Anda di halaman 1dari 2

CONTOH TEKS PANDUAN UNTUK PENGACARA RADIO BIRU SEMMUJA

PERCUBAAN PERTAMA 11/4/2019


(KENDALIAN PENGAWAS SEKOLAH) – HARI KHAMIS (7.15-7.40)

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Kita mulakan pagi yang berbahagia dan sejahtera ini dengan rasa kesyukuran.
Anda bersama kami..saya ___________, rakan setugas ____________ dan
____________ dalam rancangan RADIO BIRU SEMMUJA yang dikendalikan
oleh Badan Pengawas Sekolah pada hari Khamis ini, 11 April 2019. Tentu ada
yang tertanya-tanya tentang kewujudan siaran radio ini.

Bermula dari inisiatif tuan pengetua Ustaz Yahaya bin Hj Tahir yang ingin
mengenengahkan bakat serta potensi para pelajar SEMMUJA, diharapkan
siaran ini menjadi titik tolak untuk menjadikan SEMMUJA lebih seronok, lebih
hampir di hati anda semua.

Kami dari Badan Pengawas Sekolah menyahut cabaran ini bagi menghiburkan
anda dengan informasi terkini serta menampilkan bakat-bakat SEMMUJA yang
mungkin selama ini tersembunyi kerana kurang keyakinan diri dan kurang
ruang dan kesempatan untuk beraksi.

Sebelum kita mendengar dan menyaksikan persembahan, elok juga jika kita
saji dahulu minda dan telinga kita dengan berita-berita semasa dan menarik
dari dalam dan luar negara. Kami juga akan membekalkan anda dengan
maklumat-maklumat yang mungkin anda tidak pernah dengar. Fakta-fakta
ilmiah dan semasa yang mampu menajamkan fikiran dan mencambahkan idea.

SESI PENGETAHUAN DAN ILMIAH


Beralih kepada tajuk utama berita untuk minggu ini………
BERITA 1
MAKLUMAT MENARIK 1
BERITA 2
MAKLUMAT MENARIK 2
BERITA 3
MAKLUMAT MENARIK 3
(Jika perlu selitkan dengan madah-madah, kata-kata orang terkenal, pujangga, kata-kata
nasihat sepanjang penyampaian berita dan celoteh. Jangan terlalu formal, cuba jadi santai
dan jadikan teks ini sekadar panduan)

CONTOH:
Baiklah, nampaknya peserta bakat SEMMUJA kita yang pertama sudah tidak
sabar-sabar lagi untuk tampil. Marilah bersama-sama kita dengar dan hayati
bait-bait lagu yang akan didendangkan oleh saudara/saudari ______________
dari kelas ___________

Seterusnya kita ketengahkan bakat kedua iaitu saudara/saudari ____________.


Beliau yang gemar berpidato akan memberikan ucapan pendek berkenaan
tajuk ____________________.

Merdu sungguh suara dan nyanyian tadi, bagaimana pula dengan pidato
ringkas saudara __________. Hebat dan mengagumkan.

PENUTUP
Badan pengawas mengalu-alukan sekiranya ada di kalangan pelajar yang ingin
turut sama bersama RADIO BIRU SEMMUJA. Anda boleh berjumpa dengan
mana-mana pengawas dan maklumkan keinginan anda untuk turut sama
menjadi warga SEMMUJA yang berani tampil ke hadapan dan menunjukkan
bakat terpendam anda.

(Jika boleh wujudkan suasana macam dalam konti radio – maklumat sampai tetapi secara
santai dan perbualan)

Tidak semestinya anda menyanyi, mungkin anda pandai bersilap mata, pandai
berlakon dan membuat sketsa spontan atau apa-apa juga bakat yang anda ada,
boleh hubungi pihak kami untuk menjadikan SEMMUJA lebih ceria.

Anda mungkin juga menyukai