Anda di halaman 1dari 10

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

Tiap-tiap soalan
diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan
sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

1. Diantara berikut yang manakah bukan asas tarian Sewang Semak Alam lelaki?

A Ragam nginjak tanah


B Ragam Mencari
C Ragam menyumpit
D Ragam mengintai sisi

2. Diantara 7 langkah asas perempuan tarian sewang ialah ragam nginjak tanah. Yang
manakah bukan langkah asas tarian sewang perempuan?

A Ragam mencari
B Ragam memetik buah
C Ragam alam berputar
D Ragam menyumpit

3. Pergerakan asas dalam tarian singa mengandungi

A 10 langkah. C 7 langkah.
B 8 langkah. D 5 langkah.

4. Tarian singa merupakan tarian tradisional dan adat warisan masyarakat cina. Tarian
ini diiringi alatan muzik seperti berikut kecuali

A gendang besar. C rebana.


B gong. D letusan mercun.

5. Tarian sewang dilakukan dengan tujuan

A kesenian.
B perubatan.
C hiburan.
D menyambut keramaian.

1
Soalan 6 hingga 8
Labelkan tempat kosong dengan memilih satu jawapan yang tepat berdasarkan
pilihan jawapan yang disediakan.

A. Bangkit tubi

6.

8.

7.

9. Aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan latihan kecergasan
fizikal termasuklah ______, tempat melakukan aktiviti, teknik melakukan aktiviti,
tahap kemampuan diri dan prinsip latihan.

A makan C tempat tinggal


B pakaian D minuman

10. Daya tahan kardiovaskular dapat dibina dengan melakukan latihan selama _____
hingga _____ minit secara berterusan, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

A 5, 10 C 15,20
B 10, 15 D 15,30

2
11. Seseorang yang aktif dalam kegiatan fizikal mempunyai tahap kelenturan yang baik.
Antara yang berikut, aktiviti manakah tidak dapat membantu membina kelenturan?

A Aktiviti bengkok sisi


B Aktiviti kilas pinggang
C Aktiviti jangkauan melunjur
D Aktiviti angkat tumit

12. Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot kaki. Apakah
aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot tangan?

A Tekan tubi C Ayun tangan


B Jangkauan melunjur D Bangkit tubi

13. Tujuan menyejukkan badan selepas tamat sesuatu aktiviti permainan adalah untuk

A Menurunkan suhu badan dan jantung


B Mengelakkan kecederaan otot
C Mengelakkan pengumpulan asid laktik
D Menghilangkan rasa jemu

14. Berapakah orang pengadil akan mengadili dalam sesuatu perlawanan bola sepak?

A Seorang pengadil dan dibantu oleh seorang penjaga garisan.


B Seorang pengadil dan dibantu oleh dua orang penjaga garisan.
C Dua orang pengadil dan dibantu oleh dua orang penjaga garisan.
D Seorang pengadil dan dibantu oleh empat orang penjaga garisan.

15. Antara tindakan yang berikut, yang manakah tidak akan diberi kad kuning kepada
pemain bola sepak?

A Menarik pemain lawan


B Menyiku pemain lawan
C Mendapat kad merah kali kedua
D Menerjah pemain lawan

16. Apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kehilangan bola ketika hantaran
dibuat semasa permainan bola sepak?

A Hantaran leret dan tepat

3
B Membuat serangan mengejut
C Hantaran bola serta komunikasi antara pemain perlu tepat dan jelas
D Kawalan bola dan kemahiran menyerkap

17. Pemain bola sepak berada dalam kedudukan offside jika

A bola melalui garisan gol.


B bola disentuh oleh pemain lain sebelum bola dijaringkan.
C cuba mendapatkan bola dengan berada dalam kedudukan tersebut
D pasukan lawan melakukan kesalahan dalam kawasan penaltinya sendiri

18. Siapakah lagenda pemain bola sepak Malaysia?

A Rashid Sidek C Shalin Zulkifli


B Mokhtar Dahari D Watson Nyambek

19. Berikut ialah kemahiran dalam permainan bola jaring, kecuali

A menendang C menerima bola


B gerak kaki D melakukan hantaran

20.

Rajah di atas menunjukkan pemain GA dalam permainan bola jaring. Bagaimanakah


pemain GA ingin menghantar bola kepada pemain GS dalam kawasan gol?

A Membuat hantaran lob


B Melompat dengan kedua belah kaki
C Membuat pusingan
D Membuat dodge ke belakang

21. Antara huruf pengenalan mengikut peranan dan posisi pemain bola jaring yang
berikut, manakah tidak betul?

Peranan dan
Huruf pengenalan Posisi pemain

4
A C Pemain tengah
B WA Penyerang sayap
C GK Pengadang gol
D GS Penjaring gol
22. Antara pernyataan yang berikut, manakah tidak benar tentang peraturan gerak kaki
dalam permainan bola jaring?

A Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.


B Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.
C Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.
D Setelah menerima bola dan mengheret kaki mendaratnya.

23. Setiap pasukan bola jaring terdiri daripada beberapa orang pemain?

A 7 orang C 9 orang
B 8 orang D 10 orang

24. Ujian SEGAK ialah singkatan perkataan

A Standard Kekuatan Fizikal Kebangsaan


B Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
C Standard Kesesuaian Fizikal Kebangsaan
D Standard Fizikal Kebangsaan

25. Apakah formula untuk mengukur seseorang itu obes ? [BMI = Body Mass Index]

A BMI = [tinggi (m)]²


berat badan (kg)

B BMI = [tinggi (m)]²


Ukuran lilit pinggang (cm)

C BMI = Berat badan (kg)


Tinggi (m)

D BMI = Berat badan (kg)


[tinggi (m)]²

26. Berikut merupakan salah laku berkaitan seks siber kecuali

A Menghantar teks lucah


B Menghantar gambar dan insyarat lucah
C Menghantar gambar atau video perlakuan seks
D Menghantar maklumat tentang salah laku seks

5
27. Apakah maksud kemurungan

A Penyakit hati yang sering berlaku dikalangan remaja.


B Penyakit mental yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat dan memberi
kesan negatif.
C Penyakit yang melanda sesiapa sahaja yang berumur diantara 10 tahun hingga
20 tahun
D Penyakit jasmani dan emosi

Sekumpulan murid tingkatan empat di sebuah sekolah daerah Ipoh telah di


tahan polis kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah.

28. Merujuk kepada penyataan di atas, apakah implikasi jerat dadah kepada masyarakat?

A Masyarakat akan berasa senang jika anak-anak atau ahli keluarga mereka
terpengaruh dengan kegiatan tersebut.
B Masyarakat akan tenang jika anak-anak atau ahli keluarga mereka terpengaruh
dengan kegiatan tersebut.
C Masyarakat akan bimbing jika anak-anak atau ahli keluarga mereka tidak
terpengaruh dengan kegiatan tersebut.
D Masyarakat akan bimbing jika anak-anak atau ahli keluarga mereka
terpengaruh dengan kegiatan tersebut.

29. Rajah menunjukkan kanak-kanak yang sering dimarahi bapanya. Berikut adalah cara
untuk mengelak kemurungan akibat daripada dimarahi dan ditengking kecuali

A Hindari perkara yang boleh mendatangkan kemarahan orang lain


B Tidak melawan atau bersikap kasar jika dimarahi
C Bertindak dengan melawan semula tindakan tersebut
D Bersikap sabar, positif dan memperbanyakkan amalan kerohanian

6
30. Kemahiran keibubapaan yang tidak dipraktikkan dengan baik akan memberikan
kesan mendalam terhadap anak-anak. Terdapat dapat banyak kesan kekurangan
kemahiran keibubapaan terhadap ahli keluarga kecuali

A Anak-anak menjadi lebih bertanggungjawab dan matang


B Anak kerap memprotes secara melampau
C Merendahkan harga diri anak-anak
D Anak-anak lebih kerap meluahkan perasaan di media sosial

31. Antara berikut manakah cara mengelakkan diri daripada seks siber?

A Tidak ambil cakna akan kesan seks siber


B Mengelakkan daripada melayari internet secara bersendirian atau bersembunyi
C Sentiasa bersendirian
D Kurang jati diri dan motivasi yang pudar

32. Pilih pernyataan yang menerangkan kesan talasemia terhadap diri sendiri.

I Membawa kepada kematian


II Pemindahan sumsum tulang
III Rawatan penyingkiran zat besi diperlukan
I Pemindahan darah setiap bulan
V

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

33. Apakah kesan yang mungkin terjadi sekiranya terlalu obses untuk kurus dan
mengamalkan diet dengan membeli suplemen di farmasi dan melalui atas talian tanpa
mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu?

I Kandungan bahan kimia dalam suplemen yang larut dalam darah boleh
mengakibatkan keracunan pada tubuh
II Fungsi jantung terjejas jika pengambilan vitamin A,D,E dan K dalam kuantiti
yang berlebihan
III Jika suplemen berasaskan herba diambil dengan sesetengah ubatan, ianya
boleh bertindak balas dan memudaratkan
I Fungsi buah pinggang akan terjejas jika suplemen diambil dengan kuantiti
V yang banyak

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

7
34. Apakah langkah-langkah yang boleh di ambil bagi mengelakkan diri daripada
menjadi mangsa pemerdagangan manusia seperti rajah di atas?

I Berhati-hati dengan sindiket pelacuran yang menggunakan media sosial


sebagai medium untuk perdayakan mangsa
II Tidak mudah terpedaya dengan janji-janji palsu dan tawaran yang lumayan
III Berwaspada dengan iklan pekerjaan yang menawarkan gaji tinggi
I Berpengetahuan lemah dalam isu pemerdagangan manusia
V

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

35. Berdasarkan penyataan berikut , pilih perkara yang benar mengenai penyakit
talasemia.

I Talasemia disebabkan oleh mutasi dan sel DNA yang menjadikan hemoglobin
II Jenis talasemia bergantung kepada jumlah mutasi dalam gen
III Pembawa gen talasemia minor mungkin tidak memerlukan rawatan
I Hemoglobin yang tinggi dan sel darah merah pada pesakit boleh
V menyebabkan anemia

A I , II dan III sahaja


B I , II dan IV sahaja
C I , III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

36. Mengapakah masalah seks siber semakin berleluasa dalam kalangan remaja?

I Faktor dunia tanpa sempadan


II Tiada kemudahan jalur lebar di rumah
III Peningkatan laman sesawang berkaitan pornografi
I Ibu bapa tidak dapat mengesan laman sesawang yang dilawati oleh anak

8
V

A I, II dan II C I , III dan IV


B I , II dan V D I , II , III dan IV

37. Berikut merupakan ujian SEGAK yang dilakukan setiap tahun. Manakah turutan
ujian SEGAK yang betul?

I Naik turun bangku


II BMI (berat dan tinggi)
III Ringkuk separa
IV Jangkauan melunjur
V Tekan tubi

A II, I, III, IV, V


B II, I, V, III, IV
C II, III, I, V, IV
D III, IV, V, II, I

38. Antara yang berikut, manakah ialah teknik menendang dalam permainan bola sepak?

I Tendangan lambung
II Tendangan voli
III Tendangan leret
I Tendangan sisi
V

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

39. Sebagai jurulatih peribadi, anda perlu merangka program kecergasan untuk seorang
lelaki selama satu minggu. Program latihan fizikal yang dirangka mesti mengandungi
aktiviti berikut

I Kapasiti aerobik
II Daya tahan otot
III Kekuatan otot
I Fleksibiliti
V

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I, II, III dan IV

9
40. Berikut adalah strategi bertahan dalam situasi permainan bola sepak menggunakan
formasi 5:4:1

I Lima pemain pertahanan mengawal pemain penyerang dan dua pemain


stopper mengawal penyerang lawan
II Pemain pertahanan menendang bola masuk ke dalam padang
III Pemain pertahanan menggunakan kemahiran tendangan deras bagi
mengeluarkan bola dari kawasan gol
I Empat pemain tengah membantu pertahanan mengawal pemain lawan ketika
V bertahan untuk menyukarkan pihak lawan membuat jaringan

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

SOALAN TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai