Anda di halaman 1dari 3

THE REMOTENESS OF ENGLISH

Tajuk artikel ini bolehlah diterjemahkan sebagai "Keterasingan Bahasa Inggeris".


Ia memperihalkan tentang asingnya Bahasa Inggeris pada tanggapan murid-murid dan
terpencilnya tempat kajian daripada arus pembangunan iaitu di Pulau Tuba, di selatan
Pulau Langkawi yang didiami seramai 3000 penduduk.

Kajian ini berbentuk kualitatif kerana pengkaji ingin mengetahui dengan


mendalam tentang subjek dan fenomena yang sedang berlaku. Bahasa Inggeris akan
menjadi asing bila kurang atau tiada pendedahan tentang subjek itu. Lado(1964),
mengatakan bahawa 'pendedahan bukan sahaja perlu menjadi penentu kepada penguasaan
bahasa'. Jika pelajar mendapat pendedahan kepada bahasa kedua seumpama bahasa
pertama, kejayaan lebih baik sudah tentu boleh dicapai.

Pengkaji berpeluang mendengar pendapat dan luahan perasaan sampel kajian dan
mengumpul data sebagai asas inferensi, interpretasi dan jangkaan. Selama tempoh kajian
pengkaji mendapati murid-murid hanya mendapat pendedahan tentang Bahasa Inggeris
hanya di dalam kelas sahaja. Perkataan Bahasa Inggeris yang ditemui di pulau itu
hanyalah satu : KEEP LANGKAWI ISLANDS CLEAN.

Daripada soalan-soalan kajian, pengkaji mendapati bahawa:


1. Komunikasi yang berlaku hanyalah dalam Bahasa Melayu termasuk guru Bahasa
Inggeris, tiada pula label-label atau papan tanda di dalam Bahasa Inggeris.
2. Sumber Bahasa Inggeris hanyalah guru Bahasa Inggeris sendiri dan hanya berlaku
di dalam kelas dan murid-murid tiada pendedahan lain.
3. Sekolah itu mempunyai kemudahan yang sangat minima, lebih-lebih lagi bahan-
bahan pengajaran Bahasa Inggeris. Semua murid adalah daripada etnik Melayu
berstatus sosioekonomi rendah.

Dari segi rekod kerja semua perancangan tahunan, bulanan,mingguan dan harian
ditulis dengan lengkap, buku kerja murid ditanda dengan baik dan kelas berjalan lancar.
Di samping itu, dapatan juga menunjukkan bahawa :
1. Guru-gurunya tidak berpengalaman, kurang daya saing, tidak bermotivasi dan
baru ditempatkan di sekolah itu.
2. Persepsi pentadbir terhadap sekolah sebagai 'transit' kepada penempatan baru
yang lebih baik.

Ulasan
Berdasarkan kajian yang dilaporkan di dalam artikel ini, saya beranggapan
keterasingan yang berlaku disebabkan juga oleh sikap semua pihak yang menjadikan
Bahasa Inggeris itu asing. Oleh kerana ada segelintir guru yang menganggap
penempatannya di kawasan terpencil itu sesuatu yang membebankan dan tidak menerima
secara positif dan mengambilkira kepentingan pelajar terhadap penguasaan Bahasa
Inggeris lebih-lebih lagi bila pengajaran Sains dan Matematik juga di dalam bahasa itu.
Sikap ini menjadikan mereka tidak inovatif, kurang inisiatif dan sentiasa hilang harapan
terutama kepada murid-murid.

Cadangan
Sikap pelajar terhadap Bahasa Inggeris boleh dibentuk oleh guru dengan
berbagai-bagai kaedah yang mudah dan menarik seperti penggunaan suratkhabar,
ilustrasi-ilustrasi dan yang lebih penting ialah sentiasa berkomunikasi menggunakan
Bahasa Inggeris di mana sahaja dimulakan oleh guru-guru Bahasa Inggeris sendiri.

Dasar pendidikan guru juga boleh memainkan peranan di dalam hal ini, di mana
guru-guru muda perlu didedahkan dengan suasana sebenar tempat mereka akan bertugas,
yang terdiri daripada berbagai corak masyarakat sama ada di pedalaman, di tengah
bandar besar yang sibuk, di pulau dan lain-lain lagi. Tujuannya ialah untuk mengelakkan
persepsi yang negatif terhadap klien semasa memulakan tugas, kerana persepsi guru akan
turut mempengaruhi minat, kesungguhan dan prestasi murid keseluruhannya.
Kesimpulan
Penguasaan Bahasa Inggeris di negara kita adalah satu kelebihan yang sangat
diutamakan terutamanya untuk memasuki pasaran pekerjaan di sektor swasta. Guru-guru
memikul tanggungjawab besar untuk menimbulkan minat kepada murid-murid kalau pun
mereka tidak dapat menguasainya di peringkat awal. Penglibatan semua pihak perlu
untuk menunjukkan kepentingan Bahasa Inggeris melalui pembelajaran di dalam atau di
luar kelas.

Anda mungkin juga menyukai