Anda di halaman 1dari 6

Kertas Kerja Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPP 2022 | 0

KERTAS KERJA BENGKEL PEMANTAPAN KETUA DAN PENOLONG KETUA


TINGKATAN SESI PETANG TAHUN 2022

1. PENGENALAN
Ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan merupakan murid yang dilantik untuk
membantu pengurusan sesebuah kelas. Peranan ketua dan penolong kelas amat penting di
dalam membantu guru-guru dalam pengurusan kelas. Mereka merupakan perantara antara
guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Perkara utama yang menjadi kriteria untuk dilantik
menjadi ketua kelas biasanya berdasarkan kepada penampilan dan sikap
kebertanggungjawaban yang ada pada murid-murid. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti
dan diberikan latihan khusus membantu guru dalam pengurusan di kelas, pusat sumber,
makmal, bengkel, tapak perhimpunan atau bilik-bilik khas. Bertanggungjawab untuk kawalan
disiplin rakan-rakan sekelas. Ketua-ketua kelas perlu dibekalkan dengan kemahiran
komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan murid lain di kelas dan
berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain.
Selain itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan
terpuji dalam kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang
berguna dalam kalangan murid memandangkan mereka adalah pemimpin sekolah. Justeru itu,
Bengkel Ketua Kelas perlu dijalankan kepada ketua dan penolong ketua kelas, agar mereka
dapat memupuk jati diri yang baik. Selain itu dapat mewujudkan kerjasama antara ketua dan
penolong ketua kelas, seterusnya mudah menjalankan aktiviti menolong di sekolah sebagai
satu pasukan yang bekerjasama dan bertoleransi antara mereka.

2. MATLAMAT
Melahirkan ketua dan penolong tingkatan yang berkemampuan membantu guru dan rakan
sekelas agar kelas teratur dan terurus dengan berkesan serta mampu melonjak peningkatan
bukan sahaja akademik malah turut memberi impak terhadap sahsiah dan disiplin.

3. OBJEKTIF
Objektif utama pelaksanaan program adalah seperti berikut:

i.) Mewujudkan Penampilan diri ketua tingkatan dan penolong ketua di tahap yang boleh
dicontohi oleh murid lain.
ii.) Mewujudkan rasa kebertagunggjawaban dan sikap prihatin kepada kelas masing-masing.
iii.) Mengetahui peranan dan tanggungjawab dengan lebih jelas.

Kertas Kerja Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPP 2022 | 1


4. TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 10 November 2022
Hari : Khamis
Masa : 1.30 hingga 3.30 petang
Tempat : Dewan Sri Putra SMK Putra Perdana

5. KUMPULAN SASARAN
Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
Jumlah : 82 orang

6. TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI TINDAKAN


1.30 – 1.50 petang -Peserta kursus (Ketua dan Penolong Ketua Ustazah Zarina binti
Tingkatan) berkumpul di Dewan Sri Putra Zainun
- Pendaftaran peserta kursus
Puan Che Eaida binti
1.50 petang – 2.10 Motivasi Ciri-Ciri Pemimpin Berkualiti. Che Omar
petang Disampaikan oleh :
Puan Che Eaida binti Che Omar Puan Nik Najibah binti
(Guru Bimbingan dan Kaunseling) Nik Mohd Ghazi

2.10 – 2.30 petang Taklimat Buku Kawalan Kelas , Tugas dan


Tanggungjawab.
Disampaikan oleh :
Ustazah Zarina binti Zainun

2.30 – 3.00 petang Taklimat Disiplin Puan Hanis binti Abdul


Disampaikan oleh : Rahman (Ketua Guru
Puan Hanis binti Abdul Rahman Disiplin)
(Ketua Guru Disiplin)
Ustazah Zarina binti
3.00 – 3.30 petang Ucapan Penolong Kanan Petang Zainun
-Puan Norlina binti Ismail
Puan Che Eaida binti
Penyerahan Sijil Che Omar

Sesi Fotografi Puan Nik Najibah binti


Nik Mohd Ghazi
3.30 petang Rehat

Kertas Kerja Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPP 2022 | 2


7. AHLI JAWATAN KUASA

Pengerusi : Pn. Wan Zuriah bt. Wan Mat Yim Pengetua


Naib Pengerusi 1 : Pn. Riza bt. Jupry PK HEM
NaibPengerusi 2 : Pn. Wan Khirani bt. Wan Muhammad PK Pentadbiran
Naib Pengerusi 3 : En. Khairuddin bin Othman PK Kokurikulum
Naib Pengerusi 4 : Pn. Norlina bt. Ismail PK Petang
Naib Pengerusi 5 : Tuan Haji Zaidi bin Masri PK PPKI
Setiausaha : Ustazah Zarina binti Zainun
AJK :

BIL JAWATANKUASA GURU KETERANGAN TUGASAN

1 Juruacara Puan Che Eaida binti 1. Mengacara majlis dari


Che Omar awal sehingga akhir.

3 Jurugambar Puan Nik Najibah binti 1. Mengambil gambar


Nik Mohd Ghazi sepanjang majlis.
2. Mengambil gambar
ketua dan penolong
tingkatan untuk papan
kenyataan.
3. Menyerahkan gambar-
gambar majlis kepada
AJK Dokumentasi.
4 Persiapan tempat Puan Nur Hafiza binti 1. Menempah Dewan Sri
dan peralatan Saidin Putra.
2. Menyediakan laptop,
projector dan pa system.
3. Memastikan laptop,
projector dan pa system
berfungsi dengan baik
sepanjang majlis.

5 Sijil Puan Noor Suriya bt 1. Menyediakan sijil AJK


Othman dan peserta kursus
kepimpinan ketua dan
penolong tingkatan.

6 Dokumentasi Puan Faridatul Amla 1. Menyediakan laporan


binti Hussin selepas majlis.

Kertas Kerja Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPP 2022 | 3


8. ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM

1. PCG Kaunseling 574.00 1. Bayaran makan dan minuman peserta 574.00


kursus

RM 7.00 x 82 orang murid

JUMLAH 574.00 JUMLAH 574.00

Kertas Kerja Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPP 2022 | 4


9. PENUTUP

Diharapkan agar bengkel ketua dan penolong ketua kelas ini dapat mencapai objektif yang
diharapkan dan melahirkan ketua dan penolong  yang berketrampilan.dan mempunyai jati diri
yang tinggi.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

………………… ………………… …………………..

Kertas Kerja Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPP 2022 | 5

Anda mungkin juga menyukai