebagaimana kita sedia tahun bahawa dalam Islam, niat memainkan
peranan yang sangat penting sebagai pangkal kepada setiap perbuatan. Ia akan bertindak
sebagai pengikat kepada setiap tindakan kita dan Rasulullah SAW juga pernah
menyatakan dalam hadisnya bahawa setiap perbuatan itu bergantung niatnya.

Kedua: Perlu bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha). Setiap manusia
tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Namun, tindakan yang perlu diambil ialah
dengan bertaubat iaitu meninggalkan kesalahan tersebut dan memohon keampunan
kepada Allah SWT serta berazam untuk meninggalkan kemaksiatan tersebut.
Bertaubatlah walau sebesar mana dosa kita sekalipun kerana selagi kita masih bernyawa,
kita diberi peluang untuk bertaubat dan membersihkan diri dari noda dosa.

Ketiga: Perlu memilih teman dan sahabat yang terbaik. Sama ada sedar atau tidak,
kehidupan kita sedikit sebanyak dipengaruhi oleh orang-orang di sekeliling. Oleh sebab
itu, pentingnya memilih kawan yang baik dan peringatan ini juga telah diungkapkan oleh
Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari RA:

َ ُ ‫ لا َ يَعْدَم‬،ِ‫ وَكِير ِ الْح ََّداد‬، ِ‫ِب الْمِسْك‬


‫ك‬ ِ َ ‫السو ْء ِ كَمَث‬
ِ ‫ل صَاح‬ َّ ‫س‬ِ ‫الصالِ ِح و َالْجل َِي‬
َّ ‫س‬ِ ‫ل الْجل َِي‬
ُ َ ‫م َث‬

‫ك أَ ْو‬
َ َ ‫ك أَ ْو ثَو ْب‬ ُ ِ‫ وَكِير ُ الْح ََّداد‬،ُ ‫تجِد ُ رِ يح َه‬
َ َ ‫يحْرِقُ بَد َن‬ َ ‫ أَ ْو‬،ِ ‫ِب الْمِسْكِ ِإ َّما تَشْتَر ِيه‬
ِ ‫م ِنْ صَاح‬

ً ‫تجِد ُ مِن ْه ُ رِ يحًا خَب ِيث َة‬


َ

3
Khutbah Jumaat Menjadi Insan Yang Lebih Baik

Maksudnya: “Perumpamaan seorang individu yang baik (yang duduk bersama dengan
kita) dan juga individu yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan juga tukang
besi. Duduk bersama penjual minyak wangi sama ada kamu akan membelinya atau kami
dapat menikmati bauan wanginya. Manakala duduk bersama tukang besi pula sama ada
menyebabkan terpercik api ke badan atau baju kamu, atau kamu mendapati bauan yang
busuk darinya”. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas bahawa hadis ini menganjurkan supaya kita duduk
bersama dengan orang-orang yang memberi manfaat sama ada dalam urusan agama dan
juga urusan dunia.

Keempat: Kita hendaklah berazam untuk memperbanyakkan melakukan kebaikan. Kita


giatkan usaha untuk menambah amalan dan menjauhi dosa dan kemungkaran dan tidak
menunda-nunda. Apabila kita telah memasang niat yang benar kerana Allah SWT, kita
bertaubat, dan berada dalam persekitaran dan sahabat-sahabat yang baik, insya-Allah ia
akan meningkatkan dorongan motivasi untuk melakukan kebaikan dan menjadi Muslim
yang lebih baik. Firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah ayat 105:
َ َۡ َ َ َ ُّ َ َ َ َ ۡ ۡ َ َ ‫ّللّٖ َع َملَك ۡم‬
َ َ َ ‫لّٖٱ ۡع َملواّّٖٖفَ َس‬
ِّٖ ‫بّٖ َّٖوٱلش َه َٰ َد ّٖة‬
ِّٖ ‫ُتدونّٖإ ِ ََٰلّٖعَٰل ِ ِمّٖٱلغ ۡي‬ ّٖ ‫ّٖو َرسولّٖۥّٖ ّٖوٱلمؤمِن‬
‫ونّٖۖوس‬ ّٖ ‫َيىّٖٱ‬ ِّٖ ‫َوق‬

َ َ َ َ
ّٖ١٠٥ّٖ‫فين ُبِئكمّٖب ِ َماّٖكنت ۡمّٖت ۡع َملون‬

Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang
diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat
apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui
perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu
apa yang kamu telah kerjakan”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Justeru, mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin membuat beberapa kesimpulan:
Pertama: Setiap perbuatan yang kita lakukan ketika hidup di dunia ini ada hubung
kaitnya dengan kehidupan di akhirat kelak. Semuanya tidak akan terlepas dari perbicaraan
dan pertanggungjawaban di hadapan Allah SWT.

4
Khutbah Jumaat Menjadi Insan Yang Lebih Baik

Kedua: Apabila kita telah memasang niat yang benar kerana Allah SWT, bertaubat
dengan taubat nasuha, serta berada dalam persekitaran dan sahabat-sahabat yang baik,
insya-Allah ia akan meningkatkan dorongan motivasi untuk melakukan kebaikan dan
menjadi individu yang lebih baik.
Ketiga: Berusahalah meningkatkan amalan dan menjauhi segala bentuk dosa dan
kemungkaran. Dalam masa-masa mendatang ini, pasti cabarannya akan lebih besar dan
lebih menguji keimanan. Maka mantapkan ilmu dan iman serta berlumba-lumbalah
melakukan kebaikan dan janganlah bertangguh-tangguh lagi. Semoga kita semua
sentiasa berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah SWT sentiasa dan menjadi hamba-
Nya yang soleh dan diredhai.

Renungkan firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzaab ayat 70-71:


َ ‫ح ّٖلَك ۡم ّٖأَ ۡع َمَٰلَك ۡم‬
ّٖۡ‫ّٖو َي ۡغفِ ۡر ّٖلَكم‬ ‫َۡا َ ا‬
ّٖۡ ِ ‫ ّٖي ۡصل‬٧٠ّٖ‫يدا‬ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ُّ َ َٰٓ َ
ّٖ ‫ِين ّٖءامنوا ّٖٱتقواّٖ ّٖٱ‬
‫ّلل ّٖوقولوا ّٖقول ّٖس ِد‬ ّٖ ‫يأيها ّٖٱَّل‬

َ ‫ازّٖفَ ۡو ًز‬
َ َ‫ولۥّٖ َف َق ۡدّٖف‬َ َ
ً ‫اّٖع ِظ‬
ّٖ ّٖ٧١ّٖ‫يما‬ َّٖ ‫ّٖو َمنّٖي ِطعِ ّٖٱ‬
ّٖ ‫ّللّٖ َو َرس‬ َ ‫ذن‬
َ ۡۗ‫وبك ۡم‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan


katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Dia memberi
taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan
(ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah
berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan”.

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫َات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬،‫ن ال ْعَظِي ِْم‬
ِ ‫ن الْآي‬ ِ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ َّ َ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم‬ َ ‫و َتَق ََّب‬
،‫ات‬ ِ َ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬
.ُ ‫حي ْم‬ َّ ُ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر‬
ِ ‫الر‬

5
Khutbah Jumaat Menjadi Insan Yang Lebih Baik

KHUTBAH KEDUA

َّ ‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن‬


ِ ‫ و َعَلَى آلِه‬،ِ‫النب ِ ِي الْأَ م ِين‬ َّ ‫َالصلَاة ُ و‬ َّ ‫ و‬،َ‫َب الْع َالم َي ِن‬ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ ل َِّله ِ ر‬
.ِ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِين‬
ٍ ‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا‬ َّ ِ ‫صحَابِه‬
َ ‫الطاهِرِي‬ ْ َ‫و َأ‬
.ُ ‫أن سَيِد َن َا مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬
َّ ُ ‫ و َأَ شْهَد‬،ُ ‫ك لَه‬ َّ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ‬
َ ْ ‫لا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي‬
.َ‫ ا َِّتق ُوا الله َ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ فَق َد فَاز َ ال ْم َُّتقون‬،ِ‫ فَيَا عِبَاد َ الله‬،ُ ‫أَ َّما بَعْد‬
SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,
Bertakwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa supaya kita mendapat
keredhaan-Nya. Khatib juga ingin menyeru kepada seluruh umat Islam di negara ini
supaya kekal bersatu padu atas dasar Islam. Sesungguhnya persaudaraan Islam itu
sangat mahal harganya dan sentiasa menjadi sasaran para musuh Islam untuk
menghancurkannya. Hentikanlah segala percakaran dan tinggalkanlah segala
perselisihan kerana ia hanya merugikan agama, bangsa dan negara. Walau apa jua
perbezaan yang ada, Islam menuntut kepada kesatuan ummah dan bukan alasan untuk
saling bermusuhan.

Pada hari yang mulia ini juga, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi

َ َ ُّ َ ََٰٓ ُ َ َ َ َ ُّ َ
Muhammad SAW sebagaimana perintah Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 56:
َ ُ َ َ ۡ َ َ ُّ َ َ َٰٓ َ َ َ َ
ً ۡ َ َ َ
ّٖ‫ِينّٖءامنواّٖصلواّٖعليهِّٖوسلِمواّٖتسلِيما‬
ّٖ ‫بّٖۚيأيهاّٖٱَّل‬ ِّٖ ِ ‫ّللّٖ َو َملئِك َتهّٖۥّٖيصلونّٖلَعّٖٱنل‬
ّٖ ‫إِنّٖٱ‬
ّٖ ّٖ٥٦
ِ ‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ‬
‫ل‬ ِ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ‬ َ ‫ا َ َّلله َُّم‬
ِ ‫ص‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
ِ ‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ‬
ْ ِ‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َار‬
.ٌ‫مج ِيْد‬
َ ٌ‫ك حَمِيْد‬َ ‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن‬ ِ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ‬
َّ ‫ن‬
‫التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬ َّ ِ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية‬
ِ َ ‫ وَع‬،َ‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِين‬ َ ‫شدِي‬
ِ ‫الرا‬ َّ ِ ‫ن الْخل ُُف َاء‬ ِ َ ‫الله َُّم ع‬
َّ ‫ْض‬ َ ‫و َار‬
.َ‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِين‬ َ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار‬ ٍ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا‬ َّ
.‫ات‬ ِ َ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو‬ ِ َ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم‬
ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤ ْم ِن‬ َّ

6
Khutbah Jumaat Menjadi Insan Yang Lebih Baik

َّ ‫َالص َّحة ِ و‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ِ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و‬ َّ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم‬
ِ ْ ‫التو ْف ِي‬ َّ
‫ الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬،‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‬
.‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‬
‫ تونكو‬،‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‬
َ ِ ‫وَك َذل‬
‫حاجه عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان‬
.‫إسكندر الحَاج‬
‫ك‬
َ ِ ‫ات ب ِر َ ْحمَت‬ َ ِ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م‬
ِ َ ‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن‬ َّ
َّ َ ‫حم‬
.َ‫الرا ِحم ِين‬ َ ‫يَا أَ ْر‬
،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬ َّ
.َ‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
،َ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِين‬، َ‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
َّ
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬َ َ ‫ل كَل ِمَت‬ِ ْ ‫ و َأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ َ َ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح‬
َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َال ْف ِتَن‬ َّ
.ٌ ‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر‬ َ ‫ ِإ َّن‬،ً ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة‬ ِ ‫ وَم ِنْ بل ُ ْد َا‬،ً ‫َاصة‬ َّ ‫ م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ‬،َ‫وَم َا بَطَن‬
َ ‫حم‬
َ ‫ يَا أَ ْر‬،‫ وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‬،‫ و َالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ و َالْجن ُ ُون‬،ِ‫ن الب َرَص‬ َ ِ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب‬
َ ِ‫ك م‬ َّ
َّ
.َ‫الرا ِحم ِيْن‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau
ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan
rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah,
bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah,
salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat
kami mengadu dan memohon pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan serta
perpecahan yang berpanjangan. Ya Allah! Tunjukkanlah kebenaran itu sebagai
kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya),
dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk
7
Khutbah Jumaat Menjadi Insan Yang Lebih Baik

menjauhinya serta menghapuskannya. Jangan jadikan yang benar dan batil itu samar-
samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin
bagi orang-orang yang bertakwa. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang
istiqamah mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid.
Sesungguhnya hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.

َّ َ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َاب‬


.ِ‫النار‬ َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً و َفِي الْآ‬ ُ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،ِ‫عِبَاد َ الله‬
ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ ٓ َ ۡ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ۡ َٓ َ ۡ ۡ َ ۡ َۡ َۡ ََ َ
َٰ
ِ ‫بّٖوينَهّٖع ِنّٖٱلفحشاءِّّٖٖ ّٖوٱلمنك ِّٖرّٖ ّٖوٱۡل‬
ّّٖٖ‫غ‬ ّٖ ‫نِّٖإَويتا ِٕيّٖذِيّٖٱلقر‬
ِّٖ ‫ّللّٖيأمرّّٖٖب ِٱلعد ِّٖلّٖ ّٖوٱ ِۡلحس‬
ّٖ ‫۞إِنّٖٱ‬
َ َ ََ َ َ
ّٖ ّٖ٩٠ّٖ‫يَعِظك ۡمّٖل َعلك ۡمّٖتذكرون‬
‫ و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬،ْ‫ و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُم‬،ْ‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُم‬

.َ‫ و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُون‬،ُ ‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر‬

Anda mungkin juga menyukai