Anda di halaman 1dari 3

Ketamadunan Islam terserlah dengan perkembangan tulisan khat ke seluruh dunia.

Sehingga kini, terdapat enam jenis tulisan khat yang popular dan sering digunakan dalam dunia percetakan serta hiasan. Berikut merupakan jenis-jenis tulisan khat yang dikagumi di Malaysia dan penerangannya: 1. Khat Kufi Tulisan terawal dan dimasyurkan di Kufah dan diperluas di seluruh Tanah Arab. Ia digunakan untuk menulis al-Quran dan hiasan seni pada tenunan kain, tembikar, wang syiling, batu nisan dan banggunan. Seni Khat Kufi bercirikan:


2. Khat Nasakh

Kaku dan bersegi Nisbah huruf jawi yang melintang melebihi huruf yang menegak Tulisan kelihatan lebih lebar ke kanan dan kiri tetapi berketinggian tetap.

Tulisan yang mengalami proses pengindahan sehingga ia digunakan sebagai tulisan utama dalam dunia penulisan Islam kini. Nasakh berperanan dalam pembukuan atau menaskhahkan al-Quran dan pelbagai naskhah ilmiah. Ia merupakan tulisan yang paling asas digunakan bertujuan untuk pembelajaran kanak-kanak di seluruh dunia Islam selain Riqah. Seni Nasakh digunakan secara meluas dalam bahan ilmiah dan percetakan serta media elektronik.
3. Khat Thuluth

Tulisan yang digelar Raja Segala Khat kerana dianggap seni yang paling indah tetapi sukar untuk dikuasai. Kaedah yang mendalam dan terperinci membuatkan seni Khat Thuluth menjadi pilihan utama dalam dunia perhiasan. Seni ini terbahagi kepada dua:

Thuluth Biasa

Ia digunakan untuk penulisan pada permukaan yang bersaiz kecil seperti buku, majalah dan sebagainya.

Thuluth Jali

Ia digunakan untuk penulisan pada permukaan yang besar seperti hiasan di dalam masjid, bangunan, papan kenyataan, batu jalan dan sebagainya. Selain itu, tiga jenis khat lain yang mula diperkembangkan di Malaysia adalah Riq'ah, Diwani, dan Farisi.

a) Khat Kufi

b) Khat Nasakh

c) Khat Thuluth

d) Khat Riq'ah/ Ruq'ah

e) Khat Diwani

f) Khat Farisi

Penggunaan seni khat dalam kalangan warga Malaysia boleh dilihat pada seni bina bangunan, batu nisan, hadiah, hiasan rumah, tembikar, dan lain-lain. Warisan seni juga telah mula menambat hati para siswazah bukan Islam yang menanggap seni ini begitu unggul berbanding seni kaligrafi yang lain.

Khat Thuluth Dinamakan Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) mata pen. Ada pendapat mengatakan asalnya khat ini ditulis menebal dengan 24 helaian bulu kuda. Kemudian ketika jenis ini ditulis pula dengan menggunaka 2/3 menjadikan namanya Khat Thulutain ( 2/3), kemudian terakhir ditulis dengan menggunakan 1/3 daripada 24 helaian bulu kuda menjadikan namanya Thuluth(1/3) iaitu 8 helaian bulu kuda. Khat ini merupakan khat yang paling sukar dibandingkan dengan tulisan khat yang lain dari segi kaedah, ukuran, gaya memperelok atau kemampuan untuk menghasilkan tulisan yang tepat ukiran dan seninya. Digunakan dalam menghiasi bangunan ruang-ruang dinding dan kubah di masjid-masjid.

FAEDAH KEINDAHAN KALIGRAFI

Kejelasan ( wuduh ) Kerana kejelasan dapat menghilangkan keraguan dan memudahkan bacaan yang betul, memperjelas arti kata hingga kalimat.

Kecepatan ( surah ) Kerana keindahan kaligrafi membantu tulisan yang digoreskan secara cepat Sedangkan kecepatan membantu kesempurnaan tugas-tugas pelajaran pekerjaan dan sebagainya.

Keindahan ( jamal ) Keindahan dalam kaligrafi memberikan secara penuh kecenderungan estetik dan kenikmatan seni pada setiap individu, Siapapun mempelajari dan memperelok kaligrafi akan tersentuh keindihannya sekaligus merasakan penyatuan, kecantikan dan kepuasan saat bergumul di dalamnya.

Kerapian ( tansiq ) Mengatur kata-kata dalam satu baris dengan standart ukuran dan disiplin mendorong kebiasaan selalu rapi, berdisiplin , cermat, dan tepat dalam segala keadaan yang khusus dan umum bagi setiap individu.

Penyatuan bentuk ( wihdah al-syakl ) Kerana setiap gaya tulisan memiliki karakter unit bentuk yang saling berkait dan mengandungi kelebihan-kelebihan khusus yang membuat tulisan menjadi indah, bersusun, dan mempunyai bentuk yangmempesona , sesuai dengan kaedah pengolahan hasil latihan, setiap pelatih akan dapat menerapkah teori-teori penggunaan unit bentuk sebagai sebagai bahagian dari disiplin social dalam hidupnya.

Antara bahan yg boleh dijadikan pen (kalam) dari kiri disfuli (Iran), rotan, buluh Meru, besi (Mesir), buluh korea, pinang pipit, handam, ijok, tebu (pakistan), stokin, dan nak lagi mudah beli je pen khat yg dah siap kat kedai. walau apapun.... yg paling best tetap HANDAM, nak tau kenapa? tunggu,,,, . Yang bawah tu kayu alas utk potong mata kalam, dibawahnya lekatkan kertas pasir. Pisau tu ditempah khas untuk potong kalam, dihadiahkan oleh Abg Shafee PSKK, pisau ni jgn cari kat kedai sebab tak de jual, kena tempah!

Anda mungkin juga menyukai