Anda di halaman 1dari 8

SMK MIHARJA

TAMAN MIHARJA, CHERAS,


55200 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH
KELAB/PERSATUAN KOKURIKULUM
TAHUN 2023
TARIKH :
30 SEPTEMBER 2023 (SABTU)

MASA :
8.00 PAGI – 3.30 PETANG

TEMPAT :
SMK MIHARJA

KELOLAAN:
Unit Kokurikulum SMK Miharja

1
1.0 PENDAHULUAN
Barisan kepimpinan kelab persatuan sekolah ialah para pelajar yang terpilih yang
diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal
meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar ke tahap yang lebih baik. Pelajar tersebut
memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi
merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai tahap keyakinan diri dalam menjalankan tugas barisan kepimpinan
ini memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk
ajar kepada mereka. Pengerusi dan Setiausaha kelab persatuan juga perlu mengetahui
dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui perkembangan bidang kokurikulum.
Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan
terhadap tugas mereka . Maka atas dasar dan tujuan tersebut kursus kepimpinan ini sangat
sesuai dilaksanakan.

2.0 RASIONAL
Di dalam sesebuah organisasi, AJK tertinggi memainkan peranan penting untuk
menggerakkan jentera organisasi tersebut. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pelajar tidak akan
dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini pelajar yang dilantik
memegang jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama
membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.

3.0 MATLAMAT
Untuk memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

4.0 TARIKH / MASA / TEMPAT


4.1 Tarikh : 30 September 2023 (Sabtu)
4.2 Masa : 8.00 pagi – 3.30 petang
4.3 Tempat : SMK Miharja, Kuala Lumpur

5.0 KUMPULAN SASARAN


AJK Tertinggi Kelab/ Persatuan iaitu Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong
Setiausaha, Bendahari dan Penolong Bendahari (Rujuk Senarai Nama Peserta)

6.0 OBJEKTIF
6.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan.
6.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
6.3 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja dalam satu pasukan.
6.4 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
6.5 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.

2
7.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Rujuk Lampiran

8.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

Masa Aturcara
08.00 - 08.30 pagi Pendaftaran
08.30 - 09.30 pagi Slot I -Taklimat / Ice Breaking
09.30 - 10.00 pagi Kudapan
10.00 - 11.00 pagi Slot 2
11.00 - 01.00 tghari Slot 3
01.00 - 02.00 ptg Rehat / Makan Tengah hari
02.00 - 03.00 ptg Slot 4
03.00 - 03.30 ptg Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Perkara Jumlah (RM) Sumber

Bayaran Saguhati Penceramah


RM 300.00 x 2 slot 600.00
Makan dan Minum Peserta
RM 10.00 x 100 1000.00
Banner 100.00 BKK Kokurikulum
Hamper
RM 30.00 x 10 unit 300.00
JUMLAH 2000.00

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN

BIL TARIKH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN


1. 16 Ogos Perbincangan bersama PK Koko tentang Setiausaha Membuat draf 1
2023 Kursus Kepimpinan Kokurikulum kertas kerja program.
2. 24 Ogos Menyerahkan kertas kerja untuk Setiausaha Membaiki kertas
2023 disunting dan mendapatkan kelulusan kerja.
PK Koko.
3. 5 Sept Makluman kepada semua ketua Guru Setiausaha Mengedarkan surat
2023 Penasihat melalui Guru
Penasihat
4. 12 Sept Mendapatkan penceramah atau Kaunselor Lancar/Tidak
2023 fasilitator

3
5. 18 Sept Mendapat maklum balas daripada semua Setiausaha Memastikan jumlah
2023 guru penasihat Guru peserta kursus
Penasihat
6. 27 Sept Taklimat kepada peserta . Setiausaha Lancar/Tidak
2023
7. 27 Sept Persiapan tempat AJK Lancar/Tidak
2023
8. 30 Sept Pelaksanaan program Semua AJK Lancar/Tidak
2023

11.0 INSTRUMEN PENILAIAN


11.1 Surat Tawaran kepada Pengerusi dan Setiausaha
11.2 Borang Jawapan Kehadiran
11.3 Borang Kehadiran Peserta
11.4 Borang Post Mortem.

12.0 PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga program ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan golongan pendidik
yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan
manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan
mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti
menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan
pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh:

……………………………………
(SITI ROHANI BT MOHD KADRI)
Penyelaras Kelab Kokurikulum
SMK MIHARJA
Tarikh : 7 September 2023

Disemak oleh:

……………………………………
(KAMALA DEVI A/P SUBRAMANIAM)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK MIHARJA
Tarikh :
4
Disahkan oleh:

…………………………………….
(DR SHAMSUDIN BIN MOHAMAD)
PENGETUA
SMK MIHARJA
Tarikh :

Lampiran

JAWATANKUASA PROGRAM DAN BIDANG TUGAS

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Dr. Shamsudin bin Mohamad


Pengerusi : Cik Kamala Devi a/p Subramaniam
Naib Pengerusi : Pn. Hjh Hanim bt. Hj. Kamari
En. Halim b. Ismail
Penyelaras : Pn. Siti Rohani bt Mohd Kadri
: Pn. Siti Jamaliah binti Mean
Setiausaha : Cik Sarabiah binti Jusoh
Pen. Setiausaha : Pn. Noor Shahidah binti Noor Sham

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Juruacara : Pn. Noor Shahidah binti Noor Sham


Persiapan Tempat : En. Muhammad Zulkarnain bin Ab Kadir
Siar raya dan Fotografi : En. Muhammad Badran Fawwaz bin Mamat
Jemputan Penceramah : Pn Ling Chen

5
Urusetia dan Pendaftaran : Cik Sarabiah binti Jusoh
Buku Program dan Sijil : Pn. Siti Rohani binti Mohd Kadri
Jamuan Makan : Pn. Siti Jamalian binti Mean
Dokumentasi : Pn. Siti Nur Azleen binti Abdul Rahman

BIDANG TUGAS

1. Penyelaras program
 Mengadakan perbincangan dengan PK Kokurikulum.
 Membuat kertas kerja dan mengadakan mesyuarat.

2. Setiausaha dan Penolong Setiausaha


 Menguruskan makluman kepada peserta kursus.
 Menguruskan surat kepada penceramah.
 Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.

3. Juruacara
 Menyediakan draf teks ucapan pengacaraan program dan majlis
penutupan.
 Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan atur cara majlis.

4. Persiapan Tempat
 Menyediakan dan menyusun tempat untuk kursus.
 Menyediakan tempat duduk dan keperluan penceramah semasa program.

4. Siar raya
 Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di PSS.
 Mencari alternatif dan ‘back up’ sekiranya ada gangguan.

5. Jurufoto
 Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung untuk didokumentasikan.

6. Jemputan Penceramah
 Berbincang dengan penyelaras untuk menentukan penceramah yang akan
dijemput.
 Membuat surat jemputan kepada penceramah dan memastikan penceramah hadir
mengikut masa yang telah ditentukan.

7. Urusetia dan Pendaftaran


 Mendaftar masuk semua peserta termasuk guru.

8. Buku Program dan Sijil


 Merangka dan menyediakan buku program.
6
 Menyediakan sijil untuk para peserta kursus dan ajk program.

9. Jamuan Makan
 Membuat tempahan makanan dan memastikan tempat makan adalah bersih dan
teratur.
 Mengagihkan makanan kepada peserta.

10. Dokumentasi
 Mendapatkan gambar program daripada JK Fotografi.
 Menyediakan dua salinan dokumentasi dan diserahkan kepada penyelaras 2
minggu selepas program.

LAMPIRAN

SENARAI NAMA PESERTA

BI JAWATA KELAB /
NAMA KELAS
L N PERSATUAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
7
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39

Anda mungkin juga menyukai