Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM SHOWCASE KECEMERLANGAN MURID


DAN KARNIVAL KERJAYA BERSAMA KOMUNITI
’SKC GOT TALENT’

1. TAJUK PROGRAM / AKTIVITI / PROJEK :

Program Showcase Kecemerlangan Murid Dan Karnival Kerjaya bersama Komuniti -SKC Got Talent.

2. LATAR BELAKANG :
2.1 Program ini merupakan program terancang di bawah Jawatankuasa Program Sekolah Transformasi dan
Jawatankuasa Kecemerlangan Sekolah bersama-sama murid Sekolah Kebangsaan Cheng bagi memastikan
proses transformasi terlaksana dengan baik dan berterusan oleh semua pihak. Komitmen dari semua
warga pendidik, murid dan ibubapa Sekolah Kebangsaan Cheng dituntut dalam menjayakan program ini.
2.2 Program inii adalah selaras untuk memenuhi Visi dan Misi KPM terutamanya dalam melaksanakan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, disamping Sekolah Kebangsaan Cheng mendapat bimbingan
berterusan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah Melaka
Tengah untuk merealisasikan impian dan hasrat TS25.

3. JUSTIFIKASI:
3.1 Semua program yang telah dirancang dan disusun merupakan suatu rancangan jangka panjang, yang
dapat membantu meningkatkan pencapaian hasil pengajaran dan pembelajaran samad di dalam bilik
darjah mahupun di luar bilik darjah. Untuk memastikan program ini berjaya dilaksanakan, ia memerlukan
kerjasama dan penglibatan semua guru, murid, ibubapa dan komuniti.
3.2 Justeru, rasionalnya program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang
hasil pembelajaran murid dari semua matapelajaran yang diajar di sekolah. Selain itu, program ini juga
memupuk kreativiti dan inovasi di kalangan murid serta kemenjadian murid yang seiring dengan konsep
sekolah transformasi.

4. MATLAMAT (OUTPUT / OUTCOME):


4.1 Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti panitia
bagi mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid.
4.2 Program ini juga dijalankan adalah untuk melatih murid melibatkan diri dalam aktiviti bagi tujuan
memperkayakan kemahiran dan kreativiti. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk menjalin dan
mengeratkan hubungan dan kerjasama di kalangan guru-guru, ahli PIBG dan masyarakat setempat.

5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT :


5.1 12 Disember 2023 / Selasa
5.2 10.30 pagi – 3.00 petang
5.3 Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka

6. SASARAN PESERTA :
633 orang murid (Murid Pra Sekolah, Pendidikan Khas, Tahun 1 hingga Tahun 6)
7. IMPLIKASI KEWANGAN :
Kewangan dapat digunakan serta bermanfaat untuk semua murid.

BIL PERKARA HARGA X KUANTITI JUMLAH


(RM) (RM)
1. Kanopi RM120.00 X 2 RM240.00

2. Sijil RM25.00 x 2 set RM50.00

3. Gegantung RM60.00 X 1 RM60.00

4. Cenderahati RM30.00 RM30.00

5. Makanan dan Minuman VIP RM70.00 RM70.00

JUMLAH RM450.00

8. TENTATIF PROGRAM :

MASA AKTIVITI
7.40 pagi – 10.30 pagi PdPc seperti biasa
10.30 pagi Kehadiran tetamu jemputan
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan Perasmian
Persembahan Murid
Penyampaian Cenderamata
Lawatan ke bahagian Showcase
12.00 tghari Jemputan bersurai
Murid tahap 1 dan 2 melawat booth panitia
1.00 petang Murid Tahap 1 bersurai
3.00 petang Murid Tahap 2 bersurai

9.0 PENUTUP:
Pihak pengurusan sekolah mengharapkan agar program ini dapat memberikan impak positif dari segi kepimpinan
guru dan kemenjadian murid yang dapat dilaksanakan dengan nilaitambah yang lebih baik serta berterusan. Semoga
program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan pengetahuan serta kemenjadian murid di Sekolah Kebangsaan
Cheng.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………………………………………………… ……………………………………………………………………

Nama: Zuraini binti Mohamad Zain Nama: Hjh. Sakinah binti Ibrahim
Jawatan: Setiausaha TS25 Jawatan: Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Cheng Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Cheng
Tarikh: Tarikh:

KERTAS CADANGAN
PROGRAM SHOWCASE KECEMERLANGAN MURID DAN KARNIVAL KERJAYA BERSAMA
KOMUNITI ’SKC GOT TALENT’

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM SHOWCASE KECEMERLANGAN MURID


DAN KARNIVAL KERJAYA BERSAMA KOMUNITI ’SKC GOT TALENT’ [ (TS25)]

ATAU

Tidak meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM SHOWCASE KECEMERLANGAN MURID


DAN KARNIVAL KERJAYA BERSAMA KOMUNITI
’SKC GOT TALENT’ [ (TS250]

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………….......
……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………….......
……………………………………………………………………………………………………………………

(AZMI BIN ABU BAKAR)


(Guru Besar)
Sekolah Kebangsaan Cheng
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai