Anda di halaman 1dari 2

Jenis-jenis Seni Khat

Tamudun Islam kaya dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya
mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini.
Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.

Khat Kufi berasal dari Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai
bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. Khat
Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran), nama
buku atau kitab serta untuk tujuan lain.

Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan
keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan Khat Farisi
mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan
untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.
Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.

Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat
menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.

Khat Diwani.
Diwani membawa erti catatan atau antologi karangan. Digunakan secara meluas semasa pemerinatahan
Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat
perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.

Khat Diwani Jali.


Jika dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya, rumit penulisannya, lebih indah dan
estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya.
Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan 'Utmaniyyah. Khat ini
dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani biasa. Khat ini dinamakan Jali yang bererti jelas
kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Tujuan penggunaannya ialah untuk
tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat kepada kerajaan asing.

Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa geometri yang
tersusun indah. Daripada jenis khat ini terciptalah bermacam-macam rupa bentuk hasil karya penulis-
penulis khat yang mahir.

Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali Hamayuni, dan
Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis dengan menyusun huruf dan ragam
hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan yang indah, sepertimana pada contoh utnuk
terbitan kali ini. Khat Diwani Jali Hamayuni pula biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang
ditugaskan untuk menulis titah Sultan. Khat Diwani Jali Zauraq adalah jenis khat yang dipengaruhi oleh
seni lukis. Kebanyakan penulis khat menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga
membentuk seakan perahu atau kapal laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan
sukar untuk menulisnya, ianya memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan
sesebuah karya.

Kesimpulannya, khat Diwani Jali ini dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan, penyusunan huruf yang
indah dan keserasian kalimah-kalimah yang diadun dengan begitu sempurna.

Khat Raihani
Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah
dengan tanda-tanda syakal. Khat Raihani merupakan perpaduan antara Khat Thuluth dan
Khat Nasakh yang di kembangkan oleh para ahli kaligrafi pada masa kerajaan Usmaniah. Khat Raihani
lazim digunakan untuk penulisan ijazah oleh seorang guru kaligrafi kepada muridnya, oleh kerana itu
Khat Raihani disebut juga Khat ijazah.
Pencipta gaya khat ini adalah pakar kaligrafi besar Ali Ibnu Hilal atau Ibnu Bawab, namun berhubungan
erat dengan Ali Ibnu Al-Ubaidah Al-Raihan (w 834 M), bersempana dengan itu ia dinamakan Khat
Raihani. Terdapat juga sumber lain mengatakan nama Raihani adalah dari kata Raihan yang bererti (
harum semerbak ) kerana keindahan dan popularitinya.
Menurut Hashim Muhammad al-Khuttat dalam kitabnya Qawa’id al-Khatti li al-Araby
bahawa menulis kaligrafi dengan gaya Raihani sangat mengasyikkan dan menarik. Kerana tulisan ini
lebih sederhana, tidak terdapat tulisan yang menumpuk, fleksibel, elastik mudah untuk dibentuk sesuai
dengan tempat tanpa mengorbankan keasliannya.

Jenis Khat ini menjadi lebih menarik, indah dan mempesona apabila dihasilkah oleh seorang seniman
naturalis. Tulisan ini dibuat lebih menyerupai benda-benda seperti buah-buahan, perahu, hewan, gelas
ataupun tumbuhan. Dan bentuk tulisan inilah yang merupakan hasil karya seni paling indah dalam
perkembangan seni Islam khsusnya dalam bidang kaligrafi Arab.

Anda mungkin juga menyukai