Anda di halaman 1dari 18

SMK SULTAN ALAUDDIN, KULAI

KERTAS CADANGAN

KURSUS KEPIMPINAN UNIT KOKURIKULUM


SMK SULTAN ALAUDDIN
BAGI TAHUN 2021
KURSUS KEPIMPINAN UNIT KOKURIKULUM
SMK SULTAN ALAUDDIN BAGI TAHUN 2021

1. LATAR BELAKANG

1.1 Pelaksanaan kursus Kepimpinan AJK Kokurikulum di setiap sekolah


merupakan inisiatif yang perlu diberi perhatian di semua peringkat dalam
memastikan bakat murid dalam aktiviti kokurikulum dapat dikembangkan
dengan kaedah yang lebih terancang.

1.2 Program – program yang berterusan haruslah sentiasa diberi keutamaan


dalam memastikan bakat dan kecenderungan murid dapat dikenal pasti
dan seterusnya penekanan ke arah kecemerlangan perlu diberi perhatian
yang sewajarnya oleh semua pihak.

1.3 Pelaksanaan program / aktiviti kokurikulum di sekolah sepanjang tahun


sering dilihat sebagai keutamaan dalam usaha mengoptimumkan potensi
dan seterusnya memaksimumkan keberhasilan dalam pencapaian murid
dalam aktiviti kokurikulum.

2. PENGENALAN

2.1 Kursus Kepimpinan ini merupakan program pembangunan bakat murid


dan kecemerlangan pengurusan kelab persatuan, badan uniform dan
sukan permainan secara berterusan dan berfokus yang dilaksanakan
dalam kalangan pemimpin pelapis yang telah dikenal pasti bagi
menambah pengetahuan dan kecekapan murid sepanjang pelaksanaan
aktiviti kokurikulum dalam norma baru.

2.2 Kemenjadian murid menjadi keutamaan dalam pencapaian pada masa


kini, proses pengurusan dan pengetahuan dalam pengurusan yang
cemerlang membantu pencapaian yang tinggi bagi sesuatu organisasi

2.3 Tiga aspek utama dalam menggerakkan program adalah sebagaimana


berikut ;

2.3.1 Guru yang komited dan bertindak sebagai penyelaras, guru


pembimbing, pemudah cara dan jurulatih.
2.3.2 Murid yang berpotensi dan berdisiplin tinggi.
2.3.3 Peralatan dan kelengkapan yang lengkap dan berdasarkan
keperluan semasa.
2.4 Dalam memastikan semua aspek ini dapat digerakkan tentunya ia
memerlukan peruntukan yang boleh meningkatkan kualiti program
pembangunan dan kecemerlangan di sekolah.

2.5 Peruntukan kursus kepimpinan ini merupakan sokongan kepada


peruntukan sedia ada seperti BSS, YKS dan PCG yang diterima di setiap
sekolah.

3. RASIONAL

3.1 Pengumuman penangguhan semua program dan kursus di pelbagai


peringkat akibat penularan jangkitan Coronavirus (Covid-19) bermula
pada 13 Mac 2020 sehingga sekarang telah memberi kesan besar
kepada pembangunan murid dalam mengukur prestasi semasa.

3.2 Peruntukan yang telah diterima juga tidak dapat dibelanjakan mengikut
peratusan atau kadar yang ditetapkan mengikut keperluan.

3.3 Dengan jangkaan semua program kokurikulum tidak dapat dilaksanakan


secara bersemuka sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan bagi tahun 2021 ini, tentunya satu kaedah yang lebih
mampan perlu difikirkan dan digerakkan bersama berdasarkan
peruntukan yang sedia ada untuk memastikan murid dapat meneruskan
perkembangan prestasi dengan berfokus dan terancang.

3.4 Kursus kepimpinan merupakan satu pendekatan yang berfokus dan


berterusan dalam membantu sekolah yang mempunyai tiga aspek utama
tersebut dapat diberi sokongan dan panduan sama ada dalam bentuk
khidmat nasihat dan juga peruntukan.

4. MATLAMAT

4.1 Matlamat utama program ini adalah menyediakan satu platform kepada
murid-murid yang berpotensi dalam pembangunan murid dalam bidang
kokurikulum untuk mendapatkan nilai tambah program pembangunan
kepimpinan di sekolah.

5. OBJEKTIF

5.1 Menyusun kursus kepimpinan yang akan dilaksanakan di sekolah


berdasarkan sasaran dan keperluan semasa.

5.2 Meningkatkan kemahiran murid dalam bidang pengurusan


5.3 Menyediakan nilai tambah kepada program sedia ada melalui khidmat
nasihat yang disediakan

6. NAMA KURSUS

Kursus Kepimpinan Unit Kokurikulum Smk Sultan Alauddin, Kulai

7. TARIKH / HARI / MASA /TEMPAT KURSUS

7.1 Tarikh : 25 September 2021


7.2 Hari : Sabtu
7.3 Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
7.4 Platform : Goggle Meet

8. SUMBER PERUNTUKAN

8.1 Sumber peruntukan bagi melaksanakan program kursus kepimpinan AJK


kokurikulum kelab persatuan menggunakan peruntukan BKK yang
diturunkan.

9. SASARAN

9.1 Semua AJK unit kokurikulum

10. PRINSIP PELAKSANAAN

10.1 PERANCANGAN

Unit Kokurikulum Sekolah akan menyediakan kertas perancangan


berdasarkan panduan yang disediakan dan khidmat nasihat daripada
pegawai Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kulai.
Antara perkara utama dalam perancangan yang perlu diberi perhatian
adalah sebagaimana berikut;

8.1.1 Mengenal pasti slot aktiviti dalam kursus

8.1.2 Menilai semula atau membina struktur pelaksanaan program


supaya lebih berkesan.

8.1.3 Mengenal pasti guru yang boleh bertindak sebagai fasilitator


/ penceramah / jurulatih.

8.1.4 Mengenal pasti keperluan peralatan dan kelengkapan untuk


kursus.
8.1.5 Menyediakan anggaran perbelanjaan bagi peruntukan yang
disalurkan.

8.2 PELAKSANAAN

8.2.1 Penyediaan kertas kerja meliputi slot dalam jadual program.

8.2.2 Membentuk jawatankuasa sekolah bagi pasukan penggerak


program.

8.2.3 Mengenal pasti murid yang terlibat

8.2.4 Membentuk indikator penilaian program

8.2.5 Mengenal pasti SOP yang berkaitan dalam pelaksanaan ketika


berada di Fasa 1 / Fasa 2 / Fasa 3 pada masa Perintah
Kawalan pergerakan dilaksanakan

8.2.6 Melaksanakan program secara dalam talian.

8.2.7 Mengenal pasti aplikasi yang sesuai dengan pelaksanaan


program.

8.3 PEMANTAUAN

8.3.1 Pemantauan pihak Pengurusan Sekolah dan Pejabat


Pendidikan Daerah Kulai bagi menilai pelaksanaan program
sekolah

8.3.2 Menyediakan laporan program pelaksanaan program.

8.3.3 Kunjung bantu atau bimbingan berterusan. (Norma Baharu


dalam kerja buat pegawai PPD Kulai)

8.4 SLOT AKTIVITI

8.4.1 Mesyuarat secara berkala berkenaan pelaksanaan program


hendaklah menjadi amalan bagi menilai pelaksanaan dan
menyelesaikan isu semasa.

8.4.2 Aktiviti kursus meliputi ;

8.4.2.1 Siapa Saya (Ice Breaking)


8.4.2.2 Tanggungjawab Saya
8.4.2.3 Penskoran PAJSK
8.4.2.4 Bengkel Pengisian Pelaporan
8.4.3 Penyediaan Laporan selepas program .
- 8.4.3.1 Rujuk Lampiran 4

8.5 PENAMBAHBAIKAN

Proses penambahbaikan tidak dilihat sebagai satu bebanan tetapi


sebagai satu peluang untuk memastikan program di peringkat Daerah
Kulai dapat berjalan dengan baik dan memberi impak sebagaimana
matlamat dan objektif yang ditetapkan.

9 MAKSUD BELANJA

Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKK ini adalah


meliputi butiran seperti berikut ;

9.1 Pembelian peralatan dan kelengkapan latihan dan


pertandingan.

9.2 Penyediaan makan minum peserta dalam latihan mengikut


keperluan.

9.3 Perbelanjaan perubatan peserta semasa aktiviti / program /


latihan dan pertandingan.

9.4 Perbelanjaan menyertai pertandingan di peringkat daerah,


negeri dan kebangsaan.

9.5 Perbelanjaan pengelolaan pertandingan.

9.6 Penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna bagi keperluan
pertandingan.

10 STRATEGI PELAKSANAAN

10.1 Penyediaan kertas konsep dan panduan program.


10.2 Mesyuarat Penyelarasan.
10.3 Taklimat kepada sekolah.
10.4 Pemantauan pelaksanaan secara berkala.
10.5 Mesyuarat pengurusan bagi penambahbaikan
11 IMPLIKASI KEWANGAN

11.1 Peruntukan yang akan disalurkan berdasarkan sekolah dan jenis


sukan / permainan adalah sebagaimana lampiran. Jumlah
keseluruhan peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak
RM400.00

11.2 Sumber peruntukan adalah sebagaimana perkara 14 dalam


kertas cadangan ini.

12 AJK PENGELOLA
12.1 Rujuk Lampiran 1

13 AJK PELAKSANA
13.1 Rujuk Lampiran 1

14 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bi Perkara Anggaran Jumlah Sumber


l
1. Sijil 1 Rim RM 400 BKK
500 x Rm0.80

2 Hadiah 3 Peserta Terbaik x RM90.00


RM30.00

Jumlah Besar RM490.00


15 JADUAL AKTIVITI

Bil Tajuk Penceramah Tatacara


1 Siapa Saya (ice breaking) Pn NurulHanah Penekanan disiplin dan
fungsi dengan jawatan
yang disandang
2 Tanggungjawab Saya Ketua Penyelaras Penerangan tentang
Setiap Unit tugas dan fungsi jawatan
yang disandang bagi
pelaksanaan sesuatu
aktiviti / pertandingan
3 Penskoran PAJSK SU PAJSK Penerangan tentang
markah PAJSK
4 Bengkel (Pengurusan) PK Kokurikulum
Penyelaras
Kokurikulum

16 ATUR CARA KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM

16.1 Tarikh : 25 / 9 / 2021 (Sabtu)


16.2 Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang

7.30 – 8.00 am Pendaftaran


8.00 – 8.30 am Taklimat kursus
8.30 – 9.30 am Kursus Kepimpinan
9.30 – 10.00 am Rehat
10.00 – 12.30 pm Tanggungjawab saya (Mengikut Kumpulan)
12.30 – 2.00 pm Rehat
2.00 – 3.00 pm Penskoran PAJSK
3.00 – 4.00 pm Pengisian Pelaporan
4.00 – 4.30 pm Penutup
17 PENUTUP

Pelaksanaan Kursus Kepimpinan Unit Kokurikulum merupakan salah


satu platform yang terbaik untuk memastikan sekolah-sekolah dalam
Negeri Johor yang mempunyai potensi dapat difokuskan dan diberi
sokongan terutama dalam aspek kemenjadian murid.

Perkara ini juga sebagai panduan kepada semua guru di sekolah


dalam melihat aspek norma baharu dalam kerja buat dan proses kerja
akibat pandemik virus Covid -19.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Muhammad bin Mohd Zain Mohd Fuad bin Sahar


Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum
SMK Sultan Alauddin, Kulai SMK Sultan Alauddin, Kulai

Tarikh : 28 Ogos 2021 Tarikh : 30 Ogos 2021

Lampiran 1 : AJK Pengelola dan AJK Pelaksana

Lampiran 2 : Jadual Aktiviti

Lampiran 3 : Borang Kebenaran Ibu Bapa

Lampiran 4 : Goggle Form Pelaporan

Lampiran 5: Goggle Sheet Senarai Nama Peserta


LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PENGELOLA KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM


SMK SULTAN ALAUDDIN, KULAI TAHUN 2021

1. Penasihat : Pn. Anim binti Mohamed Jaib (Pengetua)


2. Pengerusi : En. Mohd Fuad bin Sahar (PK Kokurikulum )
3. Naib Pengerusi 1 : En. Kamalullail bin Toha (PK Pentadbiran)
4. Naib Pengerusi 2 : Tn. Hj. Hamzah bin Hj. Din (PK HEM)

5. Setiausaha : En. Muhammad bin Mohd Zain

JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM


AHLI JAWATANKUASA KECIL

1. JK URUS SETIA / PENDAFTARAN

1.1 Pendaftaran awal : Pn. Ida Astrie binti Mohd Yasin


: Pn. Nur Shasha binti Abdul Rahim
: Pn. Norliza binti Rosali

1.2 Pengurusan Kehadiran : Pn. Nurul Ain binti Mohd Nor


: Cik Nurul Hanani binti Ismail Sazemi
: Cik Norliza binti Ahmad

1.3 Penceramah Jemputan : (Jika ada)

2. JK CEREMONIAL DALAM TALIAN

2.1 Moderator dan Pengacaraan : Pn. Nora binti Mohd Yusof


: Pn. Nur Amira binti Jasaia
: Ustazah Haryani binti Tukiran

2.2 Dokumentasi / Fotografi : En. Mohad Fuad bin Jamaludin


: Pn. Noor Azmah binti Ahmad Mutamim

2.3 Bacaan Doa : Ustaz Ahmad Jamil bin Haron


: Che Muhaizol bin Che Azis

2.4 Bacaan Ikrar Murid : Nur Hafizah binti Mohd Ali


: Pn. Hjh. Haslina binti Abd. Rahman
3. JK SLOT DAN AKTIVITI

3.1 Penyelaras Aktiviti : Nurulhuda binti Razali


: Pn. Sofiah binti Salam
: Pn. Nor Amira binti Tokiran
: En. Muhammad bin Mohd Zain
: Pn. Nur Hazirah binti Wahid

3.2 Penceramah dan Fasilitator : Unit Kokurikulum


: Kaunselor sekolah
: Guru Penasihat

4. JK SOKONGAN

4.1 Teknikal dan Siaraya : En. Wan Muhammad Zulhelmi


: En. Mas Kurniawan bin Kasran

4.2 Hadiah dan sijil : Cik Siti Aishah binti Mohd Zali
: Pn. Julia Roziaty binti Shasudin
: Pn. Nurasiken binti Wahid

4.3 Poster dan Iklan : En. Hazim Hazali bin Che Hashim
PERINCIAN TUGAS

BIL TUGAS NAMA GURU PERINCIAN TUGAS

1.Menyediakan google form untuk


 Ida Astrie binti Mohd Yasin pendaftaran peserta.
Pendaftaran
 Nur Shasha binti Abdul 2.Menyediakan senarai penuh peserta 3
1. awal
Rahim hari sebelum program dijalankan.
 Norliza binti Rosali

1.Menyediakan google form untuk


 Nurul Ain binti Mohd Nor perekodan kehadiran peserta.
Pengurusan 2.Menganalisiskan kehadiran peserta
kehadiran  Nurul Hanani binti Ismail
2.
Sazemi
 Norliza binti Ahmad

1.Mengacara majlis perasmian dan


 Nora binti Mohd Yusof penutup.
Moderator /
3.  Nur Amira binti Jasaia
Pengacaraan
 Ustazah Haryani binti Tukiran

1.Menyediakan platform kursus


Teknikal /  Wan Muhammad Zulhelmi 2.Menyediakan / menguruskan bahan
4. kursus dalam aplikasi yang sesuai.
Siaraya  Mas Kurniawan bin Kasran

1.Mendapatkan maklumat kategori-


kategori untuk diberikan hadiah.
 Siti Aishah binti Mohd Zali 2.Menguruskan senarai nama bagi
5. Hadiah / sijil  Julia Roziaty binti Shamsudin hadiah dan sijil kepada peserta
 Nurasiken binti Wahid 3.Menyediakan hadiah dan sijil kepada
peserta

1.Menyediakan pelaporan dan SWOT


 Mohad Fuad bin Jamaludin kursus
Dokumentasi  Noor Azmah binti Ahmad 2.Mengambil / mengumpul gambar
6. sepanjang aktiviti berlangsung
Fotografi Mutamim
 Rohaidah binti Zakaria

1.Menyediakan teks doa


2.Memilih pelajar dalam kalangan
peserta untuk membaca doa.
 Ustaz Ahmad Jamil bin Haron 3.Melatih murid untuk mengetuai
7. Bacaan Doa
 Che Muhaizol bin Che Azis bacaan doa

1.Menyediakan teks ikrar murid


 Nur Hafizah binti Mohd Ali 2.Melatih murid mengetuai bacaan ikrar
Bacaan Ikrar
8.  Haslina binti Abdul Rahman
Murid

9. Penyelaras 1.Menyediakan cadangan dan


Aktiviti  Nurulhuda binti Razali menyelaras aktiviti yang akan
 Sofiah binti Salam dijalankan.
 Nor Amira binti Tokiran 2.Menyediakan bahan-bahan yang
 Muhammad bin Mohd Zain bersesuaian dengan aktiviti untuk
 Nur Hazirah binti Wahid kegunaan guru-guru penasihat.

1. Mengendalikan slot masing-masing


(sila rujuk lampiran).
2. Membimbing murid dalam LDK
Penceramah /  Unit Koko 3. Membantu peserta dalam menyiapkan
10. Fasilitator  Kaunselor Sekolah perancangan kertas kerja /
 Guru-guru penasihat pelaksanaan aktiviti
4. Sentiasa peka dengan keperluan
murid semasa slot berlangsung

1. Menyediakan poster program dan


 En. Hazim Hazali bin Che kongsi ke dalam whatsapp / telegram /
11. Poster/ Publisiti
Hashim fb.

LAMPIRAN 2
JADUAL AKTIVITI

Penceramah /
Bil Masa Perkara
Fasilitator
 Nurul Ain binti Mohd Nor
 Nurul Hanani binti Ismail
Sazemi
1 7.30 – 8.00 Pengurusan kehadiran dan Pendaftaran
 Norliza binti Ahmad

 JK Moderator
2 8.00 – 8.30 Taklimat Kursus  En. Mohd Fuad bin Sahar

 Kaunselor
3 8.30 – 9.30 ‘Saya Seorang Pemimpin’

4 9.30 – 10.30 Rehat


 Guru-guru penasihat
5 10.30 -12.30 Tanggungjawab Saya (Kumpulan)

6 12.30 -2.00 Pengurusan Diri


 Unit Kokurikulum
7 2.00 - 3.30 Penskoran PAJSK
 Unit Kokurikulum
8 3.30- 4.30 Pengisian Pelaporan
JK Moderator
9 4.30 Penutup
LAMPIRAN 3

SURAT AKUAN KEBENARAN IBU/BAPA PENJAGA BAGI MENGIKUTI


PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR / KOKURIKULUM / KESENIAN / KEROHANIAN

Pengetua
SMK Sultan Alauddin
Felda Bukit Besar
81450 Kulai Johor

Saya _______________________________________ No.Kad Pengenalan : ______________________


(Nama penuh bapa / ibu / penjaga)*
Beralamat di _______________________________________________________________________________

____________________________________________ No telefon ______________________________

Bapa / Ibu / Penjaga * kepada pelajar ___________________________________________________________

Tingkatan : _____________________________ No. Kad Pengenalan : ______________________

Dengan ini memberi pengakuan bahawa dengan ini saya membenarkan anak / jagaan saya seperti nama tersebut di atas
untuk menyertai program :

Nama Program : KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM


Tarikh : 25 SEPTEMBER 2021
Tempat : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)

2. Saya mengakui dan sedar tentang risiko yang dihadapi dan faham bahawa Pihak Penganjur Program / sekolah pengelola
akan mengambil segala langkah dan tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan anak / jagaan
saya semasa mengikuti program tersebut. Saya akan menasihati dan mengingatkan anak / jagaan saya supaya mematuhi
arahan yang diberi oleh guru-guru pengiring program ini. Sekiranya kesihatan anak / jagaan saya terganggu semasa
aktiviti / program, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan Guru / Pegawai / Urusetia menguruskan bagi pihak saya
untuk mendapat rawatan perubatan .

3. Dengan ini saya memberi pengakuan, bahawa saya tidak akan mengambil sebarang tuntutan atau apa jua tindakan
undang-undang atau mahkamah terhadap tuan / pihak penganjur / sekolah / pengelola / Pejabat Pendidikan Daerah atau
mana-mana pihak yang ada kaitan dengan aktiviti tersebut atas apa-apa kemalangan , kematian, kecacatan anggota atau
kehilangan anggota ke atas anak / jagaan saya yang berlaku semasa menjalankan aktiviti berkaitan.

4. Saya dengan ini mengakui bahawa anak / jagaan saya di atas ADA / TIADA* mengidap penyakit kronik / berjangkit.
Nyatakan (jika ada) .................................................................(* potong yang berkenaan)

Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga : ____________________________ Tarikh : _________________


Nama : ___________________________________________________________

****************************************************************************************************
*****PENGAKUAN SAKSI
Saya dengan ini memperakukan bahawa keterangan di atas adalah benar.

Tandatangan Saksi :..............................................................

Nama :..............................................................

...........................................................

Disahkan Oleh Pengetua/Guru Besar / cop Rasmi


LAMPIRAN 4

LAPORAN AKTIVITI

1. NAMA AKTIVITI :

2. TARIKH PELAKSANAAN :

3. TEMPAT :

4. PENGLIBATAN :

KATEGORI MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH JUMLAH


L P L P L P L P L P BESAR
MURID
GURU
ANGGOTA
(Jikaberkenaan)

5. PERASMIAN

a) Pembukaan :

b) Penutup :

6. OUTCOME :

7. KOS YANG DIBELANJAKAN BAGI MENGENDALIKAN PROGRAM : RM…………………

8. KEPUTUSAN PERTANDINGAN ATAU AKTIVITI ( JIKA ADA) :

9. AKTIVITI BERGAMBAR :SEPERTI DI LAMPIRAN :

NAMA AKTIVITI :
TARIKH :
TEMPAT :

RINGKASAN PROGRAM

LAMPIRAN 5
SENARAI NAMA PESERTA KURSUS KEPIMPINAN

Bil Nama No KP kelas Unit Koko Jawatan No


telefon

Anda mungkin juga menyukai