Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1


SESI 2024/2025
DISEDIAKAN OLEH:

PN M.SHANTI/

PENYELARAS TAHUN 1/2024


PENGENALAN

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk
membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah
atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa
yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang
datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan
dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang
hampir sama.

MATLAMAT PROGRAM

Program Transisi Tahun Satu akan dapat :

1. Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan


secara formal.
2. Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi
persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
3. Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk
belajar.

OBJEKTIF
Di akhir program, murid-murid dapat:

1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran


pembelajaran yang formal.
2. Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari
segi kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu
bidang atau mata pelajaran.
3. Membimbing murid Tahun Satu berkaitan amalan, budaya dan adab ketika
berada di sekolah.
4. Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program ini termasuklah:

o Murid Tahun 1
o Guru Tahun 1
o Pihak sekolah
o Ibu bapa
o PIBG
PERANAN KUMPULAN SASARAN
TEMA PROGRAM
MINDA CERGAS MATA BERCAHAYA

MINDA CERGAS
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan
kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu
membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh
dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan Minda Cergas.
Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan
perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta
bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu
melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat
meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan murid di samping dapat
memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari
pra sekolah.

MATA BERCAHAYA
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus
belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan
guru-guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari
masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan
sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau
penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui mata bercahaya
mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

PELAKSANAAN

Secara keseluruhannya, Program Transisi Tahun Satu ini mengambil jangka masa
selama 3 minggu. Segala aktiviti perlu dirancang secara terperinci dan padat agar
matlamat dan objektif tercapai dengan jayanya. Persediaan dan pelaksanaan
program ini dibahagikan kepada 3 tahap:

TAHAP 1 – FASA PERSEDIAAN

-Fasa ini penekanan terhadap kesediaan pentadbir, guru, ibu bapa/penjaga, murid
dan persekitaran fizikal sebelum sesi persekolahan bermula.

TAHAP 2 – FASA PENYESUAIAN


-Fasa ini bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan situasi dan
persekitaran sekolah serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru.

TAHAP 3 – KESEDIAAN

-Fasa ini bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
untuk pembelajaran seterusnya.

JAWATANKUASA KERJA TRANSISI TAHUN 1 2022

Pengerusi : Pn. S.Tamiel Selvi (GB)

Tim. Pengerusi : Pn. S.Kasturi (PK HEM)

Naib Pengerusi I : Pn. K.Piramila (PK KUR)

Naib Pengerusi II : En. S.Eswaran (PK KOKO)

Naib Pengerusi III : Pn. M.Tamilarasi (PK.PETANG)

Penyelaras Transisi : Pn. M.Shanti

Naib Penyelaras : Pn. K.Darshini

Setiausaha : Pn.R.Siva Sangary

Bendahari : Cik.E.Yamunajothi

KEWANGAN
ANGGARAN PERBELANJAAN:

Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk program:

Jumlah Murid :148 org murid


BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH ANGGARAN
(RM)
1. Kertas A4 2 X RM 8.00 RM 16.00

2. Kertas warna 10 X RM 5.00 RM 50.00

3. Batang ais krim 20 X RM 3.00 RM 60.00

4. Tanda nama 148 X RM 30 sen RM 44.40

5. Kad manila 20 X RM 1 RM 20

6. Belon 100biji X 20 sen RM 20

JUMLAH RM 210.40

PENUTUP
Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi Menarik minat murid
untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar. Sokongan dan bantuan daripada
semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini
didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………………………….. …………………………………………
(PN M.SHANTI)
PENYELARAS PROG. TRANSISI

Anda mungkin juga menyukai