Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PROGRAM LAWATAN KASIH SAYANG SEKOLAH KEBANGSAAN TIONG PERUNGUSAN TAHUN 2013

PENGENALAN Program Lawatan Kasih Sayang merupakan salah satu aktiviti dalam Hidup Bermasyarakat. Lawatan ini bersesuaian dengan kehidupan dalam negara Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Wajarnya seorang guru mempunyai pengetahuan yang berkaitan dengan budaya masyarakat setempat tempat berkhidmat. Di samping itu lawatan ini juga ingin memupuk keseronokan, penghayatan budaya dan semangat perpaduan dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid sendiri.

RASIONAL Lawatan ini akan dapat membantu guru baharu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan budaya dan persekitaran. Sehubungan itu, guru baharu akan dapat berkongsi dan memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada golongan masyarakat setempat khasnya ibu bapa murid tentang pentingnya peningkatan ilmu iaitu pendidikan dalam kehidupan. Justeru dapat mewujudkan suasana budaya yang saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.

OBJEKTIF a) memahami budaya masyarakat setempat b) membina hubungan sosial dengan ibu bapa dan murid c) meningkatkan kesedaran pentingnya pendidikan dalam kehidupan d) Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.

KUMPULAN SASARAN Sasaran : Ibu bapa dan murid Tahun 3

PELAKSANAAN TEMPOH Minggu Destinasi 1 Rumah murid 1 3 BULAN Catatan Berkenalan dengan keluarga murid Pemerhatian keluarga Kesedaran pendidikan Contoh: Peneguhan positif hubungan dan sosio-ekonomi

REFLEKSI

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat: Guru Besar Penolong Kanan Kurikulum Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum

AJK Pelaksana: Guru Baharu

ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN Pihak penganjur akan memohon belanjawan daripada pihak sekolah dengan jumlah sebanyak RM60.

PERKARA Cenderamata 6 x RM 10

JUMLAH RM 60

PENUTUPAN Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang diperolehi di dalam aktiviti lawatan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh; ________________ (Nama Guru Baharu) Guru Kelas Tahun 3, Sekolah Kebangsaan Tiong Perungusan.

Anda mungkin juga menyukai