Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS PUSAT SUMBER

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS PERDANA


2022/2023

1.0 PENGENALAN

Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber merupakan sambutan yang
diadakan setiap akhir tahun bagi meraikan semua pengawas pusta sumber SMK
Cheras Perdana amnya dan dan Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 khasnya
yang akan menamatkan pengajian mereka pada tahun ini. Ia merupakan program
tahunan yang wajib dijalankan untuk mengeratkan silaturrahim antara guru dan
pengawas Pusat Sumber dalam komunikasi yang lebih santai dan tidak formal.
Antara pengisian dalam majlis makan tahunan adalah anugerah – anugerah untuk
pengawas yang berjaya menunjukkan kecemerlangan dan komited terhadap tugas.
Di samping itu, penyampaian sijil penghargaan kepada semua Pengawas Tingkatan
Lima. Slot cabutan bertuah yang diadakan juga sebagai menambahkan lagi suasana
keceriaan majlis jamuan tersebut.  Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti
yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang pengawas dan
menambahkan ukhwah antara guru dan murid.

2.0     OBJEKTIF
2.1 Menghargai jasa Pengawas Pusat SumberTingkatan 5 yang berjasa dan
memberi sumbangan tenaga dan fikiran.
2.2 Mengiktiraf pengawas Pusat Sumber yang cemerlang dari segi sikap
bertanggungjawab, kerajinan dan kepekaan terhadap tugas.
2.3 Meningkatkan motivasi dan semangat kepada pengawas-pengawas untuk
melaksanakan tugas mereka dengan penuh bersemangat, dedikasi dan
bertanggungjawab.
2.4 Mengeratkan hubungan antara guru dan murid serta murid dengan murid.
2.5 Melepaskan tekanan dan merehatkan minda

3.0     TARIKH
          Hari : 28/01/2023 ( Sabtu)
Masa : 12 pm – 3:30 pm
Tempat : Philea Mines Resort, Seri Kembangan

4.0     SASARAN
          Semua guru Pusat Sumber SMK Cheras Perdana dan Pengawas Pusat
Sumber
5.0     AHLI JAWATANKUASA

Penegrusi: Tn Hj Mohd Razali Bin Mat Yasin


Naib Pengerusi : Pn. Chi Ra a/p Din Klom
Setiausaha :Pn Norashila Bt Abd Rashid
Naib Setiausaha :Pn Nur Fazeera Naziron
Bendahari : Pn Noor Fariza Jaafar
Naib Bendahari : Pn Nurul Nadhirah Ahmad Shukri

JAWATANKUASA TUGASAN
PENGURUS ATUR CARA  Menyediakan atur cara pentadbiran
Cik Norzahira bt Zakariya yang lengkap dan membantu juruacara
semasa majlis
 Membantu, memantau dan menjadi
rujukan semua AJK dari semasa ke
semasa
 Memastikan majlis berjalan lancar
sebelum, semasa dan sehingga majlis
berakhir.

SETIAUSAHA /ANUGERAH KHAS  Menyediakan surat tajaan


Puan Nur Fazeera Naziron  Menyediakan hadiah anugerah khas
 Menyediakan dan mencetak sijil
penghargaan untuk Pengawas
Tingaktan 5 dan Penerima Anugerah
Khas
 Menguruskan penyampaian sijil
penghargaan dan Sijil Anugerah Khas

TAJAAN / SUMBANGAN  Mendapatkan dan memperbanyakkan


Pn Norashila Abd Rashid surat tajaan daripada setiausaha
Pn Noor Fariza Jaafar  Mencari tajaan luar untuk menampung
perbelanjaan program

JAMUAN  Menempah menu dari hotel dan


Pn Nur Fazeera Naziron berurusan dengan pihak hotel
Pn Wan Nasirah Wan Yusoff  Membuat foodtaste
 Mendapatkan maklumat bilangan ahli
yang hadir sebelum majlis
 Memastikan makanan mencukupi
 Mengenal pasti bilangan ahli yang
vegetarian

BUKU PROGRAM  Mendapatkan bahan untuk penyediaan


Puan Nurul Nadhirah Ahmad Shukri buku program dalam bentuk anyflip dan
Jeevika a/l Ramesh mencetak QR kod buku program
 Memasukkan pautan buku program ke
dalam grup pengawas.
HEBAHAN / E-POSTER
Sanjay a/l Ramesh  Menyediakan e-poster untuk makluman ahli
dan masukkan e-poster ke dalam grup
pengawas dalam tempoh dua minggu
sebelum majlis

DOA, SIARAYA,TEKNIKAL DAN  Menyediakan dan membaca doa


MUZIK IRINGAN  Menyediakan muzik latar yang sesuai
Jairaj Singh sepanjang majlis
 Memastikan siaraya dapat berfungsi
dengan baik

PENDAFTARAN DAN DOORGIFT  Membeli hadiah dan mengagihkan


Nur Alya Zahirah pemberian doorgift kepada pengawas
Hii Sin Yee sewaktu pendaftaran

PENGACARA MAJLIS  Menyediakan Skrip Juruacara Majlis


Chantal Tok Pie Chi  Menjadi juruacara semasa majlis formal
Naufal Rayyan dan cabutan bertuah

HADIAH  Menyediakan hadiah cabutan bertuah


Karthiyani dan anugerah khas
Divashini  Menyediakan senarai nama untuk
Affiqah Damia cabutan bertuah

AKTIVITI  Menyediakan aktiviti spontan


Karthiyani  Menyediakan borang pemilihan king &
Aidan Farish queen of the day dan menyerahkan
borang kepada juri

FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI  Mengambil gambar sepanjang


Aisha Sofea persediaan sebelum dan semasa
Muhammad Hasriq majlis.
 Menyediakan dokumentasi majlis dan
menyerahkan kepada setiausaha dalam
tempoh 2 minggu selepas majlis.
TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
11:30 – 12:00 KETIBAAN PENTADBIR, GURU-GURU DAN
PENGAWAS-PENGAWAS PUSAT SUMBER

12:00 -12: 15 UCAPAN ALU-ALUAN JURU ACARA


BACAAN DOA

12:15 – 12:30 UCAPAN KETUA PENGAWAS PUSAT SUMBER


UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
UCAPAN TUAN PENGETUA

12:30 – 12:50 PENYAMPAIAN SIJIL & ANUGERAH KEPADA


PENGAWAS TINGKATAN 5
PENYAMPAIAN SIJIL & ANUGERAH KHAS

12:50 – 3:30 JAMUAN MAKAN


PERSEMBAHAN : SLOT 1
CABUTAN BERTUAH PUSINGAN 1
AKTIVITI SPONTAN
CABUTAN BERTUAH PUSINGAN 2
PERSEMBAHAN :SLOT 2
CABUTAN BERTUAH PUSINGAN 3
ANUGERAH KING & QUEEN OF THE DAY
3:30 BERSURAI
7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 SUMBER KEWANGAN
BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH
1 Kutipan daripada : RM 3,100
RM 40 X 60 ( PENGAWAS )
RM70 X 10 (GURU )
2 Sumbangan luar RM 2,500

3 Sumbangan PIBG RM 2,000


JUMLAH RM 7,600

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERBELANJAAN JUMLAH
1 Tempahan hotel RM 4,900
RM 70 x 70 orang
2 Hadiah
i) Door gift
(RM 15 X 60) RM 900
ii) Hadiah Pengawas Tingkatan 5 RM 400
(RM 20 X 20)
iii) Anugerah Khas RM 300
(RM 30 X 10)
iv) Hadiah cabutan bertuah RM 1,100

JUMLAH RM 7,600

8. ULASAN JPN /PPD (sekiranya perlu)


9. PENUTUP
Majlis ini merupakan majlis tahunan yang diadakan khas untuk meraikan
pengawas-pengawas pusat sumberTingkatan 5 yang akan tamat pengajian pada
tahun ini di samping memberi anugerah kepada pengawas yang cemerlang pada
tahun ini. Segala usaha murni ini diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………. …………………………..

(Norashila Abd Rashid) (Chi Ra a/p Din Klom)


Setiausaha Program Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Cheras Perdana
KERTAS CADANGAN :

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS PUSAT SUMBER


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS PERDANA
2022/2023

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas


Pusat Sumber SMK Cheras Perdana bagi tahun 2022/2023

Atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas


Pusat Sumber SMK Cheras Perdana bagi tahun 2022/2023

Ulasan :
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

…………………………………….
Mohd Razali b. Mat Yasin
Pengetua SMK Cheras Perdana
Tarikh :
KERTAS CADANGAN
MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN
PENGAWAS PUSAT SUMBER
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS
PERDANA
2022/2023

TARIKH
28 JANUARI 2023

TEMPAT
PHILEA MINES RESORT, THE MINES

ANJURAN
PENGAWAS PUSAT SUMBER
SMK CHERAS PERDANA

Anda mungkin juga menyukai