Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT SUBANG

Seksyen U16, 40150 Shah Alam, Selangor


Tel : 03-78458409 Fax : 03-78483552

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN
KECERIAAN KELAS

2023

1
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS

RASIONAL

Persekitaran kelas yang ceria dan bersih akan memberi keselesaan serta
mengambarkan kecintaan dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah
umumnya dan murid-murid di kelas berkenaan khasnya. Keceriaan dan kebersihan
kelas adalah penting bagi mewujudkan suasana kelas yang kondusif, mempunyai
iklim sekolah yang ceria, tenang, selesa dan menarik minat murid belajar di kelas.
Kelas yang bersih dan ceria juga dikatakan oleh pakar psikologi boleh memberikan
suntikan motivasi kepada murid. Mereka akan belajar dalam keadaan yang selesa,
tenang dan tenteram. Murid akan fokus kepada pelajaran yang diajarkan kerana
mereka diberikan ilmu dalam keadaan bersih dan tenang. Oleh itu, pertandingan ini
memang perlu dilaksanakan bagi memenuhi hasrat tersebut.

Matlamat

Mewujudkan sekolah yang mempunyai persekitaran dan kelas yang bersih, ceria,
cantik, dan mempunyai minat untuk hadir ke sekolah.

Objektif

1. Mewujudkan suasana kelas yang lebih ceria dan harmonis.


2. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya menjaga
keceriaan dan kebersihan kelas.
3. Memupuk dan menyuburkan sikap bertanggung jawab terhadap kelas mereka.
4. Mewujudkan kerja sama di antara murid, guru dan pekerja swasta.
5. Mewujudkan suasana kelas yang selesa dan mendorongkan pembelajaran murid.

Konsep dan Cogankata

“KELAS CERIA, MURID GEMBIRA”

TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan bermula pada 15 Mei 2023 sehingga 6 November 2023 iaitu
selama 15 minggu.

SASARAN

2
Pertandingan ini melibatkan semua kelas di aliran perdana sesi pagi dan petang
serta kelas PPKI.

MODUS OPERANDI

1. Teknik hiasan dalaman bergantung kepada kreativiti murid dalam kelas


berkenaan dengan dibantu oleh guru kelas masing-masing.
2. Aspek yang dinilai bagi pertandingan keceriaan kelas dibahagikan kepada
aspek kebersihan (50%), aspek keceriaan (20 %), aspek bermaklumat
(20 %) dan aspek kreativiti (10 %). Perincian setiap aspek yang dinilai seperti
di bawah.

A. Aspek Kebersihan 50%


1. Lantai, tingkap dan sawang bersih
2. Kipas tidak berhabuk
3. Tong sampah dikosongkan
4. Papan hitam bersih, tiada habuk
5. Langsir bersih dan kemas
6. Susunan meja dan kerusi kemas
7. Penyapu disangkut dengan kemas

B. Aspek Keceriaan 20%


1. Meja guru beralas
2. Meja pelajar beralas
3. Ada hiasan bunga di atas meja guru
4. Papan notis dihadapan dan belakang kelas dihias cantik dan mempunyai bahan-
bahan yang menarik ditampal

C. Aspek Bermaklumat 20%


1. Jadual Tugas disediakan
2. Jadual waktu kelas disediakan
3. Carta Organisasi kelas disediakan
4. Pelan kedudukan pelajar disediakan
5. Sudut mata pelajaran dikemaskini
6. Pelan kebakaran dipamerkan
7. Senarai inventori dipamerkan
8. Kalendar digantung/dipamerkan
9. Ada poster yang sesuai

D. Aspek Kreativiti 10%


1. Ada Sudut Nilam / bacaan
2. Ada kata-kata hikmat/ motivasi

3
PANEL PENILAI

Penilaian akan dilaksanakan oleh guru bertugas mingguan dengan mengisi


borang yang telah disediakan.

PEMBERIAN HADIAH DAN PIALA PUSINGAN MINGGUAN

1. Setiap minggu hari Isnin mengikut tarikh yang telah ditentukan di dalam
buku pengurusan.
2. Hanya satu kelas sesi pagi, satu kelas sesi petang dan satu kelas PPKI
sahaja yang akan diberikan piala pusingan mingguan dan wang tunai
RM20.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah


(RM)
1. Sesi Pagi : Wang Tunai RM20 x 15 minggu 300

2. Sesi Petang: Wang Tunai RM20 x 15 minggu 300

3. PPKI : Wang Tunai RM20 x 15 minggu 300

JUMLAH 900

SUMBER KEWANGAN

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1. PIBG RM 900

JUMLAH RM 900

PENUTUP

Program pertandingan keceriaan kelas ini diharapkan dapat mewujudkan


kelas yang bersih, ceria dan cantik. Dengan kelas yang ceria dan cantik ini sekali lagi
diharapkan mampu menjadi motivasi kepada murid untuk seronok hadir ke sekolah
dan sekaligus dapat mengatasi masalah ponteng sekolah.

4
Disediakan oleh; Disemak oleh;

(NORMANESAH BINTI OSMAN) (AIRULNIZAM BIN AB RASID)


Penyelaras Unit Kebersihan & Keceriaan PK Hal Ehwal Murid
SK Taman Bukit Subang SK Taman Bukit Subang

Disahkan oleh;

(SULAIMAN BIN DAT)


Guru Besar
SK Taman Bukit Subang

Anda mungkin juga menyukai