Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

KOTA PUTRA,
22200 BESUT,
TERENGGANU DARUL IMAN.

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN KALIGRAFI SEMPENA TAHUN BARU
CINA 2016

TARIKH
19 FEBRUARI 2016

TEMPAT
DEWAN MAJLIS DAERAH BESUT, JERTEH

ANJURAN:
PERSATUAN BAHASA CINA DENGAN KERJASAMA JABATAN
BAHASA-BAHASA

1
KERTAS CADANGAN DARIPADA
PERSATUAN BAHASA CINA DENGAN KERJASAMA
JABATAN BAHASA-BAHASA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

TAJUK KERTAS

PERTANDINGAN KALIGRAFI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2016

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Cina dengan kerjasama IPG Kampus
Sultan Mizan. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan pihak
pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dalam penganjuran
Pertandingan Kaligrafi Sempena Tahun Baru Cina 2016. Tarikh yang dicadangkan
adalah pada 19 Februari 2016 (Jumaat) dari pukul 8:30 pagi hingga pukul 12:00 tengah
hari bertempat di Dewan Majlis Daerah Besut, Jerteh.

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan


Kementerian Pendidikan Malaysia

9 Januari 2016

2
TAJUK

1.0 Pertandingan Kaligrafi Sempena Tahun Baru Cina 2016

TUJUAN

2.0 Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak pengurusan IPG Kampus Sultan Mizan untuk mengadakan
program Pertandingan Kaligrafi Sempena Tahun Baru Cina 2016 yang akan
diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut, Jerteh.

LATAR BELAKANG

3.0 Persatuan Bahasa Cina merupakan salah satu persatuan di bawah Jabatan
Bahasa-bahasa (JBB). Persatuan Bahasa Cina ingin memberi pendedahan
mengenai aktiviti kebudayaan dan kesenian bangsa Cina di Malaysia kepada
para guru pelatih dan komuniti setempat. Hal ini selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) anjakan yang ke-9 iaitu
bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas. Oleh
yang demikian, Persatuan Bahasa Cina ingin mengadakan Pertandingan Kaligrafi
Sempena Tahun Baru Cina 2016 di Dewan Majlis Daerah Besut, Jerteh.

PERINCIAN CADANGAN

4.0 MATLAMAT

Program ini dijalankan untuk mewujudkan semangat setia kawan,


permuafakatan dan kerjasama dalam kalangan para guru pelatih.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memberi latihan kepada guru pelatih dalam aspek pengurusan,


kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi dengan pihak-pihak
berkenaan.

5.2 Memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga IPG Kampus


Sultan Mizan dan masyarakat setempat melalui usaha bersama.

5.3 Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai dengan memberi


aaaaaaaaaaapeluang kepada guru pelatih mengenali dan memahami
kebudayaan dan tradisi masyarakat Cina.

5.4 Mencungkil bakat dan potensi guru pelatih dalam pelbagai aspek,
terutama kesenian dan pelaksanaan.

5.5 Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru pelatih, pensyarah


dan masyarakat setempat.

5.6 Mempromosikan IPG Kampus Sultan Mizan kepada komuniti


persekitaran.

3
6.0 ANJURAN
Persatuan Bahasa Cina IPG Kampus Sultan Mizan.

7.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:


Tarikh : 19 Februari 2016 (Jumaat)
Masa : 8.30 a.m. – 12.00 p.m.

8.0 LOKASI PROGRAM

Dewan Majlis Daerah Besut, Jerteh.

9.0 PUBLISITI
9.1 Poster ditampal sekitar kawasan IPG Kampus Sultan Mizan.
9.2 Penyebaran maklumat program melalui internet.

10.0 CADANGAN PERASMIAN

Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Dr Haji Mohd Aziz Bin Mohd Din.

11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Guru Pelatih IPG Kampus Sultan Mizan 50

Pihak Luar 60

Bilangan Urusetia 17

Jumlah Penglibatan Ahli-Ahli 127

4
12.0 TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA TINDAKAN


9.00 a.m. Ketibaan Peserta AJK Persiapan Tempat
9.30 a.m. Ketibaan Tetamu-tetamu Khas / VIP / Juri AJK Jemputan
Ucapan Perasmian oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah
9.35 a.m.
IPG Kampus Sultan Mizan Pengarah
(Dr Haji Mohd Aziz Bin Mohd Din)
9.45 a.m. Perasmian Majlis Pengarah

9.50 a.m. Wakil juri menjelaskan syarat-syarat pertandingan Juri

10.00 a.m. Pertandingan Bermula AJK Aktiviti

10.45 a.m. Tamat Pertandingan AJK Aktiviti


-Masa juri menilai Juri
10.45 a.m. -Persembahan Guru Pelatih
-Makan AJK Makanan
11.45 a.m. Rumusan daripada juri Juri
Ucapan Pengerusi Pertandingan Kaligrafi Sempena
11.55 a.m. Tahun Baru Cina 2016 Pengerusi Program
(Saudari Choe Seok Theng)
Ucapan Yang Berusaha Tuan Pengarah IPG Kampus
12.00 p.m. Sultan Mizan Pengarah
(Dr Haji Mohd Aziz Bin Mohd Din)
Ucapan Perasmian Penutup oleh ADUN Kota Putera
12.15 p.m. ADUN Kota Putra
(YB. Mohd Mahdi Bin Hj. Musa)
-Penyampaian Hadiah
12.30 p.m. AJK Cenderamata
-Penyampaian cenderamata
-Sesi bergambar
1.00 p.m. -
-Bersurai

13.0 ETIKA DAN PERATURAN MAJLIS

13.1 Semua guru pelatih dikehendaki memakai pakaian yang sopan dan
bersesuaian dengan etika pemakaian seorang guru pelatih.

13.2 Bagi guru pelatih Kaum Cina, pemakaian tradisional bagi kaum masing-
masing haruslah bersopan dan tidak mencolok mata.

13.3 Bagi peserta pertandingan, pemakaian tradisional bagi kaum masing-


masing haruslah bersopan dan tidak mencolok mata.

5
14.0 BELANJAWAN

BIL PERKARA DEBIT KREDIT


1. YURAN PENYERTAAN (120 x RM10) RM1200.00
2. JUALAN BERUS (RM5 x 50) RM250.00
3. PEMBIAYAAN DARIPADA IPG RM2424.00
KAMPUS SULTAN MIZAN
4. Kumpulan Publisiti
- Banner (1) RM 200
- Backdrop (1) RM 50
= RM 250

5. Kumpulan Program
- Fotostat RM 50
- Perasmian (Tarian Singa) RM 500
= RM 550

6. Kumpulan Makanan
- Makan Malam (RM5 x 130) RM 650
- Makan Malam (RM 5 x 30) (Ahli RM 150
Persembahan ) RM 84
- Minuman (RM15 x 6) RM 90
- Mandarin Oren (RM15 x 6) = RM 974

7. Kumpulan Tempat dan Peralatan


- Dakwat hitam RM 20
- Kertas Merah RM 20
- Alat Hiasan RM 100
= RM 140

8. Kumpulan hadiah dan cenderahati


- Cenderahati RM 120
- Hadiah Wang Tunai RM 1840
= RM 1960

JUMLAH RM3874.00 RM3874.00

*Pertandingan Kaligrafi Sempena Tahun Baru Cina 2016 tidak mendapat sebarang
keuntungan.

15.0 JAWATANKUASA INDUK

6
Penaung : Dr Haji Mohd Aziz Bin Mohd Din

Penyelaras Program : En. Mohd. Noor Bin Ibrahim

Penasihat Program : Dr. Fan Siong Peng


Cik Tan Gek Kee

Pengerusi : Choe Seok Theng

Naib Pengerusi : Joyce Ho Jen Yhee

Setiausaha : Angeline Tee Cher Lynn

Penolong Setiausaha : Tan Soo Zan


Chia Wen Lin

Bendahari : Kew Xin Ji

Penolong Bendahari : Chen Shi Hui

Auditor : Thomas Mason Lim Beng Ann

16.0 JAWATANKUASA KERJA

BIL TUGAS PERINCIAN TUGAS TANGGUNGJAWAB


1 Aktiviti  Membantu pengerusi merancang dan
menyelaras aktiviti projek. Ketua:
 Mempamerkan perancangan dan jadual Teo Hui Ying
tugasan.
 Memastikan jadual tugasan dilaksanakan
oleh ahli. Ahli:
 Sentiasa mengemaskini maklumat dan Koh Xiao Shan
bahan.
2 Persembahan  Menyediakan jenis-jenis persembahan.
 Memastikan kehadiran peserta-peserta Ketua:
yang akan membuat persembahan. Koh Kok An
 Lain-lain urusan yang bersangkut paut
dengan persembahan.
3 Tempat dan  Memantau persiapan dan keperluan
Alatan tempat.
 Memastikan siaraya yang diperlukan ada
dan sentiasa dalam keadaan baik.
 Mengambil kira keperluan peralatan / Ketua:
persiapan tempat. Mindy Lim Mim
 Memastikan jumlah kerusi yang diperlukan
mencukupi.

4 Hiasan  Mencadangkan corak hiasan pentas Ketua:


 Menyediakan dan menghias dewan Ng Su Tan
bersesuaian dengan majlis.

7
 Menyediakan label kerusi untuk VIP/ Ahli:
tetamu khas. Goh Zhie Yung
5 Teknikal  Memastikan elektrik dan peralatan siaraya
yang sempurna dalam Dewan Majlis
Daerah Besut, Jerteh..
Ketua:
 Mengemaskini peralatan yang telah
Kew Xin Ji
digunakan dan disimpan di tempat yang
sesuai.
 Mengurus dan menyediakan peralatan
elektrik pada hari pertandingan.
6 Makanan  Menyediakan ruang untuk makanan dan
Ketua:
minuman untuk VIP.
Tan Wei Wei
 Memastikan makanan dan minuman yang
mencukupi untuk bilangan orang.
Ahli:
 Mengedarkan makanan dan minuman
Tan Keh Chin
kepada para peserta.
7 Publisiti  Menyebarkan berita Pertandingan Kaligrafi
Ketua:
Sempena Tahun Baru Cina 2016 dalam Lilian Lam Lee Yan
internet, surat khabar dan poster.
 Menentukan tempat dan memasang poster Ahli:
 Menyebarkan maklumat kepada komuniti Thomas Mason Lim Beng
persekitaran. Ann

8 Sijil dan  Menyediakan dan memastikan jenis,


Cenderahati bilangan hadiah dan sijil mencukupi.
 Mendapatkan pandangan urussetia dalam Ketua:
menyediakan cenderamata. Angeline Tee Cher Lynn
 Berbincang dengan J/K Induk tentang VIP
yang akan menyampaikan hadiah. Ahli:
 Sentiasa berhubung dengan Juruacara Chia Wen Lin
Majlis untuk penyelarasan aturcara majlis Tan Soo Zan
penyampaian hadiah.
9 Tajaan  Menerima anggaran perbelanjaan daripada
jawatankuasa kecil lain untuk dimajukan
kepada jawatankuasa pusat.
 Segala permohonan perbelanjaan perlu
diluluskan oleh jawatankuasa pusat terlebih
Ketua:
dahulu.
Chen Shi Hui
 Menyediakan surat tawaran dan baucar
Kew Xin Ji
bagi urusan pentadbiran dan pengurusan.
 Mencari sumbangan kewangan dari pihak
luar.

10 Pendaftaran  Menguruskan tempat pendaftaran. Ketua:


 Menguruskan pendaftaran peserta. Angeline Tee Cher Lynn
 Memastikan keperluan yang diperlukan
semasa pendaftaran. Ahli:
Chia Wen Lin
Koh Xiao Shan
11 Keselamatan  Menjaga lalu lintas dan menentukan tempat Ketua:
letak kereta kenderaan jemputan luar. Koh Kok An
8
 Menentukan kawasan letak kereta serta
cara meletakkan kenderaan. Ahli:
Tan Keh Chin
12 Jemputan  Mengedarkan kad / surat jemputan.
 Mendapatkan maklumat kehadiran VIP. Ketua:
 Menyambut VIP / tetamu yang hadir. Ng Su Tan
 Menyediakan Upacara Sambutan VIP.
 Menentukan tempat duduk VIP. Ahli:
 Mengedarkan buku program kepada Goh Zhie Yung
tetamu. Teo Hui Ying

13 Pengacara  Bekerjasama dengan jawatan kuasa Thomas Mason Lim


Majlis protokol bagi menyediakan atur Beng Ann
cara pembukaan dengan
menentukan: protokol, masa, tempat duduk, Tan Soo Zan
cara masuk para peserta perbarisan, muzik
atau perbarisan,persembahan.

17.0 PENUTUP
Diharapkan program seumpama ini dapat mencapai matlamat dan objektif yang
dirancangkan. Selain itu, dapat mewujudkan kerjasama yang erat dan
persefahaman antara guru pelatih dan komuniti setempat. Di samping itu,
diharapkan agar program ini dapat memberi input yang berguna kepada bakal-

9
bakal guru agar dapat mengaplikasikan pengetahuan di sekolah kemudian hari.
Kerjasama daripada pihak tuan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh,

_________________________
(TAN SOO ZAN)
Penolong Setiausaha Pertandingan Kaligrafi Sempena Tahun Baru Cina 2016,
Persatuan Bahasa Cina,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Disokong oleh,

_________________________
(EN MOHD NOOR BIN IBRAHIM)
Penyelaras Program,
Pertandingan Kaligrafi Sempena Tahun Baru Cina 2016,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Ulasan/ Komen:
______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

10
Diluluskan oleh,

___________________________
(DR HAJI MOHD AZIZ BIN MOHD DIN)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu.

Dengan ini, saya (MELULUSKAN/ TIDAK MELULUSKAN) program ini sebagaimana seperti
tarikh dan tempat yang telah dinyatakan.

11

Anda mungkin juga menyukai