Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7

JALAN PLUMBUM 7/100 SEKSYEN 7 40000 SHAH ALAM SELANGOR

KERTAS KERJA
KURSUS PENYELARASAN TUGAS
KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS
2023

TARIKH : 25 JULAI 2023


HARI : SELASA
MASA : 3.00 PETANG-6.00 PETANG
TEMPAT : SK SEKSYEN 7 SHAH ALAM

1
1.0 Pengenalan
Ketua kelas dan penolong ketua kelas adalah para murid yang terpilih yang diberikan
tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam membantu guru kelas
menguruskan hal berkaitan pengurusan bilik darjah. Mereka menjadi wakil untuk memudahkan
urusan kelas dan membantu pengawas dalam mengawal disiplin ahli kelas masing-masing.
Namun begitu mereka juga memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi
dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya, mereka memerlukan bimbingan serta panduan.
Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dalam menjalankan tugas, mereka memerlukan
bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka.
Para ketua dan penolong ketua kelas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka
serta mengetahui senario seluruh murid itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah
salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.

2.0 Objektif
2.1 Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para ketua kelas dan penolong
ketua kelas dapat:
2.1.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang ketua kelas dan penolong ketua kelas
dan mengenali kawan-kawan.
2.1.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
2.1.3 Memahami dan mampu mengendalikan tugasan harian kelas dengan betul.
2.1.4 Mewujudkan kumpulan yang bekerja di dalam satu pasukan.
2.1.5 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
2.1.6 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
2.1.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak
sekolah.
2.1.8 Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

3.0 KUMPULAN SASAR


52 orang ketua kelas dan penolong ketua kelas Tahap 1, sesi 2023-2024
(Sila rujuk senarai nama ketua kelas dan penolong ketua kelas di lampiran A

2
4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN KURSUS
3.1 Kursus ini akan diadakan pada ketentuan berikut;
Tarikh : 25 Julai 2023
Hari : Selasa
Masa : 3.00 – 6.00 petang
Tempat : Bilik Wacana SK Seksyen 7, Shah Alam

5.0 AHLI JAWATANKUASA


Penasihat : Encik Noor Hashimi Bin Hasan (Guru Besar)
Pengerusi : Encik Muzzamil Bin Mansor (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Encik Mohd Hafiz Bin Marjuni (GPK Pertadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Encik Azhar Bin Ramli (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Puan Faizatul Sharmila binti Ariffin (GPK Petang)
Penyelaras Kursus : Encik Muhammad Aiman Azizi Bin Azhar
Setiausaha : Cik Wan Nur Aziera Binti Wan Aznan
Penyelaras Tahun 1, 2 dan 3
AHLI JAWATANKUASA KERJA
Jemputan Dan : Cik Wan Nur Aziera Binti Wan Aznan
Dokumentasi
Pendaftaran & : Puan Azliana Binti Ayob
Buku Aturcara
Alatan APD/Siaraya : Encik Nasiruddin Bin Misman
Disiplin : Encik Muhammad Aiman Azizi Bin Azhar
Fail & Bahan dan : Puan Siti Norahima Binti Othman
Pengacara Majlis
Cenderahati : Puan Azliana Binti Ayob
Jurufoto : Encik Muhamad Fariz Bin Abdul Rahman
Fasilitator Kajian kes : Cik Wan Nur Aziera Binti Wan Aznan – Kumpulan 1
: Puan Azliana binti Ayob – Kumpulan 2
: Encik Nasiruddin Bin Misman – Kumpulan 3
: Puan Siti Norahima Binti Othman – Kumpulan 4
: Encik Muhamad Fariz Bin Abdul Rahman–Kumpulan 5

3
6.0 PERINCIAN TUGAS AJK
BIL AJK TUGAS
1. Penyelaras Kursus - Menyediakan soalan untuk kajian kes.
- Penyelarasan tugas fasilitator kursus.
- Memastikan kursus berjalan lancar.

2. Setiausaha - Membuat kertas kerja.


- Menyediakan surat makluman dan borang
kebenaran ibu bapa / penjaga .
- mengedarkan surat makluman dan borang
kebenaran kepada penyelaras tahun untuk
diserahkan kepada peserta kursus.
- Mengutip kembali borang kebenaran dari
penyelaras tahun untuk dokumentasi.

3. Penyelaras Tahun 1.2 - Memastikan setiap guru kelas telah melantik ketua
dan 3 kelas dan penolong ketua kelas dan menyerahkan
setiap nama ketua kelas dan penolong ketua kelas
kepada setiausaha.
- mengedarkan surat makluman dan borang
kebenaran kepada guru kelas untuk diserahkan
kepada murid.
- Mengutip kembali borang kebenaran dari guru
kelas dan diberikan pada Setiausaha untuk tujuan
dokumentasi

4. Pendaftaran & Buku - Menyediakan borang pendaftaran dan mencatat


Aturcara kehadiran semua peserta.
- Menyediakan buku aturcara untuk diedarkan pada
AJK dan semua peserta.
-

5. Alatan APD/Siaraya - Menyediakan Bilik Wacana/Dataran


Warisan/Pusat Sumber
- Menyediakan LCD projektor dan komputer riba
- Memastikan PA sistem berfungsi dengan baik.

6. Disiplin - Memastikan disiplin peserta dalam keadaan


terkawal, sepanjang kursus berlangsung.

7. Fail & Bahan - Menyediakan fail untuk semua peserta


- Membuat salinan (photocopy) bahan dan
memasukkan dalam fail peserta
- Menyerahkan fail kepada peserta di meja
pendaftaran

4
BIL AJK TUGAS
8. Cenderahati - Menguruskan pemberian cenderahati kepada
perasmi dan AJK.
9. Jurufoto - Menangkap gambar sepanjang program dan
menyerahkan kepada setiausaha untuk
dokumentasi
10. Pengacara Majlis - Menjadi pengacara sepanjang kursus berlangsung.
11. Fasilitator - Membantu Penyelaras Kursus membuat kajian kes.
- Membantu dan memantau peserta kumpulan
masing-masing semasa aktiviti berlangsung.
- Memastikan peserta dalam kumpulan bekerjasama
dan berbincang dalam menyelesaikan kes.

7.0 TENTATIF KURSUS

MASA AKITVITI TINDAKAN


3.00 p.m  Pendaftaran AJK Pendaftaran
3.20 p.m  Bacaan Doa Ustaz Muhamad Fariz
 Ucapan Perasmian
Guru Besar/ PK HEM/ PK Petang
3.30 p.m  Ice Breaking Cik Wan Nur Aziera Binti Wan Aznan-
 Motivasi kepimpinan Guru Bimbingan & Kaunseling
(penerangan sifat yang
Fasilitator
sepatutnya ada pada ketua
dan penolong ketua kelas)
 Lantikan Wakil Ketua
Kelas keseluruhan

4.15 p.m  Taklimat Peranan Ketua


kelas & Penolong Ketua
Encik Muhammad Aiman Azizi Bin
kelas
Azhar – Guru Disiplin
1. Pengurusan Kelas
2. Pengurusan Murid
3. Pengurusan lain-lain
Fasilitator
 Kajian Kes
5.15 p.m  -Majlis Penutup Kursus
 -Penyampaian cenderahati
Puan Azliana binti Ayob
 -Bersurai

5
8.0 Anggaran Perbelanjaan
No Perkara Anggaran Jumlah

1. Fail RM 1.00 x 52 RM 52.00


2. Pensil (1 Kotak) RM 10 x 5 RM 50.00
3. Cenderahati Perasmi & RM 6 x 10 RM 60.00
Fasilitator

Jumlah Keseluruhan RM 162.00

9.0 Penutup
Kursus ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk meningkatkan keyakinan
murid untuk menjadi seorang ketua dan penolong ketua kelas yang bertanggungjawab.
Diharapkan agar kursus ketua dan penolong ketua kelas ini dapat mencapai objektif dan
melahirkan ketua dan penolong yang berketrampilan.dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Disamping itu, program ini dapat membantu murid untuk menjadi seorang pemimpin kecil
yang terbaik dan mampu membantu guru dalam melaksana dan menguatkuasakan peraturan
dan disiplin di sekolah dalam kalangan semua murid SK Seksyen 7.

Disediakan oleh, Disemak oleh


__________________________ ___________________________

(WAN NUR AZIERA BINTI WAN AZNAN) (FAIZATUL SHARMILA BINTI ARIFFIN)

Setiausaha program Penolong Kanan Petang


SK Seksyen 7 Shah Alam SK Seksyen 7 Shah Alam

Diluluskan oleh,
______________________
(NOOR HASHIMI BIN HASAN)
GURU BESAR
SK SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Anda mungkin juga menyukai