Anda di halaman 1dari 8

BORANG PEMARKAHAN TEMUDUGA

CALON PENGAWAS BARU


SK. KEB. TELOK MAS
SESI 2016

Anggaran Jumlah Pengawas Baharu SKTM 2016

1. Tahun 2 ke tahun 3 - 20 orang pengawas.


2. Tahun 3 ke tahun 4 - 4 orang pengawas.
3. Tahun 4 ke tahun 5 - 3 orang pengawas.
4. Tahun 5 ke tahun 6 - 2 orang pengawas

• Jumlah pengawas baharu yang diperlukan adalah lebih kurang seramai 30 orang
mengikut jumlah jawatan pengawas yang ditinggalkan oleh pengawas tahun 6.
• Pemilihan pengawas tidak tertakluk kepada jantina tetapi kepada jumlah markah
yang diperolehi. Lebih tinggi markah yang diperolehi, lebih tinggi keutamaan
untuk dipilih.

Calon Lelaki:

Markah
Kelas

Pemahaman Pengurusan
Bil.

Nama Calon No. Penampilan Sikap Jumlah


Kedudukan Pakaian/Personaliti SelesaikanTugas ttg Nilai Masa
dalam kelas (10M) (10M) (10M) (10M)
1. MUHAMMAD AL FADHIL B. OTHMAN 2A

2. MUHAMMAD ZAIDAN B. MOHD FAUZI 2A

3. ABDUL BARI B. MOHD FAEDAL KHAN 2A

MUHAMMAD PUTERA QURAZAN B.


4. ABDULLAH
2A

5. AINUL DANISH BIN SALAHHUDDIN 2A

6. ABDUL MUHAIMIN B. FAKHRUGHAZI 2B

7. MUHD ZAJ IQRAM B. ABDULLAH 2B

8. MUHAMMAD ANAS SYAKIR B. MD DAUD 2C

9. MUHD ADIB SYARAFUDDIN B. ABDULLAH 2C

10. MUHAMMAD IRFAH B. OMAR 2C

11. MUHD ADIB DANIAL B. RAIMI 2C

12. MUHD FUAD B. ROSLAN 3B 5

13. M. AKMAL HALIM B. MUHD AMINUDIN 3B 18

14. M. AMIRUL AZIM B. HARIZUL 3B

15. M. IZZAT FAKHRI B. HANYZAM 3B

16. JEEF RAFIQIN B. MD JAAFAR 3B

17. AKMAL AZIM B. AZMI 3B

18. AHMAD RAYYAN RAMADHAN B. RIDUAN 3B

19. AHMAD DANISH IZZUDIN 3C


20. MUHAMMAD EMRAN WILDAN 3C

21. HAZIM ZUHRI 3C

22. SAYYIDI AFIF 3C

23. HAZIQ HAIQAL BIN NAZRI 4B

24. AIMAN HAKIMI MOHD FITRI 5C

25. MUHD AKMAL FAHMI B. M FAIRUZ 5C

26. MUHD FADLI AFANDI B. FADZIL 5C

27.

28.

29.

30.

31.

32.
BORANG PEMARKAHAN TEMUDUGA
CALON PENGAWAS BARU
SK. KEB. TELOK MAS
SESI 2016

Anggaran Jumlah Pengawas Baharu SKTM 2015

1. Tahun 2 ke tahun 3 - 20 orang pengawas.


2. Tahun 3 ke tahun 4 - 4 orang pengawas.
3. Tahun 4 ke tahun 5 - 3 orang pengawas.
4. Tahun 5 ke tahun 6 - 2 orang pengawas

• Jumlah pengawas baharu yang diperlukan adalah lebih kurang seramai 30 orang
mengikut jumlah jawatan pengawas yang ditinggalkan oleh pengawas tahun 6.
• Pemilihan pengawas tidak tertakluk kepada jantina tetapi kepada jumlah markah
yang diperolehi. Lebih tinggi markah yang diperolehi, lebih tinggi keutamaan
untuk dipilih.

Calon Perempuan:

Markah
Kelas

Pemahaman Pengurusan
Bil.

Nama Calon No. Penampilan Sikap Jumlah


Kedudukan Pakaian/Personaliti SelesaikanTugas ttg Nilai Masa
dalam kelas (10M) (10M) (10M) (10M)
1. NURAIN FARIHA BT SHAMSUL BAHARI 2A

2. ALYAH ADRIANA BT SUHAIMI 2A

3. ARFAN HADI F BT ABDUL HAFIZ 2A

4. NURAZRA AINA AZHANIE BT AZHAR 2A

5. UMMI NABIHAH BT HAMDAN 2A

6. NURAQILAH HAYANI BT MOHD ZAKI 2A

7. NUR ALYA MAISARAH BT RAZMIN 2A

8. ZAHIRAH BT ZAKARIA 2A

9. NURUL HUSNA BT MUHD SUFIAN 2A

10. ZAARA TASNIM BT MUHD SYAFUDDIN 2A

11. NURRIZ ADRIANA IZWANI 2A

12. DARWISYAH INSYIRAH 2B

13. NUR ATIKAH MARSYA AZHAR 2B

14. ALIAH SUFIAH AZAHARI 2B

15. ROZANAH BALQIS SOFIA BT RIDUAN 2B

16. FATIN NAJWA BT AHMAD FADZIL 2C 1

17. NUR FARAHANIM RAMLI 2C

18. NURUL SAFWANAH BT OTHMAN 2C


19. NUR AEISYA SAKINAH BT HAZAR 2C

20. SITI KHADIJAH BT MD RASHID 2C

21. NUR AIN NATASHA BT SALIM 3B

22. SITI NUR SOFFINA BT BAKAR 3B

23. NURUL NAJWA 3B

24. HANIS SYAZWANI 3B

25. NUR ELISA EMILIE 3C

26. NUR AMALINA 3C

27. NUR NILAM FARISYAH 3C

28. NURUL ATIQAH INSYIRAH ABDULLAH 3D

29. YASMIN SAFIAH BT MEOR AZMAN 4A

30. AININ SOFEA BT TIJIRIMALEK 4A

31. AIMUNI NAJIHAH BINTI MOHD FAUZI 4B

32. NURUL AZIRA BINTI MOHD NIZAM 4B

33. NUR SYAHIRAH BT RAMLI 5B

34. NURRIZ ARISYAH IZZATI BT MUHD RIZAM 5B

35. NUR SYAZWANAH BT RAMLEE 5C

36.

37.

38.

39.

40.

41.

42.

PEMILIHAN CALON PENGAWAS SEK. KEB. TELOK MAS


SESI 2016
Panduan Sesi Soal-Jawab Penemuduga

Temuduga dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri penting yang ada pada seorang bakal
pengawas. Soalan-soalan yang dikemukakan akan dapat mencungkil nilai-nilai bagi
personaliti diri setiap calon yang ditemuduga. Beberapa kategori markah perlu diisi oleh
penemuduga bagi membezakan tahap keupayaan calon yang akan berjaya dicalonkan
sebagai pengawas sekolah sesi 2016 SKTM.

Penampilan (pakaian/personaliti)

1. Pemarkahan bahagian ini boleh dibuat dengan menilai cara pemakaian calon
dari segi kebersihan dan kekemasan rambut.
2. Sebarang kekurangan yang dapat dikesan akan mengurangkan pemberian
markah seperti kasut yang tidak berkapur, rambut yang panjang, tali leher
yang tidak ditarik kemas dan pakaian yang comot-momot.
3. Kategori ini memerlukan penilaian bukan sahaja secara fizikal tetapi karektor
dalaman calon yang dapat dikesan dengan melihat keseluruhan cara
pembawakan diri calon.

Sikap / Tanggungjawab

Sikap atau perilaku calon akan dinilai melalui ruangan ini. Dengan menggunakan soalan
yang sesuai penemuduga akan dapat mengetahui sikap calon yang boleh dijadikan
platform pemberian markah. Antara sikap yang menjadi perhatian utama ialah sikap
bertanggungjawab terhadap diri, rakan, guru dan sekolah. Oleh itu, penemuduga boleh
mengemukakan soalan-soalan berkisar tentang butir-butir pertanggungjawaban yang
diperkatakan tadi.

Antara soalan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. #Adakah anda menghabiskan semua kerja rumah yang diberikan oleh


guru?
#Pernahkah anda dimarahi / didenda / ditegur oleh guru kerana tidak siap
kerja rumah?
#Jika pernah, Mengapakah anda tidak siapkan kerja tersebut? Lupa?
Terlalu banyak sehingga tidak sempat disiapkan?

2. #Pernahkah anda melihat seorang guru yang baru sampai sekolah keluar
daripada keretanya bersama beg dan barang-barang yang dikelek kiri dan
kanan?
#Jika pernah, adakah anda pernah menawarkan bantuan untuk mengangkat
barangan tersebut bagi meringankan bebanan guru itu?
#Jika tidak pernah, adakah sememangnya tidak pernah melihat keadaan itu
sepanjang berada di sekolah atau memang tidak pernah peduli akan guru-
guru atau anda begitu sibuk dengan hal-hal anda setiap pagi sehingga tidak
sedar langsung apa-apapun yang berlaku di sekeliling atau memang anda
jenis tak kisah?

3. #Seorang rakan anda agak bising semasa pertukaran guru mata pelajaran.
Pada kebiasaannya, adakah anda turut sama memeriahkan suasana bising
itu atau menegurnya supaya bertenang dan diam?
#Pernahkah walaupun sekali anda menegur rakan-rakan yang bising di
dalam kelas? Atau anda tidak pernah langsung menegur rakan-rakan yang
bising? Mengapa? Takut hilang kawan? Takut dipulaukan? Atau anda
jenis pendiam yang berpegang kepada “lantak kau la”? Atau
sememangnya anda jenis pendiam dan hanya fokus untuk belajar sahaja?

4. #Keadaan persekitaran kelas agak kotor. Apakah tindakan anda?


Mengambil tindakan membersihkan kelas? Memberitahu Ketua Kelas?
Atau terus melihat jadual bertugas dan meminta rakan yang bertugas pada
hari itu bertugas kerana kelas agak kotor? Atau anda buat tidak tahu
sahaja?
#Jika pada hari itu adalah hari anda bertugas, adakah anda menjalankan
tugas? Adakah pernah lebih daripada 3 kali anda diarahkan oleh ketua
kelas atau guru untuk menjalankan tugas dalam kelas?
#Pernahkah kelas anda memenangi pertandingan kebersihan kelas? Jika
pernah, apakah pada pandangan anda kekuatan utama yang menjadi faktor
kemenangan kelas anda? Tahu / tidak tahu?

5. #Adakah anda beratur ketika mengambil makanan di kantin? Jika ya,


apakah perasaan anda jika melihat ada rakan yang memotong barisan?
Marah? Geram? Ingin tegur? Anda berfikir untuk tegur sahaja atau anda
benar-benar menegur salah laku rakan anda itu?

6. Pernahkah anda menegur rakan anda membuang sampah merata-rata di


sekitar kawasan sekolah? Sila ceritakan kejadian itu!

Pemahaman Tentang Nilai

Soalan ini menguji tahap pengetahuan dan pemahaman murid tentang nilai yang agak
sinonim dengan seeorang yang bergelar pengawas sekolah. Soalan untuk tahap 1 bolehlah
dikemukakan secara eksplisit. Manakala untuk tahap 2 bolehlah dikemukakan
menggunakan kedua-dua kaedah eksplisit dan implisit. Ini adalah penting bagi
memastikan sekurang-kurangnya pengawas yang dilantik bukanlah pengawas yang
pandai berlakon atau berpura-pura mengamalkan nilai-nilai murni semata-mata inginkan
jawatan pengawas sekolah.

Antara soalan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Untuk tahap 1:

1. Apakah yang anda faham tentang tanggungjawab? Sekiranya seseorang itu


ditugaskan di tapak perhimpunan semasa perhimpunan mingguan, apakah
tanggungjawab yang boleh dilaksanakannya?
2. Adakah anda sayang akan sekolah anda? Bagaimana cara yang boleh anda
buktikan kasih sayang anda kepada sekolah? Jika anda dilantik sebagai
seorang pengawas sekolah, bagaimanakah caranya menunjukkan rasa
sayang kepada sekolah?
3. Memberi salam adalah nilai murni yang sangat dituntut. Kepada siapakah
kita wajib memberi salam? Murid-murid biasanya memberi salam kepada
guru-guru sahaja.. bagaimana pula dengan abang-abang dan kakak-kakak
di sekolah? Pernahkah anda memberi salam? Perlukah memberi salam
kepada mereka? Bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lebih muda
daripada anda? Wajarkah kita memberi salam?
4. Anda telah dilantik menjadi pengawas bagi tahap 1. Adakah anda
mempunyai keyakinan diri untuk menegur murid yang lebih berusia
daripada anda? Bagaimanakah cara teguran yang sesuai digunakan?

Untuk tahap 2

1. Seorang pengawas yang telah datang awal ke sekolah dan menjalankan


tugas menjaga kedatangan di pintu pagar sehingga selesai tugasnya telah
menjalankan ___________________ ? Mengapakah seseorang pengawas
itu perlu bertanggungjawab? Pentingkah tanggungjawab? Boleh berikan
contoh kesan sekiranya seseorang itu tidak bertanggungjawab?
2. Apabila ditanya sama ada kita sayang kepada sekolah, semua pasti
menjawab ‘sayang’... jika anda seorang pengawas yang telah melihat
seorang rakan tidak turun ke tapak perhimpunan semasa perhimpunan pagi
dijalankan, tetapi anda tidak tegur atau mengarahkannya supaya turut serta
perhimpunan pagi, malah anda membiarkan dia dan buat tidak tahu..
bagaimana kaitan sikap ini dengan rasa sayang anda kepada
sekolah/rakan/guru-guru? Adakah betul tindakan anda untuk menunjukkan
‘sayang’ anda kepada rakan dengan membiarkannya melakukan
kesalahan? Adakah selepas itu anda masih layak menyatakan bahawa anda
sayang kepada sekolah setelah melihat peraturan sekolah dilanggari
dengan sewenang-wenangnya?
3. Apakah yang anda faham tentang ‘prihatin’? Anda berada di dalam kelas
yang bising. Anda tahu kelas itu mempunyai ketua kelas. Sekiranya ketua
kelas tidak mengambil tindakan yang wajar untuk memastikan kelas itu
senyap, apakah tindakan yang anda ambil? Adakah itu dinamakan
prihatin? Perlukah anda prihatin dan peka terhadap keadaan sekeliling?
Mengapa?

Pengurusan Masa

Bagi seseorang yang ingin dilantik sebagai seorang pengawas sekolah, adalah sangat
wajar baginya bijak mengurus masa dengan baik. Masa datang ke sekolah, masa
bertugas, masa mengurus kerja-kerja sekolah, masa mengurus diri dan pelajaran dan
masa senggang untuk berlibur. Seseorang yang dapat mengurus masa dengan baik boleh
menjadi seorang pengawas yang baik. Oleh itu, untuk bahagian ini penemuduga perlu
cuba mencungkil keupayaan calon tentang kepekaannya terhadap masa. Adakah calon
seorang yang tidak mengambil berat soal pengurusan masa atau seorang yang tidak
langsung pernah merancang masa. Bagi memudahkan sesi ini, cukup untuk penemuduga
bertanyakan tentang:

1. Masa bangun tidur?


2. Masa sampai ke sekolah?
3. Masa bilakah diperuntukkan untuk menyiapkan kerja rumah?
4. Masa bilakah diperuntukkan untuk mengulangkaji pelajaran?
5. Masa beriadah?
6. Adakah diperuntukkan masa untuk beribadat/solat/mengaji?
Kita sedia maklumi bahawa tiada yang sempurna dalam hidup ini. Justeru, untuk
sesi ini kita mencari yang terbaik antara yang dicalonkan. Justeru kaedah
deduksi / membuat kesimpulan berdasarkan cerita atau fakta yang diberi oleh
calon adalah cukup untuk memberikan markah yang membezakan antara mereka.

Penutup

Semoga sesi temuduga yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Manual menjalankan sesi temuduga ini adalah tentatif yang memberi sedikit panduan.
Apa yang penting adalah tindakan mengikut kesesuaian keadaan dan kebijaksanaan
penemuduga berdasarkan apa yang dirasakan perlu. Diharap juga semoga pemilihan
calon pengawas ini dapat dijadikan hitam putih yang dapat menjawab kenapa dan
mengapa seseorang itu terpilih. Akhir sekali, besar harapan agar pengawas-pengawas
yang terpilih dapat menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang diharapkan.
Wallahua’lam.....

Anda mungkin juga menyukai