Anda di halaman 1dari 47

TAHAP PENGUASAAN, SIKAP DAN MINAT PELAJAR KOLEJ KEMAHIRAN

TINGGI MARA TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

NADZALINDA BINTI HJ. KAMSUR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan


Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2015
v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap penguasaan, sikap dan minat pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading terhadap Bahasa Inggeris. Kajian yang
dijalankan ini berbentuk deskriptif atau lebih dikenali sebagai kaedah tinjauan. Seramai
325 orang pelajar Diploma in Construction Technology dari Kolej Kemahiran Tinggi
Mara di daerah Batu Pahat telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Data yang
diperoleh melalui instrument soal selidik telah dianalisis untuk mendapatkan
pengukuran min, sisihan piawai, dan Pekali Korelasi Pearson untuk melihat hubungan
hasil dapatan data. Manakala, frekuensi dan peratusan digunakan bagi mengukur
penguasaan pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan
Bahasa Inggeris pelajar adalah berada pada tahap sederhana manakala faktor utama yang
mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris tersebut adalah minat diikuti oleh sikap.
Hasil dapatan menggunakan pekali Korelasi Pearson juga menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara sikap dengan penguasaan Bahasa Inggeris dan antara
minat dengan penguasaan Bahasa Inggeris. Kajian menunjukkan bahawa semakin positif
sikap dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris semakin
tinggi pencapaian mereka. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar
dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan memupuk sikap positif dalam
diri serta meningkatkan minat mereka terhadap Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Oleh
itu, diharap kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam
membuat kajian yang akan datang.
vi

ABSTRACT

The aim for this study is to identify the English skills among the students at Kolej
Kemahiran Tinggi Mara. Descriptive method is used in this requirement and it also
known as survey method. There are 325 students of Diploma in Construction
Technology from Kolej Kemahiran Tinggi Mara in Batu Pahat are chosen as the sample
in this study. The data is collected from the questionnaire that has been analyzed to get
the mean score, standard deviation and the inference correlation test. The finding
showed that the mastery in English among the students is medium while the key factor
that influenced in English Language is interest followed by attitude. Apart from that,
Pearson analysis showed that there are significant correlation between the student
attitudes and also their interest towards English implementation subject and student’s
performance. Results from this research are expected to assist students in improving
English proficiency by fostering positive attitudes in themselves and increase their
interest in better English. Therefore, with this study perhaps it can be a guideline for
further research in the future.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.7.1 Pelajar 9
1.7.2 Guru 9
1.7.3 Sekolah 9
1.7.4 Ibu bapa 9
viii

1.7.5 Masyarakat 10
1.7.6 Jabatan Pendidikan Negeri 10
1.7.7 Kementerian Pelajaran Malaysia 10
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Batasan Kajian 11
1.10 Kerangka Konsep Kajian 11
1.11 Definisi Operasional dan Istilah 11
1.11.1 Bahasa Inggeris 12
1.10.2 Penguasaan 12
1.10.3 Sikap 12
1.10.4 Minat 12
1. 12 Rumusan 12

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 13


2.1 Pengenalan 13
2.2 Kepentingan Bahasa Inggeris 13
2.3 Penguasaan Bahasa Inggeris 17
2.4 Faktor Kelemahan Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Bahasa Inggeris: 24
2.4.1 Sikap 24
2.4.2 Minat 27
2.5 Kepentingan Bahasa Inggeris Dalam Dunia Pekerjaan 31
2.6 Rumusan 33

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 34


3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 34
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 35
3.4 Instrumen Kajian 36
3.4.1 Set Soal Selidik 36
3.4.1.1 Bahagian A : Ciri demografi responden 37
3.4.1.2 Bahagian B i. Penguasaan 37
ii. Sikap 37
iii. Minat 37
ix

3.4.2 Kesahan dan Kebolehpercayaan Kajian 38


3.5 Kajian Rintis 39
3.6 Profesor Pengumpulan Data 40
3.7 Prosedur Analisis Data 41
3.7.1 Ujian Normaliti 42
3.8 Kerangka Operasi 43
3.9 Analisis Inferensi 45
3.10 Rumusan 45

BAB 4 ANALISIS DATA 46


4.1 Pengenalan 46
4.2 Prosedur Menganalisis Data 46
4.2.1 Analisis Demografi 47
4.2.1.1 Jantina 47
4.2.1.1 Bangsa 48
4.2.1.3 Keputusan Peperiksaan Bahasa
Inggeris Semester 1 Tahun 2014 48
4.3 Analisis Tahap Penguasaan 51
4.4 Analisis Aspek Sikap 54
4.5 Analisis Aspek Minat 57
4.6 Kesimpulan 59
4.7 Analisis Ujian Normaliti 59
4.8 Analisis Hubungan Antara Aspek Sikap Terhadap
Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris 61
4.9 Analisis Hubungan Antara Aspek Minat Terhadap
Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris 64
4.10 Rumusan 66

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 67


5.1 Pengenalan 67
5.2 Perbincangan 68
5.2.1 Tahap Penguasaan Pelajar Kolej Kemahiran
Tinggi Mara Terhadap Mata Pelajaran
Bahasa Inggeris 69
x

5.2.2 Aspek Sikap Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi


Mara Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Inggeris 71
5.2.3 Aspek Minat Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi
Mara Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Inggeris 74
5.2.4 Hubungan Antara Aspek Sikap Terhadap

Penguasaan Bahasa Inggeris 76


5.2.5 Hubungan Antara Aspek Minat Terhadap
Penguasaan Bahasa Inggeris 77
5.3 Kesimpulan 78
5.4 Cadangan 82
5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Kolej Kemahiran
Tinggi Mara 82
5..4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 82
5.6 Rumusan 83

RUJUKAN 85
LAMPIRAN 96
xi

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian 11


3.1 Kerangka Operasi Kajian 44
4.1 Keputusan Peperiksaan Bahasa Inggeris Semester 49
Satu 2014
4.2 Taburan Min Tahap Penguasaan 60
4.3 Taburan Min Aspek Sikap 61
4.4 Taburan Min Aspek Minat 61
4.5 Taburan Min Tahap Penguasaan Mengikut Q-Q Plot 62
4.6 Taburan Min Aspek Sikap Mengikut Q-Q Plot 63
4.7 Taburan Min Tahap Penguasaan Mengikut Q-Q Plot 64
4.8 Taburan Min Aspek Minat Mengikut Q-Q Plot 65
xii

SENARAI JADUAL

2.1 Pencapaian Peperiksaan Sesi Januari-Jun 22


(English For Communications)
2.2 Pencapaian peperiksaan Sesi Januari-Jun 22
(Intermediate English Communications)
2.3 Pencapaian Peperiksaan Sesi Januari-Jun 23
(English Proficiency Communications)
3.1 Pembahagian Item Soal Selidik 37
3.2 Skor Pemberat Skala Likert 38
3.3 Interpretasi Skor Alpha Cronbach 39
3.4 Penilaian Kebolehpercayaan 40
3.5 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 40
3.6 Prosedur Analisis Data 41
3.7 Tafsiran Statistik 42
3.8 Pekali Kolerasi 42
4.1. Pecahan Bahagian Soalan Di Dalam Borang Soal Selidik 46
4.2 Bilangan Responden Mengikut Jantina 47
4.3 Bilangan Responden Mengikut Bangsa 48
4.4 Pencapaian Responden Dalam peperiksaan Semester 1 49
Bahasa Inggeris Mengikut Jurusan
4.5 Pencapaian Responden Dalam Peperiksaan Semester 1 50
Bahasa Inggeris Mengikut Gred
4.6 Penentu Tahap Skor Min 51
4.7 Keputusan Analisis Berdasarkan Aspek Penguasaan 52
4.8 Keputusan Analisis Berdasarkan Aspek Sikap 55
4.9 Keputusan Analisis Berdasarkan Aspek Minat 57
4.10 Ujian Normaliti 60
xiii

4.11 Hubungan Antara Tahap Penguasaan Dan Aspek Sikap 62


4.12 Keputusan Hipotesis 63
4.13 Hubungan Antara Tahap Penguasaan Dan Aspek Minat 64
4.14 Keputusan Hipotesis 65
xiv

SENARAI LAMPIRAN

A : Borang Soal Selidik


B : Pengesahan Soal Selidik
C : Surat Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian
D : Surat Kebenaran Membuat Kajian
E : Jadual Krejcie dan Morgan
F : Output SPSS
G : Carta Gant
xv

SENARAI SINGKATAN

DBP Dewan Bahasa dan Pustaka


IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KKTM Kolej Kemahiran Tinggi Mara
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
PMR Penilaian Menengah Rendah
PPD Pejabat Pendidikan Daerah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Package for Social Science
UPP Unit penilaian Peperiksaan
UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Malaysia


perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia
untuk menjadi sebuah negara membangun sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Penggunaan dan kemahiran Bahasa Inggeris amat penting dalam era globalisasi.
Kebanyakan kerajaan di negara membangun, termasuk Malaysia mula menekankan
dan menggesa masyarakat mereka yang ingin maju dan mempunyai daya saing
supaya berusaha menguasai Bahasa Inggeris. Menurut Abdul Rasyid (2005), Bahasa
Inggeris yang menyalurkan pemikiran dan budaya barat amat penting untuk
pemodenan dan kemajuan masyarakat Malaysia. Maka perlulah diberi penekanan
kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi kerana mereka merupakan golongan
barisan hadapan yang akan menentukan masa depan negara dan bangsa.
Kebolehan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik
adalah sangat penting dan kritikal dalam memastikan negara tidak ketinggalan pada
masa akan datang. Ianya juga adalah untuk memastikan bahawa mereka menepati
kehendak pasaran kerja yang semakin sengit persaingannya yang menuntut kepada
pekerja yang bukan hanya berpengetahuan dan berkemahiran, bahkan berkebolehan
untuk bertutur serta menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Menurut Ariffin (2005), keperluan Bahasa Inggeris dalam pelbagai bidang
pendidikan dan pekerjaan professional menyebabkan masyarakat mempelajari untuk
memahami bahasa ini. Dalam pendidikan, antara cabaran terpenting yang perlu
didukung oleh para mahasiswa khususnya bakal pendidik ialah bagaimana mereka
boleh menyediakan diri dengan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai tiket untuk
melangkah masuk ke alam pekerjaan. Sebagaimana sedia maklum, Bahasa Inggeris
2

merupakan bahasa utama dunia yang membolehkan penduduk seluruh dunia


berinteraksi secara mudah dan berkesan. Menurut Mohd Azizuddin (2006), dalam
bidang seperti teknologi maklumat dan komunikasi juga, Bahasa Inggeris banyak
digunakan untuk memperoleh ilmu dan maklumat. Ini disokong oleh Jamil (2002)
bahawa hampir 99 peratus maklumat dalam internet adalah dalam Bahasa Inggeris.
Penulisan dan pertuturan merupakan aspek penting sebagai perakam bahasa
yang melibatkan fikiran, pengetahuan, teknik, gaya dan pencermin kebolehan
menggunakan tatabahasa yang betul (Najmuddin, 2005). Kemahiran menulis dan
bertutur dalam Bahasa Inggeris harus disokong oleh faktor luaran dan dalaman.
Faktor dalaman antaranya berasaskan sikap dan penerimaan individu terhadap
kepentingan mempelajari bahasa tersebut. Guru memainkan peranan yang amat
penting ketika menyampaikan pengajaran agar pelajar tidak berasa bimbang, yakin
dan bermotivasi. Hal ini selari dengan pendapat oleh Amran (2003) yang
menyatakan bahawa kesedaran tentang keperluan dan kepentingan Bahasa Inggeris
akan menimbulkan sikap yang positif dalam kalangan pelajar. Perkara ini seterusnya
akan mendorong pelajar sehingga sanggup berbelanja sendiri membeli bahan
sokongan pembelajaran dan seterusnya bersedia untuk menggunakannya untuk
kerjaya mereka. Satu sesi pengajaran yang baik perlu melibatkan kemahiran guru
memadankan kaedah pengajaran dengan objektif pembelajaran pelajar dan juga gaya
pembelajaran mereka (Hashim & Yaakub, 2003).
Hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh Abdul Aziz & Tengku
Ahmad (2011) mendapati aspek sikap yang mempengaruhi keberkesanan
penggunaan Bahasa Inggeris berada pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan
pelajar bersetuju bahawa faktor sikap dapat mempengaruhi keberkesanan
penggunaan Bahasa Inggeris. Secara keseluruhannya ramai pelajar tidak berapa
minat Bahasa Inggeris tetapi mereka mempelajarinya kerana ia berguna.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada masa ini, salah satu masalah pendidikan yang amat ketara adalah kelemahan
pelajar menguasai Bahasa Inggeris. Walaupun Bahasa Inggeris telah diajar daripada
pra sekolah, sekolah rendah hinggalah peringkat sekolah menengah, pelajar lulusan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih tidak boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa
Inggeris (Hamid, 2005). Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementeriaan
3

Pelancongan (2008) mendapati lebih kurang 22.9 juta orang pelancong menjadikan
Malaysia sebagai destinasi pelancongan pada tahun ini. Namun kita menghadapi
masalah apabila tidak semua rakyat Malaysia mampu berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris. Malaysia mempunyai lokasi-lokasi pelancongan yang unik dan menarik
tetapi pelancong menghadapi masalah untuk berkomunikasi terutama di lokasi yang
terbabit. Pemandu-pemandu teksi yang membawa mereka juga tidak mampu
berkomunikasi dengan orang asing hanya kerana lemah Bahasa Inggeris samada dari
segi perbendaharaan kata, format mahupun tatabahasa.
Bahasa Inggeris sememangnya penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan
untuk memajukan negara bagi mencapai Wawasan 2020 supaya setanding dengan
negara lain. Penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris hendaklah dititikberatkan
kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan secara
meluas. Penggunaan Bahasa Inggeris di Malaysia diajar secara formal dan
dimasukkan sebagai silibus pada seawal pendidikan pra-sekolah (Stapa et al., 2007).
Mata pelajaran Bahasa Inggeris wajib diambil oleh semua pelajar dari darjah satu
hingga tingkatan lima. Malah, penggunaan bahasa Inggeris juga diperhebatkan di
universiti-universiti tempatan dalam proses pembelajaran.
Dalam Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian
Tinggi 2007 yang bertema ‘Ke Arah Peningkatan Kualiti Modal Insan’ menjelaskan
penggunaan Bahasa Inggeris bukan hanya untuk memenuhi keperluan dan
pendidikan asas semata- mata, namun yang lebih penting ia dapat membantu di
dalam keperluan pekerjaan dan sosial individu pada masa akan datang. Justeru itu,
persediaan awal di peringkat persekolahan dan Institut Pengajian Tinggi wajar sekali
bagi membantu mempertingkatkan prestasi mahasiswa akan datang, di samping
bekalan ilmu yang disediakan. Justeru itu, usaha negara untuk melahirkan dan
mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke-21 yang maju berdaya saing dan
globalisasi, mampu tercapai.
Selain itu, pekerjaan merupakan satu keperluan terutamanya semasa
kegawatan ekonomi melanda dunia. Menurut Rabey (2001), kegagalan penguasaan
Bahasa Inggeris yang baik akan menyebabkan pelajar gagal mendapatkan tempat
bekerja dan menyambung pelajaran. Kementerian Pengajian Tinggi (2010) dalam
Laporan Eksekutif Pengesanan Graduan 2010 kira -kira 43,000 orang graduan
sedang menganggur sehingga akhir 2010. Manakala menurut Jabatan Perangkaan
Negara (2010) dalam Laporan Banci Penduduk 2011, peratusan pengangguran rakyat
4

di Malaysia sehingga Oktober 2011 adalah sebanyak tiga (3) peratus. Seramai 40,000
orang siswazah yang menganggur kerana gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai
disebabkan mereka tidak fasih bertutur atau pun menulis dalam Bahasa Inggeris.
Fenomena kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan (Hashim, 2010). Apatah lagi,
segala syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
(IPTA/IPTS) mengenakan segala syarat yang amat ketat kerana persaingan yang
hebat di mana pelajar-pelajar berebut untuk mendapat tempat pengajian pada hari ini.
Di bahagian iklan yang menggunakan surat khabar sebagai media penyampai,
banyak dipaparkan tawaran biasiswa bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran
dan kepujian di dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) merupakan salah satu syarat yang utama. Dapatan yang diperoleh oleh Surif
et al., (2006) mendapati, faktor dan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar berada pada tahap yang sederhana. Hasil dapatan beliau
menunjukkan, penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah pada tahap
sederhana. Mereka tidak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi secara lisan dan
bertulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik, tidak menguasai pengetahuan dalam
mata pelajaran yang diajar dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan kurang
penguasaan bagi bahasa tersebut di dalam kelas. Tahap penggunaan Bahasa Inggeris
dalam kalangan pelajar juga adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian Abdul
Latif (2004) menunjukkan bahawa sebilangan besar kurang menggunakan Bahasa
Inggeris sama ada dalam komunikasi, membuat rujukan atau pun aktiviti harian
mereka.
Berdasarkan analisa keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) 2013 pula turut menunjukkan peratus kegagalan yang meningkat. (Unit
Peperiksaan Sekolah, 2013). Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula
terdapat penurunan yang sangat ketara pada tahun 2012 dan 2013. Keputusan SPM di
peringkat sekolah, peringkat daerah Batu Pahat dan peringkat Negeri Johor
menunjukkan berlakunya penurunan jumlah pelajar yang memperoleh A+, A
mahupun A- (Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2013). Begitu juga bagi pelajar Kolej
Kemahiran Tinggi Mara yang tiada seorang pun yang memperoleh A+ dalam
peperiksaan Bahasa Inggeris semester 1 (Unit Penilaian dan Peperiksaan Kolej
Kemahiran Mara, 2014).
5

Punca utama tahap penguasaan pelajar berada pada tahap lemah dalam
Bahasa Inggeris berbanding bangsa lain adalah disebabkan adanya perasaan malu
dan tidak yakin dengan kemampuan diri terhadap Bahasa Inggeris (Walqui, A.
2000). Selain itu, minat terhadap Bahasa Inggeris yang mendalam perlu ada dalam
diri pelajar, rakan sekumpulan, sekolah, jiran dan masyarakat. Ini akan dapat
memberi kesan yang hebat kepada proses pembelajaran Bahasa Inggeris. Minat
terhadap penyelidikan tentang strategi belajar telah terbukti dalam pendidikan
bahasa. Penyelidikan tentang minat strategi belajar yang diamalkan oleh pelajar-
pelajar bahasa di barat sudah lama dijalankan. Menurut Mahamod dan Embi (2003),
walaupun kajian lebih berfokus kepada pembelajaran bahasa asing atau bahasa
kedua, namun di Malaysia kajian dalam bidang yang sama masih berkurangan
terutamanya dalam pendidikan bahasa. Lantaran itu, ia telah mencetuskan minat dan
kesedaran para penyelidik dan pendidik bahasa terhadap kepentingan strategi
pembelajaran yang berkesan yang perlu dikuasai oleh para pelajar (Mahamod &
Embi 2000; Abu Bakar, 2001).
Kelemahan dalam Bahasa Inggeris perlu ditangani dengan lebih efektif dan
praktis. Pelbagai bentuk kemahiran perlu dikembangkan kepada pelajar seperti
kemahiran berfikir, kemahiran menulis, dan kemahiran komunikasi perlu mendasari
perkembangan profesion keguruan. Kementerian pendidikan telah memandang serius
keperluan ini dari semua aspek termasuk keperluan kurikulum, pendidikan sendiri
dan penyediaan tenaga pengajar yang terlatih bagi mendidik generasi yang
merealisasikan matlamat tersebut. Penguasaan Bahasa Inggeris penting kerana dunia
telah mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa sejagat. Malaysia memerlukan tenaga
mahir yang mampu menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan
berkesan (Tajul Ariffin, 2010). Suasana pembelajaran yang kurang interaktif dan
hanya berpusat kepada guru memberi kesan kepada kefahaman pelajar di dalam
proses pembelajaran pelajar masih bergantung kepada arahan yang diberikan oleh
guru dan mengharapkan guru memberi idea-idea dan garis panduan bagi
memudahkan mereka menyiapkan sesuatu tugasan. Selain itu, menurut kajian Sihes
& Ei (2008). Sikap malu pelajar telah mendorong mereka untuk diam sepanjng
pengajaran. Mereka tidak mahu menjawab secara sukarela malah tidak mahu
memberikan sebarang pendapat kerana tidak berani untuk memulakan perbualan.
Mereka bersikap demikian kerana merasa rendah diri dan takut ditertawakan oleh
rakan-rakan. Hal ini disokong oleh Lee (2006) di mana pelajar dilihat kurang aktif
6

dalam mempelajari dan menggunakan Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah. Mereka
tidak suka bertanya soalan apatah lagi untuk menjawab soalan dan hanya bergantung
kepada tenaga pengajar. Ini menjadi punca tahap penguasaan pelajar dalam Bahasa
Inggeris kurang memuaskan.
Bahasa Inggeris juga memainkan peranan yang penting dalam bidang
teknikal. Keupayaan untuk menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris merupakan
satu kelebihan besar kepada pelajar teknikal memandangkan kebanyakan bahan
rujukan bagi mata pelajaran teknikal adalah di dalam bahasa Inggeris. Menurut
statistik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sejak tiga puluh tahun lalu, hanya lapan
ratus hingga seribu buah buku pengajian tinggi diterbitkan dalam Bahasa Malaysia.
Lebih menyedihkan lagi, hampir enam puluh peratus buku-buku ini tidak lagi wujud
dalam pasaran. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang
baik jika ingin menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang teknikal.
Berdasarkan latar belakang masalah yang disenaraikan, pengkaji mendapati
bahawa satu tindakan harus segera diambil bagi menangani masalah pelajar tidak
menguasai kemahiran menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

1.3 Pernyataan masalah

Bahasa Inggeris adalah satu mata pelajaran yang sangat penting di sekolah baik di
peringkat menengah rendah mahupun menengah atas. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris, kaedah yang digunakan oleh guru adalah penting
untuk membolehkan pelajar berjaya dan menyukai mata pelajaran tersebut. Banyak
penyelidikan mendapati bahawa pelajar lemah dalam Bahasa Inggeris ini kerana
pengajaran dan pembelajaran guru kurang berhasil dan menarik (Kailani & Ismail,
2007). Dalam usaha untuk menarik minat pelajar untuk belajar, pengkaji akan
mengkaji apakah faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menguasai Bahasa
Inggeris agar mereka tidak mengalami kesukaran sewaktu mencari pekerjaan kelak.
Minat merupakan suatu sifat afektif pada diri seseorang yang akan menjadi
faktor utama mempengaruhi pelajar untuk belajar (Mok, 2004). Pada kebiasaannya,
pelajar yang tergolong daripada peringkat remaja lebih cenderung melakukan
perkara-perkara yang diminatinya sahaja. Manakala menurut Jaafar (2007) pula,
beliau menyatakan sikap seseorang boleh memberi kesan kepada prestasi dan juga
7

kepuasan individu. Ini jelas menunjukkan sikap seseorang itu akan mempengaruhi
tindakan yang dilakukan samada untuk meningkatkan tahap prestasi kerja yang
dilakukan dan juga kepuasan dalam kerja yang diceburi.
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan, kajian berkaitan
penguasaan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar lepasan
sekolah menengah perlu dititikberatkan. Antara isu yang dapat dikenal pasti dalam
kajian ini adalah kekurangan jumlah pelajar yang memperoleh A+, A dan juga A-
dalam subjek Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah
menengah seluruh Malaysia amnya dan di negeri Johor sendiri khususnya (Pejabat
Pendidikan Daerah Batu Pahat, 2013). Manakala masalah yang serupa turut di hadapi
di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), di mana tiada seorangpun yang
memperolehi A+ dalam peperiksaan Bahasa Inggeris semester satu (Unit Penilaian
dan Peperiksaan KKTM, 2014).
Kesimpulannya, pengkaji berhasrat untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris demi meningkatkan
pencapaian pelajar dan seterusnya membantu dalam bidang pekerjaan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar


dalam menguasai Bahasa Inggeris di Kolej Kemahiran Tinggi Mara demi
meningkatkan pencapaian mereka sebelum menempuh alam pekerjaan.
Secara khusus, kajian ini dijalankan adalah untuk :
i. Mengenal pasti tahap penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
ii. Mengenal pasti aspek sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
iii. Mengenal pasti aspek minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
iv. Mengenal pasti hubungan antara faktor sikap terhadap penguasaan pelajar
dalam Bahasa Inggeris.
v. Mengenal pasti hubungan antara faktor minat terhadap penguasaan
pelajar dalam Bahasa Inggeris.
8

1.5 Persoalan kajian

Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan yang berikut
i. Apakah tahap penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa
Inggeris?
ii. Apakah aspek sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris?
iii. Apakah aspek minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris?
iv. Adakah faktor sikap mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris?
v. Adakah faktor minat mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris?

1.6 Hipotesis

Pengkaji telah membangunkan 4 hipotesis bagi merungkai persoalan kajian keempat


dan kelima.
(i) Persoalan kajian keempat : Apakah terdapat hubungan yang signifikan
antara faktor sikap terhadap penguasaan Bahasa Inggeris?
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aspek sikap pelajar
terhadap penguasaan Bahasa Inggeris.
Ha1: Terdapat hubungan yang signifikan antara aspek sikap pelajar
terhadap penguasaan Bahasa Inggeris.
(ii) Persoalan kajian kelima : Apakah terdapat hubungan yang signifikan
antara faktor minat terhadap penguasaan Bahasa Inggeris?
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aspek minat pelajar
terhadap penguasaan Bahasa Inggeris.
Ha1: Terdapat hubungan yang signifikan antara aspek minat pelajar
terhadap penguasaan Bahasa Inggeris.
9

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi
Mara. Antara kepentingan kajian terhadap golongan sasaran pengkaji ialah:-

1.7.1 Pelajar

Pelajar perlu menyedari kepentingan menguasai kemahiran menulis Bahasa Inggeris.


Pelajar juga dapat meningkatkan usaha mereka untuk memajukan diri dan
mengurangkan segala kelemahan yang ada pada diri. Selain itu, pelajar dapat
meningkatkan tahap penguasaan mereka bersesuaian dengan kebolehan dan
kemahiran masing-masing.

1.7.2 Guru

Guru dapat membantu dan membimbing pelajar untuk memberi gambaran jelas
terhadap garis panduan yang perlu ada pada setiap pelajar agar mereka boleh
menguasai Bahasa Inggeris dengan cekap dan betul disamping pengetahuan yang
sedia ada.

1.7.3 Kolej

Membantu pihak kolej menambah input atau maklumat tentang perkara-perkara yang
perlu dititik beratkan dalam membantu pelajar meningkatkan tahap penguasaan
mereka dalam Bahasa Inggeris bagi menentukan kejayaan cemerlang mereka di
peringkat peperiksaan. Hal ini juga dapat memberikan garis panduan kepada pihak
kolej dalam merangka pelbagai program kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang
kelebihan dan masa hadapan mereka.

1.7.4 Ibu Bapa

Memberi kesedaran kepada ibu bapa dalam membentuk minat dan mendorong anak-
anak supaya bermotivasi terhadap penguasaan Bahasa Inggeris sama ada melalui
10

persekitaran, bahan bacaan ataupun multimedia yang akan dapat menambah


pengetahuan dan idea-idea kepada pelajar. Sokongan ibu bapa amat diperlukan bagi
memastikan anak-anak mempunyai minat yang tinggi, sikap yang positif serta
bermotivasi.

1.7.5 Masyarakat

Memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang


bermotivasi terhadap kepentingan Bahasa Inggeris.

1.7.6 Jabatan Pendidikan Negeri

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat penting terhadap pengurusan
pendidikan diperingkat negeri agar dapat melihat faktor-faktor penting dalam
mewujudkan kesedaran pelajar, ibu bapa, serta masyarakat dalam membantu untuk
mencapai matlamat ini. Maklumat ini juga berguna agar pelbagai kursus kesedaran
dan persediaan terhadap Bahasa Inggeris dapat disediakan.

1.7.7 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan untuk mengesan kompetensi dalam
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan kesannya
kepada hala tuju kerjaya pelajar dan membantu merangka lebih banyak program-
program di peringkat sekolah dan kolej pada masa hadapan.

1.8 Skop Kajian

Bersesuaian dengan tajuk kajian, Skop kajian ini adalah tertumpu kepada pelajar-
pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM). Kajian ini hanya memfokuskan
kepada aspek sikap dan minat dalam mempengaruhi penguasaan pelajar terhadap
Bahasa Inggeris. Responden adalah terdiri daripada pelajar-pelajar semester 1 dan 2
KKTM Seri Gading.
11

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar daripada pelajar-pelajar Tahun 1 dan
2 Kolej Kemahiran Tinggi Mara di daerah Batu Pahat, Johor sahaja. Kajian ini
dibataskan kepada KKTM Seri Gading kerana pelajar tersebut mempunyai ciri-ciri
populasi yang serupa dengan daerah-daerah dan negeri-negeri lain di seluruh
Malaysia.

1.10 Kerangka Konsep Kajian

Tujuan kerangka konsep ini adalah untuk menjelaskan secara grafik mengenai kajian
yang akan dijalankan. Ianya merupakan hubungan perkaitan di antara responden,
faktor-faktor seperti sikap dan minat terhadap kelemahan pelajar dalam menguasai
Bahasa Inggeris. Selain itu, rajah 1.1 menunjukkan faktor-faktor seperti sikap dan
minat yang mempengaruhi tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar tersebut.

Faktor-faktor

Pelajar  Sikap Tahap Penguasaan


 Minat

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian Penguasaan Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Bahasa Inggeris

1.11 Definisi Operasional dan Istilah

Definisi operasional menjelaskan maksud bagi perkataan istilah yang digunakan


dalam kajian. Terdapat beberapa definisi atau istilah yang digunakan oleh pengkaji
dalam kajian ini bagi menerangkan sesuatu perkara dengan lebih jelas selari dengan
makna atau maksud yang hendak diutarakan.
12

1.11.1 Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa (Abu Bakar
et al., 2005). Oleh itu dalam kajian ini, penekanan diberikan terhadap penguasaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara.

1.11.2 Tahap Penguasaan

Tahap Penguasaan ialah ukuran perihal menguasai. Tahap penguasaan yang


digunakan di sini ialah penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Kamaruddin (2002) menyatakan kemerosotan penguasaan adalah berpunca daripada
fenomena di mana pelajar tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan baik.

1.11.3 Sikap

Sikap boleh disimpulkan dari cara seseorang individu itu bertingkah laku. Sikap
memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara
atau usaha (Yahaya et al., 2007). Sikap dalam kajian ini ialah sikap pelajar terhadap
mata pelajaran Bahasa Inggeris.

1.11.4 Minat

Minat bermaksud suatu kecenderungan yang menyebabkan seseorang berusaha untuk


mencari sesuatu. Muhammad Atan (2003) minat yang mendalam terhadap sesuatu
perkara membolehkan seseorang itu lebih bersedia untuk belajar dengan tekun.
Kajian ini mengkaji sejauhmana minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa
Inggeris itu sendiri.

1.12 Rumusan

Gambaran secara umum mengenai kajian yang akan dijalankan telah diterangkan
secara terperinci dalam bab ini seperti pengenalan, latar belakang masalah, objektif,
persoalan kajian, skop kajian, kerangka konsep kajian, definisi operasional dan
istilah serta kesimpulan bab 1. Bab seterusnya akan menerangkan mengenai kajian
literatur yang menerangan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Kolej
Kemahiran Tinggi Mara.
13

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan beberapa hasil kajian literatur yang berkaitan
permasalahan yang dihadapi oleh guru dan pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa
Inggeris. Kajian literatur dalam kajian ini mengandungi fakta-fakta rujukan tentang
kajian yang dilakukan seperti kaedah pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran
dan sebagainya.
Selain itu, bagi melaksanakan kajian ini pelbagai maklumat dan sumber yang
berkaitan dengan sikap dan minat terhadap penguasaan kemahiran Bahasa Inggeris turut
dirujuk dan dikupas. Pelbagai sumber yang melibatkan kajian literatur telah digunakan
dan menjadi rujukan seperti jurnal-jurnal, tesis-tesis, buku-buku ilmiah dan capaian
laman web, bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

2.2 Kepentingan Bahasa Inggeris

Seluruh dunia telah menerima bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa
yang digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Menurut Nordin (2008), bahasa ini
menjadi satu bahasa perantaraan bagi sesetengah negara yang majoriti penduduknya
bukan beragama Islam. Ini menunjukkan betapa luasnya penggunaan Bahasa Inggeris
dalam kalangan masyarakat. Penguasaan Bahasa Inggeris sangat penting kerana dunia
telah mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa sejagat (Nordin et al., 2007). Dalam era
abad ke 21 ini, Malaysia memerlukan tenaga mahir yang mampu berkomunikasi dalam
14

Bahasa Inggeris dengan baik dan berkesan. Hal ini turut disokong oleh Chew (2008)
bahawa penguasaan Bahasa Inggeris penting untuk membolehkan proses akses
maklumat dapat membantu pendidikan dan pengetahuan umum masyarakat. Dalam
menghadapi persaingan di peringkat antarabangsa, negara memerlukan rakyatnya yang
mampu menguasai Bahasa Inggeris demi memartabatkan masyarakat yang serba boleh.
Abu Hanafiah (2008) turut menegaskan bahawa usaha untuk memantapkan penguasaan
Bahasa Inggeris tidak bermakna membelakangkan bahasa kebangsaan, tetapi lebih
kepada memenuhi permintaan pasaran kerja.
Dalam kajian Clyne & Sharifian (2008), Bahasa Inggeris digunakan sebagai
bahasa kedua oleh lebih dari satu billion orang yang mempunyai budaya dan latar
belakang yang berbeza. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa yang paling utama atau
bahasa nombor satu dunia. Ia dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dunia
berinteraksi secara mudah dan berkesan (Jamil, 2002). Ini disokong oleh dapatan Rashid
(2005) yang menyatakan Bahasa Inggeris menyalurkan pemikiran dan budaya barat. Ini
amatlah penting untuk pemodenan dan kemajuan masyarakat di Malaysia. Kebanyakan
kerajaan di negara membangun, termasuklah Malaysia mula menekankan dan menggesa
masyarakat mereka yang ingin maju dan mempunyai daya saing supaya berusaha
menguasai Bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris merupakan salah satu pelajaran wajib selain Bahasa Malaysia
yang merupakan bahasa kebangsaan negara. Malah Bahasa Inggeris diwajibkan lulus di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2016. Maka Bahasa Inggeris bukan
sahaja bertujuan membekalkan pelajar dengan kemahiran tetapi juga dapat digunakan
sebagai saluran untuk memperolehi ilmu pengetahuan yang berguna dan relevan kepada
kehidupan seharian (Yahaya, 2010). Ini berkaitan dengan kegagalan graduan Institut
Pengajian Tinggi mendapat pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai nilai
komersial dan mempunyai kelemahan berbahasa Inggeris. Justeru itu, kita perlu bangkit
terutamanya bangsa Melayu bagi mengatasi halangan tersebut.
Malaysia perlu memastikan para pelajar mampu untuk menguasai Bahasa
Inggeris dengan baik sama ada dari sudut komunikasi mahupun interaksi bagi
merealisasikan impian negara sebagai sebuah negara maju menjelangnya wawasan 2020.
Oleh itu, kelemahan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris perlu ditangani dengan
15

lebih objektif dan praktis. Menurut Hussin & Abdul Razak (2004), Bahasa Inggeris ialah
bahasa kedua penting dan bahasa antarabangsa yang perlu dipertingkatkan
kemahirannya dalam kalangan pelajar. Bahasa ini membolehkan generasi muda
Malaysia bersaing di peringkat global dan bahasa yang akan mendorong mereka untuk
lebih berjaya. Maka kita perlu saling membantu untuk memastikan para pelajar dapat
memperolehi kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa dengan meningkatkan
potensi mereka baik di peringkat sekolah mahupun di Institut Pengajian Tinggi.
Matlamat kurikulum Bahasa Inggeris sekolah menengah pula adalah untuk
melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi
keperluan pelajar dalam urusan seharian, menimba ilmu pengetahuan dan bidang
pekerjaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Objektif kurikulum Bahasa
Inggeris sekolah menengah adalah untuk membolehkan pelajar membentuk dan
mengekalkan hubungan melalui perbualan dan surat-menyurat, mengambil bahagian
dalam interaksi sosial serta mendapat faedah dan perkhidmatan. Selain itu, objektif
untuk membolehkan pelajar memperolehi, memproses dan menggunakan maklumat
daripada pelbagai bentuk visual, audio serta cetakan sama ada dalam bentuk tulisan atau
lisan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).
Menurut Md. Zain (2003), proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat
dilaksanakan dengan lebih menarik dan berkesan sekiranya pelbagai pendekatan yang
sesuai digunakan dengan strategi pembelajaran yang tertentu. Guru perlu memainkan
peranan mereka secara kreatif dan inovatif bagi mewujudkan semangat dan keyakinan
yang tinggi agar pelajar berasa seronok untuk mendalami ilmu Bahasa Inggeris ini.
Pihak institusi perlu menyediakan kemudahan dan bahan yang terkini bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih interaktif. Ini turut disokong oleh Md Basar (2007)
dalam kajiannya yang mendapati kemudahan di dalam menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran adalah penting untuk memastikan tahap pembelajaran pelajar dapat
ditingkatkan. Kemudahan tersebut merangkumi bahan bantu mengajar, peralatan yang
digunakan dan sumber rujukan yang memberi rangsangan kepada pelajar. Malah pelajar
juga mestilah memikirkan keperluan mereka di dalam memperbaiki tahap pencapaian
dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.
16

Kajian Abu Hanafiah (2008) pula menegaskan bahawa pengajaran Bahasa


Inggeris di sekolah dilihat sangat penting ke arah usaha untuk mempertingkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris. Selaras dengan itu, pelajar telah diajar untuk menulis,
membaca dan bertutur dalam bahasa ini sejak di sekolah rendah lagi. Namun lebih
menggalakkan lagi pelajar sudah mula didedahkan dengan Bahasa Inggeris sejak mereka
di peringkat pra sekolah ataupun tabika lagi. Menurut Mohamad (2004), kaedah
pengajaran yang berkesan mampu untuk mengubah tanggapan negatif, sekaligus
menarik minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran, terutamanya Bahasa Inggeris
kerana ia merupakan bahasa yang menarik untuk dipelajari cuma sukar untuk
diaplikasikan dalam diri pelajar. Kirkpatrick (2007) menegaskan bahawa pengajaran
Bahasa Inggeris sebagai lingua franca telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam
kurikulum dan bahan-bahan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Zanzali & Che Din (2008), penguasaan Bahasa Inggeris memainkan
peranan yang penting dalam persediaan guru untuk mengajar. Sekiranya guru tidak
mampu berbahasa Inggeris dengan baik, hasrat untuk membawa pelajar ke peringkat
yang tinggi daam penguasaan bahasa ini tidak mungkin dapat dilaksanakan. Guru
seharusnya menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan guru amat penting bagi memastikan ilmu yang disampaikan kepada pelajar
berjalan dengan langsung. Hee (2006) menegaskan bahawa tidak dapat dinafikan
bahawa penguasaan Bahasa Inggeris akan menjadi sangat penting dalam masyarakat
Malaysia yang berindustri. Industri memerlukan pekerja-pekerja, pakar-pakar
professional, pengurus-pengurus berkaliber yang dapat menguasai banyak bahasa,
khususnya Bahasa Inggeris dengan baik.
Tambahan pula, pekerjaan merupakan satu keperluan terutamanya semasa
kegawatan ekonomi melanda dunia ini. Salah satu faktor kegagalan para graduan
memperoleh kerja adalah disebabkan oleh kelemahan graduan untuk berbahasa Inggeris.
Berdasarkan Laporan Dewan Rakyat (2002), sebanyak 13 peratus daripada 31,000
graduan menganggur antara Julai 1997 hingga Jun 2002. Walaupun memiliki ijazah
kelas pertama, namun gagal mendapat pekerjaan. Ini kerana, mereka tidak mampu
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan betul dan berkesan. Selain daripada itu,
ada segelintir majikan swasta kurang berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada
17

graduan tempatan ekoran kelemahan mereka berbahasa Inggeris dengan baik. Walaupun
ia boleh dilihat sebagai satu diskriminasi tetapi ini adalah satu realiti yang perlu dihadapi
dan ditangani dengan segera.

2.3 Penguasaan Bahasa Inggeris

Kajian Yahaya et al. (2008) mendapati kebanyakan institusi tidak memberikan banyak
tumpuan untuk membentuk persekitaran yang membantu kepada pembelajaran yang
dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Hal ini selari dengan dapatan
kajian pengkaji terdahulu Tarmizi (2003), yang menyatakan bahawa pelajar tidak
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris disebabkan keadaan persekitaran yang
menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya. Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Johari
et al. (2006), di mana kebanyakan pelajar jarang atau tidak pernah bertutur dalam
Bahasa Inggeris sama ada di rumah ataupun mana-mana tempat kerana majoriti pelajar
akan berinteraksi menggunakan bahasa ibunda berbanding Bahasa Inggeris.
Dapatan kajian Nordin (2005), turut mengatakan penguasaan Bahasa Inggeris
dalam kalangan pelajar berada pada tahap yang lemah dan beliau mendapati majoriti
pelajar tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik kerana kurangnya
pengetahuan dan keyakinan diri yang rendah. Walaupun pelajar ini sudah menghabiskan
masa sebelas tahun di bangku sekolah namun amat menyedihkan apabila mereka masih
tidak mampu menguasai bahasa ini. Selain itu, menurut kajian Kamaruddin (2002) turut
menyatakan kemerosotan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para lulusan
sekolah dan universiti tempatan adalah berpunca daripada fenomena di mana Bahasa
Inggeris tidak dapat ditutur dengan fasih dan tidak boleh menulis dengan baik oleh
pelajar universiti dan sekolah.
Mahasiswa di Malaysia lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris (Nordin et al.,
2007). Hal ini tidak seharusnya berlaku dalam arus pembangunan yang begitu pesat
kerana ini akan menjejaskan kemajuan Negara. Menurut Abu Hanafiah (2008),
seseorang pelajar mempelajari Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi secara efektif,
namun begitu, ada sesuatu yang sangat mengecewakan apabila lulusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) yang telah mempelajari Bahasa Inggeris selama sebelas tahun masih
18

tidak boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Mohd Amin & Abd Rahim
(2009) menyatakan para pelajar mengamalkan cara membaca soalan berulang kali untuk
memahami soalan yang diberikan ketika peperiksaan yang menggunakan Bahasa
Inggeris. Ini membuktikan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di negara kita berada di
takuk yang membimbangkan dan amat perlu diberi perhatian serius.
Ini mungkin disebabkan oleh penggunaan Bahasa Malaysia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Mendeng (2004) menyatakan kebanyakan
pelajar tidak memahami segala penyampaian serta pengajaran guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Maka ini akan
membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut. Tanpa penguasaan
Bahasa Inggeris yang baik dalam kalangan pelajar, ia akan mendatangkan masalah
kepada pelajar untuk memahami sesuatu isi pelajaran.
Che Shariff (2004) dalam kajiannya menyatakan pelajar menghadapi banyak
masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris kerana
kesediaan yang kurang mencukupi. Pelajar perlu diberi tekanan dari segi sebutan dan
pemahaman istilah Bahasa Inggeris serta masalah dalam penstrukturkan ayat. Perkara ini
menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris. Menurut Hasim (2003), pelajar-pelajar menginginkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris. Segelintir pelajar pula lebih berminat jika guru
menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya kerana mereka tidak dapat memahami
penyampaian guru dalam Bahasa Inggeris.
Dapatan kajian Amran (2003), yang mengatakan faktor yang paling
mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah pengetahuan
asas Bahasa Inggeris di peringkat sekolah. Pelajar lemah dalam pengetahuan asas
Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menjadi punca mereka sukar untuk menguasai
bahasa ini. Pendapat ini disokong oleh kajian Surif et al. (2006) yang menyatakan
bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang kurang memuaskan menyebabkan
pelajar tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Beliau
mendapati tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar dari aspek membaca adalah
19

sederhana. Hal ini berlarutan sehingga mereka melanjutkan pengajian di Institut


Pengajian Tinggi dan seterusnya mengakibatkan kesukaran memiliki pekerjaan.
Menurut dapatan kajian Abu Hanafiah (2008) lagi, menunjukkan pelajar yang
masih belum mempunyai kecekapan bahasa yang asas akan menghadapi masalah untuk
membaca buku teks, berdebat, bersyarah dan memberi gerak balas bertulis dalam ujian
dan peperiksaan. Pelajar tidak mampu menggunakan struktur ayat dengan baik dalam
penulisan mahupun berkomunikasi dengan yakin hanya kerana kurangnya
perbendaharaan kata. Akibat daripada kurangnya pengetahuan dan keyakinan diri yang
rendah, kebanyakan pelajar tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan
baik. Ini menjadi punca mengapa pelajar kita berada pada tahap yang lemah. Kegagalan
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Kegagalan Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) disebabkan oleh kelemahan dalam penggunaan dan penguasaan Bahasa
Inggeris.
Kajian Yahaya et al. (2008) mendapati kebanyakan sekolah tidak memberikan
banyak tumpuan untuk membentuk persekitaran yang membantu kepada pembelajaran
yang dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Penguasaan Bahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar bumiputera dalam akademik di Institut Pengajian
Tinggi dan juga kolej-kolej kemahiran, masih berada pada tahap yang membimbangkan.
Kebanyakan pelajar mempunyai pandangan negatif terhadap mata pelajaran Bahasa
Inggeris. Mereka tidak mempunyai keyakinan diri dalam menguasai bahasa tersebut. Ini
selari dengan dapatan kajian (Mohd Tahir, 2008).yang mendapati pembelajaran Bahasa
Inggeris di institusi dirasakan membebankan, ditambah pula dengan semua mata
pelajaran diajar menggunakan Bahasa Inggeris. Sudah pasti ini menimbulkan masalah
utama kepada pelajar kerana kebanyakan bahan rujukan, pembentangan projek dan
sebagainya menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris.
Kajian yang dibuat oleh Maarof (2003) pula ada menyatakan, kebanyakan
sekolah tidak memberikan banyak tumpuan untuk membentuk persekitaran yang
membantu pembelajaran yang dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.
Menurut kajian Mohammad Askar (2002), beberapa faktor kelemahan dalam pencapaian
pelajar telah berjaya dikesan seperti minat pelajar, ciri kreatif pelajar, peranan pihak
pengurusan institusi dan peranan ibu bapa. Walaupun pengajaran guru baik, namun
20

sikap guru juga didapati berperanan kepada kelemahan pelajar dalam menguasai Bahasa
Inggeris.
Penguasaan Bahasa Inggeris menjadi sangat penting kerana globalisasi dan
pengantarabangsaan telah mengubah struktur kerjaya, mempengaruhi pendidikan,
latihan kemahiran dan mencabar reka bentuk kurikulum dalam budaya majmuk serta
pendidikan kosmopolitan. Dalam konteks ini, penguasaan Bahasa Inggeris menjadi salah
satu indikator graduan cekap berbahasa, berkomunikasi dan berhujah, kekuatan berfikir
dan menyelesaikan masalah, kecerdasan emosi dan sifat kepimpinan. Bahasa Inggeris
juga memainkan peranan yang penting dalam bidang teknikal. Keupayaan untuk
memahami dan menguasai Bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan besar kepada
pelajar teknikal memandangkan kebanyakan bahan rujukan bagi mata pelajaran teknikal
adalah di dalam Bahasa Inggeris. Mengikut statistik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
sejak tiga puluh tahun lalu, hanya lapan ratus hingga seribu buah buku pengajian tinggi,
diterbitkan dalam Bahasa Malaysia. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai penguasaan
Bahasa Inggeris yang baik jika ingin menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang teknikal.
Setelah mengkaji tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar, pengkaji mengkaji
pula persepsi pelajar mengenai kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai
persediaan untuk kerjaya. Daripada dapatan kajian yang telah diperolehi, pelajar
mempunyai kesedaran yang tinggi dan menganggap penguasaan Bahasa Inggeris adalah
penting untuk kerjaya mereka. Ini turut disokong oleh Ibrahim, (2002) yang menyatakan
kefasihan berbahasa Inggeris harus disokong oleh faktor luaran dan dalaman. Faktor
dalaman antaranya berasaskan sikap dan penerimaan individu terhadap kepentingan
mempelajari bahasa tersebut. Pelajar-pelajar berpendapat penggunaan Bahasa Inggeris
dalam mata pelajaran teknikal dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka. Salah satu
cara untuk menguasainya ialah dengan mengikuti kursus dan menanamkan rasa minat
dan tidak jemu untuk mempelajarinya. Ini selari dengan pendapat Amran (2003) yang
menyatakan bahawa kesedaran tentang keperluan dan kepentingan Bahasa Inggeris akan
menimbulkan sikap yang positif dalam kalangan pelajar. Ini akan mendorong pelajar
untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka dengan pelbagai cara dan
kaedah untuk masa hadapan kerjaya mereka. Hasil kajian yang didapati oleh pengkaji
21

juga adalah sama dengan kajian yang dilakukan oleh Md. Desa (2003) di mana beliau
mendapati persepsi guru teknikal terhadap kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal adalah tinggi.
Secara keseluruhannya, tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar adalah pada
tahap sederhana sahaja. Selain daripada kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris
yang amat penting, kemahiran seperti membaca, menulis, mendengar dan bertutur juga
perlu selari. Kemahiran-kemahiran ini bukan sahaja digunakan dalam menuntut ilmu,
tetapi ia juga akan digunakan dalam kerjaya mereka kelak. Sebagai contoh seperti
mendengar arahan pihak atasan, membaca ilustrasi,menggunakan tulisan seperti memo,
surat bertaip, notis, bercakap seperti berbual,berucap, memberi arahan dan bermacam-
macam lagi (Owi, 2004). Oleh itu, para pelajar perlu menguasainya dalam memantapkan
lagi kemahiran-kemahiran mereka supaya dapat memberikan satu sesi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Tahap penguasaan pelajar dapat dilihat melalui
pencapaian peperiksaan bagi subjek Bahasa Inggeris yang dikeluarkan oleh Unit
Penilaian Dan peperiksaan (UPP) di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) yang
berikut:
22

Jadual 2.1: Pencapaian Peperiksaan Sesi Januari - Jun (English For Communications)
(DUE 1032, UPP: KKTM SERI GADING)

Bilangan Pelajar
Kelas
A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F LULUS GAGAL JUMLAH
DTC 1A 0 0 5 2 1 4 0 2 1 0 0 0 15 0 15
DTF 1A 0 0 4 2 2 3 0 2 1 0 0 0 14 0 14
DTG 1A 0 0 3 1 2 1 2 1 0 0 0 0 10 0 10
DTH 1A 0 0 1 1 1 1 1 0 1 0 0 0 6 0 6
DTM 1A 0 0 2 2 1 5 3 2 0 0 0 0 15 0 15

Jadual 2.2: Pencapaian Peperiksaan Sesi Januari – Jun (Intermediate English


Communications) (DUE 2132, UPP KKTM SERI GADING)

Bil Pelajar
Kelas
A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F LULUS GAGAL JUMLAH
DTC
2A 0 1 2 4 4 1 2 3 1 0 0 0 18 0 18
2B 0 2 4 2 2 1 4 2 1 1 0 0 18 1 19
2C 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 0 1
DTF
2A 0 2 2 6 8 0 0 1 0 0 0 0 19 0 19
2B 0 0 4 1 4 6 2 2 1 0 0 0 20 0 20
2C 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 0 1
DTG
2A 0 1 6 0 3 1 1 2 2 1 0 0 16 1 17
2B 0 3 2 3 4 2 3 2 0 0 0 0 19 0 19
DTH
2A 0 2 1 4 1 2 2 2 1 0 0 0 15 0 15
2B 0 0 3 1 3 3 3 2 1 0 0 0 16 0 16
DTM
2A 0 1 4 1 5 6 2 0 1 0 0 0 20 0 20
2B 0 2 3 2 3 4 3 0 0 0 0 0 18 0 18
2C 0 2 4 3 0 3 3 0 1 0 0 0 17 0 17
3A 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 1 0 1
23

Jadual 2.3: Pencapaian Peperiksaan Sesi Januari – Jun (Intermediate English


Communications) (DUE 2132, UPP KKTM SERI GADING)

Bilangan Pelajar
Kelas
A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F LULUS GAGAL JUMLAH
DTC 3A 0 1 1 1 1 5 0 1 1 0 0 0 11 0 11
DTF 3A 0 0 3 1 1 1 2 3 1 0 0 0 12 0 12
DTG 3A 0 1 0 1 1 1 1 0 0 0 0 0 5 0 5
DTH 3A 0 2 1 1 1 0 5 0 0 0 0 0 10 0 10
DTM 3A 0 0 1 1 1 1 0 2 1 1 0 0 9 1 10

Berdasarkan jadual 2.1, 2.2 dan 2.3, terdapat kemerosotan bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris sejak tahun belakangan ini. Secara keseluruhan tidak ada seorang calon pun
yang memperoleh A+. Manakala bilangan yang memperoleh A dan A- tidak begitu
menggalakkan. Keputusan dilihat juga pada keseluruhan keputusan Peperiksaan bagi
pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara sesi Januari hingga Jun 2014. Kesimpulannya,
keputusan Bahasa Inggeris masih di tahap yang rendah dan ini sedikit sebanyak akan
memberi kesan kepada masa hadapan pelajar itu sendiri.
Antara sebab kurangnya penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian
pelajar terutamanya pelajar kursus pendidikan adalah kerana sikap tidak mahu mencuba
serta takut tersalah menggunakan perkataan atau tatabahasa (Sulaiman & Abu Bakar,
2008). Kesan daripada kurangnya kemahiran bertutur dalam kalangan guru pula akan
mempengaruhi kesediaan mereka untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris. Kajian Sihes
dan Ei (2008) menunjukkan, sikap malu pelajar ketika mengikuti kelas Bahasa Inggeris
dikenal pasti sebagai faktor kepada kegagalan menguasai Bahasa Inggeris. Pelajar yang
megikuti kelas tersebut kebanyakannya tidak aktif sepanjang pengajaran, tidak ramai
pelajar yang suka menjawab secara sukarela, ramai yang tidak suka memberikan
pendapat dan terdapat juga pelajar yang tidak berani untuk memulakan perbualan.
Hasil kajian di atas juga beranggapan bahawa pelajar-pelajar bersikap
sedemikian kerana mereka tidak tahu menjawab atau tidak faham soalan yang ditanya.
Mereka merasa rendah diri kerana takut ditertawakan oleh guru atau rakan-rakan kerana
lemah dalam Bahasa Inggeris. Lee (2006) menyatakan bahawa negara seperti di Asia
kurang menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka terutamanya pelajar.
24

Kajian ini adalah untuk mengetahui sejauhmana penguasaan pelajar terhadap mata
pelajaran Bahasa Inggeris dan seterusnya mengkaji apakah faktor-faktor yang yang
mempengaruhi penguasaan tersebut.

2.4 Faktor Kelemahan Pelajar Dalam Mata PelajaranBahasa Inggeris

Dalam memperolehi ilmu pengetahuan yang berguna dan relevan terhadap kehidupan
seharian, adalah sangat perlu membekalkan pelajar dengan kemahiran Bahasa Inggeris.
Oleh kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang menjadi bahasa
penghantar utama bagi pelbagai maklumat pada masa kini, pencapaian mata pelajaran
Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan lagi kerana subjek ini didapati semakin merosot
sejak kebelakangan ini. Antara punca-punca kelemahan pelajar dalam menguasai Bahasa
Inggeris dibincangkan ialah sikap dan minat.

2.4.1 Sikap

Sikap merupakan satu keadaan yang akan memungkinkan timbulnya suatu perubahan
perbuatan atau tingkah laku. Sikap juga boleh disimpulkan dari cara seseorang individu
itu bertingkah laku. Sikap yang diperolehi bergantung kepada pengalaman dan apa yang
telah dipelajari. Sikap akan mempengaruhi tingkah laku dan memegang teguh kepada
sikap yang mengarah kepada suatu objek dengan cara yang tertentu. Sikap memainkan
peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara atau usaha
(Yahaya et al., 2007).
Sikap dalam pembelajaran atau gaya pembelajaran adalah kecenderungan
individu dalam cara menerima dan memproses maklumat yang merupakan satu faktor
perbezaan individu (Yusof et al., 2005). Langan dan Mahamod (2011) dalam
rumusannya menyatakan bahawa sikap dan motivasi mempengaruhi kejayaan seseorang
pelajar mempengaruhi sesuatu. Dalam konteks kajiannya terhadap penguasaan bahasa
kedua, sikap pelajar mempengaruhi pembelajarannya terhadap sesuatu bahasa. Sikap
mempengaruhi penguasaan bahasa dalam menentukan pencapaian seseorang.. Jenny
(2008) dalam kajiannya yang menyatakan untuk menentukan pencapaian pelajar dalam
85

RUJUKAN

Abd. Salam, M. F. (2003). Sikap dan Motivasi Pembelajaran Bahasa Inggeris Serta
Implikasinya Terhadap Pencapaian : Satu Analisis di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Pedalaman Sabah. Fakulti Pendidikan: UKM.
Abdul Aziz, N. A. & Tengku Ahmad, T. A. H. D. (2011) Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Penggunaaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin.
Abdul Ghafar, M. N. (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia. Dicapai pada Jun 10, 2014, dari
http://www.eprints.utm.my/19547/1/JTVEE-4-2011-005.pdf
Abdul Ghafar, M. N. (2000). Penyelidikan Pendidikan Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Abdul Latiff, A. ( 2004 ). Perkaitan Antara Tahap Kemahiran Generik Dengan Prestasi
Pelajar: Kajian Kes Terhadap Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Abdul Rasyid, A. R. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Bakar, A., Tor, S. H. & Omar, R. (2005). Mengubah Persepsi Pelajar Terhadap
Penggunaan Bahasa Inggeris Melalui Pembentangan Soalan Esei Dalam Kelas
Tutoran Biologi: Satu Kajian Tindakan. Kolej Matrikulasi Pahang.
Abu Bakar, M. N. (2001). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar
Tingkatan 4: Satu Tinjauan. Penulisan Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
86

Abu Hanifah, A. (2008) Penguasaan Dan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam


Kalangan Pelajar-pelajar PKPG Kemahiran Hidup. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Abu, M. S. & Tasir, Z. (2001). Pengenalan Kepada Analisa Data Berkomputer SPSS
10.0. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Abu, M. S. & Tasir, Z. (2003). Analisa Data Berkomputer SPSS 11.5 For Windows Edisi
Pertama. Kuala Lumpur: Publishing (M) Sdn. Bhd.
Amran, T. (2003). “Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA
Fakulti Pendidikan”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Amran, T. (2003). Status Penguasaan,Kebolehan Bertutur, Sikap, Motivasi dan
Dorongan Ibu Bapa. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Anis, S. T. (2010). Hubungan Antara Penglibatan Dalam Aktiviti Praktikal, Keupayaan
Visualisasi Spatial dan Pendapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar
Vokasional. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Ardi, N. (2005). Sikap terhadap bahasa Melayu dan penggunaannya di kalangan
pelajar Universiti di Selatan Thailand. Universiti Malaya, Kuala Lumpur: Tesis
Ph.D.
Ariffin, K. (2005). English in Education: Issues and Challenges in the Malaysia
Classroom. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Bahasa dalam
Kalangan Pelajar Tingkatan 2. Jurnal e- Bangi, 3(3), 1-17.
Atan, M. (2003). Sikap, Minat, Pengaruh Rakan Sebaya dan Pengajaran Guru Pelajar-
Bahasa Sebagai Satu Cara Mengatasi Masalah Kepelbagaian Pelajar dalam Kelas
Bahasa. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000.
Baker, C. (2002). Attitude and Language. Clevedon: Multilingual Matters.
Baki, R. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam :Karisma.
Bohari, S. (2008). Kesediaan Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan Di Kalangan
Pelajar-Pelajar Bumiputera Tingkatan Empat Di Tiga Buah Sekolah Sekitar
Skudai, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
87

Che Shariff, F. (2004). Persepsi Guru Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana Muda.
Chellamal Bagavathy, A. (2005). Mengatasi kelemahan murid menguasai aspek
tatabahasa dalam Bahasa Melayu melalui cara permainan bahasa. Prosiding
Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Dicapai pada Mei 10, 2014, dari
http://www.web.apps.emoe.go.my /ipba/cd 1/article52.pdf
Chew, F. P. (2008). Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI):
Penerimaan dan Kesannya Terhadap Status Bahasa Melayu. Universiti Malaya:
Tesis Sarjana.
Chong, C. K. (2003). Hubungan Antara Sikap, Minat dan Persepsi dengan Prestasi
Matematik Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian, Kuala
Lumpur. Fakulti Pendidikan, Unversiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Choong, L. K. (2008). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Choong, L. K. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Chua, Y. P. (2006). “Asas Statistik Penyelidikan”. Fakulti Pengajian
Pendidikan.Universiti Putra Malaysia.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Buku 1
Malaysa: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Chua, Y. P. (2012). “Asas Statistik Penyelidikan”. Fakulti Pengajian Pendidikan.
Universiti Putra Malaysia.
Clyne, M. & Sharifian, F. (2008). English as an Internatioal Language: Challenges and
Possibilities. Australia Review of Applied Linguistics, 31(3), 1-11.
Creswell, J. W. (2005). “Educational Research:Planning, Conducting,and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research.” 2th Edition. New Jersey: Pearson
Prentice Hall. Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pustaka.
Donald, H. M., Theresa, L. W. (2007). “Research Method.” Thomson Wordsworth
Gardner, R. C. & Lambert, W. (2003). Attitude and Motivation in Second Language
Learning. Rowley, Mass: Newburry House.
88

Gardner, R. C. (1985). Social Psychology and Second Language Learning: The Role Of
Attitudes and Motivation. London: Edward Arnold Publishers.
George, D. & Mallery, P. (2009). SPSS for Windows Step by Step: A Simple Guide and
Reference, 16.0 Update (9th ed.). Boston: Pearson.
Hall, J., Malhotra, N., Shaw, M., Oppenheim, P. (2002) “Marketing Research”. Second
Edition. Prentice Hall.
Hamdan, A. R., Sihes, A. J., Ramli, J. & Ismail, M. (2006). Tahap Minat, Pengetahuan
dan Kemahiran, Latihan Guru dan Beban Tugas Guru Program Pemulihan Khas
Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana.
Hamid, A. B. (2005). Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Pengantar. Selangor: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Hashim, S. & Yaakub, R. (2003). Psikologi pembelajaran dan personaliti. Gombak,
Selangor: PTS Publication and Distributors Sdn Bhd.
Hashim, Y. (2010). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hasim, J (2003). Pandangan Pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Luar Bandar
Terhadap Pengajaran Guru Mata Pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Hee, K. L., (2006). Kebolehan Pelajar-Pelajar Menhuasai Bahasa Inggeris dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris di Sekolah
Menengah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana Muda. Dicapai pada April 30, 2014, dari
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnal
Hussin, S. & Abdul Razak, A. Z. (2004). Perlaksanaan Dasar Bahasa Inggeris dalam
Pengajaran Sains dan Matematik: Dapatan Kajian, Universiti Malaya: Tesis
Sarjana.
Ibrahim, A. A. (2002). Penggunaan ABM dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Jaafar (2007). Meningkatkan keupayaan menulis karangan sepanjang sekurang-
kurangnya 350 patah perkataan dalam masa yang ditetapkan menggunakan
89

kaedah salin dan jalin. Dicapai pada April 30, 2014, dari http://www.smk-
jakir.net.modules/news/JurnalMunsyi/NoorAainah
Jamil, A.Z. (2002). Melayu, Bahasa dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Jenny, W. C. S. (2008). Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Dengan
Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Johari, K. (2004). “Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur”. Petaling
Jaya.
Kailani, I. & Ismail, K. (2007). Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan
Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian Tinjauan
Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Kamaruddin, I. F. (2002). USM Usaha Hasilkan Siswazah Berkualiti. Universiti Sains
Malaysia.
Kamro, M. (2012). Kesediaan Menceburi Kerjaya Kejuruteraan Binaan Dalam
Kalangan Pelajar Jurusan Binaan Bangunan di Sekolah Menengah Vokasional.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Kassim, F. (2008). Faktor Pemilihan Kerjaya Pelajar Tingkatan Empat Kejuruteraan
Elektrik Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Terenggganu,
Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010 (Edisi Pelancaran). Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan. Dicapai pada Mei 20, 2014, dari http://www.moe.gov.my
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Inggeris
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2010). Punca Graduan Sukar Dapat
Kerja.Dicapai pada Mei 20, 2014, dari http://blog.mohe.gov.my/2012/11/punca-
graduan-sukar-dapat-kerja.html
90

Kementerian Pelancongan (2008). Kenyataan Akhbar (2010). “Laporan Eksekutif


Pengesanan Graduan” Berita Harian, 23 Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana.
Kirkpatrick, A. (2007). World Englishes: Implications for International Communication
and English Language Teaching. Cambrige: Cambridge University Press.
Konting, M. M. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Konting, M. N. (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Krejcie R. V. & Morgan D.W. (1970). Determining Sample Size for Research.
Educational and Psychological Measurement. No. 30, pp. 607-610.
Langan, J. A. P. & Mahamod, Z. (2011). Sikap dan Motivasi Murid Iban dalam
Mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
Lau, T. K. & Awang, Z. (2001). Statistik Asas UiTM. Selangor: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Lee, S. S. (2006). Kajian Mengenai Pelajar Pencapaian Tinggi dan Pelajar Pencapaian
Sederhana Dalam Menyelesaikan Masalah Sains Dalam Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu, Johor: UTM.
Maarof, N. (2003). Keupayaan Menguasai Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Melayu
Sekolah Menengah dalam Era Globalisasi. Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia, Buletin Pendidikan, Bil 10, ms. 3-5.
Mahamod, Z. dan Embi, M. A. (2000). Pengenalpastian Gaya dan Strategi Pembelajaran
Bahasa Sebagai Satu Cara Mengatasi Masalah Kepelbagaian Pelajar Dalam
Kelas Bahasa. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000.
Mahamod, Z. dan Embi, M. A. (2003a). Strategi Pembelajaran Bahasa Pelajar Sekolah
Menengah. Jurnal Bahasa, 3(2), 263-319.
Mc Dermoott, R. J. & Sarrela, P. D. (1996). Health Education Evaluation and
Measurement. A Practitioner’s Perspective. 2nd Edition, New Jersey. Prentice
Hall Englewood, 147-148.
91

Md Basar, M. H. (2007). Kemahiran belajar di kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan


Pendidikan Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana.
Md Desa, M. N. (2003). Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk
Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan.
Md Zain, M. S. (2003). Persepsi pelajar Terhadap Penguasaan Bahasa Inggeris di
Kalangan Pelajar SPI. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Mendeng, J. (2004). Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik
dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota
Tinggi.
Minghat, A. D. & Disun, S. A. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan
Kursus Rekaan dan Jahitan di Daerah Muar, Negeri Johor. Journal of Technical,
Vocational & Engineering Education, 4, 58-76.
Miskam, M. (2002). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian dalam Mata
Pelajaran di Kalangan Aliran Teknik dan Vokasional di Sekolah Menengah
Teknik dan Vokasional Negeri Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Mohamad, M. (2004). Mengkaji Masalah Pembelajaran Sains KBSM dalam Bahasa
Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Mohammad Askar, M. N. H. (2002). Faktor-Faktor Kelemahan Pelajar dalam Mata
Pelajaran Reka Cipta di Empat Buah Sekolah di Negeri Perak. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Mohd Amin, N. F. & Abd Rahim, A. (2009). Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris
Sebagai Persediaan untuk Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Mohd Tahir, L. & Baharudin, F. (2008). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pelajar
Sekolah Menengah Tuisyen Bahasa Inggeris di Pusat-pusat Tuisyen di Sekitar
Zon Keramat, Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Mohd Tahir, L. (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar Tuisyen di Sekitar
Zon Keramat, Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
92

Mohd. Azizuddin (2006). Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap


Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi
Malaysia, Johor.
Mohd. Noh, S. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis.
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Mok, S. S. (2000). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran (Edisi Kedua). Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok, S. S. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok, S. S. (2004). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester
3.Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Mok, S. S. (2010). Literature dan Kaedah Penyelidikan. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Muhamad Zaaba & Ismail, Z. (2004). Motivasi Belajar dan Harga Diri: Hubungan
dengan Pencapaian Akademik dan Kegiatan Kokurikulum Pelajar Sekolah
Menengah. Journal Article UUM, 187, 2-18.
Najmuddin, N. A. (2005). “Sikap Pelajar Matrikulasi Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran Dalam Bahasa Inggeris.” Kolej Matrikulasi Melaka.
Nordin, A. (2005). Student’s Perception on Teaching Learning English. Buletin Fakulti
Pendidikan UTM, 14(1), pp.39-47.
Nordin, A., & A Kahar, N. (2010). Faktor-faktor Yang Mungkin Mempengaruhi
Perlaksanaan Program Bimbingan Taulan Dalam Membantu Guru Sains
Menguasai Bahasa Inggeris Di Sekolah. Universiti Teknologi Malaysia. 1-9.
Tidak diterbitkan. Dicapai pada 28 Jun 2014 dari http://eprints.utm.my/10728/
Nordin, F. (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Persediaan Belajar Guru Untuk
Mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana.
Nordin, T. A., Ahmad, R., & Abdul Rahim, R. (2007). Membina Pelajar Cemerlang:
Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat. 1st ed. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
93

Owi, K. H. (2004). Penguasaan Kemahiran Berkomunikasi di Kalangan Pelajar Tahun


4 Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi
Malaysia Sebagai Pesediaan Untuk Kerjaya. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana Muda.
Quek, M. L. (2006). Pengaruh Rakan Sebaya dengan Pencapaian Matematik di
Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Daerah Batu Pahat. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Rabey, G.P. (2001). Motivation is response. Industrial and Commercial Training, 33(1),
26-28.
Rashid, A. R. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur.
Roxanne, M. S. (2005). Assessing the relationship between attitude toward mathematics
and achievement in mathematics: A meta-analysis. Journal for Research in
Mathematics Education, 28(1), 26-47.
Royo, M. A. & Mahmood, H. (2008). Faktor-Faktor Kelemahan yang Mempengaruhi
Pencapaian Cemerlang Pelajar dalam Mata Pelajaran Reka Cipta di Tiga Buah
Sekolah Menengah Akademik di Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana.
Sayuti, S., Yeo Kee Jiar, Sihes, A. J. & Mohd Kosnin, A. (2000). “Psikologi
Pendidikan”. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Sekaran, U. (2000). Metode Penelitian Untuk Bisnis. Edisi Keempat. Penerjemah: Kwan
Men Yon. Penerbit Salemba Empat, Jakarta.
Shaffian, Z. (1991). Latar Belakang dan Sikap Pelajar-pelajar Melayu dan Kaitannya
Dengan Prestasi Dalam Mata Pelajaran Matematik Moden. Universiti
Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Sihes, A. J. & Ei, S. M.(2008). Masalah Pembelajaran Pelajar Tahun Empat Program
Khas Pensiswazahan Guru (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi
Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Sikh Mohamad, R. (2008). Kesediaan Pelajar Dalam Mengikuti Mata Pelajaran
Vokasional di Sekolah Menengah Harian Luar Bandar Daerah Jerantut,
Pahang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
94

Stapa, S. H., Abu Bakar, N. & Abdul Latiff, R. (2007). Literasi Penulisan Bahasa
Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Luar Bandar: Implikasi Terhadap Pengajaran
dan Pembelajaran. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana.
Sukanti, S. (2011). Penilaian Afektif Dalam Pembelajaran Akuntansi. Jurnal Pendidikan
Akuntansi Indonesia, 9(1), 74-82. Dicapai pada Jun 22, 2014, dari
http://journal.uny.ac.id/index.php/jpakun/article/view/960/770
Sulaiman, S. & Abu Bakar, U. M. (2008). Kesediaan Bakal Guru Sains Untuk Mengajar
Dalam Bahasa Inggeris: Satu Tinjauan ke Atas Pelajar Tahun Akhir Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Surif, J., Ibrahim, N. H. & Kamaruddin, M .I. (2006). Masalah Pembelajaran Matematik
dalam Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Luar Bandar.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Surif, J., Ibrahim, N. H. & Kamaruddin, M. I. (2006). Masalah Pembelajaran Matematik
Dalam Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Luar Bandar
Persidangan Tahunan Pendidikan Guru, 6-8 Sept 2006, Kota Kinabalu, Sabah.
Tajul Arifin, H. (2010). Minat dan Penguasaan Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Pengurusan Makanan di SMT (ERT) Azizah, Johor Bahru. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Tarmizi Amran. (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar
Tahun 4SPA, E dan J, Fakulti Pendidikan UTM: Kajian tentang status
penguasaan, kebolehan bertutur, sikap, motivasi dan dorangan ibu bapa. (Tesis
Sarjana Muda). Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Unit Penilaian & Peperiksaan 2014: Kolej Kemahiran Tinggi Mara Seri Gading, Batu
Pahat.
Unit Penilaian & Peperiksaan 2013:,Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat.
Unit Penilaian & Peperiksaan 2013: Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Walqui, A. (2000). Contextual Factors in Second Language Aquisition. Eric Digest, 1-
5.
Wiersma, W. (2000). Research Methods in Education: An Introduction (7ed). Needham
Heights:A Pearson Education Company.
95

Yahaya, A. & Ismail, N. (2008). Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilian Kursus dan


Masalah-masalah Pembelajaran Dalam Mempengaruhi Pencapaian Akademik
Pelajar Tingkatan 4 Aliran Teknikal Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di
Negeri Sembilan. Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan
Sosial, 18/8/2008-19/8/2008, Mahkota Hotel Melaka.
Yahaya, A. (2010). Sejauh Manakah Faktor Keluarga Dapat Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris. Universiti
Teknologi Malaysia.
Yahaya, A. Hashim, S. & Mohd Azizuddin, F. (2008). Tahap Kompetensi Guru Sekolah
Rendah Terhadap Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. 1st
.ed. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Yahaya, A., Ramli, J. & Boon, Y. (2007). Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian
Pelajar Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris: Sejauh Manakah Hubungan Ini
Relevan?
Yusof, R., Othman, N. & Karim, F. (2005). Strategi Pembelajaran Pengalaman
Berasaskan Model Kolb Dalam Pendidikan Perakauanan. Jurnal Pendidikan, 30,
113-128.
Zanzali, N. A. & Che Din, F. (2008). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Persediaan
Bakal Guru untuk Mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Anda mungkin juga menyukai