Anda di halaman 1dari 3

SMK SRI TANJUNG

PONTIAN, JOHOR
2014
PROGRAM PEMANTAPAN HEADCOUNT

PENGENALAN
Strategi headcount akademik memberi fokus kepada data secara diskrit dalam melihat
pencapaian dan perkembangan murid. Maklumat tersebut dianalisis sepanjang murid berada
di sesebuah sekolah supaya prestasi mata pelajarannya dapat dikenalpasti. Pengesanan ini
berkait rapat dengan usaha meningkatkan potensi murid, pencapaian mata pelajaran dan
pencapaian sekolah secara keseluruhan.

Istilah Headcount bermaksud :An inventory of people in a group taken by counting
individuals.; yakni mengenal pasti bilangan individu dalam sesebuah kumpulan, organisasi
atau institusi. Dalam konteks strategi akademik, Headcount didefinisikan sebagai satu proses
mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tahun satu hingga
tahun enam di sekolah rendah dan tingkatan satu hingga tingkatan enam di sekolah
menengah.

Berdasarkan strategi tersebut pengukuran dan penilaian dianalisis secara terperinci
dan menyeluruh dengan tujuan untuk mengesan perkembangan potensi murid dalam
penguasaan bidang akademik. Pengesanan tersebut disusuli dengan menentukan pendekatan
pengajaran yang boleh membantu ke arah penambahbaikan pembelajaran murid.




OBJEKTIF PROGRAM
Diakhir program, peserta dapat:
1. Menyatakan kepentingan headcount dalam mengesan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
2. Menjelaskan penggunaan borang-borang, rekod dan maklumat pencapaian murid
yang penting dalam melihat perkembangan murid.
3. Menentukan Take Off Value (TOV).
4. Membuat kiraan Expected Targeted Result (ETR) dan Operational Targeted
Increment (OTI).

RASIONAL
Terdapat kelemahan dan kekurangan dalam pengurusan headcount di sekolah. Salah satu
puncanya ialah guru-guru yang diamanahkan tidak mendapat latihan dan pendedahan yang
secukupnya mengenai cara pelaksanaa headcount dibuat. Terdapat juga guru baru yang tidak
mengetahui istilah, tujuan dan bagaimana perlaksanaan headcount dilakukan.

SASARAN PESERTA
76 orang guru pelbagai mata pelajaran di SMK Sri Tanjung Benut

PENCERAMAH/FASILITATOR
Tn. Hj. Ariffin Bin Abd Latif
Ketua Unit Teknik Dan Vokasional
Jabatan Pendidikan Negeri Johor



TEMPOH DAN TEMPAT
Tarikh : 10 Mei 2014
Masa : 8.00 pagi 12.30tengah hari
Tempat : Bilik Muzik, SMK Sri Tanjung

TENTATIF PROGRAM
8.00 8.30 pagi Kehadiran Peserta
8.30 9.30 pagi Slot 1: Slot bersama Pegawai PPD
9.30 10.00 pagi Jamuan
10.00 12.30 tgh Slot 2: Pemantapan Headcount

ANGGARAN KOS PROGRAM
BIL. PERKARA JUMLAH (RM)
1
Jamuan
76 orang x RM10.00

760.00
2 Bayaran dan cenderahati penceramah 240.00
1000.00

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.................................................. ................................................................
(NOORASILAH MD SUANDI) (PN HJH ANDI AUDRYANAH MD NOOR)
P/SU LDP PENGETUA
SMK SRI TANJUNG, BENUT

Anda mungkin juga menyukai