Anda di halaman 1dari 21

SKPM 8

BAB II: PERNYATAAN STANDARD

Pernyataan Standard ini terdiri daripada dua belas elemen yang


dikelompokkan kepada empat dimensi.

Guru Besar atau Pengetua atau orang-orang yang bertanggungjawab ke


atas pengurusan sekolah hendaklah memastikan kesemua elemen berikut
diamalkan di sekolah:

DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN

Elemen 1 : Visi Dan Misi

Sekolah hendaklah mengadakan visi, iaitu pernyataan yang


menggambarkan hala tuju sekolah yang cekap menghasilkan murid
yang sempurna.

Sekolah hendaklah mengadakan misi, iaitu cara atau pendekatan atau


kaedah merealisasikan visi tersebut.

1.1 Penggubalan visi dan misi hendaklah:

a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan


2020 dan perkembangan semasa;

b. mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman,


potensi murid, serta keperluan sekolah dan komuniti
setempat; dan

c. dibuat secara kolektif.

PERNYATAAN STANDARD 8
SKPM 9

1.2 Visi dan misi yang digubal hendaklah:

a. dihayati oleh warga sekolah;

b. diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan kerja


harian warga sekolah;

c. boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang


munasabah;

d. memberi impak kepada warga sekolah; dan

e. dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan


keperluan.

Elemen 2 : Kepimpinan

2.1 Guru Besar/Pengetua hendaklah menerajui dan menggerakkan


seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan
cara:

a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi


dan misi;

b. mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi


(misalnya dengan mengambil kira latar belakang warga
sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat);

c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja


secara sepasukan dengan semangat kekitaan;

PERNYATAAN STANDARD 9
SKPM 10

d. mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan konflik;


dan

e. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir di


kalangan warga sekolah dengan menyediakan saluran
pencetus minda di kalangan warga sekolah seperti kajian
tindakan, pembentangan hasil kajian, perbincangan intelektual
dan sebagainya.

2.2 Guru Besar/Pengetua hendaklah mengamalkan sistem komunikasi


yang berkesan dengan:

a. mewujudkan suasana interaksi yang mesra;

b. memberi peluang kepada warga sekolah untuk


mengemukakan pendapat;

c. merangsang percambahan fikiran di kalangan warga sekolah;


dan

d. membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan kolaboratif.

2.3 Guru Besar/Pengetua hendaklah memberi motivasi dan dorongan


yang dapat membina dan membangunkan keyakinan serta daya
maju warga sekolah secara berterusan dengan cara:

a. memberi sokongan moral dan material;

b. menghargai setiap sumbangan dan kejayaan;

c. membuat penilaian secara adil;

PERNYATAAN STANDARD 10
SKPM 11

d. menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan


warga sekolah; dan

e. memberi teguran dan nasihat membina.

2.4 Guru Besar/Pengetua hendaklah memainkan peranan yang


berkesan sebagai pemimpin kurikulum1 dengan:

a. mengajar sejumlah waktu mengikut Surat Pekeliling2 yang


sedang berkuat kuasa;

b. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran3;

c. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti


pengajaran dan pembelajaran;

d. menggerakkan dan memantau perjalanan Jawatankuasa


Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum dan jawatankuasa-
jawatankuasa lain yang berkaitan dengannya; dan

e. memantau kemajuan murid dalam pembelajaran.

2.5 Guru Besar/Pengetua hendaklah mengupayakan Guru-guru


Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang), Ketua
Panitia dan guru-guru untuk membangunkan diri menjadi pemimpin
yang berkesan dengan:

a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas;

1
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2020, AG
Grafik Sdn. Bhd, 2001, Kuala Lumpur.
2
Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67 (Pind. 82),
3
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1987.

PERNYATAAN STANDARD 11
SKPM 12

b. melatih dan memberi kepimpinan;

c. menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan mengambil


tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing;

d. memantau dan menilai pelaksanaan tugas yang dilaksanakan;


dan

e. memberi bimbingan dan nasihat untuk meningkatkan


keupayaan kepimpinan.

DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI

Elemen 3 : Struktur Organisasi

Sekolah hendaklah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan


staf sokongan dengan:

a. membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi;

b. memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang


ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, program pembangunan
sekolah dan program pendidikan;

c. menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja bagi


setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan; dan

d. menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang ditubuhkan.

Elemen 4 : Perancangan

PERNYATAAN STANDARD 12
SKPM 13

Sekolah hendaklah mengadakan perancangan strategik, taktikal dan


operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal
murid, kewangan, sumber tenaga manusia, bahan kurikulum,
kemudahan dan keperluan asas berasaskan prinsip penambahbaikan
berterusan. Perancangan ini hendaklah mengambil kira:

a. visi dan misi sekolah;

b. tahap pencapaian semasa [Take-Off Value (TOV)];

c. peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted Increment (OTI)];

d. sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result (ETR)];

e. strategi yang bersesuaian;

f. implikasi sumber; dan

g. kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program yang


dilaksanakan.

Elemen 5 : Iklim

Sekolah hendaklah mewujudkan iklim yang sihat dengan:

a. memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria;

b. memastikan persekitaran sosial dan psikologikal yang selamat,


kondusif, dan harmoni;

c. mengadakan sistem komunikasi yang berkesan di kalangan


warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;

PERNYATAAN STANDARD 13
SKPM 14

d. mengadakan permuafakatan di kalangan warga sekolah, ibu


bapa dan komuniti setempat;

e. memastikan guru dan staf sokongan mematuhi peraturan dan


etika perkhidmatan;

f. memastikan murid bertatasusila dan mematuhi peraturan;

g. memberi kebebasan optimum yang terkawal di kalangan warga


sekolah;

h. memberi motivasi serta sokongan moral, material dan kepakaran


kepada warga sekolah; dan

i. memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah


atau sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan kepada
kemajuan sekolah.

Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber

Sekolah hendaklah mengurus semua sumber iaitu kemudahan dan


keperluan asas4, kewangan, tenaga manusia dan bahan kurikulum5
dengan:

a. merancang, menyediakan serta membangunkan kemudahan dan


keperluan asas berdasarkan keperluan dan keutamaan;

b. menyelenggara kemudahan dan keperluan asas bagi


memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan terpelihara;

4
Rujuk: Bil (50) dlm UPE (P) 34/1/7 Vol. IX, bertarikh 18 September 1995 : (UPE: Unit
Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri)
5
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997

PERNYATAAN STANDARD 14
SKPM 15

c. menyelenggara pejabat sekolah dengan baik dan berhemah

d. memanfaatkan kemudahan dan keperluan asas secara optimum;

e. merancang keperluan kewangan serta menyediakan belanjawan


mengikut keperluan dan keutamaan dengan mematuhi peraturan
yang sedang berkuat kuasa;

f. memanfaatkan sumber kewangan secara optimum;

g. menganalisis keperluan, merancang dan mengambil tindakan


bagi memastikan keperluan sumber tenaga manusia mencukupi;

h. menganalisis, mengenal pasti dan memanfaatkan secara


optimum sumber tenaga manusia berdasarkan kelayakan,
kemahiran, pengalaman, bakat dan minat;

i. menganalisis keperluan, merancang dan melaksanakan program


peningkatan profesionalisme selaras dengan perkembangan dan
kemajuan pendidikan;

j. menganalisis keperluan, merancang dan menyediakan bahan


kurikulum menurut keperluan dan keutamaan; dan

k. menyelenggara dan memastikan bahan kurikulum digunakan


secara optimum.

Elemen 7 : Pengurusan Maklumat

PERNYATAAN STANDARD 15
SKPM 16

Sekolah hendaklah mengurus semua data dan maklumat pengurusan


dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan
pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan. Data dan
maklumat hendaklah:

a. diperoleh;

b. disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang


diberikan;

c. disimpan menggunakan teknologi yang sesuai;

d. mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut peringkat kuasa dan


tahap keselamatan;

e. digunakan sebagai rujukan penambahbaikan;

f. dikemukakan dengan menggunakan media yang sesuai; dan

g. dikemas kini.

DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN

Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan


Hal Ehwal Murid

Sekolah hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan program


kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang berkesan dengan:

a. mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat


(kognitif, afektif dan psikomotor) setiap murid;

PERNYATAAN STANDARD 16
SKPM 17

b. merancang program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid


dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan
kumpulan sasaran;

c. mengelola sumber manusia (dengan mengenal pasti, melantik dan


menempatkan staf yang sesuai untuk menjalankan tugas) dan
sumber lain yang berkaitan untuk dimanfaatkan;

d. melaksana program mengikut perancangan;

e. memantau pelaksanaan program secara berkala dan berterusan;

f. menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan


kelemahan pada setiap peringkat pengurusan (perancangan,
pengelolaan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); dan

g. melaksana penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian impak.

Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran

Sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan pengajaran dan


pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut:

a. berdasarkan kurikulum kebangsaan6, sukatan pelajaran, huraian


sukatan pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang
berkuatkuasa;

6
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

PERNYATAAN STANDARD 17
SKPM 18

b. isi kandungan (pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur


kebudayaan dan kepercayaan) diolah mengikut tahap pencapaian
semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara
bersepadu;

c. pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan


murid secara aktif;

d. penghayatan ilmu;

e. berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap


pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;

f. kesediaan guru dan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek;

g. pengurusan bilik darjah yang efektif bagi menghasilkan iklim


pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;

h. setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan


mereka;

i. pemupukan semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan


patriotisme; dan

j. penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran


secara berterusan.

PERNYATAAN STANDARD 18
SKPM 19

Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid

Sekolah hendaklah membangunkan sahsiah setiap murid mengikut


tahap persekolahan dan potensi masing-masing berpandukan perkara-
perkara berikut:

a. murid diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan


potensinya;

b. murid diberi peluang, latihan dan bimbingan;

c. murid diberi motivasi dan galakan;

d. murid ditunjukkan teladan;

e. murid disediakan persekitaran dan kemudahan;

f. pencapaian murid dinilai dari semasa ke semasa;

g. hasil penilaian digunakan untuk pembetulan dan penambahbaikan;

h. murid diberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap sebarang


perlakuan yang negatif; dan

i. murid diberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan yang


positif.

PERNYATAAN STANDARD 19
SKPM 20

Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid

Keberkesanan program pendidikan dinilai melalui pencapaian murid.


Pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah
hendaklah:

a. dinilai secara formatif dan sumatif;

b. dianalisis untuk mengenal pasti kemajuan, kekuatan dan kelemahan


secara spesifik;

c. direkod dan diulas secara kuantitatif dan kualitatif;

d. digunakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan; dan

e. dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa serta pihak berkuasa yang
berkaitan.

DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID

Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan


Sahsiah

12.1Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah7, bersesuaian dengan


tahap dan potensi, murid hendaklah:

a. memperlihatkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri


yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik;

7
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003),
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd. Selangor,

PERNYATAAN STANDARD 20
SKPM 21

b. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian


(untuk murid beragama Islam);

c. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;

d. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan


memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk
berkomunikasi;

e. menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul


untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa
pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa pengantar;

f. menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian


selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

g. menguasai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan


kemahiran menyelesaikan masalah;

h. memperlihatkan kematangan emosi dan kemahiran sosial;

i. memperlihatkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta


mempraktik amalan kesihatan dan keselamatan yang baik;
dan

j. memperlihatkan daya kreativiti dan estetika untuk menghargai


keindahan alam dan warisan budaya.

PERNYATAAN STANDARD 21
SKPM 22

12.2 Pada akhir peringkat pendidikan rendah8, bersesuaian dengan


tahap dan potensi, murid hendaklah:

a. menguasai bahasa Melayu;

b. menguasai kemahiran asas berbahasa;

c. menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul


untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa
pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil;

d. membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yang


merangkumi pemikiran rasional, kreatif dan kritis;

e. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam


kehidupan seharian;

f. menguasai kemahiran belajar dan berfikir;

g. menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua;

h. membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan


keyakinan diri;

i. menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia;

j. menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;

k. memahami dan menghargai budaya;

8
EPRD MOE, Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik
Sdn Bhd,
Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD 22
SKPM 23

l. melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi;

m. mengetahui hal-hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri;

n. menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan


produktiviti;

o. memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan memahami


makna ayat-ayat tertentu dalam al-Quran (untuk murid
beragama Islam);

p. mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan) dan


mengamalkan nilai-nilai murni;

q. memupuk semangat patriotisme;

r. membangunkan bakat dan kreativiti; dan

s. membangunkan sikap positif.

12.3 Pada akhir peringkat pendidikan menengah9, bersesuaian


dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:

a. meningkatkan kecekapan dan kefasihan berbahasa dalam


bahasa Melayu dan bahasa Inggeris;

b. membangunkan dan meningkatkan keupayaan intelektual;

9
EPRD MOE, Education In Malaysia (2001), A Journey To Excellence, 2001, AG
Grafik Sdn Bhd, 2001, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD 23
SKPM 24

c. memperoleh ilmu pengetahuan dan membangunkan


penguasaan kemahiran;

d. membangunkan kemahiran untuk menangani bidang-bidang


ilmu dan kemajuan teknologi yang baru;

e. memperoleh kemahiran yang berfaedah kepada individu dan


masyarakat;

f. membangunkan keyakinan diri;

g. memahami dan menghargai warisan sejarah dan sosiobudaya


setempat dalam negara;

h. menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik;

i. membangunkan kesedaran terhadap persekitaran;

j. memperlihatkan pemantapan nilai;

k. membangunkan dan memajukan semangat patriotisme;

l. memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan;

m. berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga;

n. memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan


terhadap diri sendiri dan orang lain;

o. menunjukkan kesyukuran, rasa pasrah, redha terhadap qadak


dan qadar yang diiringi dengan usaha dan ikhtiar yang
berterusan;

PERNYATAAN STANDARD 24
SKPM 25

p. sedar dan tahu tugas dan peranannya dalam masyarakat dan


agama; dan

q. berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya


dengan:

i. keluarga;
ii. persekitaran;
iii. alam fizikal;
iv. kejadian alam; dan
v. Pencipta.

_________..............ooooo00000()[]{}[]()00000ooooo.............._________

PERNYATAAN STANDARD 25
SKPM 26

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Pembangunan Pendidikan 2001


– 2010, 2001, KPM Kuala Lumpur.

Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan Pendidikan (BPPDP)


(1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.

Undang-Undang Malaysia (1996) , Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),


1996, PNB Kuala Lumpur.

Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum


Kebangsaan), 1997, Percetakan Nasional Berhad.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan


2001-2020, 2001, AG Grafik Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Biro Tatanegara, (1991), Wawasan 2020, 1993, Percetakan Nasional


Berhad, Kuala Lumpur.

Surat Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pind. 82).

EPRD MOE (2001), Education In Malaysia : A Journey To Excellence,


2001, AG Grafic Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003),


Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd, Ampang.

International Law Book Services (2003), Perintah-Perintah Am dan


Arahan Pentadbiran (hingga 15hb April 2003), 2003, United Print
Process Sdn Bhd, Shah Alam.

International Law Book Services (2003), Arahan Perkhidmatan Bab “1” –


Bab “8” (hingga 20hb Mac 2003), 2003, Direct Art Company, Kuala
Lumpur.

Bahagian Sekolah, (1978), Surat Pekeliling Ikhtisas 1969 - 1978, 1979


Kementerian Pendidkan Malaysia.

Bahagian Sekolah, (1983), Surat Pekeliling Ikhtisas 1979 - 1983, 1984,


Kementerian Pendidkan Malaysia.

Bahagian Sekolah, (1987), Surat Pekeliling Ikhtisas 1984 - 1987, 1988,


Kementerian Pendidkan Malaysia.

Bahagian Sekolah, (1990), Surat Pekeliling Ikhtisas 1988 - 1990, 1991,


Kementerian Pendidkan Malaysia.

PERNYATAAN STANDARD 26
SKPM 27

Bahagian Sekolah, (1993), Surat Pekeliling Ikhtisas 1991 - 1993, 1994,


Kementerian Pendidkan Malaysia.

Bahagian Sekolah, (1997), Surat Pekeliling Ikhtisas 1994 - 1997, 1998,


Kementerian Pendidkan Malaysia.

Bahagian Sekolah, (2000), Surat Pekeliling Ikhtisas 1998 – 2000, 2001


Kementerian Pendidkan Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000,
Percetakan DBP Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kepemimpinan Dan


Pengurusan Kurikulum Di Sekolah, 2001, Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penilaian Kendalian Sekolah,


2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Aplikasi Teori Kecerdasan


Pelbagai Dalam Pengajaran Dan pembelajaran, 2001, Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Akses Kendiri,


2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pengajaran Berasaskan Kajian


Masa Depan, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kemahiran Berfikir Dalam


Pengajaran Dan Pembelajaran, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Masteri, 2001,


Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara


Konstruktivisme, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Belajar Cara Belajar, 2001,


Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara


Kontekstual, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

PERNYATAAN STANDARD 27
SKPM 28

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, Matlamat dan Misi, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penggunaan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran,
2001, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Sekolah, (1998), Amalan Kebersihan Sekolah Panduan


Aktiviti, 1998, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD 28

Anda mungkin juga menyukai