Anda di halaman 1dari 4

Anjuran :

PSS Jannatul Ilmiah


SK Sungai Las
Kertas Kerja Kursus Kepimpinan Pusat Sumber Sekolah

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN
PENGAWAS PUSAT SUMBER

1.0 Pengenalan

Pengawas Pusat Sumber merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan bagi


membantu pengurusan pusat sumber sekolah. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti
dan diberikan latihan khusus dalam pengurusan buku-buku di pusat sumber,
pengurusan pusat sumber dan bilik media dan kawalan disiplin murid –murid yang
menggunakan kemudahan di pusat sumber. Pengawas pusat sumber perlu
dibekalkan dengan kemahiran komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan
dengan murid lain di sekolah dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada
orang lain. Selain itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah
yang baik dan terpuji dalam kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan
contoh dan model yang berguna dalam kalangan murid memandangkan mereka
adalah pemimpin sekolah. Oleh kerana itu, Kursus Pengawas Pusat Sumber perlu
dijalankan untuk ahli-ahli Pengawas Pusat Sumber melengkapkan modul latihan
pengawas pusat sumber di samping menjalinkan kerjasama yang baik antara ahli
pengawas senior yang junior. Jika kejelekitan antara ahli pengawas pusat sumber
sendiri sangat baik, maka mudah menjalankan aktiviti menolong di sekolah sebagai
satu pasukan yang bekerjasama dan bertoleransi antara mereka.

2.0 Objektif
1) Agar pengawas pusat sumber dapat menjalani kursus bagi membina semangat
pasukan
2) Agar pengawas pusat sumber dapat melatih diri dalam pengurusan pusat sumber
sekolah dengan lebih sistematik.
3.0 Tarikh
7 Januari 2020

4.0 Tempat
SK Sungai Las

5.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Zaidi Bin Ismail ( Guru Besar )


Naib Pengerusi : Yusof Bin Mat Amin ( PK Kurikulum )
Setiausaha : Nik Saarah Fatimah Binti Hamad ( Penyelaras PSS )

BIL AJK TUGAS


1 AJK JEMPUTAN DAN PENDAFTARAN 
 Menyediakan borang pendaftaran dan memastikan
Rosmaimi Binti Mamat semua peserta menandatangani borang pendaftaran

2 AJK BUKU PROGRAM DAN  Menyediakan buku program untuk diedarkan kepada
DOKUMENTASI peserta dan AJK
 Menyediakan borang penilaian program
Mohd Azizi Bin Ab Rahman  Menyediakan dokumentasi
 Menangkap gambar sepanjang program
3 AJK HADIAH DAN SIJIL  
 Menyediakan sijil kepada semua peserta kursus
Wan Aznirah Binti Wan Salleh

4 AJK PERSIAPAN TEMPAT DAN  Menyediakan dewan untuk program dengan mengatur
PERALATAN kerusi meja
 Memastikan PA Sistem berfungsi dengan baik
Hafizalman Bin Othman
Muhammad Fauzi Bin Mat Junoh Arifin

5 AJK MODUL  Menyediakan modul / slaid untuk program


 Melatih fasilitator untuk program
Nik Saarah Fatimah Binti Hamad
Wan Mohd Sani Bin Wan Sulong
6 AJK MAKANAN  Menentukan menu yang sesuai untuk makan pagi
dan makan tengah hari
Wan Aznirah Binti Wan Salleh  Memastikan makanan yang dibekalkan mencukupi
Fayroz Bin Udzir

AJK Kerja

6.0 TENTATIF PROGRAM

2.00 ptg : Pendaftaran


2.15 ptg : Taklimat penyelaras
Taklimat guru pengawas pusat sumber
2.30 ptg : Slot 1 : Tugas dan peranan Pengawas PSS
3.30 ptg : Slot 2 : Ucapan GPK HEM
4.30 ptg : Rumusan Dan Penilaian Program
Majlis Penutup
Bersurai
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Sumber Kewangan
PIBG : = RM 50.00

Perbelanjaan:
Makanan : RM 5 x 10 orang = RM 50

8.0 PENUTUP
. Diharapkan agar kursus pengawas pusat sumber ini dapat mencapai objektif
yang diharapkan dan melahirkan pengawas pusat sumber yang berketrampilan.

Disediakan oleh,
………………………………………..

(Nik Saarah Fatimah Binti Hamad)


Penyelaras PSS

SK Sungai Las

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

…………………………………..
( ZAIDI BIN ISMAIL )
Guru Besar,
SK Sungai Las.

Tarikh : 7 Januari 2020

Anda mungkin juga menyukai