Anda di halaman 1dari 5

Arahan: Jawab semua soalan dengan memilih jawapan yang tepat.

1. Apakah aktiviti yang sedang dijalankan oleh pelajar dalam rajah di atas?

A tekan tubi C ringkuk tubi
B bangkit tubi D mendagu

2. Aktiviti mendagu dapat membina kekuatan otot di bahagian tangan dan
A bahu C leher
B kaki D pinggang

3. Yang manakah antara berikut merupakan komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan?
A Daya tahan kardiovaskular dan kuasa C Kekuatan otot dan kelajuan
B Daya tahan otot dan kelenturan D Kelajuan dan kuasa

4. Yang manakah antara berikut merupakan komponen kecergasan fizikal berasaskan perlakuan
atau kemahiran motor?
A Daya tahan kardiovaskular dan kuasa C Kekuatan otot dan kelajuan
B Daya tahan otot dan kelenturan D Kelajuan dan kuasa

5. Kelenturan berubah mengikut
A usia C bangsa
B kaum D berat badan

6. Kemampuan jantung dan sistem salur darah membekalkan oksigen kepada otot secara
berterusan semasa melakukan aktiviti juga dikenali sebagai
A kekuatan otot C komposisi badan
B daya tahan otot D daya tahan kardiovaskular

7. Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot di bahagian kaki?
A naik turun bangku C meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang
B lari pecut 30 meter D lompat jauh berdiri

8. Rajah dibawah menunjukkan suatu teknik di dalam permainan bola sepak.

Apakah teknik tersebut?
A hantaran ke hadapan C mengelecek menggunakan sebelah kaki
B hantaran ke sisi D menyerkap bola tinggi menggunakan dada
9. Berapakah bilangan pemain termasuk penjaga gol diperlukan dalam permaian bola sepak?
A 7 orang C 11 orang
B 9 orang D 13 orang

10. Berapakah masa penuh bagi permaian bola sepak dijalankan?
A 15 minit C 60 minit
B 45 minit D 90 minit

11. Bagaimanakah tendangan penalti boleh diberikan kepada suatu pasukan bola sepak?
A apabila bola melintasi garisan gol atau garisan tepi
B apabila pasukan bertahan melakukan kesalahan dalam kawasan penaltinya sendiri
C apabila pemain berada lebih hamper dengan garisan gol pasukan lawan daripada bola
D apabila pemain cuba mendapatkan keuntungan dengan berada dalam kedudukan tersebut

12. Rajah di bawah menunjukkan cara menghadang.

Apakah nama permainan itu?
A bola sepak C bola keranjang
B bola jaring D bola baling

13. Berapa orang pemain diperlukan dalam satu pasukan bole jaring?
A 5 orang C 9 orang
B 7 orang D 11 orang

14. Berapakah mata penamat bagi permainan ping pong?
A 11 mata C 21 mata
B 15 mata D 22 mata

15. Rajah menunjukan suatu fasa dalam lari pecut.

Apakah fasa tersebut?
A fasa permulaan C fasa pecut
B fasa berlepas D fasa penamat
16. Antara berikut, otot manakah yang tidak terlibat semasa melakukan larian?
A otot leher C otot paha
B otot pangkal lengan D otot betis

17. Berikut adalah badan-badan atau persatuan yang bertanggungjawab
terhadap pengendalian sukan olahraga, kecuali
A MSN C MSSM
B KOAM D MSSN

18. Etika menjelaskan tentang cara
I memantau
II mematuhi peraturan
III melihat dan menilai tindakan seseorang
IV menilai dan melakukan sesuatu aktiviti dalam kehidupan seharian
A I dan II C III dan IV
B I dan III D I, II, III dan IV

19. Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi memastikan alatan sukan yang diperbuat daripada
logam tidak mudah berkarat?
A menyimpannya di tempat lembap
B tidak mementingkan aspek kebersihan
C menyimpannya di tempat yang tertutup
D memastikan semua peralatan berada dalam keadaan kering

20. Antara berikut yang manakah bukan merupakan kesan penyalahgunaan dadah.
A Tersisih daripada masyarakat C Tidak mendapat kawan yang ramai
B Menjadi sampah masyarakat D Mendapat pengiktirafan masyarakat

21. AIDS adalah singkatan daripada perkataan
A Accident Immune Deficiency Syndrome C Acquired Independent Deficiency Syndrome
B Acquired Immune Deficiency Syndrome D Accident Independent Deficiency Syndrome

Soalan 22 hingga 25
Hitamkan A bagi jawapan yang betul dan B bagi jawapan yang salah.

22. Piramid makanan menggambarkan secara umum tentang jenis dan jumlah makanan yang
perlu diambil oleh seseorang individu.
A / B

23. Contoh kumpulan makanan bagi bijirin adalah seperti majerin, minyak masak dan gula.
A / B

24. Konflik timbul apabila seseorang itu suka berhadapan dengan kegembiraan dan mudah untuk
membuat pilihan yang mempunyai matlamat yang sama.
A / B

25. Seseorang mengalami stres mungkin disebabkan oleh tiada keyakinan diri dan selalu berlaku
pertelingkahan dalam keluarga.
A / B
26. Amanda dilahirkan kerdil. Dia dianggap sebagai warga
A tua C cacat
B kerdil D istimewa

27. Apakah maksud perkahwinan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan.
A Budaya C Persandingan
B Perjanjian D Ikatan yang sah

28. Bapa Aleen kaki botol. Apabila mabuk, Aleen dan ibunya selalu dipukul. Apakah kesan isu
kekeluargaan ini?
A Tidak sehaluan C Kurang komunikasi
B Kurang kemesraan D Kurang kesefahaman

29. Encik Johan selalu balik lewat. Dia juga sering memukul anak dan isterinya. Pada pendapat
anda apakah kesan terhadap anaknya?
I Anak lari dari rumah III Terlibat dalam gejala sosial
II Gagal dalam peperiksaan IV Dia akan menjadi penyabar
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

30. Berikut ialah faedah layanan baik kepada Orang Kurang Upaya (OKU)
I Lebih berkeyakinan
II Mengurangkan penderitaan
III Penawar kepada kesusahan
IV Menjadikan mereka terlalu bergantung
A I dan II C I, II dan III
B I dan IV D I, II, III dan IV

31. Warga tua merupakan golongan yang mencapai umur?
A 45 tahun ke atas C 55 tahun ke atas
B 50 tahun ke atas D 60 tahun ke atas

32. Apakah maksud pemakanan?
A jenis makanan yang ditentukan untuk dimakan
B satu hidangan makanan untuk seseorang individu
C makanan untuk mendapatkan kesihatan yang baik
D kumpulan makanan yang baik untuk kesihatan

33. Penglihatan Tan pada waktu malam adalah terhad. Apakah kemungkinan penyakit yang
dihidapi oleh Tan?
A Buta C Rabun warna
B Mata juling D Rabun malam

34. Sekiranya anda mendapat sebarang penyakit, anda hendaklah mendapatkan rawatan
daripada
A doktor C jururawat
B ibu bapa D Persatuan Bulan Sabit Merah



35. Manakah yang berikut merupakan faktor malnutrisi?
A Kekayaan
B Budaya hidup
C Makanan seimbang
D Tahap kesihatan yang rendah

36. Dalam piramid makanan, karbohidrat terletak pada aras.....
A aras 1 C aras 3
B aras 2 D aras 4

37. Antara berikut yang manakah merupakan punca stress?
A mendapat kejayaan yang cemerlang C dapat melakukan aktiviti yang digemari
B pergaduhan dengan rakan sebaya D melakukan aktiviti bersama keluarga

38. Pernafasan mulut ke mulut Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada mangsa?
A Patah
B Lemas
C Melecet
D Terseliuh

39. Pertolongan cemas amat berguna dalam situasi berikut
A kematian
B kemalangan
C perkahwinan
D kenduri-kendara

40. Antara yang berikut manakah bukan merupakan tatacara pertolongan cemas
A RICE
B DRCE
C DRABC
D TOTAPS

Anda mungkin juga menyukai