Anda di halaman 1dari 10

Bahagian A

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Pilih satu
jawapan sahaja.

1. Apakah kesalahan teknik lakuan yang membatalkan peserta lumba gambar di bawah?

A Lutut bengkok
B Badan condong ke hadapan
C Jarak langkah terlalu pendek
D Kaki belakang keadaan lurus

2. Berikut adalah teknik perlakuan yang betul dalam perlumbaan jalan kaki kecuali

A Ayun tangan selari dengan dada


B Tumit kaki menyentuh tanah terlebih dahulu
C Melangkah dengan kedua-dua belah kaki agar
tidak mencecah tanah
D Kaki yang mula mencecah tanah di hadapan mesti sentiasa lurus

3. Nyatakan fasa-fasa yang terlibat dalam gaya lompat jauh.


I Fasa lari landas
II Fasa melonjak
III Fasa melayang
IV Fasa mendarat
A I dan II
B I, II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

1
4. Mengapakah badan dicondongkan ke hadapan semasa mendarat dalam acara lompat
jauh?

A Supaya keseluruhan badan badan terus menuju ke hadapan


B Peraturan cara mendarat dalam acara lompat jauh
C Untuk mengurangkan tekanan semasa pendaratan
D Bagi melambatkan dan menjauhkan pendaratan

5. Apakah faktor yang tidak mempengaruhi jarak jalan kaki pada lompatan dalam
acara lompat jauh?

A Lari landas dengan pantas dan terkawal


B Tolakkan kaki kuat semasa melonjak
C Keseimbangan badan semasa layangan
D Fleksi lutut kedua-dua belah kaki dengan tumit kaki mendarat

6. ● Mengawal kelajuan.
● Mengekalkan keseimbangan badan.
● Tidak melepasi garisan lengkung.

Pernyataan tersebut merupakan lakuan fasa ________ dalam acara merejam


lembing

A Persediaan
B Lari landas
C Rejaman
D Ikut lajak

7. Berapakah kedudukan sudut pelepasan lembing yang sesuai semasa melakukan acara
merejam lembing?

A 30 – 35 darjah
B 35 – 40 darjah
C 40 – 45 darjah
D 45 – 50 darjah

2
Soalan 8 dan 9:
Pilihan jawapan berkaitan Prinsip F.I.T.T.

A Frequency (Kekerapan)
B Intensity (Intensiti)
C Time (Masa)
D Type (Jenis)

8. Memilih dan menamakan jenis aktiviti fizikal atau senaman untuk dilakukan mengikut
keupayaan dan minat merupakan prinsip ______ dalam latihan berlandaskan prinsip
F.I.T.T.

9. Ahmad perlu melakukan senaman secara konsisten sekurang-kurangnya lima kali


seminggu untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikalnya. Ini merupakan prinsip
________ dalam rancangan latihan.

10. Apakah yang mempengaruhi keupayaan individu untuk melakukan aktiviti secara
berterusan dalam jangka masa lama?

A Kekuatan otot dan tahap ketangkasan


B Kepantasan dan masa tindak balas
C Tahap fleksibiliti yang cemerlang
D Tahap kapasiti aerobik yang tinggi

11. Bagaimanakah aktiviti regangan membantu dalam pergerakan harian?

A Meningkatkan julat pergerakan yang maksimum


B Menguatkan otot rangka dan jantung
C Meningkatkan jangka masa yang lama melakukan aktiviti
D Tiada peningkatan dalam berat badan

12. Apakah kegunaan alat di bawah dalam ujian kecergasan fizikal?

3
A Menguji tahap kelenturan badan
B Menguatkan kekuatan otot tangan
C Mengukur peratusan lemak badan
D Meningkatkan daya tahan otot kaki

13. Apakah jenis orientasi seksual yang dibenarkan agama di Malaysia melalui perkahwinan
yang sah?

A Biseksual
B Heteroseksual
C Transeksual
D Homoseksual

14. Bagaimana menangani kecelaruan identiti gender dalam kalangan remaja?

A Bergaul Bersama rakan ke arah positif


B Mencuba perkara-perkara negatif melalui media sosial
C Mengikut rakan-rakan keluar berfoya-foya
D Memberi pandangan mengenai rakan-rakan yang tidak berakhlak

15.
● Memberi bimbingan dan nasihat
● Mengamalkan budaya hidup sihat.
● Memantau pergaulan dan tingkah laku

Siapakah yang akan bertanggungjawab melaksanakan tugasan seperti di atas?

A Rakan sebaya
B Ibu bapa
C Masyarakat
D Kaunselor

16. Pernyataan manakah menggambarkan maksud kehormatan diri?

A Menjaga kebersihan imej kendiri


B Penampilan dan tingkah laku seseorang
C Berakhlak mulia dan tidak baik hati
D Maruah diri dan harga diri seseorang

17. Apakah kesan kepada keluarga jika salah seorang ahli keluarga diambil tindakan seperti
dalam gambar di bawah ini?

4
A Menjauhkan diri daripada polis
B Masyarakat mengambil tindakan
C Malu dan maruah keluarga tercemar
D Bertindak ganas dan menjauhkan diri

18. Pernyataan manakah lebih tepat menerangkan maksud gangguan seksual?


A Semua jenis sentuhan yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali
B Tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan negatif terhadap
individu terbabit
C Perbuatan yang mendatangkan kesan negatif pada psikologi dan fizikal
D Gangguan yang berunsurkan seks secara fizikal dan lisan sahaja

Soalan 19 dan 20:


Pilihan jawapan berkaitan ragam pergerakan dalam tarian inang yang betul berdasarkan
gambar.

A Ragam C
B Ragam L
C Ragam X
D Ragam Sudi

19.

5
20.

21. Mana antara pernyataan berikut yang menerangkan berkenaan dengan orientasi seksual
homoseksual?

A Individu yang tertarik dari segi seksual terhadap kedua-dua jantina


B Individu yang tertarik dari segi seksual kepada individu yang sama jantina dengannya
C Individu yang tertarik dari segi seksual kepada individu yang berlainan jantina
dengannya
D Individu yang tidak tertarik kepada kedua-dua jantina

22. Nyatakan kesalahan yang dilakukan oleh peserta lumba jalan kaki berdasarkan gambar
papan bet di bawah.

A Kesalahan membengkok lutut


B Pembatalan penyertaan
C Kesalahan menghalang peserta lain
D Kesalahan kehilangan sentuhan dengan tanah

Soalan 23 hingga 25:


Nyatakan gaya lompat jauh berdasarkan gambar di bawah.

6
A Gaya terbang
B Gaya kayuh
C Gaya layar
D Gaya gantung

23.

24.

25.

Soalan 26 hingga 28:


Nyatakan pegangan lembing berdasarkan gambar di bawah.
A Gaya Fork
B Gaya Amerika
C Gaya Jabat Tangan
D Gaya Finnish

26.

7
27.

28.

29. Selepas melakukan sesuatu aktiviti atlet perlu

A merehatkan badan
B memanaskan badan
C menyejukkan badan
D meregangkan badan

30. Berapakah jumlah pusingan bagi acara 5000 meter jalan kaki jika acara ini dipertandingkan di
balapan 400 meter

A 7½
B 12¼
C 12½
D 25

Bahagian B
(10 markah)

Jawab semua soalan

8
1. Tandakan A pada situasi yang menunjukkan cara kemahiran berkata TIDAK kepada
gangguan seksual dan penderaan seksual dan tandakan B bagi situasi yang sebaliknya.

a) Aiza melaporkan kepada guru tentang tingkah laku beberapa orang murid lelaki yang
sengaja menyentuhnya. ( )

b) Azizi dan rakan-rakannya gemar menonton video lucah di kafe siber. ( )

c) Shaiful membuat laporan polis tentang sekumpulan lelaki yang mengugut untuk
melakukan penderaan seksual jika dia tidak memberikan wang kepada mereka. ( )

d) Divya membiarkan sahaja dua orang penumpang lelaki menghimpitnya ketika dia menaiki
bas. ( )

e) Salina menolak pelawaan rakannya untuk melihat gambar yang kurang sopan. ( )

2, Tandakan A pada pernyataan yang menunjukkan gangguan seksual dan tandakan B bagi pernyataan
yang tidak menunjukkan gangguan seksual.

a) Mengeluarkan kata-kata lucah ketika berbual-bual dengan rakan atau melalui pesanan ringkas. (
)

9
b) Bersalam dan mencium tangan ibu dan ayah serta adik-beradik kandung. ( )

c) Membiarkan doktor menyentuh dan merawat bahagian-bahagian tertentu tubuh yang cedera. ( )

d) Memakai pakaian yang mencolok mata ketika di tempat awam. ( )

e) Membaca maklumat tentang gangguan seksual melalui internet demi menambah pengetahuan
tentang aspek keselamatan diri. ( )

SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

…………………….. …………………….. …………………….


(Nik Mohamad Izani) (Sankar Ramasamy) (Sandakumary Munusamy)
Guru PJK PANITIA PJK Ketua Bidang Kemanusiaan
SMK Taman Bukit Maluri SMK Taman Bukit Maluri SMK Taman Bukit Maluri

10

Anda mungkin juga menyukai