Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA

TEMA 8 : PELANCONGAN

AHLI KUMPULAN : NO K/P

1. NURFARAHIYAH ZAHIDAH BINTI MOHD MAZLAN 050623-14-0700


2. ARISSA BINTI AHMAD NAZARI 050524-14-0086
3. MUHAMMAD SHAZMEER BIN SHAMSUDIN 050311-05-0079
4. MUHAMMAD EZHAL HALQHI BIN ZANUDIN 050114-14-0833
KERTAS KERJA PROJEK BAHASA
PERTANDINGAN FORUM BAHASA MELAYU SVM
PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN
KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON
SESI 2023

1. PENDAHULUAN

Forum Bahasa Melayu adalah wadah dalam mengembangkan minat pelajar terhadap
Bahasa Melayu. Pelbagai cara telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dalam
usaha menyemai perasaan cinta dan kefahaman yang mendalam terhadap
kepentingan Bahasa Melayu. Namun begitu, masih ramai pelajar yang memandang
remeh akan kepentingan bahasa pengentar ini. Malah ada dalam kalangan
masyarakat yang tidak lagi menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam
percakapan harian. Hal ini menjadikan Bahasa Melayu semakin terpinggir dalam arus
kemodenan. Bagi menggalakkan pelajar menggunakan Bahasa Melayu yang betul,
Unit Subjek Bahasa Melayu Kolej Vokasional Port Dickson akan mengadakan forum
Bahasa Melayu untuk pelajar semesta empat.

2. MATLAMAT

Forum Bahasa Melayu bertujuan untuk menyediakan suasana penggunaan Bahasa


Melayu baku dalam kalangan pelajar agar dapat mewujudkan satu model
penggunaan Bahasa Melayu baku. Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa yang
sempurna dari segi penggunaan tatabahasa, sebutan dan gaya.

3. OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk :

3.1 Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan Bahasa Melayi baku dalam


kalangan pelajar.
3.2 Menjadi gelanggang untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan berhujah dan
mengungkapkan buah fikiran dalam Bahasa Melayu dengan baik dan berkesan.
3.3 Menggalakkan penglibatan semua pelajar dengan bimbingan guru dalam mencari
idea dan fakta yang tepat tentang tajuk yang dibincangkan.
3.4 Membina hubungan baik antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru
serta mendedahkan pelajar terhadap program yang bersifat kebahasaan.
3.5 Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti bahasa yang
dianjurkan.
3.6 Mencungkil bakat dan mengasah kreativiti dan aktiviti berbahasa.
3.7 Sebagai salah satu tugasan Penilaian Berterusan (PB) BM Kolej Vokasional.

4. TEMA

Bahasa Jiwa Bangsa – Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa.

5. SASARAN

Semua pelajar SVM Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Port Dickson

6. SYARAT PENYERTAAN

6.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar SVM Teknologi Kimpalan Kolej
Vokasional Port Dickson.
6.2 Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ahli
6.2.1 Seorang pengerusi
6.2.2 Tiga orang ahli panel
6.3 Peserta bagi setiap pasukan hendaklah kelas SVM Teknologi Kimpalan Kolej
Vokasional Vokasional.
6.4 Setiap pasukan perlu membincangkan skop dan tajuk yang ditentukan oleh
pasukan masing-masing setelah berbincang dengan guru.
6.5 Jawatankuasa pertandingan berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar
dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi
memastikan kelancaran pelajaran pertandingan.

7. TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

7.1 TARIKH : 10 Januari 2023


7.2 TEMPAT : Kelas 2 SVM Teknologi Kimpalan

8. STRATEGI PELAKSANAAN

8.1 Membuat perancangan untuk menentukan tarikh dan aktiviti.


8.2 Memanggil AJK dan mengadakan mesyuarat perbahagian tugas.
8.3 Membuat makluman kepada pelajar.
8.4 Mengadakan program pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
8.5 Penilaian dan pelaporan program.
9. AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Puan Zaharatunnaini binti Jusoh


Penasihat : En. Nor Fazal Adura bin Nordin
Pengerusi : En. Sarugunan A/L Shamugam
Naib Pengerusi : Puan Rosliza binti Kassim

Penyelaras : Muhammad Ezhal Halqhi bin Zanudin


Setiausaha : Nurfarahiyah Zahidah binti Mohd Mazlan
Bendahari : Arissa binti Ahmad Nazari

AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

9.1 JK Protokol Perasmian - Menentukan konsep dan acara yang dijalankan


Pelancaran dan Penutupan semasa majlis perasmian dan majlis penutupan.
- Memastikan perjalanan majlis berjalan lancer
- Adam Haris bin Khairul Anuar mengikut protokol yang ditetapkan.
- Dhiyauddin Hazim bin Roslan - Tugas lain yang berkaitan.

9.2 JK Pengacara Majlis - Memastikan majlis dari awal hingga akhir.


- Bekerjasama dengan pengurus pentas bagi
- Muhammad Luqman Hakim bin memastikan kelancaran majlis perasmian.
Saiful Rochman
- Mohamed Aqwa Farhan bin
Zaidi
9.3 JK Persediaan Tempat - Memastikan tempat perasmian dan pertandingan
Pelancaran dan Pertandingan dalam keadaan tersedia dan kondusif.
- Tugas lain yang berkaitan.
- Muhammad Hafiz bin MD Razi
- Muhammad Syukri bin Ghapor
- Muhammad Syarafi bin Mursyidi
9.4 JK Gimik dan Persembahan - Menentukan konsep gimik yang sesuai dengan
Guru/Kain Rentang program yang diadakan.
- Tugas lain yang berkenaan.
- Syahmi Haikal bin Shahnizam
9.5 JK Teknikal Pertandingan - Memastikan semua pertandingan dijalankan pada
tarikh dan masa yang telah dipersetujui.
- Amirul Asyraf bin Azman - Mengurus perjalanan dan keputusan pertandingan.
- Muhammad Amirul Aiman bin - Tugas lain yang berkaitan.
Razali
9.6 JK Hadiah - Mengenalpasti bentuk dan jumlah hadiah bagi
setiap pertandingan/aktiviti.
- Nur Amierul Azim bin Mazlizal - Bekerjasama dengan jawatankuasa pengacaraan
- Dhiyauddin Hazim bin Roslan dan pengurus pentas
- Tugas lain yang berkaitan.

9.7 JK Buku Program dan - Menyediakan buku program yang mengandungi


Persijilan kata aluan Pengarah KV, pengisian program, senarai
jawatankuasa, penghargaan dan perkara lain yang
- Muhaiman Aqra bin Salahuddin berkaitan.
- Muhammad Ammer Daniel bin - Membuat sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Azmi kepada pelajar yag terlibat.
- Tugas lain yang berkaitan.
9.8 JK Hakim Pertandingan - Mengenalpasti hakim setiap pertandingan.
- Menyediakan peraturan dan barang penghakiman
- Muhammad Faiz bin Mohd Farid bagi setiap pertandingan.
- Danial Ammar bin Norazlisham - Menyerahkan keputusan kepada JK Pertandingan
untuk Tindakan selanjutnya.
- Memantau perjalanan keseluruhan program.
9.9 JK Siaraya - Memastikan bilangan system siaraya mencukupi
dan berfungsi dengan baik.
- Muhammad Zaim Mustaqim bin - Tugas lain yang berkaitan.
Aznil
- Muhammad Zikry Ramadhan

10.1 JK Dokumentasi - Mengumpul semua bahan berkaitan bagi tujuan


pelaporan.
- Muhammad Naszrul bin - Tugas lain yang berkaitan.
Kamaruddin
- Arsyad Danish
10. AKTIVITI PROGRAM

MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

Majlis Pelancaran Forum


8.00 pagi Dalam Perhimpunan AJK Berkaitan
Bahasa Melayu

9.00 pagi Pendaftaran Peserta AJK Berkaitan

Taklimat Prosedur Peserta


9.15 pagi AJK Berkaitan
dan Cabutan Undi

Pertandingan Forum Makmal Bahasa


12.00 tgh AJK Berkaitan
Bahasa Melayu bermula
Rumusan Markah, Ulasan
12.15 tgh Ketua Hakim dan AJK Berkaitan
Keputusan Pertandingan

11. SUMBER KEWANGAN

Peruntukan PCG/PIBG/SWASTA/KOPERASI KV PORT DICKSON

12. ANGGARAN KOS

BIL PERKARA HARGA DAN KUALITI JUMLAH

Johan RM100.00
Naib Johan RM80.00
1. Hadiah Ketiga RM50.00 RM290.00
Sagu Hati RM30.00 x
2 kumpulan

2.
Cenderamata RM30.00 RM30.00

3.
Sijil RM25.00 RM25.00

4. Air Mineral RM12.00 x 3 kotak RM36.00

JUMLAH RM381.00
13. PENUTUP

Semoga aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini dapat memperkasakan


Bahasa Melayu dalam kalangan murid dan tenaga pengajar di Kolej Vokasional ini.
Semoga program ini akan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Disediakan oleh : Disokong oleh :

……………………………….. …………………………………….
( ) ( )
Setiausaha :
Guru Penasihat
Tarikh :

Diluluskan oleh :

………………………………..
( )
Pengarah,
Kolej Vokasional Port Dickson

Tarikh :
Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
kepada guru dan rakan-rakan sekalian. Bertemu kita dalam gelanggang
forum pada hari ini.

Sidang hadirin, ahli panel yang dihormati sekalian.


Pengerusi
Forum Topik kita pada hari ini ialah Tema 8 iaitu Pelancongan. Bersama saya
adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu jangan risau
kerana warga kita khususnya para penonton tidak senang duduk melihat
kejelitaan dan kesegakan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Baiklah
disebelah kanan saya, ahli panel yang pertama saudari Nurfarahiyah
Zahidah binti Mohd Mazlan. Selamat datang saudari Nurfarahiyah Zahidah,
apa khabar?

Ahli Panel Terima kasih saudara pengerusi, saudara Muhammad Ezhal Halqhi.
Pertama Alhamdulillah, khabar baik. Saudara bagaimana?

Alhamdulillah, saya juga berada dalam keadaan sihat walafiat dan cukup
bersemangat untuk berbicara tentang tema pelancongan.
Pengerusi
Forum Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua kita. Nampak yakin dan
tenang berada di sebelah kiri saya iaitu saudari Arissa binti Ahmad Nazari.
Selamat datang saudari Arissa.
Apa khabar saudari?

Ahli Panel Alhamdulillah, sihat sejahtera saudara pengerusi. Saya datang ke sini
Kedua dengan semangat yang membara seperti saudara juga.

Ya, sudah pasti saudari Arissa, topik bual bicara kita pada hari ini memang
menarik menjadikan kita sungguh terpanggil untuk membicarakannya.

Pengerusi
Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli panel
Forum
kita yang ketiga iaitu saudara Muhammad Shazmeer bin Shamsudin kacak
bergaya orangnya. Walaupun nampak pemalu, namun petah bicaranya agak
menakjubkan. Apa khabar saudara?
Ahli Panel Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik. Maka saya berada
Ketiga di sini bersama-sama suadara dan para hadirin. Salam forum buat semua.

Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel, kembali kita kepada
topik forum kita iaitu Pelancongan.

Sidang hadirin, ahli panel yang dihormati sekalian.


Pengerusi
Forum
Izinkan saya untuk membuka tirai diskusi forum kita dengan soalan
pertama yang akan saya ajukan kepada ahli panel pertama. Saudari,
apakah keistimewaan Borneo sebagai destinasi pelancongan? Mohon
saudari memberikan penjelasan tentang keistimewaan Borneo ini.

Terima kasih saudara pengerusi, saudara Muhammad Ezhal Halqhi.

Sidang hadirin dan ahli panel yang dihormati,

Sungguh menarik persoalan yang diajukan oleh saudara pengerusi


tentang keistimewaan Borneo sebagai destinasi pelancongan. Sarawak
dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan adalah antara tempat
percutian yang menarik di Malaysia. Kedua buah negeri ini serta Wilayah
Persekutuan Labuan terkenal dengan tempat pelancongan seperti hutan
hujannya yang lebat dan pantai yang cantik serta terdapat bangunan
Ahli Panel
bersejarah. Dengan begitu banyak tarikan dengan budaya yang kaya dan
Pertama
warisan bersejarah, berikut adalah keistimewaan Borneo sebagai
destinasi pelancongan.

Sabah diberkati dengan hutan hujan yang paling indah di dunia. Pusat
penemuan Hutan Hujan di Sandakan diperkenalkan untuk mendidik orang
ramai tentang keunikan dan kepentingan hutan ini. Anda boleh di sini
meneroka laluan hutan yang berbeza dan juga laluan kanopi keluli. Jika
anda gemar memerhati burung, anda akan gembira untuk mengetahui
bahawa bukan sahaja anda dapat melihat spesies burung yang jarang
ditemukan.

Ahli Panel
Saudara pengerusi, ahli panel dah hadirin sekalian.

Muzium Marin Labuan sangat menarik sekali kehidupan marin contohnya


ikan-ikan beracun, udang dan udang kara di dalam akuarium yang kebiru-
biruan. Di tingkat dua, habitat terumbu karang, habitat jerung dan pari,
reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, marlin, aktiviti-aktiviti
memancing dan menyelam, oseanografi, biologi marin, moluska dan
krustasea.

Pantai Damai terletak sekitar 35 kilometer dari pusat bandar Kuching dan
merupakan antara tempat menarik di Sarawak yang utama dengan pantai
yang mempunyai hutan dan Gunung Santubong sebagai latar
Pertama
belakangnya, anda akan merasa kagum dengan keindahan tempat ini.

Pulau Sapi terletak tujuh kilometer dari pusat bandar dan merupakan
salah satu tempat menarik di Sabah yang paling banyak sekali dikunjungi.
Juga terletak tidak jauh dari Terminal Feri Jesselton Point, terdapat
banyak spesies laut yang berwarna-warni yang jernih, anda boleh
menghayati keindahan alam semula jadi di pulau ini.

Terima kasih.
Kembali semula kepada saudara pengerusi forum, saudara Muhammad
Ezhal Halqhi.

Sidang hadirin,

Terima kasih saudari ahli panel pertama, saudari Nurfarahiyah Zahidah.

Sebentar tadi ahli panel pertama ada menyatakan tentang keistimewaan


Borneo sebagai destinasi pelancongan. Sungguh terharu di hati saya
apabila mendengar butir bicara tentang istimewanya Borneo. Ternyata
Pengerusi Borneo adalah tempat yang sesuai dikunjungi orang ramai kerana
Forum keindahan dan kecantikan hutannya.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua, saudari


Arissa tentang mengapakah Tanah Tinggi Cameron menjadi pilihan
pelancong.

Ahli Panel
Kedua Terima kasih saudara pengerusi majlis.
Yang dihormati sidang panel dan sidang hadirin.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Persoalan daripada saudara pengerusi tentang mengapakah Tanah Tinggi


Cameron menjadi pilihan pelancong akan saya perjelaskan.

Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan


tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi
1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10 darjah celcius hingga 20
darjah celcius. Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak
Cameron Highlands dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur
dianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, 355 kilometer dari
Kuantan atau 90 kilometer dari bandar Ipoh, Perak. Cameron Highland
mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada
ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-
Perak.

Cameron Highlands merupakan antara lokasi di Malaysia yang beriklim


tropika di tanah tinggi. Purata suhu tahunan dianggarkan sebanyak 18
darjah celcius. Pada bulan Februari 1978, Cameron Highlands melakar
sejarah mencatatkan suhu paling rendah setakat ini dengan bacaan 7.8
darjah celcius. Disebabkan Cameron Highlands terletak di kawasan tanah
tinggi, kadar kelembapan di Cameron Highlands adalah sangat tinggi.
Musim lembap di Cameron Highlands biasanya bermula pada bulan
Oktober dan November manakala kelembapan menurun dicatatkan pada
bulan Februari.

Ahli Panel
Kedua Berbalik kepada persoalan pengerusi sebentar tadi, tanah tinggi
Cameron menjadi pilihan pelancong adalah kerana mereka boleh pergi
ke Tanah Rata. Di Tanah Rata ada dua tempat yang menarik iaitu Taman
Agroteknologi MARDI dan kawasan penanaman strawberi. Di kawasan
penanaman strawberi, pelancong berpeluang untuk melihat cara
strawberi ditanam. Pelancong juga boleh membeli strawberi yang telah
dipetik atau memetiknya sendiri dari pokok. 245

Lain daripada itu, pelancong juga boleh mengunjungi ladang teh yang
seyojana mata memandang. Kemudian, pelancong boleh pergi ke
kawasan penanaman bunga ros. Selain ros, terdapat juga bunga-bungaan

lain seperti lavendar dan bunga matahari yang ditanam di situ. Hidup ini
memang penuh dengan onak dan duri, namun itulah yang menjadikan
hidup ini indah. Begitu juga dengan pelbagai spesies bunga kaktus yang
akan mereka saksikan. Walaupun diselaputi duri, kaktus tetap unik dan
digemari.

Sekian, saya kembalikan kepada saudara pengerusi forum. Terima kasih.

Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar daripada saudari ahli
panel kedua, saudari Arissa berhubung mengapakah Tanah Tinggi
Cameron menjadi pilihan pelancong.

Saya gembira dengan penyampaian ahli panel kedua sebentar tadi.


Pengerusi Siapalah yang dapat bayangkan betapa hebatnya Tanah Tinggi Cameron
Forum dengan cuacanya yang sejuk dan tempatnya yang cantik.

Soalan saya yang seterusnya buat ahli panel ketiga mungkin agak sukar
untuk dibicarakan kerana ahli panel pertama dan ahli panel kedua
mudah untuk bicarakannya. Saya ingin bertanya kepada ahli panel ketiga,
saudara Muhammad Shazmeer tentang kepentingan arkeopelancongan.

Ahli Panel
Ketiga Terima kasih saudara pengerusi forum.

Rakan ahli panel dan hadirin yang dihormati.

Terbang sekawan cari rezeki,


Burung merpati jelajahi buana;
Tiada bezanya luar negeri,
Malaysia jadi pilihan utama.

Indah dan manis saat mengimbau cantiknya keindahan alam. Namun,


pahit dan getir juga saat mengenang kurangnya penjagaan alam dimana
ancaman globalisasi sehingga mengakibatkan keindahan alam pupus.

Saya ingin perjelaskan tentang kepentingan arkeopelancongan.

Lembah Lenggong terletak di Hulu Perak kira-kira 80 kilometer dari


bandar Ipoh. Lembah Lenggong diisytiharkan sebagai Tapak Warisan
Dunia pada 30 Jun 2012 oleh Pertubughan Pendidikan Saintifik dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang juga dikenali
sebagai United National Educational Scientific and Cultural Organization
(UNESCO).

Bukit Bunuh adalah tapak terbuka yang mendedahkan bukti kebudayaan


Paleolitik sejak lebih 1.83 juta tahun dahulu. Bukit ini dihuni berterusan
dari semasa ke semasa sehingga 30,000 tahun lampau. Tapak kawah ini
impak meteor yang jatuh pada 1.83 juta tahun lampau. Bukti
kebudayaan dikesan daripada kehadiran pelbagai alat baru Paleolitik
termasuk peralatan seperti batu teras, batu pemukul, batu pelandas
serta bantuan impak meteor seperti suevil.

Gua Kajang adalah tempat dimana pecahan tembikar, alat batu, sisa
makanan dan rangka manusia ditemukan. Gua Kajang ini digunakan sejak
5000 hingga 11,000 tahun lalu sebagai petempatan dan Kawasan
pengebumian yang membabitkan zaman Paleolitik dan Neolitik.

Gua Badak ialah lukisan gua yang dilukis dengan arang dan juga digores
oleh masyarakat Negrito ditemukan oleh I.H.N Erans dalam tahun 1924.
Antara motif lukisan termasuklah aktiviti berburu menggunakan panah,
membawa buah kelapa, menunggang kuda dan gajah. Terdapat imej
haiwan seperti beruk, ayam, tenggiling, biawak dan kuda di samping
pelbagai motif abstrak yang sukar difahami maknanya. Tembikar dan alat
batu bergilap zaman Neolitik ditemukan oleh Callenfels dan Evans
semasa membuat ekskavasi dalam tahun 1926.

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong ini asalnya ialah Muzium Arkeologi


Kota Tampan yang kemudiannya menjadi Galeri Arkeologi Lembah
Lenggong setelah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia.
Galeri ini mempamerkan semua artifak dan maklumat daripada ekskavasi
arkeologi prasejarah yang ditemukan khususnya di sekitar Lembah
Lenggong dalam bentuk medium yang menarik dan bermaklumat. Antara
penemuan yang penting dipamerkan termasuklah Manusia Perak yang
berusia 11,000 tahun.

Terima kasih kepada ahli panel ketiga, saudara Muhammad Shazmeer


yang telah mengupas tentang kepentingan arkeopelancongan.
Pengerusi
Forum Sebagai penghujung bicara, saya mohon setiap ahli panel membuat
rumusan tentang perbincangan kita pada hari ini.
Saudara pengerusi, sahabat panel dan siding hadirin.

Nyanyi burung riang bersama,


Merdu suara burung kenari;
Ahli Panel
Bercuti rehat bersama keluarga,
Pertama Tempat menarik dalam negeri.

Sebagai generasi kini, saya sangat mengalu-alukan orang ramai untuk


bercuti bersama keluarga dan mencipta kenangan baru.

Akhir salam daripada saya, kerajaan seharusnya mempergiatkan lagi


Ahli Panel
pengiklanan tempat peranginan yang menarik di Tanah Tinggi Cameron
Kedua
supaya dapat menarik lebih ramai pelancong.

Pengerusi
Forum Terima kasih sahabat-sahabat ahli panel yang sungguh bersemangat
dan beriltizam.

Demikian tadi rumusan bual bicara daripada semua ahli panel kita
tentang pelancongan.

Tuntasnya, jauh perjalanan luas pemandangan, negara bersih rakyat


sihat.

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk
membicarakan isu Pelancongan ini. Semoga forum ini menjadi wadah
melahirkan rakyat yang cakna terhadap isu pelancongan, selanjutnya
mengambil berat tentang keindahan alam. Harapan saya forum ini juga
mampu memberikan semangat yang bermanfaat buat semua hadirin
yang dihormati.

Sidang hadirin yang dihormati,

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima


kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan
pembentangan forum ini.
Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini
selanjutnya mohon mengundur diri.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah


dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai