Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU

PENTAKSIRAN BERTERUSAN 1 :

KERTAS KERJA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2021

NAMA DAN KOD KURSUS :

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (ESB3012)

NAMA PELAJAR :

NURIZZATI SYAMIMI BINTI ZAIHAN

NO. KAD PENGENALAN :

020919-01-0780

NO. ANGKA GILIRAN

K531GKPD014

TARIKH SOALAN PB :

03 MEI 2021 (ISNIN)

NAMA PENSYARAH :

PUAN NORMALIZA BINTI AHMAD


1. TAJUK
Majlis Anugerah Cemerlang 2021

2. LATAR BELAKANG
Majlis Anugerah Cemerlang ini merupakan program yang menjadi sumber
inspirasi dan semangat kepada kejayaan semua pelajar sama ada dalam bidang
kurikulum, kokurikulum mahupun vokasional. Dengan adanya program ini, para
pelajar dapat berusaha dengan lebih lagi dan sentiasa bersemangat untuk mencapai
kejayaan dalam pelbagai aspek.
Majlis Anugerah Cemerlang ini dicadangkan adalah bertujuan untuk
memberikan semangat dan menanamkan minat kepada para pelajar dan pensyarah
untuk sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya prestasi kolej serta
pelajar dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Di samping itu juga, ia juga
dapat memberikan motivasi kepada semua ibu bapa untuk terus membantu dan
memberikan semangat kepada anak-anak mereka mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelbagai aspek.
Justeru itu, dengan adanya program Majlis Anugerah Cemerlang ini dapat
membantu meningkatkan semangat pelajar untuk sentiasa gigih dan berusaha untuk
mencapai sesuatu kejayaan. Di samping itu, dapat menjadikan rakan yang
cemerlang itu sebagai satu pembakar semangat kepada semua pelajar.

3. OBJEKTIF
3.1 Memberikan pengiktirafan kepada semua pelajar Tahun 1 DVM KVPJB yang
telah berjaya mencapai prestasi yang cemerlang dalam keputusan SVM.
3.2 Menyedarkan serta menyuntik semangat pelajar untuk terus berusaha dan
tidak berputus asa untuk mencapai kejayaan.
3.3 Memberikan galakan kepada ibu bapa agar terus memberikan sokongan dan
semangat kepada anak-anak mereka dalam memperoleh kejayaan.
3.4 Menghargai pencapaian kecemerlangan pelajar dalam semua aspek.

4. JANGKAMASA
4.1 TARIKH : 01 Julai 2021 / Khamis
4.2 MASA : 8.00 pagi – 11.45 pagi
4.3 TEMPAT : Dewan Dagang, Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru.
5. KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar Tahun 1 DVM, Kolej Vokasional Perdagangan.

6. ANDAIAN HALANGAN
6.1 Pihak pengurusan dan VVIP tidak dapat hadir ketika pada hari majlis
berlangsung.
6.2 Sijil serta hadiah tidak dapat disediakan sebelum tarikh majlis.
6.3 Kerosakan pada PA Sistem di Dewan Dagang.
7. ANGGARAN BELANJAWAN

HARGA
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN
SEUNIT
UNIT BANNER
1. Banner 5’ X 10’ 1 RM 200 RM 200
JUMLAH RM 300
UNIT KEBERSIHAN
1. Plastik sampah 4 RM 5 RM 20
JUMLAH RM 20
UNIT JAMUAN
1. VIP 20 RM 15 RM 300
2. Pelajar 128 RM 3 RM 384
3. Pensyarah 90 RM 5 RM 450
4. Ibu Bapa 70 RM 5 RM 350
JUMLAH RM 1484
UNIT BUNGGA MANGGAR, CENDERAHATI PERASMI
1. Bungga maggar 2 RM 12.50 RM 25
2. Cenderahati perasmi 1 RM 80 RM 80
JUMLAH RM 105
BUKU PROGRAM
1. Ink Canon E510 1 RM 70 RM 70
JUMLAH RM 70
UNIT HADIAH
1. PELAJAR TERBAIK SETIAP PROGRAM
(ITEM HADIAH BESERTA PLAK)
Perakaunan 1
Kesetiausahaan
2
Pentadbiran
Pengurusan Perniagaan 1
Pangkalan Data 2
PLAK 6 RM 25 RM 150
ITEM HADIAH 6 orang RM 100 RM 600
(BARANG BERHARGA)
JUMLAH RM 750
2. ANUGERAH PELAJAR (PLAK BESERTA SIJIL)
Emas 30 RM 10 RM 300
Perak 59 RM 8.50 RM 501.50
Gangsa 39 RM 7.50 RM 292.50
SIJIL 128 RM 7 RM 896
JUMLAH RM 1990
JUMLAH KESELURUHAN RM 4719
8. PENUBUHAN JAWATANKUASA

PENGERUSI
En. Zulkifli Bin Anuar

SETIAUSAHA
NAIB PENGERUSI NAIB SETIAUSAHA
Cik Nurizzati Syamimi
En. Zakaria Bin Wildan Puan Marina Binti Saiful
Binti Zaihan

Hadiah/ Sijil/ Pendaftaran


Penyambut Tetamu
Cenderahati
Dayang Nursyazwina
En. Fikri Bin Sarif
Miera Hamizah Binti Sahabuddin

Pengacara Majlis Buku Program


Jamuan
Cik Irdina Insyirah Binti Cik Adhwa Nafisah
Cik Tania Binti Yasir
Muhammad Akmal Binti Samsul Zamri

Kawalan Pelajar/ Persembahan Dokumentasi/


Pengurus Peserta
Cik Aireen Syuhadah PA Sistem
En. Muhammad Yusri Binti Luqman En. Nasir Bin Hazif
Bin Lutfi
9. JADUAL TUGAS

BIL. JAWATAN TUGAS/ PERANAN


1. PENGERUSI i. Memastikan perjalanan sebelum,
semasa dan selepas majlis berjalan
dengan lancar dan teratur.
ii. Memastikan semua AJK menjalankan
tugas dengan bertanggungjawab.
2. NAIB PENGERUSI i. Membantu penguruskan organisasi
yang telah dilantik.
ii. Memastikan kelancaran majlis.
3. SETIAUSAHA i. Menghasilkan kertas kerja untuk
mendapatkan kelulusan oleh pihak
pengurusan.
ii. Menghasilkan laporan apabila setelah
selesai majlis.
4. NAIB SETIAUSAHA i. Membantu setiausaha dalam
menghasilkan kertas kerja.
ii. Menghasilkan kad jemputan untuk
penjemput golongan VVIP.
5. PENDAFTARAN i. Menyediakan borang pendaftaran.
ii. Mencatatkan kehadiran ibu bapa.
iii. Mengedarkan buku program kepada
ibu bapa yang hadir semasa majlis.
6. PENYAMBUT TETAMU i. Menyambut tetamu di tempat
pendaftaran dan mengiringi ke tempat
duduk.
ii. Mendapatkan buku program dari
jawatankuasa yang berkaitan.
7. PENGACARA MAJLIS i. Menyediakan skrip mengikut aturcara
majlis.
ii. Memastikan senarai peserta dipanggil
selaras dengan AJK Hadiah dan
Penjaga Peserta.
8. BUKU PROGRAM i. Menentukan isi kandungan yang
terdapat pada buku program.
ii. Mendapatkan senarai penerima hadiah
daripada SU atau Penolong SU.
iii. Menyiapkan buku program.
iv. Menyerahkan buku program kepada
AJK Penyambut Tetamu dan AJK
Pendaftaran.
9. HADIAH/ SIJIL/ i. Menyediakan hadiah dan
CENDERAHATI cenderamata.
ii. Menyusun hadiah mengikut tatacara
majlis.
iii. Menghias meja hadiah.
iv. Mengurukan penerimaan hadiah.
10. JAMUAN i. Menetukan menu yang akan
dihidangkan dan persiapan tempat.
ii. Menguruskan hidangan VIP, tetamu
serta ibu bapa yang hadir.
iii. Menyediakan gelas dan air mineral
untuk para tetamu VIP, pengacara
majlis dan AJK yang bertugas.
11. PENGURUS PESERTA i. Melabel nama peserta pada kerusi
peserta.
ii. Memastikan peserta duduk di tempat
yang telah ditetapkan dan bersedia
untuk menerima hadiah.
iii. Menyediakan pengganti sekiranya
penerima hadiah tidak dapat hadir dan
memastikan hadiah diambil semua
oleh guru yang diamanahkan.
12. PERSEMBAHAN i. Memilih dan melatih pelajar yang dipilih
untuk membuat persembahan.
ii. Memastikan persembahan berjalan
dengan teratur dan terkawal.
13. PERSIAPAN TEMPAT i. Menyediakan backdrop.
ii. Menyediakan dan menyusun kerusi
VIP, tetamu, peserta dan ibu bapa.
iii. Memastikan kebersihan dewan dan
keperluan asas yang penting.
iv. Menyediakan susun atur sofa,
permaidani dan yang berkaitan.
14. DOKUMENTASI/ PA SISTEM i. Menyedikan mikrofon mengikut
keperluan majlis.
ii. Memastikan PA sistem berfungsi
dengan baik.
iii. Merakamkan gambar sepanjang majlis
berjalan mengikut kesesuaian.
10. PELAKSANAAN

BIL. MASA AGENDA


1. 8.00 pagi  Pendaftaran
 Menanti kehadiran ibu bapa dan tetamu yang
hadir dan mencatat kehadiran di meja
pendaftaran sebelum masuk ke dewan.
 Penyerahan Buku Program Majlis dan
makanan.
2. 8.15 pagi  Para hadirin mengambil tempat di dalam
Dewan Dagang.
3. 8.30 pagi  Ketibaan tetamu terhormat diiringi oleh
Pengarah dan AJK Penyambut Tetamu.
 Penyerahan Buku Program kepada VIP.
 Pengumumkan ketibaan tetamu terhormat.
 Nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor.
4. 8.45 pagi  Bacaan doa
5. 8.50 pagi  Ucapan YDP PIBG.
 Ucapan Pengarah.
 Perasmian majlis.
6. 9.45 pagi  Persembahan pelajar
7. 10.00 pagi  Penyampaian Hadiah (Pelajar Terbaik Setiap
Program)
8. 10.30 pagi  Persembahan pelajar
9. 10.40 pagi  Penyampaian Anugerah Pelajar (Emas, Perak,
Gangsa)
10. 11.15 pagi  Sesi fotografi
11. 11.30 pagi  Jamuan Makan
12. 11.45 pagi  Majlis Bersurai.
13. 11.55 pagi  AJK Persiapan Tempat memastikan Dewan
Dagang dalam keadaan yang bersih dan
kemas.
 Memulangkan semula peralatan yang dipinjam
atau digunakan ke tempat asal.
11. PENUTUP
Diharapkan dengan adanya Majlis Anugerah Cemerlang ini, dapat menyuntik lagi
semangat pelajar dalam berusaha mencapai kejayaan di samping dapat
meningkatkan lagi prestasi para pelajar sama ada dalam bidang kurikulum,
kokurikulum mahupun vokasional bagi melahirkan pelajar yang cemerlang, terbilang
dan tidak mengenal erti berputus asa untuk mencapai kejayaan.

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH

……………………………………… ………….……………………...
( (NURIZZATI SYAMIMI BINTI ZAIHAN) ( (NORMALIZA BINTI AHMAD)
Setiausaha, Pensyarah Penyelaras,
Majlis Anugerah Cemerlang, Kemahiran Komunikasi Semester 3,
KV Perdagangan, Johor Bahru. KV Perdagangan, Johor Bahru.
Tarikh : 05 Mei 2021 Tarikh : 05 Mei 2021

DISAHKAN OLEH

…………………………….
( (ROSLAN BIN AB AZIZ)
Pengarah,
KV Perdagangan, Johor Bahru.
Tarikh : 05 Mei 2021

Anda mungkin juga menyukai