Anda di halaman 1dari 4

SMK MUADZAM JAYA 26700 MUADZAM SHAH

PAHANG

KERTAS KERJA
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK ( KEMAHIRAN BELAJAR )
TINGKATAN 2 TAHUN 2016

1.0 PENDAHULUAN

Program kemahiran belajar adalah salah satu daripada kaedah yang dapat membantu para
pelajar menguasai kemahiran dalam akademik. Belajar juga memerlukan kemahiran dan
strategi yang betul bagi memastikan para pelajar dapat memaksimumkan hasil usaha
mereka untuk belajar dan mengingat. Oleh itu unit kecemerlangan tingkatan 2
sewajarnya menjadi pengerak dalam memastikan kemahiran ini dapat diamalkan oleh
semua pelajar tingkatan 2. Dengan ini pihak sekolah ingin menjemput Encik Hafis Bin
Mohamad Kaunselor Uniten untuk mengendalikan program ini.

2.0 MATLAMAT

Pada dasarnya matlamat program ini adalah bagi memastikan para pelajar dapat
bimbingan oleh mereka yang lebih arif tentang bagaimana menentukan kemahiran dan
strategi yang sesuai . Para pelajar juga akan didedahkan tentang kaedah belajar yang
betul bagi setiap matapelajaran yang dipelajari.

3.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini akan dapat :

3.1 Membantu pelajar memahami bagaimana cara belajar dan mengulangkaji


matepelajaran yang mereka ambil dengan betul.
3.2 Menyokong pemahaman murid dalam setiap matapelajaran yang diambil.
3.3 Menarik minat murid untuk mempelajari dan menguasai setiap matapelajaran

4.0 TARIKH : 15 NOV 2016

5.0 AKTIVITI

Aktiviti dilaksanakan dalam bentuk seminar dan bengkel iaitu kemahiran membuat nota,
kemahiran mengingat, kemahiran mengulangkaji dan kemahiran berfikir.

6.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Kecemerlangan tingkatan 2


7.0 PERBELANJAAN

Makan dan minum fasilitator - RM 5.00 x 5 orang = RM 25.00


Makan dan minum murid - RM 5.00 x 159 orang = RM 795.00
Bayaran penceramah = RM 500.00
Bayaran fasilitator -RM100X 3 orang = RM 300.00
Bahan bercetak = RM 180.00
Kertas A4 = RM 100.00
Maker Pen = RM 100.00
Jumlah RM 2000.00

8.0 JADUAL PROGRAM

15Mac 2016 ( SELASA)

7.45 pagi 9.15 pagi - Fungsi dan peranan otak

9.20 pagi 10.20 pagi - Kemahiran Membuat Nota

10.20 pagi 10.40 pagi - REHAT

10.45 pagi 12.00 pagi - Kemahiran Mengingat

12.05 tgh 1.00 ptg - Kemahiran Mengulangkaji

1.00 ptg 2.40 ptg - Bengkel membuat nota / mengulangkaji

9.0 PENUTUP

Sokongan daripada pihak sekolah dan PIBG amatlah diharapkan dalam menjayakan
program yang dirancang. Persediaan awal adalah amat perlu bagi memastikan SMK
Muadzam Jaya tetap berada dalam kedudukan yang boleh dibanggakan diperingkat
Daerah Rompin.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh:

............. .......... ..... ...................................


SITI NOOR RIZAN BT IBRAHIM HAJAH NORLEY BINTI NORDIN,
Penyelarasan Kecemerlangan Tingkatan 2, Pengetua,
SMK Muadzam Jaya, SMK Madzam Jaya,
26700 MUADZAM SHAH. 26700 MUADZAM SHAH
KERTAS KERJA
PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR
TINGKATAN 2

TARIKH:

15 NOVEMBER 2016

TEMPAT

BILIK AL ZAHRAWI

ANJURAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anda mungkin juga menyukai