Anda di halaman 1dari 53

SENI KALIGRAFI

ISLAM
KHAT KUFI
KHAT FARISI
KHAT DIWANI JALI
NAMA AHLI
► Roslina Binti Othman
117142

► Ifarizan Binti Ibrahim


118998

► Humaira Syadia Binti Harun


118249
PENGENALAN
KEPADA KHAT
Pengenalan
► Kaligrafi (calligraphy) berasal dari perkataan Latin “ Kalios”
yang bererti indah dan “graph” yang bererti tulisan atau
aksara. Erti keseluruhan kaligrafi ialah kepandaian menulis
atau tulisan yang menarik. Bahasa Arab menyebutnya khath
yang bererti garis atau tulisan indah.

► Definisi yang lebih lengkap dikemukakan oleh Syeikh


Syamsuddin Al Akfani di dalam kitabnya, Irsyad Al Qashid bab
“ Hashr Al ‘Ulum” yang bermaksud :-

► “Khat/kaligrafi adalah suatu ilmu yang memperkenalkan


bentuk-bentuk huruf tunggal, letak-letaknya, dan cara-cara
merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Atau
apa-apa yang ditulis di atas garis-garis, bagaimana cara
menulisnya dan menentukan mana yang tidak perlu ditulis;
menggubah ejaan yang perlu digubah dan menentukan cara
bagaimana untuk menggubahnya.”

► Seni kaligrafi merupakan kebesaran seni Islam. Ini dapat


dibuktikan pada pelbagai hiasan kaligrafi yang memenuhi
masjid-masjid dan bangunan-bangunan lainnya yang ditulis
dengan ayat-ayat Al-Quran yang mulia, hadith-hadith atau
Asal-usul Seni Kaligrafi
► Tradisi bermulanya penggunaan tulisan merupakan tahap
peningkatan tamadun manusia yang bergerak dari zaman
lisan ke zaman penciptaan tulisan. Keperluan tulisan timbul
kerana desakan kepentingan kehidupan manusia untuk
mencatat peristiwa-peristiwa dan maklumat-maklumat
penting agar tidak dilupakan dan tidak hilang ditelan
zaman.

► Tarikh sebenar sejarah penciptaaan tulisan bermula masih


belum dapat dipastikan. Ada berpendapat bahawa tulisan
telah diasaskan oleh Nabi Allah Adam. Pendapat ini
mengambil dalil daripada firman Allah S.W.T yang
bermaksud :-
Allah mengajarkan Nabi Allah Adam keseluruhan nama-
nama”
Surah al-
Baqarah, ayat 31

Ayat ini telah diberi tafsiran sebagai “Termasuk di bawah


pengajaran nama-nama ini Nabi Allah Adam diberitahu
tentang rahsia huruf-huruf”.
► Walau bagaimanapun dari artifak-artifak kaji purba
telah terbukti bahawa tulisan terawal telah tercipta
sejak 3100 sebelum masihi oleh orang-orang
Sumeria, di Mesopotamia. Kesan-kesan sejarah
menunjukkan bahawa orang-orang Mesir, Hittide
dan China adalah dari kalangan terawal mencipta
tulisan. Mereka mencatatkan tulisan di atas tulang,
tanah liat, mengukirnya di atas batu, daun kayu
dan sebagainya.

► Islam menerima bahawa tulisan adalah penting


bagi panduan penyampaian dan penyebaran ilmu
pengetahuan dan tamadun manusia. Jesteru itulah
Allah S.W.T telah menghantarkan kitab-kitab
panduan seperti Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran
menerusi nabi-nabi Musa, Daud, Isa dan
Muhammad S.A.W.
Perkembangan Seni Khat

► Di antara berbagai-bagai jenis khat (tulisan), khat jenis Kufi


dan Naskhi adalah yang paling terkenal sekali. Sebenarnya
nama Kufi adalah mengambil sempena nama sebuah
bandar bernama al-Kufa di Mesopotamia. Naskhi pula
berasal daripada perkataan “menyalin” tetapi secara
umumnya bermakna “melengkung” (cursive).

► Khat Naskhi yang berbentuk melengkung dan bersambung-


sambung membolehkan seseorang itu menulis dengan
cepat.

► Khat jenis ini mula-mula sekali digunakan di dalam al-Quran


oleh dua orang khattat yang terkenal iaitu Ibn Mugla dan
Ibn al-Bawwab. Naskhi terdiri dalam pelbagai-bagai bentuk
dan yang paling terkenal ialah Thuluth yang hampir-hampir
menyerupai bentuk Kufi. Ia digunakan untuk menulis al-
Quran dalam ukuran yang besar dan juga diukir pada
monumen-monumen yang terdapat hampir di seluruh
Timur Dekat di Iran dan di Turki.
► Di Parsi (Iran) pada kurun ke-13 Masihi telah
muncul sejenis khat lagi yang dikenali sebagai
Taliq. Pada akhir kurun ke-14 Masihi muncul pula
tulisan yang dipanggil Nastaliq iaitu gabungan
tulisan-tulisan jenis Naskhi dan Taliq. Khat ini telah
diperkenalkan oleh seorang khattat bernama Mir Ali
dari Tabriz. Tulisan jenis ini banyak digunakan
dalam manuskrip-manuskrip Shah-nameh iaitu
karya pemuisi-pemuisi Iran.

► Di Turki pula terkenal dengan Khat Diwan @


Diwani. Ia dianggap sebagai tulisan rasmi negara
tetapi jarang-jarang sekali digunakan pada bahan-
bahan seni dan juga manuskrip.
Fungsi-Fungsi Tulisan (Khat)
► Ramai sarjana berpendapat penggunaan khat dalam seni reka
Islam berpunca daripada larangan Islam terhadap
penggunaan figura manusia dan makhluk bernyawa lain
dalam seni yang dikhuatiri akan menjejaskan aqidah
seseorang Muslim itu.

► Ramai juga yang berpendapat bahawa penggunaannya


adalah semata-mata sebagai hiasan. Ada juga yang
berpendapat fungsi khat tidak terhad kepada kecantikkannya
sebagai hiasan dalam seni reka tetapi ia mempunyai fungsi
tertentu yang lain.

► Fungsinya boleh disimpulkan sebagai untuk mengakui


keesaan Allah dan mengagungkan kebesaran Allah atau untuk
memperkuatkan tauhid di kalangan Ummah. Ungkapan-
ungkapan yang kerap kali digunakan adalah terdiri daripada
perutusan suci, nama-nama Allah dan nama Nabi serta para
sahabatnya.

► Penggunaan khat terbukti di sepanjang penghidupan umat –


dari saat kelahiran hinggalah kepada saat kematian. Kalimah
yang sering digunakan ialah Syahadah yang membawa
Seni Khat Tulisan Jawi

► Terdapat banyak tulisan dalam bahasa Arab


sama ada untuk merakamkan ayat-ayat suci al-
Quran, doa-doa dan lain-lain yang ditulis di atas
pelbagai bahan seperti batu nisan, batu bersurat,
dinding-dinding bangunan di masjid, istana,
rumah, kulit, kertas, kain, senjata, wang syiling,
rehal dan sebagainya.
► Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1303
M merupakan teks dalam bahasa Melayu pertama
yang dijumpai ditulis dalam ejaan jawi,
mempunyai bentuk khat menghampiri gaya
Thuluth. Wan Ali Haji Wan Mamat menamakan
tahap awal tulisan jawi itu sebagai archaic hand.
► Dua pucuk surat Sultan Ternate bertarikh 1521 M. dan 1522
M. merupakan manuskrip Melayu kedua tertua yang dijumpai,
mempunyai bentuk tulisan yang mirip dengan Batu Bersurat
Terengganu iaitu dengan gaya Thuluth, tetapi lebih banyak
terpengaruh oleh gaya Muhaqqaq dengan lengkok hurufnya
sedikit bersudut yang bergerak ke arah kiri secara mendatar.
Namun begitu bentuk tulisannya masih lagi tidak seluruhnya
stabil dari segi saiz, rupa dan kerapian khatnya. Wan Ali Wan
Mamat menamakan tahap ini sebagai post-archaic hand.

► Manuskrip-manuskrip Melayu pada abad-abad ke-18 dan ke-


19 M. yang dikaji kebanyakkannya mempunyai gaya khat
jenis Naskhi yang terpengaruh oleh gaya Ta’liq, kecuali satu
manuskrip iaitu satu daripada naskah Hukum kanun Melaka
yang mempunyai gaya Ta’liq mirip ke arah Nashta’liq, dan
satu manuskrip yang mempunyai gaya Naskhi tulen iaitu
Hidayat al-Salikin dikarang pada kurun 1776 M.

► Pada penghujung abad ke-19 M. dan abad ke-20 M.


kebanyakkan karya dalam tulisan jawi sama ada buku,
majalah, akhbar dan lain-lain telah dicetak dengan mesin dan
gaya khat jenis Naskhi dengan judul buku, tajuk, kepala
KHAT KUFI
KHAT KUFI
‫٭‬ Sebelum tertubuhnya kota Kufah khat arab disebut sebagai
Jazm sepertimana yang disebut oleh Al Alusi dalam Bulugh Al
Urab:

“Khat arab dinamakan Jazm kerana khat kufi pada awalnya


bernama Jazm, sebelum kota Kufah di dirikan. Dinamakan
Jazm kerana dia ‘juzima’ atau terpotong dan dilahirkan dari
fan Musnad Humeiri. Dan khat kufi sudah lama sekali
umurnya. Peletaknya ialah Sayidina Isma’il alaihissalam,
seperti juga yang disebut oleh Ibnu Wahsyiyah Al Nabthy
dalam kitabnya, Syawq Al Mustaham Fi Ma’rifati Rumuz Al
Aqlam. Sedangkan Ibnu Nadim mengatakan, bahawa yang
menulis dengan arab Jazm ini adalah seorang lelaki dari Bani
Makhlad Ibn Al Nazhar Ibn Kinanah, maka sejak itu
masyarakat arab mulai menulis dengannya”
► Al Fairuz menambah dalam Al Muhuh:

► “…..kerana itu orang arab menamakan khatnya dengan


Jazm kerana dia potongan/kepingan (Jazm) dari musnad
Humeiri. Dan khat Humeiri dinamakan musnad kerana dia
bersandar (bersanad) kepada Nabi Hud alaihissalam”

► Apa yang mungkin disebutkan oleh Al Fairuz ialah khat


Musnad pernah diguna oleh Nabi Hud. Ini membuktikan
betapa tuanya tulisan khat ini.

► Khat ini juga disebut sebagai khat Muzawwa (kubisme)


merupakan tulisan arab yang asal. Khat ini pernah masyhur
di Hirah, Raha dan Nashibain sebelum tertubuhnya kota
Kufah. Tulisan ini yang juga dipanggil khat Hieri (dari
perkataan Hirah) diakui sebagai tulisan yang pernah
memainkan peranan penting dalam menyalin masalah-
masalah keagamaan.
► Terbentuknya kota kufah dari sebuah kawasan
perkhemahan tentera menjadi kota metropolitan yang
membangun bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga
dari aspek kesenian pada ???? .

► Pembangunan dan perkembangan kesenian di kufah juga


termasuk dalam seni penulisan khat.

► Di sini seni khat Hieri mulai diperelok dan di


perkemaskinikan.

► Tulisan yang diguna di Mekah dan Madinah yang masih


agak kaku, dengan bentuk yang keras dan tegak ini
merupakan daripada gaya Hijazi seterusnya mengalami
transformasi menjadi lebih unggul di kota Kufah.

► Dengan ini tidak hairanlah kota kufah dianggap sebagai


‘ahli waris’ kebudayaan Hirah.

► Namun begitu khat Hijazi dengan gaya lembut terus


digunakan di Kufah untuk urusan pentadbiran dan surat
menyurat.
► Khat kufi mempunyai ciri istimewa yang tersendiri
dan berbeza dengan khat-khat lain.
Ciri Khat Kufi

► Ia amat mudah dikenalpasti kerana sifatnya yang


bersudut-sudut atau bersegi.

► Mempunyai ukuran yang seimbang dan spesifik khat


ini nampak lebih kemas dan ringkas.

► Sapuan garis vertikal adalah pendek manakala


sapuan garis horizontal memanjang dalam ukuran
yang sama lebar.

► Maka ini akan menyebabkan tulisan khat kufi


kelihatan berbentuk segiempat panjang.
► Dalam gaya hiasan pula ukuran tersebut tidak semestinya
mempunyai ukuran yang sama.

► Misalnya sapuan garis vertikal boleh di bentuk panjang


melebihi garis-garis horizontalnya.

► Apa yang penting dalam menulis khat ini ialah menekankan


bahawa khat ini ialah dari jenis tulisan yang bersiku-siku.

► Khat kufi yang awal mempunyai huruf yang bersegi-segi dan


mempunyai sapuan lembut ke atas dan ke bawah.

► Sapuan vertikalnya mempunyai hujung yang dilebarkan dan


berakhir dengan lekuk yang serong.
T ► Pada abad ketujuh tulisan Ma’il telah mula diperkenal di
Mekah dan Madinah.
U
► Tulisan tersebut mempunyai sapuan miring yang lunak.
L
I ► Tulisan ini tidak memiliki ejaan atau vokal tasykil, tiada
tanda bacaan seperti kepala-kepala judul, baris atau
penunjuk juz, nombor mukasurat, nombor ayat dan
S hiasan.
A ► Secara keseluruhan ia mempunyai ciri-ciri tulisan kuno
yang diketahui pada masa itu.
N
► Tulisan ini juga dianggap digunakan dalam penyalinan Al
Quran, ini kerana pada zaman tersebut seluruh jenis
tulisan di tumpukan dalam bidang penyalinan Al Quran.
M
► Malahan pada zaman itu tanda baca masih belum
A sempurna dan jarang digunakan oleh orang.

► Namun begitu usia tulisan ini tidak lama kerana ia
I seterusnya telah diserap kedalam khat Kufi.
Kemashyuran khat Kufi
► Pada pertengahan abad kelapanlah khat Kufi mencapai tahap
kesempurnaannya.
► Selama tiga ratus tahun lamanya khat Kufi diiktiraf sebagai
‘raja tulisan’ dan merupakan satu-satunya tulisan yang
digunakan untuk menyalin Al Quran. Umumnya, mushaf-
mushaf Al Quran terdahulu ditulis dengan khat Kufi yang
menggunakan format (ukuran) empat persegi panjang.
► Pada abad kesepuluh gaya tulisan kursif mulai menjadi
terkenal dan mulai dikemaskini. Khat Kufi juga tidak
ketinggalan dan mulai menekankan bentuk gaya kursif dan
geometric yang di kenali sebagai ‘Eastern Kufic’.
► Didapati bahawa sapuan vertikal gaya ini adalah lebih lembut
berbanding gaya khat Kufi sebelum ini yang agak kasar.
Tulisan gaya ini lebih banyak digunakan dalam penulisan
buku daripada digunakan dalam hiasan senibina bangunan.
Namun begitu gaya ini turut digunakan sebagai hiasan pada
seramik.
► Khat kufi amat masyhur dan terus diutamakann untuk
penulisan al Quran sehinggalah ia diganti dengan gaya
nasakh Atabag di zaman Atabag (545H) di Mosul dan Utara
Syam.
Penggunaan khat Kufi
► Walaupun telah di ketahui bahawa khat Kufi
digunakan untuk tugas-tugas menyalin Al Quran
tetapi fungsinya tidak terbatas pada tugas tersebut
sahaja.
► Khat Kufi turut digunakan sebagi lambing-lambang
dalam inskripsi-inskripsi arab atau sebagai tulisan
hiasan.
► Pada abad kelapan khat Kufi di gunakan secara
meluas dan dcetak pada mata wang logam dan dan
tulisan pada hari-hari kebesaran. Malahan khat
Kufilah yang digunakan untuk cetakan mata wang
dirham pada zaman al khulafa’ al rashidin (r.a),
pemerintahan bani Umaiyyah, Abbasiyah dan
ketika kekuasaan Islam di Andalusia (Sepanyol).
► Di Afrika Utara mata wang yang di buat pada akhir
abad pertama dan permulaan abad kedua hijrah
► Pada sekitar abad ke-13 dan abad ke-14 khat Kufi
mulai digunakan sebagai hiasan pada bangunan.
► Gaya khat Kufi merupakan satu-satunya gaya yang
di guna untuk menghiasi segenap ruang bangunan
yang merupakan satu keistimewaan yang di miliki
oleh senibina Islam.
► Di Morocco khat Kufi banyak di gunakan untuk
menulis teks-teks sejarah di sekitar Bandar Attarin
Medersa pada kayu.
► Kaligrafi plaster bn’ ‘inaniya medersa di Fes dan
hiasan pada pintu Challah of Rabat turut
menggunakan gaya tulisan khat kufi.
► Di Alhambra motto Nasrid iaitu ‘La ghaliba illa’llah’
hanya ditulis dengan gaya khat kufi sahaja.
► Tulisan khat Kufi digunakan untuk menulis
basmalah di ‘gate of Udaya’ di Rabat, mihrab di
masjid agung di Cordova, pada Nilometre* (Miqyas)
di pulau roda di Mesir pada abad ke-9.
► Seniman-seniman muslim di Mesir dan Syria
di bawah khalifah Fathimiyah (909-1171)
menggunakan khat Kufi secara meluas
dalam bidang hiasan pada logam, kaca dan
tekstil.
► Khat Kufi hias mencapai puncak
kegemilangannya pada pada abad
kesebelas di bawah sultan-sultan Seljuk,
yang berkuasa sejak berakhirnya zaman
dinasti Abbasiyah.
► Malahan pada zaman kerajaan Abbasiyah
sendiri khat Kufi digunakan sebagai hiasan
pada pelbagai bangunan masjid, gedung
pemerintahan, kubah atau menara azan dan
Khat Kufi
Khat Kufi
Khat Kufi
Khat Kufi

Khat Kufi yang ditenun


Khat Kufi
Nilometer @ al miqyas
Ukiran khat Kufi
KHAT FARISI
► TERDAPAT3 PENDAPAT TENTANG
SEJARAH DAN PENGASASAN KHAT
FARISI
Pendapat Pertama
► Khat Farisi atau juga dikenali sebagai Khat Farsi
oleh sesetengah pendapat amat terkenal di
kalangan bangsa Parsi dan bangsa bukan Arab
(Ajam) yang lain.

► Orang Islam Parsi, Afghanistan, dan India


menggunakan seni khat ini dalam urusan surat-
menyurat dan penulisan buku.

► Statusnya begitu tinggi di kalangan bangsa Parsi.

► Fungsi seni khat ini begitu meluas dan mengambil


alih tulisan Bahlawi.
► Khat Farisi juga melahirkan banyak cabang khat
yang berseni.

► Antaranya, al-Syaksatah, khat Taaliq, khat Anjah


Taaliq, khat Syaksatah Taaliq, dan khat Syaksatah
Amiz.  

► Seni khat menjadi bahan motif seni rupa yang


utama dan mempengaruhi segala cabang seni rupa
dalam tamadun Islam.

► Berasaskan peraturan gerakan tulisan khat dari


kanan ke kiri, seniman khat bebas menyusun
ciptaannya dalam aneka susunan seperti bentuk
bersegi, bulat, bujur, bentuk bunga, bintang, bulan,
bangunan, perahu, dan sebagainya.
Pendapat kedua
► Sesetengah pendapat pengkaji Khat mengatakan
Khat Farisi juga dikenali sebagai Khat Ta’liq atau
Khat Bebas.

► Seni kaligrafi Islam ini dipercayai dimajukan oleh


masyarakat Parsi dari Khat Arab yang bernama
Firamuz.

► Khat Farsi dikatakan seni khat yang ‘sederhana’


dari segi kepopularannya.

► Gaya tulisan Khat Farsi yang bersambung telah


diperkenalkan dan digunakan sejak abad ke-9.
► Abdal-Hayy,seorang penulis khat yang
berasal dari sebuah kota yang bernama
Astarabad dikatakan telah memainkan
peranan besar dan penting dalam
perkembangan Khat Farisi pada awal
kemunculan kaligrafi ini.

► Beliaumendapat galakan daripada Shah


Ismail untuk mengetengahkan peraturan-
peraturan asas penulisannya dalam
penggunaan tulisan Farsi.
Pendapat ketiga
► Mengikut sejarah,Khat Ta’liq dan Nastaliq Parsi juga
dikenali sebagai Khat Farisi.

► Perkembangan kaligrafi berlaku dengan pesat di


bawah pemerintahan Shah Ismail dan penggantinya
Shah Tahmasp(1524-1576).

► Pada masa tersebut Khat Ta’liq berkembang


menjadi tulisan yang luas penggunaannya dan
menyebabkan lahirnya Khat Nasta’liq.

► Menurut sumber Arab,Khat Ta’liq yang bermaksud


gantung dimajukan oleh masyarakat Parsi.Sumber
ini juga sama seperti yang tertulis di dalam kitab Al
Fihrist karangan Ibnu Nadim .
Khat Farisi
Khat Farisi
Khat Farisi
KHAT DIWANI JALI
KHAT DIWANI
► Khat Diwani berasal dan berkembang daripada
tulisan Riq’ah menjadi tulisan Musalsal yang
hurufnya berjalin. Kemudian meningkat menjadi
Khat Sultaniyah dan Khat Hamayuni.

► Khat jenis ini sangat luas penggunaannya


dipejabat- pejabat kerajaan seperti Kerajaan Islam
di Mesir di bawah pemerintahan Sultan Khedewy
sekitar tahun 1220 H.

► Sesudah itu oleh kerana sifat- sifat estatiknya yang


jelas, Khat Hamayun digunakan untuk penulisan
surat- surat rasmi seperti surat perjanjian, surat
penghargaan, surat keputusan dan sebagainya.
► Diwani bererti catatan atau antologi karangan. Ia didapati
daripada inspirasi model- model lain. Oleh itu sifatnya
tersendiri.

► Fungsinya hanya untuk hiasan. Khat Diwani yang antara ciri-


cirinya berpanca antara satu sama lain dan ada yang berhias
pada ruang- ruang yang kosong sesuai ditulis pada ijazah-
ijazah, judul- judul buku dan iklan- iklan.

► Khat Diwani juga khusus digunakan bagi surat menyurat


Kerajaan Turki seperti perlantikan jawatan penting negara dan
istiadat kebesaran yang lain.

► Peningkatan Khat Diwani melahirkan Khat Diwani Jali yang


lebih indah berbunga dan berhias seolah- olah mirip sebuah
kapal di lautan. Antara ahli- ahli Khat Diwani yang termasyur
dalam sejarah termasuklah Syeikh Hamadullah Al- Amasy,
Jalaluddin dan Al- Hafiz Uthman.

► Ahli khat yang telah banyak berjasa ke arah meninggikan


mutu seni bagi Negara Turki pula ialah Hamid Al- Amidiy,
Muhammad Izzat dan Hashim Muhammad Al- Baghdadiy.
KHAT DIWANI JALI
► Selain Khat Diwani, terdapat lagi Khat Diwani Jali
yang sifatnya lebih bervariasi dan lebih rumit
penulisannya tetapi lebih indah dan estatik.

► Model yang dipenuhi dengan tanda- tanda syakal


ini sering digubah dalam bentuk- bentuk yang
indah dan menarik seperti bentuk perahu, ikan,
burung dan sebagainya.

► Penulis- penulis Khat Diwani Jali yang terkenal


adalah seperti Muhammad Izzat dari Istanbul,
Hisyim Muhammad Al- Baghdadi, Syed Ibrahim dan
Al- Mala Ali yang telah berjaya menghasilkan
ciptaan- ciptaan yang indah.
KHAT DIWANI
KHAT DIWANI
KHAT DIWANI
AHLI KHAT : Ibnu Muqlah
► Tokohseni khat yang masyhur ini dilahirkan
pada 868 M di Baghdad.

► Nama sebenarnya ialah Abu Ali Muhammad


bin Ali. Kariernya bermula sebagai pengutip
cukai tanah di Fars.

► ApabilaIbnu Al- Furat menjadi wazir pada


908 M, karier ibnu Muqlah semakin cerah.
Beliau dilantik sebagai setiausaha
Pentadbiran Pusat. Pengetahuannya dalam
bidang geometrik banyak membantunya
dalam mengubah suai tradisi kaligrafi.
► Ahwal yang merupakan murid kepada Ibrahim Al-
Syajari bertanggungjawab membentuk Ibnu Muqlah
menjadi ahli kaligrafi yang masyhur.

► Kemasyhuran Ibnu Muqlah ialah kerana beliau telah


menyumbangkan skrip kaligrafi yang istimewa Al-
Khat Al- Mansub’ yang kemudian telah
disempurnakan dengan jayanya oleh Ibnu Al-
Bawwab.

► Sumbangan Ibnu Muqlah yang bermakna ialah


peraturan- peraturan menggunakan lingkungan,
garis lurus serta titik rombik bagi melahirkan
bentuk- bentuk huruf yang betul serta gaya enam
tulisan yang dikenali sebagai ‘Sitta’- Thuluth,
Nasakh, Rihan, Muhaqqaq, Tauqi dan Riq’ah yang
berkekalan berabad- abad lamanya
► Ibnu Muqlah lebih menguasai tulisan Kursif
daripada tulisan Kufi.

► Walaubagaimanapun, beliau mampu


menguasai tulisan tersebut.

► Inidibuktikan apabila beberapa karyanya


telah dihasilkan dalam dua jenis tulisan
tersebut.

► Antara karya tulisannya dengan Khat


nasakh dan Thuluth pula terdapat di Muzium
Iraq, Baghdad. Dikatakan juga sebuah
mashaf Al- Quran di Masjid Sevilla Andalusia
merupakan hasil karya beliau.
► Sungguhpun kegemilangan Ibnu Muqlah dalam
lapangan kaligrafi mencapai reputasi yang
menakjubkan, tetapi kehidupannya penuh dengan
tragedi yang menyayat hati.

► Jawatan Wazir (Perdana Menteri) kepada tiga


khalifah Abbasiah iaitu Al- Muqtadir (908- 932 M),
Al- Qahir (932- 934 M) dan Al- Radhi (934- 940 M)
tidak menjaminnya hidup mewah dan bahagia.

► Dalam kegelisahan akibat krisis kepimpinan


khalifah, beliau sering difitnah dan teraniaya. Beliau
pernah ditangkap dan dipenjara selama dua tahun,
sebelum dibuang negeri ke Parsi. Kemudiannya
difitnah lagi sehingga jawatannya dipecat dan
hartanya telah diambil. Kemuncak daripada
penderitaannya ialah apabila tangan kanannya
telah dipotong.
► Tetapi Khalifah Al- Radhi kemudiannya menyesal
dan meminta agar tangan Ibnu Muqlah diubati.

► Dengan tangannya yang cacat itulah Ibnu Muqlah


meneruskan sisa- sisa kehebatannya dalam
lapangan penulisan kaligrafi.

► Penderitaan Ibnu Muqlah tidak berakhir di situ,


tindakan kejam ke atasnya terus dijatuhkan oleh
Ibnu Raiq dengan memotong lidah beliau serta
menyumbatkannya ke penjara.

► Sisa- sisa kehidupannya bertahun- tahun di penjara


berakhir dengan kematiannya pada tahun 940 M/
328 H. Kehilangannya tidak pula menenggelamkan
seluruh kegemilangan kaligrafi yang telah
dirintisnya.
► IbnuMuqlah meninggalkan murid-
murid dan pengikut- pengikut yang
meneruskan kegiatan kesenian
kaligrafi Islam di tengah- tengah
kemasyhuran gurunya. Antara murid-
muridnya yang terkenal ialah Ibnu Al-
Simsimany dan Ibnu Asad Al- Ghafigi.
RUJUKAN
► Tajuk : Traditional Islamic Craft In Moroccan ► Tajuk : Buku Kesenian Islam
Architechture 1 Penulis : Ahmad Kamal Abdullah
Penulis : Andre’ Paccard Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Penerbit : E’dition Atelier 74 Tahun : 1990
Tahun : 1980
► Tajuk :Aspek-Aspek Kesenian Islam
► Tajuk : Seni Khath Islam Penulis : Manja Mohd Ludin Dan Ahmad Suhaimi
Penulis : Drs.A.Sirajuddin AR Mohd Nor
Penerbit : Pustaka Panjimas Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Tahun : 1996
► Tajuk : Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi
Penulis : Hashim Haji Musa ► Tajuk : Penghantar Tamadun Islam
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka Penerbit : Media Intelek Sdn Bhd
Tahun : 1999
► Tajuk : Pertandingan Seni Khat Seramik
► Tajuk : Warisan Kesenian Dalam Tamadun Peringkat Kebangsaan 94
Islam
Penulis : Dr Othman Mohd Yatim ► www.ummah.com .my/islamic
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka. portal/kaligrafi.htm
Tahun : 1989 ► www.iranonline.com/art/kaboly
► www.persianpainting.com
► Tajuk : Seni Kaligrafi Islam ► www.caroun.com
Penulis : Drs Irhash A. Samad ► www.sakkal.com/ArtArabicCalligraphy
Penerbit : Penerbitan Angkasaraya ► www.islamicart.com/main/calligraphy
Tahun : 1993 ► www.arabiccalligraphy.com

Anda mungkin juga menyukai