Anda di halaman 1dari 12

Bahagian A: Kertas soalan ini mengandungi 40 Soalan. Jawab semua soalan.

Tiap-tiap soalan
diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja.
Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Rajah 1

1. Rajah 1 di atas Tarian singa merupakan tarian traditional dan adat warisan masyarakat Cina.
Tarian ini diiringi alatan muzik seperti berikut kecuali
A. Rebana
B. Gong
C. Gendang besar
D. Letusan mercun

2. Kemahiran asas seperti menendang, menyerkap, mengelecek, melakukan hantaran dan


menanduk dalam permainan bola sepak mempengaruhi formasi serangan dan bertahan. Antara
berikut manakah kelemahan formasi 5:4:1 strategi bertahan dalam situasi permainan
A. memerlukan pemain sayap yang pantas untuk membuat serangan
B. sukar membuat jaringan kerana hanya mempunyai seorang sahaja penyerang
C. Penyerang perlu mahir mengawal bola jika berlaku serangan pantas
D. Tidak boleh melakukan transisi dengan cepat

3. Apakah peranan dua orang pemain tengah dalam formasi 3:5:2?


A. Mengawal pemain penyerang
B. Mengawal penyerang lawan
C. Menjadi pemain penyerang sayap
D. Menjadi pemain penyerang penyokong

Rajah 2

4. Rajah 2 di atas menunjukkan pemain GA dalam permainan bola jaring. Bagaimanakah pemain
GA ingin menghantar bola kepada pemain GS dalam kawasan gol?
A. Membuat dodge ke belakang
B. Melompat dengan kedua belah kaki
C. Membuat pusingan
D. Membuat hantaran lob

2
5. Permainan bola baling melibatkan beberapa kemahiran iaitu menghantar, menerima,
mengelecek, mengadang dan menjaring. Antara berikut pernyataan manakah tidak benar
mengenai strategi menyerang secara berkumpulan?
A. Hantaran pendek dan tepat kepada pasangan mempercepatkan serangan
B. Pemain yang menggerakkan serangan serta sedia melakukan percubaan perlu memberi
tekanan kapada pertahanan lawan dalam zon serangan
C. Membolehkan bola dihantar dalam keadaan selari dengan pemain penyerang
D. Mengelirukan pihak lawan dan memberikan ruang yang baik untuk melakukan percubaan ke
arah gol

Rajah 3
6. Rajah 3 di atas menunjukkan aksi dalam permainan bola tampar. Berikut adalah kriteria
pemilihan strategi permainan ini kecuali
A. Membuat analisis setiap pemain dari segi kemahiran dan keupayaan bermain
B. Membuat penilaian berdasarkan pemerhatian tentang kelebihan dan kelemahan
C. Menentukan sistem permainan dan formasi yang sesuai
D. Mencari kelemahan pasukan lawan dan abaikan kumpulan sendiri

Bola yang direjam dapat ditampan dan adangan boleh dilakukan oleh pemain di
hadapan jaring.

7. Pernyataan di atas merujuk kepada teknik yang digunakan dalam permainan sepak takraw
iaitu
A. Teknik pemasaan
B. Teknik menimang
C. Teknik mengumpan
D. Teknik libasan

3
Rajah 4

8. Rajah 4 di atas menunjukkan lakuan dalam permainan sebenar kirket. Antara berikut
pernyataan manakah tidak benar mengenai strategi menyingkirkan pemukul yang kuat
pukulannya?
A. Posisi pemadang mesti diubah jika pemukul seorang yang hebat atau bowler ialah pembaling
pantas dan beberapa pemadang mesti berada di sekitar garisan boundary
B. Bowler boleh menggunakan variasi boling untuk mematikan pemukul seperti boling
outswinger atau inswinger dan boling off break atau leg break
C. Variasi bowling bertujuan untuk menjatuhkan bails dan sasaran bowlers ialah wiket
D. Bola laju dan mengelirukan menyebabkan pemukul membuat kesilapan dan gagal memukul
bola dan membuat larian

9. Antara berikut manakah merupakan peraturan permainan Aci Bulat yang betul?
A. Tukang jadi ditentukan secara rambang
B. Semua pemain dibenarkan untuk memijak garisan bulatan
C. Tukang jadi hanya boleh menyentuh pemain yang berada dalam bulatan dengan
menggunakan tangan
D. Permainan akan ditamatkan jika Tukang Jadi tidak lain ingin bermain

10. Antara berikut pernyataan manakah tidak benar mengenai Tabata?


A. Merupakan intensiti tinggi iaitu High Intensity Internal Training (HIIT)
B. Senaman yang sama konsep dengan HIIT iaiah High Intersity Intermittent Exercise
(HIIE) dan Spritual Interval Training (SIT)
C. Contoh aktiviti seperti push up, jumping jack dan bodyweight squat
D. Intensiti yang tinggi dapat meningkatkan metabolisme glukosa dan membantu untuk
meningkatkan daya tahan kapasiti aerobik

Rajah 5

11. Rajah 5 di atas menunjukkan sebiji epal dan dikaitkan dengan lilitan pinggang iaitu salah satu
kaedah yang ringkas dan digunakan untuk menggambarkan taburan lemak di bahagian perut.
Antara berkut yang manakah paling tepat mengenai „epal“ tersebut?
A. Lelaki mempunyai lemak banyak di kawasan punggung berbanding perut
B. Perempuan mempunyai lemak banyak di kawasan punggung berbanding perut
C. Lelaki lebih cenderung mempunyai lemak yang banyak di bahagian perut yang dipanggil
visceral fat
D. Perempuan lebih cenderung mempunyai lemak yang banyak di bahagian perut yang
dipanggil visceral fat
4
12. Pilih pernyataan yang paling tepat mengenai definisi abstinen
A. Kemahiran sosial yang perlu dimiliki oleh pasangan kekasih yang belum bernikah untuk
menjadikan mereka pasangan yang bertanggungjawab dan mengikut norma kehidupan
B. Kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang remaja untuk menjadi pelais negara yang
berakhlak mulia dan menghormati orang yang lebih tua
C. Kemahiran mengelakkan diri daripada terjerumus dengan perkara-perkara negatif seperti
vandalisme
D. Kemahiran menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual sebelum nikah

Jerat dadah ialah keadaan individu yang dipengaruhi atau terpedaya oleh individu
lain bagi menagih dadah atau dijadikan keldai dadah

13. Pernyataan di atas merujuk kepada jerat dadah. Berikut adalah implikasi jerat dadah terhadap
keluarga kecuali
A. Mental, status kewangan, prestasi kerjaya dan pelajaran merosot
B. Mendatangkan stres kepada ahli keluarga
C. Ahli keluarga hidup dalam ketakutan
D. Menjejaskan keharmonian keluarga

14. Berikut adalah tanda-tanda kemurungan kecuali


A. Pemikiran negatif
B. Lebih tumpuan dan fokus
C. Hilang keinginan untuk bersosial
D. Tabiat pemakanan yang tidak normal

Ibu bapa merupakan pemimpin dalam rumah tangga dan institusi kekeluarga.
Mereka perlu menguasai kemahiran keibubapaan.

15. Pernyatan di atas merujuk kepada kemahiran kekeluargaan dan berikut adalah kepentingan
kemahiran keibubapaan dalam konteks berkeluarga kecuali
A. Bertindak sebagai tempat rujukan dan menyelesaikan masalah
B. Mendidik agar boleh berdikari
C. Meningkatkan tahap disiplin
D. Mengabaikan tanggungjawab hakiki ibu bapa

16. Pilih pernyataan yang paling tepat mengenai sexting


A. Komunikasi dua hala atau lebih dengan sama jantina iaitu menghantar mesej lucah
menggunakan teks, huruf atau gambar yang membawa maksud lucah
B. Komunikasi dua hala atau lebih sama ada berlainan jantina atau sama jantina iaitu
menghantar mesej lucah menggunakan teks, huruf atau gambar yang tidak membawa
maksud lucah
C. Komunikasi dua hala atau lebih dengan berlainan jantina iaitu menghantar mesej lucah
menggunakan teks, huruf atau gambar yang membawa maksud lucah
D. Komunikasi dua hala atau lebih sama ada berlainan jantina atau sama jantina iaitu
menghantar mesej lucah menggunakan teks, huruf atau gambar yang membawa maksud
lucah
5
17. Apakah tanda-tanda penyakit talasemia?
A. Percepatkan pertumbuhan dan terbantut
B. Sel darah merah hanya boleh hidup dalam masa beberapa jam berbanding sel darah merah
kanak-kanak normal
C. Perubahan pembentukan tulang muka semasa membesar
D. Jaundis biasanya dikaitkan dengan masalah kesihatan organ badan iaitu jantung dan
hempedu sehingga menyebabkan perut buncit

18. Merujuk Akta 670 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,
pemerdagangan manusia merujuk kepada
A. Pengambilan, merekrut, membawa, memindah, melakukan penculikan, penipuan dan
dianiaya bagi tujuan mendapatkan kepuasan dan penyeksaan
B. Pengambilan, merekrut, membawa, memindah, melakukan penculikan, penipuan dan
dianiaya bagi tujuan mendapatkan keuntungan
C. Perdagangan dan perniagaan yang melibatkan migrasi manusia secara haram
D. Perdagangan dan perniagaan yang melibatkan migrasi manusia secara kontrak

19. Antara berikut manakah merupakan bukan bentuk supplemen sintetik?


A. Pil
B. Sayur
C. Serbuk
D. Jus

Rajah 6

20. Berdasarkan rajah 6 di atas, apakah prinsip dan prosedur yang sedang diaplikasikan?
A. External Cardiac Compression (ECC)
B. Responsiveness
C. Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)
D. Breathing

21. Tarian sewang merupakan salah satu tarian suku kaum orang asli yang terdapat di Malaysia
yang dipersembahkan dalam bentuk bulatan dan diiringi dengan bunyian alat muzik yang
berasaskan alam semula jadi seperti ketukan buluh. Berikut merupakan langkah asas lelaki
dalam kemahiran Sewang Semak Alam kecuali
A. Ragam menyumpit
B. Ragam memetik buah
C. Ragam berjalan puyoh
D. Ragam mengajuk burung

6
22. Berikut adalah kekuatan pukulan variasi dalam permainan kriket kecuali
A. Pemukul berfikir cara mendapatkan satu larian sekiranya tidak dapat memukul dengan
kuat
B. Pemukul boleh memukul ke semua arah padang permainan
C. Pemukul perlu memilih jenis pukulan yang sesuai untuk setiap balingan daripada
bowler
D. Ramai pemukul boleh menguasai lebih daripada satu teknik pukulan

23. Dalam permainan Tiang Empat, apakah yang harus dipatuhi pemain untuk mengelakkan
tianggnya direbut oleh Tukang Jadi
A. Menyentuh Tukang Jadi
B. Menyentuh rakan di hadapan
C. Menyentuh tiang dengan mana-mana anggota badan
D. Mencangkung dan menyebut ’cup’

"Murid akan bergerak ke sepuluh stesen mengikut arah jam dan melakukan aktiviti
menggunakan bola segar sebagai beban di setiap stesen selama empat minit"

24. Pernyataan di atas merujuk kepada cara pelaksanaan latihan bola segar yang berfokuskan
kepada otot berikut kecuali
A. Trapezius
B. Pectarolis major
C. Gluteus maximus
D. Abdominal

25. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi untuk mengamalkan abstinen dalam pencegahan
tingkah laku seksual sebelum nikah. Berikut adalah cabaran yang dihadapi daripada pengaruh
persekitaran kecuali
A. Masalah dalam institusi kekeluargaan membawa kepada faktor terdedah dengan gegala
seksualiti yang tidak sihat
B. Perlakuan yang tidak baik juga boleh terjadi sekiranya kurang ajaran agama dan keimanan
yang lemah
C. Persekitaran masyarakat yang terlalu terdedah dengan unsur-unsur kehidupan yang negatif
menjadi penghalang kepada nilai yang sepatutnya
D. Kemudahan untuk mengakses laman web lucah dan tarikan seks siber boleh mempengaruhi
perlakuan seseorang

26. Antara berikut manakah paling tepat mengenai kesan seks sebelum nikah terhadap diri sendiri?
A. Berlakunya pengguguran dan pembuangan bayi
B. Keruntuhan institusi kekeluargaan
C. Penyakit jangkitan seksual semakin berleluasa
D. Peningkatan masalah sosial

7
Sekumpulan murid tingkatan empat di sebuah sekolah daerah Ipoh telah di tahan
polis kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah.

27. Merujuk kepada pernyataan di atas, apakah implikasi jerat dadah kepada masyarakat?
A. Masyarakat akan berasa senang jika anak-anak atau ahli keluarga mereka terpengaruh
dengan kegiatan tersebut
B. Masyarakat akan bimbang jika anak-anak atau ahli keluarga mereka terpengaruh dengan
kegiatan tersebut
C. Masyarakat akan bimbang jika anak-anak atau ahli keluarga mereka tidak terpengaruh
dengan kegiatan tersebut
D. Masyarakat akan tenang jika anak-anak atau ahli keluarga mereka terpengaruh dengan
kegiatan tersebut

Rajah 7

28. Rajah 7 menunjukkan kanak-kanak yang sering dimarahi bapanya. Berikut adalah cara untuk
mengelak kemurungan akibat daripada dimarahi dan ditengking kecuali
A. Hindari perkara yang boleh mendatangkan kemarahan orang lain
B. Tidak melawan atau bersikap kasar jika dimarahi
C. Bertindak dengan melawan semula tindakan tersebut
D. Bersikap sabar, positif dan memperbanyakkan amalan kerohanian

29. Kemahiran keibubapaan yang tidak dipraktikkan dengan baik akan memberikan kesan mendalam
terhadap anak-anak. Terdapat dapat banyak kesan kekurangan kemahiran keibubapaan
terhadap ahli keluarga kecuali
A. Merendahkan harga diri anak-anak
B. Anak kerap memprotes secara melampau
C. Anak-anak menjadi lebih bertanggungjawab dan matang
D. Anak-anak lebih kerap meluahkan perasaan di media sosial

30. Antara berikut manakah cara mengelakkan diri daripada seks siber?
A. Tidak ambil cakna akan kesan seks siber
B. Kurang jati diri dan motivasi yang pudar
C. Sentiasa bersendirian
D. Mengelakkan daripada melayari internet secara bersendirian atau bersembunyi

31. Pilih pernyataan yang menerangkan kesan talasemia terhadap diri sendiri
8
i) Membawa kepada kematian
ii) Rawatan penyingkiran zat besi diperlukan
iii) Pemindahan sumsum tulang
iv) Pemindahan darah setiap bulan

A. i, ii, dan iii


B. i, ii, dan iv
C. ii, iii, dan iv
D. i, ii dan iv

Rajah 8

32. Apakah langkah-langkah yang boleh di ambil bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa
pemerdagangan manusia seperti rajah 8 di atas?
i) Berpengetahuan lemah dalam isu pemerdagangan manusia
ii) Tidak mudah terpedaya dengan janji-janji palsu dan tawaran yang lumayan
iii) Berwaspada dengan iklan pekerjaan yang menawarkan gaji tinggi
iv) Berhati-hati dengan sindiket pelacuran yang menggunakan media sosial sebagai medium
untuk perdayakan mangsa

A. i, ii, dan iii


B. i, ii, dan iv
C. i, iii, dan iv
D. ii, iii, dan iv

33. Apakah kesan yang mungkin terjadi sekiranya terlalu obses untuk kurus dan mengamalkan diet
dengan membeli suplemen di farmasi dan melalui atas talian tanpa mendapatkan nasihat
daripada doktor terlebih dahulu?
i) Kandungan bahan kimia dalam suplemen yang larut dalam darah boleh mengakibatkan
keracunan pada tubuh
ii) Fungsi jantung terjejas jika pengambilan vitamin A,D,E dan K dalam kuantiti yang
berlebihan
iii) Fungsi buah pinggang akan terjejas jika suplemen diambil dengan kuantiti yang banyak
iv) Jika suplemen berasaskan herba diambil dengan sesetengah ubatan, ianya boleh bertindak
balas dan memudaratkan

A. i, ii, dan iii


B. i, ii, dan iv
C. i, iii, dan iv
D. ii, iii, dan iv

9
Rajah 9

34. Berdasarkan rajah 9 di atas, pilih pernyataan yang menunjukkan tindakan yang sesuai dilakukan
dengan situasi berkenaan
i) Padamkan bekalan eletrik pada suis utama
ii) Gunakan objek yang bukan pengalir elektrik untuk menjauhkan mangsa
iii) Periksa pernafasan dan denyutan jantung mangsa
iv) Berdiri di atas bahan pengalir elektrik

A. i, ii, dan iii


B. i, ii, dan iv
C. i, iii, dan iv
D. ii, iii, dan iv

35. Berikut adalah strategi bertahan dalam situasi permainan bola sepak menggunakan formasi 5:4:1
i) Lima pemain pertahanan mengawal pemain penyerang dan dua pemain stopper mengawal
penyerang lawan
ii) Empat pemain tengah membantu pertahanan mengawal pemain lawan ketika bertahan untuk
menyukarkan pihak lawan membuat jaringan
iii) Pemain pertahanan menggunakan kemahiran tendangan deras bagi mengeluarkan bola dari
kawasan gol
iv) Pemain pertahanan menendang bola masuk ke dalam padang

A. i, ii, dan iii


B. i, ii, dan iv
C. i, iii, dan iv
D. ii, iii, dan iv

36. Antara berikut kemahiran manakah yang digunakan dalam strategi bertahan tiga lawan tiga
permainan bola jaring?
i) Melompat
ii) Hantaran sisi
iii) Menjaring
iv) Memintas

A. I dan ii
B. I dan iii
C. ii dan iii
D. i dan iv

37. Apakah kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan formasi permainan bola baling?
10
i) Tentukan kekuatan dan kelemahan pemain
ii) Memilih pemain yang dirasakan berpontensi sahaja
iii) Menilai kemahiran, kepantasan, kecekapan dan keupayaan pemain
iv) Analisis kekuatan dan kelemahan formasi

A. i, ii, dan iii


B. i, ii, dan iv
C. i, iii, dan iv
D. i, ii, iii, dan iv

Rajah 10

38. Rajah 10 di atas menunjukkan salah satu formasi permainan semasa bertahan dalam bola
tampar. Bagaimanakah untuk menentukan komposisi pasukan?
i) Menentukan enam pemain utama
ii) Menentukan strategi permainan
iii) Memilih sesiapa sahaja untuk menjadi penyerang utama
iv) Memilih pemain yang sesuai untuk libero

A. i, ii, dan iii


B. i, ii, dan iv
C. i, iii, dan iv
D. i, ii, iii, dan iv

39. Antara berikut manakah merupakan matlamat mengadang dalam strategi bertahan sepak
takraw?
i) Mematikan bola di gelanggang lawan
ii) Mengelirukan pihak lawan
iii) Memastikan bola tidak berjaya direjam ke dalam gelanggang sendiri
iv) Memastikan bola tidak berjaya direjam ke dalam gelanggang pihak lawan

A. I dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. i dan iv

40. Apakah kelebihan servis ace dalam strategi menyerang permainan tenis?
11
i) Sukar dikembalikan oleh pemain lawan
ii) Memudahkan smesy dilakukan jika bola yang dikembalikan itu tinggi dan melambung ke
udara
iii) Menjadi pukulan serangan sekiranya dihantar ke sasaran betul
iv) Membolehkan pemain bertahan untuk kembali ke tengah gelanggang

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. i dan iv

Bahagian B (10 markah): Jawab semua soalan pada bahagian ini dalam ruangan yang disediakan

1. Lengkapkan jadual tanda-tanda kemurungan di bawah ( 5 markah)

TANDA- TANDA
KEMURUNGAN

12
2. Dengan mengunakan formula karvonen kira kadar nadi latihan seorang murid
tingkatan 3 yang melaksanakan latihan fartlek dengan intensiti 80% murid ini
mempunyai kadar nadi rehat 60 denyut/minit ( 5 markah)

Formula Karvonen KNL = KNR + Intensiti x ( KNM – KNR)


KNL : Kadar Nadi Latihan
KNR : Kadar Nadi Rehat
KNM: Kadar Nadi Maksimum (220 – Umur)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak Oleh Disahkan Oleh

…………………………….. …………………………. ………………………


(Muhammad Fadhullah) ( Siti Hajar Binti Sawari) (Mohamad Najed Bin Daud )
Bin Sukarti GKMP Kemanusian Pengetua
Ketua Panitia PJPK SMK Damansara Damai 1

12

Anda mungkin juga menyukai