Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


AMBILAN OKTOBER 2022
SEMESTER 1

TUGASAN – LAPORAN DAN REFLEKSI

NAMA PELAJAR : NUR SHAFIKA BINTI ABDUL LATIF


ANGKA GILIRAN : 2022092420009
NO KAD PENGENALAN : 961223-08-5666
KUMPULAN/UNIT : PDPP PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH 1
KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP PENGURUSAN KOKURIKULUM
NAMA PENSYARAH : ENCIK YUNUS BIN YUSOF
TARIKH HANTAR : 24 DISEMBER 2022

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PETRA
JAYA 93050 KUCHING SARAWAK

LAPORAN PERTANDINGN PENULISAN KHAT

NAMA PROGRAM:
PERTANDINGAN PENULISAN KHAT

TEMPAT:
KELAS MIKRO 4, IPG DATO RAZALI ISMAIL
BATU RAKIT

ANJURAN:
Unit Kokurikulum, SMK PETRA JAYA

TARIKH:
20 Disember 2022
1.0 PENGENALAN

Pertandingan Penulisan Khat di kelas Mikro 4, Institut Pendidikan Guru (IPG)


Kampus Dato' Razali Ismail adalah bertujuan memberi pendedahan dan memantapkan
kemahiran pelajar SMK Petrajaya dalam penulisan khat. Di samping itu, pertandingan ini
dapat mencungkil kemahiran bakat para pelajar yang sedia ada untuk digilap agar
peninggalan warisan ini tidak ditelan arus zaman pemodenan. Bakat pelajar yang
terpendam dapat diluahkan dalam program ini dengan penilaian terhadap penghasilan
khat yang menarik dan kemas. Usaha ini merupakan pendedahan awal kepada pelajar
untuk mereka mengenali jenisjenis penulisan khat yang ada di Malaysia dan seterusnya
mengaplikasikan dalam bentuk penghasilan yang menarik sebagai sumber pendapatan
sampingan kelak. Malah, para peserta juga dapat mengetahui cara untuk mengasah
pensil khat secara tradisional dengan kerjasama secara berpasukan yang dibimbing oleh
fasilitator. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat memupuk sifat keyakinan diri,
kesungguhan dan kerjasama di antara satu sama lain. Di harapkan agar program ini dapat
memberikan peluang kepada para peserta untuk menonjolkan kemampuan dan
kemahiran diri masingmasing, seterusnya dapat menimba pengalaman dan pengetahuan
yang baharu serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru dan murid.

2.0 OBJEKTIF

Pelaksanaaan pertandingan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan iaitu :

1. Memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang penulisan khat

2. Mengasah dan memantapkan lagi bakat yang ada dalam diri pelajar

3. Memberikan kemahiran kepada pelajar tentang penulisan khat

4. Membina keyakinan diri pelajar untuk meluahkan bakat yang ada

5. Memartabatkan tulisan jawi agar tidak hilang ditelan zaman

3.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh dan masa/tempoh bagi pertandingan penulisan adalah seperti di bawah ini:

1. TARIKH / HARI : 20 Disember 2022 (Selasa)

2. MASA/TEMPOH : 1 Jam 30 Minit ( 2.00-3.30 Petang)

3. TEMPAT : Kelas Mikro 4, IPG Dato Razali Ismail


4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar PDPP Pendidikan Islam Menengah 1 (PAIMEN 1), IPG Kampus Dato’ Razali
Ismail, Bukit Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu.

5.0 RINGKASAN PERJALANAN PROGRAM

Program bermula pada jam 2.00 petang yang dimulai dengan sesi pendaftaran pelajar
PDPP PAIMEN 1 di kaunter pendaftaran. Seramai 30 orang pelajar yang telah mendaftar
untuk menyertai pertandingan ini. Setelah selesai pendaftaran, pelajar dikehendaki
menduduki tempat masing-masing dalam keadaan yang teratur.

Selepas itu, penganjur memberi sedikit taklimat dan membacakan peraturan


pertandingan dengan jelas untuk mengelakkan sesuatu yang tidak di ingini berlaku agar
menjamin ketelusan semasa pertandingan dijalankan. Kemudian, penganjur mengedarkan
kertas a4 dan sebatang pen atau pensil khat kepada para peserta dalam keadaan baik dan
mencukupi. Para peserta juga duduk di tempat masing-masing dalam keadaan yang
bersedia.

Tepat pada jam 2.15 petang pertandingan dimulakan dengan tempoh masa
1 jam dan anggaran ianya berakhir pada jam 3.15 petang. Semasa pertandingan dijalankan,
para peserta sangat fokus terhadap karya seni masing-masing. Pelbagai kreativiti dan idea
yang dicurahkan di dalam hasil penulisan kaligrafi khat oleh para peserta.

Penulisan khat di tamatkan pada jam 3.15 petang. Para peserta diminta
menghabiskan dan mengemaskan hasil sebelum dikutip oleh pihak penganjur. Setelah itu,
pihak penganjur mengutip hasil penulisan khat dan diberikan kepada para juri untuk dinilai
dengan baik dan adil.

Sementara itu, pihak penganjur menyediakan persiapan untuk acara


seterusnya iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pada jam 3.20 petang,
acara penyampaian diadakan setelah para juri menetapkan pemenang tempat pertama,
kedua dan ketiga. Tempat pertama yang dimenangi oleh Nurul Afiqah Binti Khadri. Tempat
kedua oleh Nurul Aimi Nadhirah binti Rosli. Manakala tempat ketiga oleh Nurul Athirah
binti Amir Hamzah.

Maka dengan berakhirnya penyampaian hadiah maka berakhir lah juga


progam Pertandingan Penulisan Khat pelajar PDPP PAIMEN 1 2022. Semoga dengan
program yang dilaksanakan ini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan asas kepada
pelajar tentang ilmu-ilmu penulisan khat agar dapat membimbing dan menyebar luaskan
lagi tentang kesenian Islam yang unik ini pada masa akan datang.
6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa Program adalah sama seperti di dalam kertas kerja

JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : Tuan Khasim Bin Brahim (Pengetua SMKPJ)

Pengerusi : Encik Ahmad Nasihin Bin Sukami (PK Kokurikulum SMKPJ)

Naib Pengerusi I : Encik Wong Kiong Woung (PK Pentadbiran SMKPJ)


Naib Pengerusi II : Puan Faridah Bt Abang Wahab (PK HEM SMKPJ)
Penyelaras Program : Nur Shafika Binti Abdul Latif
Penolong Penyelaras : Nurhafizah Binti Dasri

Setiausaha : R Mohamad Hafezuddin Bin R Husin

Bendahari : Athirah Binti Amir


JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras Program : Nur Shafika Binti Abdul Latif

Penolong Penyelaras : Nurhafizah Binti Dasri

Setiausaha : R Mohamad Hafezuddin Bin R Husin

Bendahari : Athirah Binti Amir

AJK Pengangkutan : Ahmad Faiz Bin Mohd Fauzi

AJK Kebersihan : Fadhirul Bin Anuar

AJK Keselamatan : Mohd Ariff Bin Nor Azman

AJK Aktiviti

: Encik Kamsany Bin Suhaimi

: Puan Hasni Binti Che Mohd Adli

AJK Dokumentasi & Laporan : Puan Syuhada Binti Mohd Nasir

AJK Peralatan : Encik Suffian Bin Mohammad Sabri

: Encik Adam Bin Samsuri

AJK Pengesahan Pendaftaran : Encik Zainuddin Bin Md. Yusuf

AJK Sijil, Hadiah & Cenderahati : Intan Nazira


AJK Bacaan Doa : Ustaz Ahmad Nawawi Bin Mohd

AJK Juruacara : Puan Wan Noraini Binti Wan Omar

AJK Siaraya : Encik Amirullah Bin Azman

AJK Pamplet & Publisiti : Encik Zakwan Fattah Bin Kamaruddin

AJK Hiasan Tempat/Pentas : Puan Rosnani Binti Awang

TUGAS JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

Penyelaras Program  Merancang dan berbincang mengenai prosedur


pertandingan.
 Membentuk jawatankuasa.

 Memantau semua jawatankuasa pelaksana bagi


memastikan pertandingan berjalan dengan lancar.
 Memastikan perjalanan sebelum, semasa dan selepas
pertandingan berjalan seperti yang dirancang.
Penolong Penyelaras Program  Membantu dalam pelaksanaan pertandingan

Setiausaha  Membuat kertas kerja pertandingan.

 Mengurus dan menyediakan surat menyurat dan borang


yang diperlukan oleh jawatankuasa kerja untuk perjalanan
pertandingan.
 Merancang tentatif.

 Menyediakan jadual bertugas guru dan AJK.

 Menyediakan borang penyertaan kepada peserta.


 Menyediakan senarai semak barang yang diperlukan
oleh peserta.
Bendahari  Membuat kutipan bayaran daripada peserta pertandingan.

 Memastikan semua peserta membuat bayaran penyertaan


dalam tempoh yang ditetapkan.
 Memastikan segala perbelanjaan mencukupi seperti yang
dirancang.
 Membuat perjalanan akaun pertandingan.
AJK Aktiviti  Mengurus dan menyusun segala aktiviti.

 Menyampaikan taklimat berkenaan peraturan dan slot.

 Memastikan peserta memahami peraturan


pertandingan

AJK Keselamatan & Disiplin  Mengawal disiplin murid.

 Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.

 Memastikan keselamatan murid terjamin sepanjang


melaksanakan pertandingan.
AJK Dokumentasi & Laporan  Merakam peristiwa sepanjang pertandingan.

 Menyediakan laporan bergambar dan video sepanjang


pertandingan.

AJK Kebersihan  Memastikan kawasan yang digunakan bersih seperti sedia


kala.
 Melakukan aktiviti gotong royong sebelum pulang.

AJK Peralatan  Merancang dan memastikan peralatan yang diperlukan


mencukupi.
 Memastikan segala peralatan dalam kedaaan yang baik dan
cukup.
AJK Pengesahan Pendaftaran  Memastikan para peserta hadir dan mencukupi

 Menyediakan senarai peserta yang mengikuti pertandingan.

AJK Sijil, Hadiah & Cenderahati  Menyediakan hadiah dan cenderamata kepada peserta dan
tetamu jemputan yang hadir.
 Menyediakan sijil penghargaan dan sijil penyertaan peserta.

AJK Bacaan Doa  Membaca doa sebelum dan selepas program.

AJK Juruacara  Menjalankan raptai ringkas.

 Menyediakan teks juruacara.

 Melantik wakil peserta untuk memberikan ucapan.


AJK Siaraya  Memastikan kelancaran laptop, mikrofon dan amplifier
semasa majlis penutupan berlangsung.

AJK Hiasan Tempat/Pentas  Memilih dan memastikan tempat yang sesuai untuk
menjalankan pertandingan.
7.0 KEWANGAN

Kewangan yang digunakan adalah sama seperti di dalam kertas kerja

1. Perolehan/Pendapatan
BIL. PERKARA CATATAN JUMLAH (RM)

1. Kutipan Yuran Penyertaan RM 5.00 x 30 orang murid 150.00

2. Peruntukan Kokurikulum RM 100.00 100.00

4. Sumbangan PIBG RM 100.00 100.00

JUMLAH 350.00

2. Perbelanjaan

BIL. PERKARA CATATAN JUMLAH (RM)

1. Pensil Khat RM5.00x30 batang 150.00

2. Kertas khat RM 50.00 x 1 ring 50.00

3. Hamper dan saguhati perasmi RM130.00 130.00

4. Sijil Penyertaan RM 20.00 20.00

JUMLAH 350.00
8.0 TENTATIF PROGRAM

Tentatif program adalah sama seperti di dalam kertas kerja

MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN

 AJK Pengesahan
2.00 petang Berkumpul dan mendaftar kehadiran peserta di
Penyertaan
Dewan Serbaguna
Peserta mengambil tempat dan pengagihan
2.15 petang
kelengkapan barang penulisan

2.30 petang Pertandingan penulisan bermula  AJK Pengangkutan


 AJK Pertandingan

3.30 petang Pertandingan penulisan tamat  AJK Peralatan

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil  AJK Cenderahati


3.35 petang
- Majlis Perasmian Penutupan

4.00 petang Bersurai

9.0 PERMASALAHAN PROGRAM & CARA MENGATASINYA

Permasalahan yang timbul adalah masa yang tidak mencukupi. Disebabkan kami
mula merancang pertandingan ini pada hujung tahun, pertandingan ini baru dapat dijalankan
pada cuti sekolah bulan 12. Oleh itu, tempat pertandingan ditukar di IPG Kampus Dr Razali
Ismail Terengganu. Ahli jawatankuasa kekal sama tetapi peserta ditukarkan penyertaannya
kepada pelajar PDPP PAI MEN 1 di IPG tersebut.

10.0 MANFAAT PROGRAM

Dari pihak penganjur, manfaat yang kami perolehi adalah erti kerjasama dalam
berkumpulan demi menjayakan pertandingan tersebut. Dari pihak peserta, mereka dapat
mengenal tulisan khat yang ada di dunia seperti khat nasakh, thuluth, diwani, riq’ah, farisi
dan kufi yang biasa digunakan. Mereka juga dapat mengasah bakat untuk menulis khat
yang cantik dan kemas. Selain itu, penganjuran pertandingan seperti ini dapat menarik lebih
ramai generasi muda untuk meminati seni khat.
11.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kami dapati kelemahan-kelemahan yang terdapat semasa perancangan,


pelaksanaan dan selepas pelakasanaan Pertandingan Penulisan Kaligrafi Khat perlu
penambahbaikan yang sepatutnya agar kelemahan sepanjang pelaksanaan program
tersebut dapat memberi pendedahan kepada kami semua dalam merancang, melaksana
dan mengelola sesuatu program seperti karnival ini.

Tarikh yang dirancang untuk melaksanakan program tersebut perlu ditetapakn


terlebih awal bagi memastikan masa mencukupi untuk bersedia lebih awal kerana setiap
perancangan yang telah dibuat memerlukan masa yang lama supaya persediaan dan
pelaksanaan sesuatu program seperti pertandingan ini dapat dijalankan dengan lancar dan
tidak kelam kabut. Ahli jawatankuasa perlu mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali
perjumpaan atau mesyuarat bagi memastikan perjalanan program yang dirancangkan
berjalan dengan baik.

Selain itu, sebarang permasalahan yang timbul sewaktu perancangan dapat


diselesaikan bersama. Keputusan untuk memilih pertandingan yang sesuai agak lewat perlu
dielakkan untuk program yang seterusnya. Sepatutnya kami merancang dan memilih
permainan yang difikirkan sesuai untuk dipertandingkan lebuh awal agar tidak menganggu
proses-proses lain seperti penyediaan kertas kerja dan juga keperluan barang yang
diperlukan untuk permainan tersebut perlu disediakan lebih awal. Pembahagian tugas dan
penerangan tentang tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan sebelum hari pertandingan
perlu dilakukan lebih awal agar ahli jawatankuasa yang terlibat dengan tugas-tugas tersebut
bersedia dan jelas tentang bidang tugas-tugas masing-masing. Jadi, masalah seperti ‘miss
communication’ tentang bidang tugas dapat dielakkan sama sekali.

Seterunsya, sistem pemarkahan bagi pertandingan khat yang telah kami anjurkan
perlu lebih sistematik dan tetap agar tidak menjadi kekeliruan kepada peserta. Ini bertujuan
permarkahan yang telus dan adil semasa pemarkahan dijalankan. Sebelum itu, hakim yang
dipilih perlu diberi penerangan terlebih dahulu tentang aspek yang dikira dalam pemarkahan.

12.0 MAKLUM BALAS YANG TERLIBAT

Alhamdulillah, program yang dianjurkan berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa
kekurangan. AJK pelaksana program bersikap proaktif menutup segala kekurangan yang
ada. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan segala
permasalahan yang berlaku ketika program kali ini tidak akan berlaku pada masa akan
datang. Tahniah kepada semua AJK pelaksana yang terlibat.
13.0 PENUTUP

Secara kesimpulan, program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Kerjasama antara rakan-rakan AJK pelaksana melicinkan lagi perjalanan dan aturan
program yang dijalankan. Tanpa kerjasama yang jitu, maka tidak mudah untuk
melaksanakan program ini. Di samping itu, bantuan dan tunjuk ajar daripada guru dan pihak
pentadbir amatlah membantu kami dalam melaksanakan program pertandingan khat
tersebut. Semoga pertandingan ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

14.0 REFLEKSI

Pada hari Selasa bersamaan 20 Disember 2022 yang lalu, SMK Petra Jaya
telah menganjurkan satu pertandingan penulisan khat di kelas Mikro 4, Institut Pendidikan
Guru (IPG) Kampus Dato' Razali Ismail. Terdapat banyak pengalaman yang saya
perolehi dari program tersebut antaranya ialah pengalaman menguruskan satu
program yang agak besar bagi saya dengan penyertaan kira-kira 30 orang pelajar.
Pengalaman ini adalah sangat bermakna bagi saya kerana saya merupakan seorang
yang pasif terutamanya untuk menyertai program-program sebegini. Jadi, apabila saya
sendiri harus meguruskan program ini untuk tugasan, semestinya saya memberikan
yang terbaik dan saya akui, saya tidak menyesal untuk berada sepanjang program tersebut.
Hal tersebut adalah kerana saya dapat bekerjasama dengan warga sekolah
dalam menjayakan program ini malah saya juga dapat berinteraksi dengan wajah-wajah
baru iaitu para peserta program ini beserta waris-waris mereka. Sepanjang program ini
dijalankan, saya dapat lihat komitmen dan kerjasama yang tinggi yang diberikan oleh
kesemua yang terlibat. Setiap jawatankuasa sentiasa komited dan menjalankan peranan
masing-masing dengan berkesan, para ahli jawatankuasa yang tidak jemu memberi
nasihat dan tunjuk ajar dan pensyarah kami yang sering memberi galakan dan
dorongan terhadap kami demi menjayakan program ini. Sesungguhnya, perkara-
perkara demikian sangat membantu dalam meningkatkan motivasi kami demi menyiapkan
tugasan ini. Seterusnya, tidak syak lagi, penglibatan murid secara aktif, menunjukkan
minat yang mendalam serta kerjasama yang erat antara mereka memudahkan lagi
perjalanan program ini.Demikian sahaja refleksi saya. Saya mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.
Terima kasih.
15.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai