Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KIAMBANG

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


17070 PASIR MAS
KELANTAN

PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2017


SK SRI KIAMBANG
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

DISEDIAKAN OLEH:

NORHISYAM BIN ISMAIL


PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS
SK SRI KIAMBANG
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
.

RASIONAL

Persekitaran kelas yang ceria dan bersih akan memberi keselesaan serta
mengambarkan kecintaan dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah
umumnya dan murid-murid di kelas berkenaan khasnya. Keceriaan dan kebersihan
kelas adalah penting bagi mewujudkan suasana kelas yang kondusif, mempunyai
iklim sekolah yang ceria, tenang, selesa dan menarik minat murid belajar di kelas.
Kelas yang bersih dan ceria juga dikatakan oleh pakar psikologi boleh memberikan
suntikan motivasi kepada murid. Mereka akan belajar dalam keadaan yang selesa,
tenang dan tenteram. Murid akan fokus kepada pelajaran yang diajarkan kerana
mereka diberikan ilmu dalam keadaan bersih dan tenang. Oleh itu, pertandingan ini
memang perlu dilaksanakan bagi memenuhi hasrat tersebut.

Matlamat

Mewujudkan sekolah yang mempunyai persekitaran dan kelas yang bersih,


ceria, cantik, dan mempunyai minat untuk hadir ke sekolah.

Objektif

1. Mewujudkan suasana kelas yang lebih ceria dan harmonis.


2. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya menjaga
keceriaan dan kebersihan kelas.
3. Memupuk dan menyuburkan sikap bertanggung jawab terhadap kelas mereka.
4. Mewujudkan kerja sama di antara murid, guru dan pekerja swasta.
5. Mewujudkan suasana kelas yang selesa dan mendorongkan pembelajaran murid.

TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan bermula pada bulan Julai sehingga November 2017

SASARAN

Pertandingan ini melibatkan semua kelas dialiran perdana sebanyak 35 kelas dan 4
kelas Pendidikan Khas Integrasi, jadi jumlah keseluruhannya ialah 39 kelas.
JADUAL PELAKSANAAN

BIL JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER


AKTIVITI M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
1 Keceriaan x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x
2 Penilaian x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x
3 Anugerah x x x x x

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2017

1. Pertandingan melibatkan semua kelas.


2. Teknik hiasan dalaman bergantung kepada kreativiti murid dalam kelas
berkenaan dengan dibantu oleh guru kelas masing-masing.
3. Aspek yang dinilai bagi pertandingan keceriaan kelas dibahagikan kepada
aspek kebersiahan (50%), aspek keceriaan (20 %), aspek bermaklumat (20
%) dan aspek kreativiti (10 %). Perincian setiap aspek yang dinilai seperti di
bawah.
4. Wajaran markah rujuk lampiran 1.

A. Aspek Kebersihan 50%


1. Lantai, tingkap dan sawang bersih
2. Kipas tidak berhabuk
3. Tong sampah dikosongkan
4. Papan hitam bersih, tiada habuk
5. Langsir bersih dan kemas
6. Susunan meja dan kerusi kemas
7. Penyapu disimpan dengan kemas
8. Dinding kelas bersih

B. Aspek Keceriaan 20%


1. Meja guru beralas
2. Meja pelajar beralas
3. Ada hiasan bunga di atas meja guru
4. Jadual dan carta yang menarik
5. Dinding kelas dicat atau dalam keadaan ceria.
6. Ada langsir.

C. Aspek Bermaklumat 20%


1. Jadual Tugas disediakan
2. Jadual waktu kelas disediakan
3. Carta Organisasi kelas disediakan
4. Pelan kedudukan pelajar disediakan
5. Sudut mata pelajaran dikemaskini
6. Pelan kebakaran dipamerkan
7. Senarai inventori dipamerkan
8. Kalendar digantung/dipamerkan
9. Ada poster yang sesuai
10. Ada senarai nama pelajar dan keputusan latihan kecemerlangan.
11. Ada visi, misi dan motto

D. Aspek Kreativiti 10%


1. Ada Sudut Nilam / bacaan
2. Ada kata-kata hikmat/ motivasi
3. Ada sudut parking lot
4. Ada sudut penghargaan pelajar
5. Ada coffee corner

4. Penilaian akan dibuat oleh kumpulan panel penilai sepanjang minggu. 2 panel
penilai akan dilantik bagi menilai kelas setiap tahun.

5. Markah bagi setiap kelas akan diumumkan setiap minggu di perhimpunan atau
ditampal di papan kenyataan sekolah.

6. Markah akan dikumpul bagi setiap minggu dan piala pusingan akan
dianugerahkan kepada setiap kelas yang mengumpul markah tertinggi dalam bulan
semasa mengikut tahun.

7. Markah setiap bulan akan dikumpulkan. Kelas yang mendapat markah


keseluruhan tertinggi akan dianugerahkan Anugerah Kelas Kondusif Sepanjang
Tahun. Penganugerahan adalah mengikut tahun.

PANEL PENILAI

Tahun 6 Pn. Jawahir Mat Diah


Pn. Roslah mat Daud
Tahun 5 Pn. Wan Azura Wan mohd Zain
En. Mohd Anuar Hj Daud
Tahun 4 Pn. Noriah Yusoff
En. Mohd Sabri Abd razak
Tahun 3 En. Hasnun Ammar Hj Hassan
Pn. Hjh Kartini Mohamad
Tahun 2 Pn. Fazilah Abd Ghani
En. Yusoff Hj Mahmood
Tahun 1 Pn. Natrah Othman
Pn. Kamaliah Mahmood
PPKI Pn. Noraida Ismail
Pn. Maznah Mohamad
ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah (RM)


1. Piala Pusingan (Rm 50.00) 350.00
7 kelas x Rm 50.00
2. Sijil ( RM 1.50 ) 63.00
7 kelas x Rm 1.50 x 6 bulan
3. Hamper keseluruhan (Rm 50.00) 350.00
7 kelas x Rm 50.00
Jumlah 763.00

SUMBER KEWANGAN
i. PIBG
ii. KEDAI SEKOLAH

SUMBER TENAGA
i. Guru kelas
ii. Murid-murid
iii. Pekerja am

KESIMPULAN

Program pertandingan keceriaan kelas ini diharapkan dapat mewujudkan kelas


yang bersih, ceria dan cantik. Dengan kelas yang ceria dan cantik ini sekali lagi
diharapkan mampu menjadi motivasi kepada murid untuk seronok hadir ke sekolah
dan sekaligus dapat mengatasi masalah ponteng sekolah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NORHISYAM ISMAIL) (NOOR ZAINI AHMAD)


Penyelaras pertandingan kecerian kelas Penolong Kanan HEM
SK. Sri Kiambang. SK. Sri Kiambang.

Diluluskan dan disahkan oleh:

(HJ DASUKI CHE HARUN)


Guru Besar
SK. Sri Kiambang.
Lampiran 1

ASPEK KEBERSIHAN (50 MARKAH) WAJARAN


1 Lantai, tingkap dan sawang bersih 20
2 Kipas tidak berhabuk 5
3 Tong sampah dikosongkan 5
4 Papan hitam bersih, tiada habuk 3
5 Langsir bersih dan kemas 4
6 Susunan meja dan kerusi kemas 5
7 Penyapu disimpan dengan kemas 3
8 Dinding kelas bersih 5
50
ASPEK KECERIAAN (20 MARKAH) WAJARAN
1 Meja guru beralas 2
2 Ada langsir 2
3 Meja pelajar beralas 2
4 Ada hiasan bunga di atas meja guru 2
5 Jadual dan carta yang menarik 2
6 Dinding kelas dicat atau dalam keadaan ceria. 10
20

100 MARKAH
ASPEK BERMAKLUMAT (20 MARKAH) WAJARAN
1 Jadual Tugas disediakan 2
2 Jadual waktu kelas disediakan 2
3 Carta Organisasi kelas disediakan 2
4 Pelan kedudukan pelajar disediakan 1
5 Sudut mata pelajaran dikemaskini 2
6 Pelan kebakaran dipamerkan 2
7 Senarai inventori dipamerkan 1
8 Kalendar digantung/dipamerkan 1
9 Ada poster yang sesuai 2
10 Keputusan latihan kecemerlangan. 2
11 Ada senarai nama pelajar 2
12 Ada visi, misi dan motto 1
20
ASPEK KREATIVITI (10 MARKAH) WAJARAN
1 Ada Sudut Nilam / bacaan 2
2 Ada kata-kata hikmat/ motivasi 2
3 Ada sudut parking lot 2
4 Ada sudut penghargaan pelajar 2
5 Ada coffee corner 2
10

Anda mungkin juga menyukai