Anda di halaman 1dari 10

PENTAKSIRAN SETARA STANDART

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


TINGKATAN 3 TAHUN 2021

Arahan : Soalan ini mengandungi 40 soalan objektif. Jawab semua soalan.

1. Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah


beroksigen ke otot-otot dan membawa keluar bahan kumuh dari otot. Sistem
kardiovaskular terdiri daripada
A ginjal, perut dan jantung.
B limfa, pankreas dan jantung
C rangkaian arteri dan vena, usus dan perut
D jantung, paru-paru dan rangkaian arteri dan vena

2. Aktiviti aerobik berupaya meningkatkan daya tahan kardiovaskular, contohnya .........


A larian pecut
B bangkit tubi
C kilas pinggang
D lompat tali untuk jantung

3. Aktiviti tekan tubi bertujuan menguji


A kelenturan
B imbangan
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular

4. Rajah ini merupakan salah satu aksi dalam gimnastik iaitu ...

A. Hambur
B. Lombol kangkang
C. Gerak edar
D. Putaran

1
5. Antara yang berikut, yang manakah merupakan pergerakan lokomotor dalam
pergerakan kreatif?
A. Melangkah ke hadapan
B. Memusing badan
C. Memusing kepala
D. Melompat setempat

6. Bagaimana aktiviti regangan membantu dalam pergerakan harian?


A. Meningkatkan julat pergerakan yang maksima
B. Menguatkan otot rangka dan jantung
C. Meningkatkan jangka masa yang lama melakukan aktiviti
D. Tiada peningkatan dalam berat badan

7. Aktiviti yang manakah meningkatkan kelenturan?


A. Tekan tubi
B. Larian zig zag
C. Regangan quadricep
D. Jangkauan melunjur

8. Apakah kepentingan memanaskan badan?


A. Menurunkan suhu badan
B. Melancarkan pengaliran darah
C. Mengurangkan risiko kecederaan sebelum melakukan aktiviti
D. Mampu melakukan aktiviti dalam jangka masa yang Panjang

9. Pernyataan berikut adalah langkah keselamatan yang perlu diamalkan semasa


melakukan aktiviti fizikal, KECUALI
A. Memanaskan badan terlebih dahulu
B. Jangan bergurau semasa melakukan senaman
C. Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan kecergasan
D. Melakukan aktiviti mengikut apa sahaja teknik yang diketahui

10. Terdapat banyak kesan yang baik apabila kita melakukan senaman yang melibatkan
kelenturan (fleksibiliti) terhadap otot dan sendi. Antaranya ialah ...
A. Berisiko kecederaan tisu lembut adalah tinggi
B. Mengurangkan kesakitan ketika melakukan pergerakan
C. Membantutkan proses rehabilitasi
D. Menyukarkan pergerakan

2
11. Susun atur pemain bola tampar adalah mengikut strategi pasukan yang berputar untuk
melakukan servis mengikut
A. arah jam
B .lawan jam
C .sesuka hati
D. arahan jurulatih

12. Menyangga amat penting dalam bola tampar untuk


A. mengawal bola
B. mematikan bola
C. melakukan rejaman
D. menghantar bola kepada lawan

Soalan 13 dan 14 adalah berdasarkan kenyataan dibawah

● home plate ● pitcher plate

13. Dua alat di atas adalah antara peralatan penting dalam permainan sofbol. Apakah
kegunaan “pitcher plate”
A. Tempat melakukan pukulan
B. Tempat melakukan lemparan
C. Tempat melakukan lontaran
D. Tempat melakukan tampanan

14 Apakah fungsi “home plate” dalam permainan sofbol


A. Tapak memulakan “run”
B. Tapak mendapat “strike”
C. Tapak melakukan “pitching”
D. Tapak memperolehi “run”

15. Siapakah yang wajib memakai topi keselamatan dalam permainan sotbol
A. Pemukul
4 / 3 B. Pemukul dan pemukul “on deck”
C. Pemukul,pemukul “on deck”, “base runner”
D. Pemukul,pemukul “on deck”, “base runner”dan “catcher”

3
16 Terdapat beberapa kemahiran asas dalam permainan bola keranjang kecuali
A. Gerak badan
B. Menjaring
C. Memukul
D. Menggelecek

17. Apakah faktor yang perlu diberi perhatian semasa membuat hantaran bola keranjang?
A. Hantaran
B. Lompatan
C. Kecergasan
D. Kelajuan

18. Gambar di bawah menunjukkan salah satu kemahiran hantaran yang digunakan dalam
permainan bola keranjang. Nyatakan kemahiran yang digambarkan tersebut

A. Hantaran paras dada


B. Hantaran atas kepala
C. Hantaran sisi
D. Hantaran lantun

19. Kemahiran pukulan pepat ialah salah satu kemahiran asas dalam permainan pingpong.
Kemahiran ini memerlukan pemain memukul bola dengan posisi tangan yang dominan
berbeza dengan pukulan kilas. Antara berikut yang manakah benar lakuan pukulan
pepat?
A. Kedudukan dan lakuan pemain ialah sama
B. Lengan menyilang badan semasa memukul bola
C. Pemain perlu berdiri menyisi hampir dengan meja
D. Sudut permukaan bet ialah ke bawah

4
20. Berikut adalah perbezaan antara pukulan kilas dan pukulan pepat dalam permainan
pingpong, KECUALI
A) Kedudukan sedia bet menghala ke hadapan bagi pukulan pepat dan bet menghala
ke belakang bagi pukulan kilas
B) Badan dikilas dan ayunkan tangan ke belakang bagi pukulan pepat dan bawa bet
menyilang ke sisi bagi pukulan kilas
C) Pemain perlu memandang bola dan bawa bet rapat ke badan bagi pukulan pepat,
manakala dalam pukulan kilas pemain perlu memandang bola.
D) Pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan bagi pukulan pepat, dan pukulan
kilas tidak perlu pindahkan berat badan.

21. Manakah antara situasi - situasi berikut sesuai untuk anda melakukan smesy dalam
permainan pingpong?
A) Smesy bola semasa melantun di paras ketinggian jaringLengan menyilang badan
semasa memukul bola
B) Smesy bola semasa melantun di kedudukan maksimaSudut permukaan bet ialah ke
bawah
C) Smesy bola semasa melantun di kedudukan menjunam
D) Smesy bola semasa melantun di paras ketinggian bahu anda

22.. Kemahiran pukulan _____________ dan pukulan _________ adalah dua kemahiran asas
dalam permainan tenis.
A) excel, pitch
B) pepat, kilas
C) dinamik, statik
D) smesy, servis

23. Antara yang berikut, manakah alatan yang digunakan untuk bermain tenis?
A) B)

5
B) C)

24. Antara berikut merupakan permainan yang mempunyai persamaan cara bermain
dengan permainan softbal, KECUALI?
A) Kriket
B) Badminton
C) Rondas
D) Besbol

25. Antara yang berikut, manakah alatan yang digunakan untuk bermain softbol?
A) Alatan 1 B) Alatan 2

B) Alatan 3 C) Alatan 4

26. Apakah maksud identiti gender?


6
A) Diskriminasi mengikut norma keluarga, budaya dan masyarakat.
B) Pandangan diri terhadap ciri-ciri serta nilai kendiri tentang aspek fizikalnya.
C) Pandangan yang ditetapkan oleh masyarakat secara umum tentang ciri-ciri
seseorang seperti jantina, ras atau budaya,
D) Tatacara yang memperlihatkan aspek perwatakan, sikap, tingkah laku, hak serta
tanggungjawab individu yang diterima oleh masyarakat

27. Kebanyakan individu mempelajari peranan gender, watak dan tanggungjawab masing-
masing dalam masyarakat melalui proses ____________.
A) Diskriminasi C) hak asasi
B) Sosialisasi D) aspirasi

28. Manakah padanan ciri – ciri gender yang berikut adalah TIDAK BENAR?

LELAKI PEREMPUAN
A Logik Beremosi
B Berdikari Bergantung
C Agresif Sensitif
D Malas Rajin

29. Apakah faktor golongan remaja terlibat dengan penyalahgunaan bahan?


I. Sifat ingin tahu tinggi
II. Pengaruh rakan sebaya
III. Masalah pembelajaran
IV. Ingin mencuba sesuatu yang baru

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

30. Berikut adalah kesan yang bakal diterima oleh keluarga jika remaja terlibat dengan
dadah, KECUALI?
A) Kehilangan ahli keluarga
B) Keluarga menjadi lebih mengambil berat
C) Keluarga mendapat malu
D) Keluarga dipandang hina oleh masyarakat sekeliling.
31. Penyalahgunaan bahan terlarang terdiri daripada aktiviti seperti ...
7
I. menghidu gam
II. menghisap vape
III. mengambil pil khayal
IV. mengambil ubat tidur

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

32. Antara punca – punca yang mengundang kemarahan adalah...


I. Gagal dalam sesuatu perkara
II. Cemburu
III. Dendam
IV. Bermotivasi

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

33. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN kesan akibat marah?

A) Menambahkan tekanan diri


B) Reputasi diri makin berkembang
C) Berisiko saluran jantung koronori
D) Kesan kepada tahap kesihatan

34. Apakah maksud sumbang mahram?


A) Hubungan sejenis sesama jantina
B) Hubungan kelamin sebelum ikatan pernikahan yang sah
C) Perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota keluarga terdekat
D) Ikatan pertunangan sebelum perkahwinan

35. Apakah punca berlakunya sumbang mahram?


I. Tiada pegangan agama
II. Tiada batas dalam pergaulan
III. Pakaian yang tidak menutup aurat
IV. Hubungan kekeluargaan yang erat

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

8
36. Berikut adalah pihak atau agensi yang boleh membantu individu yang menjadi mangsa
sumbang mahram, KECUALI

A. Talian Kasih
B. Jabatan Kebajikan Masyarakat
C. Polis
D. Rakan sebaya.

37. Perasaan yang lahir dari sebuah ikatan persahabatan yang ikhlas akan menyemai
rasa…..
A. Hormat, cinta, kepercayaan, kesetiaan dan kasih sayang
B. Kebimbangan, ragu – ragu, cemas dan kecewa
C. Cinta, rindu, demdam dan saying
D. Kebergantungan, ambil kesempatan, pilih kasih

Gangguan emosi Stigma masyarakat

Malu pada diri dan keluarga Ekonomi Diskriminasi

38. Apakah tindakan yang boleh anda lakukan untuk mengubah perspektif orang ramai
terhadap tanggapan negatif kepada pengidap penyakit HIV atau AIDS seperti yang
dinyatakan di atas.
A. Memberi peluang dan hak sama rata dari segi layanan dan peluang pekerjaan.
B. Mengasingkan mereka daripada masyarakat supaya tidak berjangkit
C. Menghina dan merendah – rendahkan maruah mereka supaya orang lain tidak
akan mengikuti jejak langkah mereka.
D. Tidak membenarkan mereka bergaul bebas dalam masyarakat kerana dikhuatiri
menjadi ikutan kepada orang lain.

39. Penyakit berikut boleh berjangkit, KECUALI


A. Selsema
B. Diabetis
C. HIV
D. AIDS

9
40. Semua manusia mempunyai hak untuk berasa selamat dan dilingdungi. Perbuatan
________________ orang lain adalah satu bentuk kesalahan berat dari segi
perundangan.
A. Eksploitasi
B. Membalas dendam
C. Culik
D. Peras ugut

RUANGAN JAWAPAN
Bulatkan jawapan pada ruangan yang disediakan

1. A B C D 21. A B C D
2. A B C D 22. A B C D
3. A B C D 23. A B C D
4. A B C D 24. A B C D
5. A B C D 25. A B C D
6. A B C D 26. A B C D
7. A B C D 27. A B C D
8. A B C D 27. A B C D
9. A B C D 29. A B C D
10. A B C D 30. A B C D
11. A B C D 31. A B C D
12. A B C D 32. A B C D
13. A B C D 33. A B C D
14. A B C D 34. A B C D
15. A B C D 35. A B C D
16. A B C D 36. A B C D
17. A B C D 37. A B C D
18. A B C D 38. A B C D
19. A B C D 39. A B C D
20. A B C D 40. A B C D

10

Anda mungkin juga menyukai