Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

1. TAJUK : AKTIVITI PENGAYAAN PSV TINGKATAN 3

2. DIKEMUKAKAN OLEH

Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

3. TUJUAN

Mengukuhkan kemahiran seni lukisan sedia ada serta memupuk minat dan bakat di kalangan
murid pelbagai kebolehan

4. PENGENALAN

Aktiviti pengayaan Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu inisiatif yang dirancang di
bawah Program Catch-Up Plan Fasa 2. Matlamat utama adalah untuk mengukuhkan kemahiran
sedia ada seterusnya mengembangkan lagi tahap dan potensi murid dalam bidang seni visual
melalui aktiviti-aktiviti tambahan yang lebih mencabar. Aktiviti yang akan dijalankan lebih
berfokus kepada penguasaan kemahiran seni lukisan. Ini kerana, kemahiran melukis sangat
penting kerana lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan
karya-karya yang lebih kompleks seperti seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya. Selain
itu, aktiviti pengayaan seperti ini, membolehkan murid mencapai pembelajaran secara masteri di
mana mereka dapat menguasai penggunaan pelbagai media dan teknik dan seterusnya mampu
menzahirkan satu bentuk karya seni yang kreatif dan inovatif pada masa akan datang.

5. OBJEKTIF

Pada akhir bengkel ini, Muird dapat:

5.1 Meneroka kepelbagaian media dan teknik berdasarkan tema

5.2 Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.

5.3 Menambahkan sifat ingin tahu dalam proses penerokaan media dan teknik.

5.4 Menambahkan minat dan mengembangkan bakat dalam bidang seni visual.

1
6. MAKLUMAT DAN PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 Tarikh : 10 JANUARI – 25 FEBRUARI 2022

6.2 Masa : Mengikut Jadual Waktu Subjek

6.3 Tempat : Bilik Darjah

6.4 Penglibatan : Semua murid tingkatan 3

6.5 Jawatankuasa

Pengerusi : Pn. Norehan binti Abdul Sani

Naib Pengerusi ( i ) : Pn. Siti Noriza Binti Samean

Naib Pengerusi ( ii ) : Pn. Siti Hanim Binti Ramli

Naib Pengerusi (iii) : Pn. Norzakmar Binti Nur Halim

Naib Pengerusi (iv) : Pn. Nur Zamiah Binti Che Hussin

Naib Pengerusi (v) : Pn. Shahrina binti Zainal Abidin

Setiausaha : Pn. Fatiha binti Khaidzir

7. JAWATANKUASA KERJA

BIL AJK NAMA GURU BIDANG TUGAS


PENYEDIAAN ABM
1 ROHANA KASSIM Menyediakan alat dan bahan untuk program
DAN BBM
Menyediakan laporan dalam bentuk softcopy
2 DOKUMENTASI FATIHA KHAIDZIR
& hardcopy.
NORYAZAWATI Merakam foto sepanjang pelaksanaan
3 FOTOGRAFI
MOHD YAZID program

8. JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini dilaksanakan oleh guru PSV Tingkatan 3 mengikut jadual waktu mengajar selaras dengan
Rancangan Pengajaran Tahunan Tambahan iaitu dari minggu 43 sehingga minggu 49.

2
9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI / HARGA (RM) JUMLAH (RM)

1. Modul Eksplorasi Tingkatan 3 300 set x RM 0.40 RM 120.00

2. Kertas Lukisan 135 gsm (A4) Rim 4 rim x RM 25.00 RM 100.00

JUMLAH RM 220.00

10. KELULUSAN DIPOHON

Kelulusan dipohon daripada pihak Pengurusan Sekolah menggunakan peruntukan PCG


sebanyak RM 220.00 bagi melaksanakan program ini.

11. PENUTUP

Program ini diadakan dengan harapan agar semua murid dari semua kumpulan kebolehan dapat
meningkatkan kemahiran seni lukisan dalam suasana pembelajaran yang bermakna.

Disediakan oleh Disemak oleh

.............................................. ..............................................
( Fatiha bt Khaidzir ) (Noryazawati Binti Mohd Yazid)
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual GKMP Kemanusiaan
SMK Perimbun SMK Perimbun

3
(PENGESAHAN KEWANGAN DAN AKAUN)

Saya mengesahkan bahawa butir-butir dalam kertas kerja adalah benar dan mencukupi bagi
menampung kos yang dipohon.

Tandatangan : ___________________________________________________

Nama : ___________________________________________________

Jawatan : ___________________________________________________

Cap Jabatan : ___________________________________________________

Tarikh : ___________________________________________________

Peruntukan : YURAN KHAS

(KELULUSAN KETUA JABATAN)

Saya mengesahkan bahawa butir-butir di atas adalah benar dan permohonan ini

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

CADANGAN : ___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

Tandatangan : ___________________________________________________

Nama : PN. NOREHAN BINTI ABDUL SANI

Jawatan : PENGETUA

Cap Jabatan : ___________________________________________________

Tarikh : ___________________________________________

Anda mungkin juga menyukai