Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KURSUS ASAS KAWAD KAKI UNIT UNIFORM


SMK DAMANSARA DAMAI 1

TARIKH PROGRAM : 27 FEBUARI 2021

DISEDIAKAN OLEH :

SETIAUSAHA KOKURIKULUM
SMK DAMANSARA DAMAI 1
1.0 PENDAHULUAN

Kursus Asas Kawad Kaki Unit Uniform merupakan salah satu aktiviti yang dirancang khusus
kepada semua guru SMK Damansara Damai 1 .Selari dengan konsep penubuhan pasukan unit
beruniform di sekolah, kecemerlangan sekolah tidak hanya bergantung kepada pencapaian
akademik semata-mata semua guru juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap,
berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berpengetahuan.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap guru bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang kursus ini. Di
samping itu, semua peserta kursus perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam
melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti
kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’. Dengan ini juga
diharap dapat membantu guru, menggilap bakat kepimpinan yang ada pada murid dan membentuk
semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan murid.

2.0 MATLAMAT

2.1 Meningkatkan pengetahuan guru.


2.2 Memupuk semangat kerja berpasukan yang mantap.
2.3 Menerapkan daya kreatif guru dan bakat kepimpinan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Untuk melahirkan guru berpengetahuan dan berkemahiran melalui aktiviti yang
dijalankan seperti aktiviti kawad kaki.
3.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta-peserta kursus tentang
aspek kawad kaki secara menyeluruh termasuk aspek penilaian pertandingan kawad
kaki.
3.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri setiap guru dalam menjalankan aktiviti unit berunigorm.

4.0 KONSEP KURSUS

4.1 Secara atas talian dengan mengunakan aplikasi yang sepatutnya


4.2 Pendedahan berkaitan aspek berbeza di antara kawad kaki GO dan NGO
4.3 Pendedahan dan penilaian tentang pertandingan kawad kaki

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 27 Febuari 2021 (Sabtu)

5.2 Tempat : Secara atas talian


6.0 SENARAI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA KURSUS

Pengerusi : En.Mohamad Najed Bin Daud


Pengetua SMK Damansara Damai 1

Timbalan Pengerusi : Pn.Norhaizan Binti Harun


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras :
Penyelaras Unit Uniform

Penceramah :

Setiausaha :

Pendaftaran :

Persiapan :

Aktiviti :

Hadiah/ Makanan :

7.0 SASARAN

UNIT UNIFORM PESERTA


PENGAKAP
KADET POLIS
KADET REMAJA SEKOLAH
PENGAKAP
PANDU PUTERI
PBSM
PUTERI ISLAM
KADET BOMBA
JUMLAH PESERTA
8.0 JADUAL

Rujuk Lampiran

9.0 AKTIVITI KURSUS

9.1 LATIHAN KAWAD KAKI


9.1.1Pengenalan asas kawad kaki Statik
9.1.2Pengenalan kawad kaki dinamik
9.1.3Pembentukan formasi kawad kaki

9.2 AKTIVITI
9.2.1 Tayangan Video pergerakan asas dan bahasa hukuman kawad kaki
9.2.2 Tayangan video pertandingan kawad kaki

10.0 PERBELANJAAN

11.0 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Kursus Asas Kawad Kaki Unit Uniform Sekolah SMK
Damansara Damai 1 dapat dijalankan dengan jayanya menepati sasaran dan objektif yang ingin
dicapai. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk
menjayakan hasrat murni unit beruniform dalam memartabatkan pasukan unit beruniform sebagai
wadah dalam menjana kecemerlangan pelajar dalam aspek sahsiah, jati diri dan kerohanian.

Disediakan Oleh
....................................................................

Disemak Oleh
....................................................................
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SMK DAMANSAR DAMAI 1

Diluluskan Oleh
....................................................................
MOHAMAD NAJED BIN DAUD
PENGETUA
SMK DAMANSARA DAMAI 1
TENTATIF AKTIVITI KURSUS ASAS KAWAD KAKI

Tarikh
Masa Aktiviti Tindakan

27
/2/2021 7.30 – 8.00 pg - Pendaftaran peserta AJK Pendaftaran

8.00 - 9.30 pg - Asas Kawad Kaki Statik Fasilitator


- Asas Kawad Kaki Dinamik

9.30 – 9.45 pg -Rehat

9.45 – 10.15 - Pengenalan Bahasa Hukuman Fasilitator


10.30 – 11.30
- Pengenalan Pemarkahan dan Fasilitator
Peraturan Kawad Kaki
11.30 – 12.00 Aktiviti Refleksi Peserta

12.00 – 12.15 Tgh Majlis Penutup Urusetia

Anda mungkin juga menyukai