Anda di halaman 1dari 1

KHAT THULUTH

Dalam penghasilan produk bagi tugasan 4 BMMB1114 ini, saya telah memilih khat
thuluth sebagai seni penulisan yang menggunakan ‫ال إله إال هللا محمد رسول هللا‬ sebagai ukiran.
Khat Thuluth kebanyakannya digunakan untuk hiasan sahaja seperti yang terdapat dalam
mashaf uthmani (Al-Quran), nama buku atau kitab dan untuk tujuan yang lain.

Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf
menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar
mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi
pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu
tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak
kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak
rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini ditulis
dengan pena yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm.

Ada pendapat mengatakan asalnya khat ini ditulis menebal dengan 24 helaian bulu
kuda. Kemudian ketika jenis ini ditulis pula dengan menggunaka 2/3 menjadikan namanya Khat
Thulutain ( 2/3), kemudian terakhir ditulis dengan menggunakan 1/3 daripada 24 helaian bulu
kuda menjadikan namanya Thuluth(1/3) iaitu 8 helaian bulu kuda. Khat ini merupakan khat yang
paling sukar dibandingkan dengan tulisan khat yang lain dari segi kaedah, ukuran, gaya
memperelok atau kemampuan untuk menghasilkan tulisan yang tepat ukiran dan seninya.
Digunakan dalam menghiasi bangunan ruang-ruang dinding dan kubah di masjid-masjid.

Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth
yakni thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber
arab silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih besar
daripada saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada kayu.
Saiz-saiz tulisan jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang penanya
(Qadi al-Askar Mustafa ’Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia menggunakan
mata pena yang luasnya mencapai 35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu melebihi
saiz tersebut atau bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali yang biasa kemudian
dilakukan pembesaran (enlargement) mengikut kaedah empat segi atau menggunakan pelbagai
peralatan teknologi yang terdapat pada hari ini seperti photocopy, komputer dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai