Anda di halaman 1dari 8

SMK CHERAS PERDANA

KERTAS KERJA

PROGRAM MUHIBBAH

&

MAJLIS IFTAR PERDANA

SEMPENA RAMHADAN AL-MUBARAK 2023

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BERSAMA KELAB GURU DAN STAF


SMK CHERAS PERDANA, SELANGOR
KERTAS CADANGAN

PROGRAM MUHIBBAH DAN MAJLIS IFTAR PERDANA

SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 2023

1. PENGENALAN PROGRAM/LATAR BELAKANG PROGRAM

Ramadhan yang kunjung tiba buat sekian kalinya menjanjikan barakah buat kita semua.
Ketibaannya memang ditunggu oleh umat Islam kerana Ramadhan merupakan bulan
yang penuh ketenangan dan keharmonian. Keberkatan, keharmonian dan semangat
persaudaraan yang dipamirkan didalam bulan yang mulia ini sewajarnya dijadikan sebagai
wadah integrasi kaum lain agar masyarakat Malaysia dapat mengenali antara satu sama
lain. Justeru Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Kelab Guru dan Kakitangan
SMK Cheras Perdana telah mengaturkan beberapa program bagi memberi peluang
kepada asnaf di kalangan murid-murid tanpa mengira latar belakang kaum dan agama,
para guru dan kakitangan SMK Cheras Perdana dan jemputan khas golongan asnaf yang
dipilih dalam menjalani ibadah puasa dengan lebih bersemangat dan penuh ketakwaan.

2. OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Merapatkan hubungan kemesraan antara pentadbir dan guru-guru serta


murid-murid asnaf di sekolah ini.
2.2 Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin beramal
jariah di bulan Ramadhan al-Mubarak.
2.3 Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal
ibadat di bulan Ramadhan al-Mubarak.
2.4 Memberi peluang dan pengalaman kepada murid- murid asnaf SMK Cheras
Perdana dalam menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan disamping
berinteraksi dengan golongan asnaf jemputan.
2.5 Dapat mengimarahkan lagi bulan Ramadhan dengan melakukan amalan-
amalan sunat.

3. SASARAN

3.1 Semua guru dan kakitangan SMK Cheras Perdana


3.2 Murid – murid asnaf pelbagai kaum SMK Cheras Perdana
3.3 Golongan asnaf yang dijemput

4. TARIKH, HARI DAN MASA

4.1 Tarikh : 7 April 2023


4.2 Hari : Jumaat
4.3 Masa : 7.30 malam – 9.30 malam
5. TEMPAT

5.1 : Tempat Solat : Surau SMK Cheras Perdana


5.2 : Tempat Berbuka : Dewan Lim KokYong

6. ANJURAN BERSAMA

Panitia Pendidikan Islam SMK Cheras Perdana bersama Kelab Guru Dan Staf

7. TENTATIF PROGRAM

WAKTU MASA AKTIVITI


Jemputan, pentadbir ,guru, murid asnaf dan
8. 1
IMPLIKASI 06.45 mlm
KEWANGAN jemputan asnaf berkumpul di DLKY
2 07.26 mlm Majlis berbuka puasa
3 07.28 mlm Solat Maghrib Berjemaah
5 08.40 mlm Solat Isyak, Tarawih dan Witir
6 09.50 mlm Penyampaian duit raya & Jamuan Moreh
7 10.00 mlm Selesai dan Bersurai
SUMBER PENDAPATAN
Bil Sumber Pendapatan Jumlah
1. Permohonan Geran My Selangor RM2,000.00
2. Sumbangan PIBG RM2,000.00
4. Sumbangan individu RM 500.00
3. Kutipan guru RM2,100.00
Jumlah RM6,600.00

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERBELANJAAN KUANTITI/SET HARGA PER JUMLAH
SET
1. Bayaran bagi set nasi 200 RM10.00 RM2,000.00
2. Bayaran bagi minuman 200 RM2.00 RM 400.00
sejuk
3. Bayaran bagi hidangan 180 RM5.00 RM 900.00
ringan
4. Bayaran minuman 180 RM2.00 RM 360.00
panas
5. Duit raya 100 RM30.00 RM3,000.00
JUMLAH RM6,600.00
10. AHLI JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran A

11. PENUTUP

Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga


sekolah seluruhnya. Semoga usaha yang murni dapat dilaksanakan dan mendapat
sokongan dari semua pihak.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………….. …………………………
(Norashila bt Abd Rashid) ( )
Kelab Guru & Kakitangan PK Hal Ehwal Murid
SMK Cheras Perdana SMK Cheras Perdana

Disahkan oleh :

……………………………………
Lampiran A

AHLI JAWATAN KUASA : PROGRAM MUHIBBAH & MAJLIS IFTAR PERDANA

Pengerusi : Tn Hj Mohd Razali Bin Mat Yasin


Naib Pengerusi : Pn. Chi Ra a/p Din Klom
Setiausaha :Pn
Naib Setiausaha :Pn
Bendahari : Pn
Naib Bendahari : Pn

JAWATANKUASA KERJA
JAWATANKUASA TUGASAN
PENGURUS ATUR CARA  Menyediakan atur cara pentadbiran
Puan yang lengkap dan membantu juruacara
semasa majlis
 Membantu, memantau dan menjadi
rujukan semua AJK dari semasa ke
semasa
 Memastikan majlis berjalan lancar
sebelum, semasa dan sehingga majlis
berakhir.
 Menyerahkan Salinan ‘hardcopy’
senarai nama penerima duit raya
kepada pengacara majlis.

SETIAUSAHA /ANUGERAH  Menyediakan surat tajaan


 Menyediakan senarai nama penerima
duit raya dalam salinan ‘hardcopy’
sebanyak 3 salinan.
 Menyerahkan 3 salinan senarai nama
penerima anugerah kepada pengurus
atur cara.

TAJAAN / SUMBANGAN  Mendapatkan dan memperbanyakkan


Pn Norashila Abd Rashid surat tajaan daripada setiausaha
 Mencari tajaan luar untuk menampung
perbelanjaan program
JEMPUTAN & SAMBUTAN  Menyediakan kad jemputan didalam
bentuk softcopy untuk pentadbir dan
tetamu kehormat
 Menyampaikan kad jemputan kepada
pentadbir dan tetamu kehormat.
 ‘Menyambut pentadbir dan tetamu
kehormat ke lokasi majlis.

JAMUAN & BACKDROP  Menempah menu dari vendor dan


berurusan dengan pihak vendor
 Membuat foodtaste
 Mendapatkan maklumat bilangan ahli
yang hadir sebelum majlis
 Memastikan makanan mencukupi
 Mengenal pasti bilangan ahli yang
vegetarian
 Menyediakan backdrop majlis

HIASAN PENTAS  Menyediakan hiasan pentas


bersesuiaian dengan tema majlis.

BUKU PROGRAM  Mendapatkan bahan untuk penyediaan


buku program dalam bentuk anyflip dan
mencetak QR kod buku program
 Memasukkan pautan buku program ke
dalam grup pengawas.
HEBAHAN / E-POSTER
Menyediakan e-poster untuk makluman ahli
dan masukkan e-poster ke dalam grup dalam
tempoh dua minggu sebelum majlis

DOA, SIARAYA & TEKNIKAL  Menyediakan teks dan murid membaca


doa
 Menyediakan muzik latar yang sesuai
sepanjang majlis
 Memastikan siaraya dapat berfungsi
dengan baik
PENGACARA MAJLIS  Menyediakan Skrip Juruacara Majlis
 Menjadi juruacara semasa majlis formal
dan cabutan bertuah

TEKS UCAPAN  Menyediakan teks ucapan untuk


pentadbir.

FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI  Mengambil gambar sepanjang


persediaan sebelum dan semasa
majlis.
 Menyediakan dokumentasi majlis dan
menyerahkan kepada setiausaha dalam
tempoh 2 minggu selepas majlis.

Anda mungkin juga menyukai