Anda di halaman 1dari 14

SMJK SHING CHUNG,31100 SUNGAI SIPUT(U), PERAK.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2020


PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 4

Nama:__________________________________ ( )
Kelas:____________________

Arahan Umum: Kertas soalan ini mengandungi 40 Soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap
soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan
sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

1 . Tarian singa merupakan tarian traditional dan adat warisan masyarakat Cina. Tarian ini
diiringi alatan muzik seperti berikut kecuali

A) Rebana
B) Gong
C) Gendang besar
D) Letusan mercun

2. Kemahiran asas seperti menendang, menyerkap, mengelecek, melakukan hantaran dan


menanduk dalam permainan bola sepak mempengaruhi formasi serangan dan bertahan.
Antara berikut manakah kelemahan formasi 5:4:1 strategi bertahan dalam situasi permainan

A) memerlukan pemain sayap yang pantas untuk membuat serangan


B) sukar membuat jaringan kerana hanya mempunyai seorang sahaja penyerang
C) Penyerang perlu mahir mengawal bola jika berlaku serangan pantas
D) Tidak boleh melakukan transisi dengan cepat

3. Apakah peranan dua orang pemain tengah dalam formasi 3:5:2?

A) Mengawal pemain penyerang


B) Mengawal penyerang lawan
C) Menjadi pemain penyerang sayap
D) Menjadi pemain penyerang penyokong

1
4. Rajah di atas menunjukkan pemain GA dalam permainan bola jaring. Bagaimanakah pemain
GA ingin menghantar bola kepada pemain GS dalam kawasan gol?

A) Membuat dodge ke belakang


B) Melompat dengan kedua belah kaki
C) Membuat pusingan
D) Membuat hantaran lob

5. Permainan bola baling melibatkan beberapa kemahiran iaitu menghantar, menerima,


mengelecek, mengadang dan menjaring. Antara berikut pernyataan manakah tidak benar
mengenai strategi menyerang secara berkumpulan?

A) Hantaran pendek dan tepat kepada pasangan mempercepatkan serangan


B) Pemain yang menggerakkan serangan serta sedia melakukan percubaan perlu
memberi tekanan kapada pertahanan lawan dalam zon serangan
C) Membolehkan bola dihantar dalam keadaan selari dengan pemain penyerang
D) Mengelirukan pihak lawan dan memberikan ruang yang baik untuk melakukan
percubaan ke arah gol

6. Rajah di atas menunjukkan aksi dalam permainan bola tampar. Berikut adalah
kriteria pemilihan strategi permainan ini kecuali

A) Membuat analisis setiap pemain dari segi kemahiran dan keupayaan bermain
B) Membuat penilaian berdasarkan pemerhatian tentang kelebihan dan kelemahan
C) Menentukan sistem permainan dan formasi yang sesuai
D) Mencari kelemahan pasukan lawan dan abaikan kumpulan sendiri

2
Bola yang direjam dapat ditampan dan adangan boleh dilakukan oleh
pemain di hadapan jaring.

7. Pernyataan di atas merujuk kepada teknik yang digunakan dalam permainan sepak
takraw iaitu

A) Teknik pemasaan
B) Teknik menimang
C) Teknik mengumpan
D) Teknik libasan

8. Rajah di atas menunjukkan lakuan dalam permainan sebenar kirket. Antara berikut
pernyataan manakah tidak benar mengenai strategi menyingkirkan pemukul yang
kuat pukulannya?

A) Posisi pemadang mesti diubah jika pemukul seorang yang hebat atau bowler ialah
pembaling pantas dan beberapa pemadang mesti berada di sekitar garisan
boundary
B) Bowler boleh menggunakan variasi boling untuk mematikan pemukul seperti boling
outswinger atau inswinger dan boling off break atau leg break
C) Variasi bowling bertujuan untuk menjatuhkan bails dan sasaran bowlers ialah wiket
D) Bola laju dan mengelirukan menyebabkan pemukul membuat kesilapan dan gagal
memukul bola dan membuat larian

9. Antara berikut manakah merupakan peraturan permainan Aci Bulat yang


betul?

A) Tukang jadi ditentukan secara rambang


B) Semua pemain dibenarkan untuk memijak garisan bulatan
C) Tukang jadi hanya boleh menyentuh pemain yang berada dalam bulatan dengan
menggunakan tangan
D) Permainan akan ditamatkan jika Tukang Jadi tidak lain ingin
bermain

10. Antara berikut pernyataan manakah tidak benar mengenai Tabata?

A) Merupakan intensiti tinggi iaitu High Intensity Internal Training (HIIT)


B) Senaman yang sama konsep dengan HIIT iaiah High Intersity Intermittent Exercise
(HIIE) dan Spritual Interval Training (SIT)
C) Contoh aktiviti seperti push up, jumping jack dan bodyweight squat
D) Intensiti yang tinggi dapat meningkatkan metabolisme glukosa dan membantu untuk

3
meningkatkan daya tahan kapasiti aerobik

11. Rajah di atas menunjukkan sebiji epal dan dikaitkan dengan lilitan pinggang iaitu salah
satu kaedah yang ringkas dan digunakan untuk menggambarkan taburan lemak di
bahagian perut. Antara berkut yang manakah paling tepat mengenai „epal“ tersebut?

A) Lelaki mempunyai lemak banyak di kawasan punggung berbanding perut


B) Perempuan mempunyai lemak banyak di kawasan punggung berbanding perut
C) Lelaki lebih cenderung mempunyai lemak yang banyak di bahagian perut yang
dipanggil visceral fat
D) Perempuan lebih cenderung mempunyai lemak yang banyak di bahagian perut yang
dipanggil visceral fat

12. Pilih pernyataan yang paling tepat mengenai definisi abstinen

A) Kemahiran sosial yang perlu dimiliki oleh pasangan kekasih yang belum bernikah
untuk menjadikan mereka pasangan yang bertanggungjawab dan mengikut norma
kehidupan
B) Kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang remaja untuk menjadi pelais negara
yang berakhlak mulia dan menghormati orang yang lebih tua
C) Kemahiran mengelakkan diri daripada terjerumus dengan perkara-perkara negatif
seperti vandalisme
D) Kemahiran menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual sebelum nikah

Jerat dadah ialah keadaan individu yang dipengaruhi atau terpedaya oleh
individu lain bagi menagih dadah atau dijadikan keldai dadah

13. Pernyataan di atas merujuk kepada jerat dadah. Berikut adalah implikasi jerat dadah
terhadap keluarga kecuali

A) Mental, status kewangan, prestasi kerjaya dan pelajaran merosot


B) Mendatangkan stres kepada ahli keluarga
C) Ahli keluarga hidup dalam ketakutan
D) Menjejaskan keharmonian keluarga

14. Berikut adalah tanda-tanda kemurungan kecuali

A) Pemikiran negatif
B) Lebih tumpuan dan fokus
4
C) Hilang keinginan untuk bersosial
D) Tabiat pemakanan yang tidak normal

Ibu bapa merupakan pemimpin dalam rumah tangga dan institusi


kekeluarga. Mereka perlu menguasai kemahiran keibubapaan.

15. Pernyatan di atas merujuk kepada kemahiran kekeluargaan dan berikut adalah
kepentingan kemahiran keibubapaan dalam konteks berkeluarga kecuali

A) Bertindak sebagai tempat rujukan dan menyelesaikan masalah


B) Mendidik agar boleh berdikari
C) Meningkatkan tahap disiplin
D) Mengabaikan tanggungjawab hakiki ibu bapa

16. Pilih pernyataan yang paling tepat mengenai sexting

A) Komunikasi dua hala atau lebih dengan sama jantina iaitu menghantar mesej lucah
menggunakan teks, huruf atau gambar yang membawa maksud lucah
B) Komunikasi dua hala atau lebih sama ada berlainan jantina atau sama jantina iaitu
menghantar mesej lucah menggunakan teks, huruf atau gambar yang tidak membawa
maksud lucah
C) Komunikasi dua hala atau lebih dengan berlainan jantina iaitu menghantar mesej
lucah menggunakan teks, huruf atau gambar yang membawa maksud lucah
D) Komunikasi dua hala atau lebih sama ada berlainan jantina atau sama jantina iaitu
menghantar mesej lucah menggunakan teks, huruf atau gambar yang membawa
maksud lucah

17. Apakah tanda-tanda penyakit talasemia?

A) Percepatkan pertumbuhan dan terbantut


B) Sel darah merah hanya boleh hidup dalam masa beberapa jam berbanding sel darah
merah kanak-kanak normal
C) Perubahan pembentukan tulang muka semasa membesar
D) Jaundis biasanya dikaitkan dengan masalah kesihatan organ badan iaitu jantung dan
hempedu sehingga menyebabkan perut buncit

18. Merujuk Akta 670 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,
pemerdagangan manusia merujuk kepada

A) Pengambilan, merekrut, membawa, memindah, melakukan penculikan, penipuan dan


dianiaya bagi tujuan mendapatkan kepuasan dan penyeksaan
B) Pengambilan, merekrut, membawa, memindah, melakukan penculikan, penipuan dan
dianiaya bagi tujuan mendapatkan keuntungan
C) Perdagangan dan perniagaan yang melibatkan migrasi manusia secara haram
D) Perdagangan dan perniagaan yang melibatkan migrasi manusia secara kontrak

5
19. Antara berikut manakah merupakan bukan bentuk supplemen sintetik?

A) Pil B) Sayur C) Serbuk D) Jus

6
20. Berdasarkan rajah di atas, apakah prinsip dan prosedur yang sedang
diaplikasikan?

A) External Cardiac Compression (ECC)


B) Responsiveness
C) Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)
D) Breathing

21. Tarian sewang merupakan salah satu tarian suku kaum orang asli yang terdapat di
Malaysia yang dipersembahkan dalam bentuk bulatan dan diiringi dengan bunyian alat
muzik yang berasaskan alam semula jadi seperti ketukan buluh. Berikut merupakan
langkah asas lelaki dalam kemahiran Sewang Semak Alam kecuali
A) Ragam menyumpit
B) Ragam memetik buah
C) Ragam berjalan puyoh
D) Ragam mengajuk burung

22. Berikut adalah kekuatan pukulan variasi dalam permainan kriket kecuali

A) Pemukul berfikir cara mendapatkan satu larian sekiranya tidak dapat memukul dengan
kuat
B) Pemukul boleh memukul ke semua arah padang permainan
C) Pemukul perlu memilih jenis pukulan yang sesuai untuk setiap balingan daripada
bowler
D) Ramai pemukul boleh menguasai lebih daripada satu teknik pukulan

23. Dalam permainan Tiang Empat, apakah yang harus dipatuhi pemain untuk mengelakkan
tianggnya direbut oleh Tukang Jadi

A) Menyentuh Tukang Jadi


B) Menyentuh rakan di hadapan
C) Menyentuh tiang dengan mana-mana anggota badan
D) Mencangkung dan menyebut ’cup’

24. "Murid akan bergerak ke sepuluh stesen mengikut arah jam dan melakukan aktiviti
menggunakan bola segar sebagai beban di setiap stesen selama empat minit"

Pernyataan di atas merujuk kepada cara pelaksanaan latihan bola segar yang berfokuskan
kepada otot berikut kecuali

A) Trapezius
B) Pectarolis major
C) Gluteus maximus
D) Abdominal
25. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi untuk mengamalkan abstinen dalam
pencegahan tingkah laku seksual sebelum nikah. Berikut adalah cabaran yang dihadapi
daripada pengaruh persekitaran kecuali

A) Masalah dalam institusi kekeluargaan membawa kepada faktor terdedah dengan


gegala seksualiti yang tidak sihat
B) Perlakuan yang tidak baik juga boleh terjadi sekiranya kurang ajaran agama dan
keimanan yang lemah
C) Persekitaran masyarakat yang terlalu terdedah dengan unsur-unsur kehidupan yang
negatif menjadi penghalang kepada nilai yang sepatutnya
D) Kemudahan untuk mengakses laman web lucah dan tarikan seks siber boleh
mempengaruhi perlakuan seseorang

26. Antara berikut manakah paling tepat mengenai kesan seks sebelum nikah terhadap diri
sendiri?

A) Berlakunya pengguguran dan pembuangan bayi


B) Keruntuhan institusi kekeluargaan
C) Penyakit jangkitan seksual semakin berleluasa
D) Peningkatan masalah sosial

Sekumpulan murid tingkatan empat di sebuah sekolah daerah Ipoh telah di


tahan polis kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah.

27. Merujuk kepada pernyataan di atas, apakah implikasi jerat dadah kepada
masyarakat?

A) Masyarakat akan berasa senang jika anak-anak atau ahli keluarga mereka
terpengaruh dengan kegiatan tersebut
B) Masyarakat akan bimbang jika anak-anak atau ahli keluarga mereka terpengaruh
dengan kegiatan tersebut
C) Masyarakat akan bimbang jika anak-anak atau ahli keluarga mereka tidak terpengaruh
dengan kegiatan tersebut
D) Masyarakat akan tenang jika anak-anak atau ahli keluarga mereka terpengaruh
dengan kegiatan tersebut

28. Rajah menunjukkan kanak-kanak yang sering dimarahi bapanya. Berikut adalah cara untuk
mengelak kemurungan akibat daripada dimarahi dan ditengking kecuali
A) Hindari perkara yang boleh mendatangkan kemarahan orang lain
B) Tidak melawan atau bersikap kasar jika dimarahi
C) Bertindak dengan melawan semula tindakan tersebut
D) Bersikap sabar, positif dan memperbanyakkan amalan kerohanian
29. Kemahiran keibubapaan yang tidak dipraktikkan dengan baik akan memberikan kesan
mendalam terhadap anak-anak. Terdapat dapat banyak kesan kekurangan kemahiran
keibubapaan terhadap ahli keluarga kecuali

A) Merendahkan harga diri anak-anak


B) Anak kerap memprotes secara melampau
C) Anak-anak menjadi lebih bertanggungjawab dan matang
D) Anak-anak lebih kerap meluahkan perasaan di media sosial

30. Antara berikut manakah cara mengelakkan diri daripada seks siber?

A) Tidak ambil cakna akan kesan seks siber


B) Kurang jati diri dan motivasi yang pudar
C) Sentiasa bersendirian
D) Mengelakkan daripada melayari internet secara bersendirian atau bersembunyi

31. Pilih pernyataan yang menerangkan kesan talasemia


terhadap diri sendiri

i) Membawa kepada kematian


ii) Rawatan penyingkiran zat besi diperlukan
iii) Pemindahan sumsum tulang
iv) Pemindahan darah setiap bulan

A) i, ii, dan iii C) ii, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) i, ii dan iv

32. Apakah langkah-langkah yang boleh di ambil bagi mengelakkan diri daripada menjadi
mangsa pemerdagangan manusia seperti rajah di atas?

i) Berpengetahuan lemah dalam isu pemerdagangan


manusia
ii) Tidak mudah terpedaya dengan janji-janji palsu dan
tawaran yang lumayan
iii) Berwaspada dengan iklan pekerjaan yang menawarkan gaji tinggi
iv) Berhati-hati dengan sindiket pelacuran yang menggunakan media sosial sebagai
medium untuk perdayakan mangsa
A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv
B) i, ii, dan iv D) ii, iii, dan iv

33. Apakah kesan yang mungkin terjadi sekiranya terlalu obses untuk kurus dan mengamalkan
diet dengan membeli suplemen di farmasi dan melalui atas talian tanpa mendapatkan
nasihat daripada doktor terlebih dahulu?

i) Kandungan bahan kimia dalam suplemen yang larut dalam darah boleh
mengakibatkan keracunan pada tubuh
ii) Fungsi jantung terjejas jika pengambilan vitamin A,D,E dan K dalam kuantiti yang
berlebihan
iii) Fungsi buah pinggang akan terjejas jika suplemen diambil dengan kuantiti yang
banyak
iv) Jika suplemen berasaskan herba diambil dengan sesetengah ubatan, ianya boleh
bertindak balas dan memudaratkan

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) ii, iii, dan iv

34. Berdasarkan rajah di atas, pilih pernyataan yang menunjukkan tindakan yang sesuai
dilakukan dengan situasi berkenaan

i) Padamkan bekalan eletrik pada suis utama


ii) Gunakan objek yang bukan pengalir elektrik untuk
menjauhkan mangsa
iii) Periksa pernafasan dan denyutan jantung mangsa
iv) Berdiri di atas bahan pengalir elektrik

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) ii, iii, dan iv

35. Berikut adalah strategi bertahan dalam situasi permainan bola sepak menggunakan
formasi 5:4:1

i) Lima pemain pertahanan mengawal pemain penyerang dan dua pemain stopper
mengawal penyerang lawan
ii) Empat pemain tengah membantu pertahanan mengawal pemain lawan ketika
bertahan untuk menyukarkan pihak lawan membuat jaringan
iii) Pemain pertahanan menggunakan kemahiran tendangan deras bagi mengeluarkan
bola dari kawasan gol
iv) Pemain pertahanan menendang bola masuk ke dalam padang

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) ii, iii, dan iv

36. Antara berikut kemahiran manakah yang digunakan dalam strategi bertahan tiga lawan tiga
permainan bola jaring?

i) Melompat iii) Menjaring


ii) Hantaran sisi iv) Memintas

A) I dan ii C) ii dan iii


B) I dan iii D) i dan iv

37. Apakah kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan formasi permainan
bola baling?
i) Tentukan kekuatan dan kelemahan pemain
ii) Memilih pemain yang dirasakan berpontensi sahaja
iii) Menilai kemahiran, kepantasan, kecekapan dan keupayaan pemain
iv) Analisis kekuatan dan kelemahan formasi

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) i, ii, iii, dan iv

38. Rajah di atas menunjukkan salah satu formasi permainan semasa bertahan dalam bola
tampar. Bagaimanakah untuk menentukan komposisi pasukan?

i) Menentukan enam pemain utama


ii) Menentukan strategi permainan
iii) Memilih sesiapa sahaja untuk menjadi penyerang
utama
iv) Memilih pemain yang sesuai untuk libero
A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv
B) i, ii, dan iv D) i, ii, iii, dan iv

39. Antara berikut manakah merupakan matlamat mengadang dalam strategi bertahan sepak
takraw?

i) Mematikan bola di gelanggang lawan


ii) Mengelirukan pihak lawan
iii) Memastikan bola tidak berjaya direjam ke dalam
gelanggang sendiri
iv) Memastikan bola tidak berjaya direjam ke dalam
gelanggang pihak lawan

A) I dan ii C) ii dan iii


B) i dan iii D) i dan iv

40. Apakah kelebihan servis ace dalam strategi menyerang permainan tenis?

i) Sukar dikembalikan oleh pemain lawan


ii) Memudahkan smesy dilakukan jika bola yang dikembalikan itu tinggi dan melambung
ke udara
iii) Menjadi pukulan serangan sekiranya dihantar ke sasaran betul
iv) Membolehkan pemain bertahan untuk kembali ke tengah gelanggang

A) i dan ii C) ii dan iii


B) i dan iii D) i dan iv

Kertas Soalan Tamat

Disediakan oleh,
Disemak dan Disahkan oleh,
………………………………
………………………………..
(ENGKU MOHD AFZAINIZAM) (LAW THING HOCK)
Guru Kanan Kemanusiaan
Skema Jawapan Kertas PJPK Tingkatan 4 :

1.A 11.C 21.B 31.B


2.B 12.D 22.D 32.D
3.C 13.A 23.C 33.C
4.D 14.B 24.A 34.A
5.B 15.D 25.D 35.A
6.D 16.D 26.A 36.D
7.A 17.C 27.B 37.C
8.A 18.C 28.C 38.B
9.C 19.B 29.C 39.B
10.B 20.A 30.D 40.A
BIL. ITEM ARAS SOALAN TABURAN JAWAPAN
MUDAH SEDERHAN SUKAR A B C D
A
1 S1 X X
2 S2 X X
3 S3 X X
4 S4 X X
5 S5 X X
6 S6 X X
7 S7 X X
8 S8 X X
9 S9 X X
JADUAL
10 S10 X X
SPESIFIKASI
11 S11 X X ITEM
12 S12 X X PENDIDIKAN
13 S13 X X JASMANI DAN
14 S14 X X PENDIDIKAN
15 S15 X X KESIHATAN
16 S16 X X TINGKATAN 4
17 S17 X X
18 S18 X X
19 S19 X X
20 S20 X X
21 S21 X X
22 S22 X X
23 S23 X X
24 S24 X X
25 S25 X X
26 S26 X X
27 S27 X X
28 S28 X X
29 S29 X X
30 S30 X X
31 S31 X X
32 S32 X X
33 S33 X X
34 S34 X X
35 S35 X X
36 S36 X X
37 S37 X X
38 S38 X X
39 S39 X X
40 S40 X X
PERATUS
TABURAN 50% 25% 10 10 10 10
25%
SOALAN (%)

Anda mungkin juga menyukai