Anda di halaman 1dari 9

SMK PELABUHAN

26100 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN PEMIMPIN MURID


(PENGAWAS SEKOLAH , PUSAT SUMBER SEKOLAH, SPBT, KOPERASI,
KETUA DAN PENOLONG TINGKATAN)
SESI 2022/2023

1.0 PENDAHULUAN
Badan pengawas sekolah merupakan teras utama dalam menentukan dan
meningkatkan disiplin murid ke tahap yang optimum. Selain itu, pengawas juga
dibentuk untuk menjadi bakal pemimpin yang berwibawa dan berketrampilan. Barisan
pengawas ini diberikan amanah dan tanggungjawab dalam membantu guru
menguruskan sebarang hal berkaitan disiplin dan juga sebagai medium untuk melatih
mereka mengendalikan majlis rasmi sekolah.

Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) pula merupakan satu unit yang
terdiri daripada murid sekolah. Badan ini akan membantu Pusat Sumber
Sekolah menjalankan pelbagai aktiviti agar dapat mencapai matlamat dan objektif yang
telah ditetapkan.

Pengawas SPBT yang dilantik akan membantu guru SPBT melancarkan lagi
pengoperasian SPBT sekolah. Di samping itu, pengawas ini dapat membantu
melaksanakan kerja-kerja pengagihan dan pemulangan buku serta menjalankan aktiviti
kebersihan dan keceriaan bilik BOSS.

Badan Pengawas Koperasi diwujudkan untuk memberi peluang kepada para


pelajar menimba pengalaman menguruskan koperasi sekolah. Para pengawas koperasi
juga mendapat pendedahan tentang ilmu perniagaan yang melibatkan urusan jual beli
dan pengiraan stok barangan. Mereka juga dilatih tentang pengurusan kewangan
koperasi dan perniagaan.

Badan Ketua Tingkatan memainkan peranan penting dalam usaha memastikan


pelajar mematuhi disiplin dan peraturan yang ditetapkan, terutama ketika berada di
dalam kelas dan kawasan sekolah. Antara tugas dan peranan ketua kelas ialah
mengetuai pelajar ketika menjalankan sebarang aktiviti dalam kelas, mengawal disiplin
pelajar ketika ketiadaan guru, menyelia kebersihan serta keceriaan kelas serta
membantu guru mengedar dan memungut buku latihan.
2.0 MATLAMAT
1. Jawatan yang digalas dapat melatih murid menjadi pemimpin yang berkesan
dan bertanggungjawab.
2. Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya
menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis
pemimpin negara seterusnya.

3.0 OBJEKTIF
1. Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih agar pelaksanaan tugas
yang diamanahkan dapat dilakukan dengan penuh dedikasi dan
bertanggungjawab.
2. Mengoptimumkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan
tugas dengan baik.
3. Menjadikan murid yang terlibat ini sebagai suri teladan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


i. 112 orang Pengawas Sekolah
ii. 42 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah
iii. 32 orang Pengawas SPBT
iv. 22 orang Pengawas Koperasi
v. 80 orang Ketua dan Penolong Tingkatan

5.0 TARIKH & MASA


Tarikh : 18 Mei 2022
Hari : Rabu
Masa : 7.20 pagi
Tempat : Dataran Ulum SMK Pelabuhan

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil PERKARA ANGGARAN JUMLAH


PERBELANJAAN
1. Bunting RM 50.00 × 1 RM 50.00
2. Cenderahati tetamu jemputan RM 50.00 × 1 RM 50.00
3. Toner printer RM 100.00 × 1 RM100.00
4. Makan murid RM 2.00 × 288 RM 576.00
5. Jamuan perasmi RM 6.00 × 8 RM 48.00
6. JUMLAH RM824.00

7.0 SUMBER KEWANGAN


Dana HEM PIBG SMKP (RM 412.00 ) dan Koperasi SMKP Berhad (RM 412.00 )
8.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG / PENASIHAT : EN SIROJUDDIN BIN IBRAHIM


PENGETUA

PENGERUSI : TN. HJ. WAN ZAINUL AZHAN BIN WAN IBRAHIM


GPK Hal Ehwal Murid

NAIB PENGERUSI I : PN. NOOR HASHIMAH BINTI RAZALLI@HASAN


GPK Pentadbiran

NAIB PENGERUSI II : PN. SALINA BINTI MAMAT


GPK Ko-Kurikulum

PENYELARAS : PN ALINAWATI BINTI ABDULLAH


SU Hal Ehwal Murid

SETIAUSAHA : PN. JULIA BINTI MOHAMAD


Setiausaha JK Badan Pengawas Sekolah

PN. NORAZNI SUHANA BINTI SAMSUDIN


Setiausaha JK Pusat Sumber Sekolah

PN. ZALINAH BINTI JOHARI


Setiausaha JK Skim Pinjaman Buku Teks

PN. JASIMAH BINTI PUARI


Setiausaha JK Koperasi Sekolah

PN. WAN NURUL AIMI BINTI WAN MARZUKI


Setiausaha Badan Ketua Tingkatan

BENDAHARI : PN. NOR AZLINA BT OTHMAN


9.0 JAWATAN KUASA KERJA DAN BIDANG TUGAS
(RUJUK LAMPIRAN A)

ATURCARA MAJLIS

MASA PERKARA

7.20 pagi Penerima watikah mengambil tempat


Murid lain mengambil tempat
Gurumengambil tempat

7.30 pagi Ketibaan YDP PIBG


Ketibaan Perasmi
Ucapan aluan juruacara
Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Negeri Pahang
Bacaan Ikrar Rukun Negara
Bacaan doa
Ucapan Pentadbir (Tuan Pengetua)
Ucapan Perasmi

8.00 pagi Penyampaian Watikah Pelantikan


- Penolong Tingkatan
- Ketua Tingkatan
- Pengawas Koperasi
- Pengawas SPBT
- Pengawas PSS
- Pengawas Sekolah
Lafaz Ikrar Pengawas (diketuai oleh Ketua Pengawas)

8.55 pagi Penyampaian cenderamata kepada perasmi

9.00 pagi Sesi fotografi

9.10 pagi Jamuan VIP


Bersurai
10.0 PENUTUP
Majlis seumpama ini diharapkan dapat mencetuskan semangat dalam diri setiap
pemimpin agar menjadi lebih berdedikasi dan ikhlas dalam setiap tugasan yang diberi.
Semoga usaha sebegini dapat melahirkan modal insan bersifat proaktif, berwibawa dan
kompetetif sejajar dengan keperluan kehidupan di abad ke-21 kini.

Disediakan oleh Disemak oleh

............................................................ ...................................................................
(ALINAWATI BINTI ABDULLAH) (WAN ZAINUL AZHAN BIN WAN IBRAHIM)
Setiausaha Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Disah dan diluluskan oleh,

...............................................................
(SIROJUDDIN BIN IBRAHIM)
Pengetua
MAJLIS WATIKAH
PELANTIKAN BADAN PEMIMPIN MURID SESI 2022/2023

Tarikh : 18 Mei 2022


Hari : Rabu
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Samudera, SMK Pelabuhan
Perasmi : Inspektor Mohd Khairul Annur bin Mohd Nor
(Pegawai Perhubungan Sekolah)

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : EN SIROJUDDIN BIN IBRAHIM


TIMBALAN PENGERUSI : TN HJ WAN ZAINUL AZHAN BIN WAN IBRAHIM
NAIB PENGERUSI I : PN. NOOR HASHIMAH BINTI RAZALLI@HASAN
NAIB PENGERUSI II : PN SALINA BINTI MAMAT
PENYELARAS : PN ALINAWATI BINTI ABDULLAH
BENDAHARI I : PN WAN NOORIHA BT WAN ABDUL RAHMAN
BENDAHARI II : PN NOR AZLINA BT OTHMAN

JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA DAN GURU TUGASAN

SAMBUTAN • Menyambut ketibaan perasmi dan jemputan VIP dan


Pn. Marzita binti Mohd Nasir mengiringi jemputan hingga ke pentas
Pn. Pn Noor Fazidah binti Mohd Ismail
Pn. Wan Juhaida binti Wan Mansor
Pn. Rohaizah binti Isnin

FLOOR MANAGER • Berhubung dengan JK persiapan untuk tentukan


En. Muhamad Hafizuddin Bin Zakaria kedudukan penerima watikah
• Berhubung dengan pengacara majlis untuk tentukan
susunan penerima watikah
• Memberi taklimat kepada penerima watikah
• Melatih penerima watikah untuk menerima sijil
• Memastikan persediaan dan pelaksanaan majlis
berlangsung dengan lancar

JEMPUTAN PERASMI DAN SURAT • Menyediakan surat jemputan kepada perasmi berserta
MAKLUMAN teks ucapan
Pn. Norshahida Binti Alias • Menghubungi perasmi
Pn. Safiza Akhma binti Mohd Yusoff • Mempunyai salinan hardcopy teks ucapan perasmi
(standby mode)
• Menyerahkan salinan softcopy surat kepada JK
Dokumentasi
JURUACARA • Menyediakan skrip dan mengacara majlis berdasarkan
Pn Azliza binti Abdullah aturcara
Pn Mazliza Binti Mohamad • Membuat sebarang pengumuman jika perlu
• Mengawal perjalanan majlis
• Menyerahkan salinan softcopy skrip kepada JK
dokumentasi

TEKS PERASMI • Menyediakan teks perasmi dalam Bahasa Melayu


Pn Noor Rohimah Binti Mohd Noor • Menyemak dan membetulkan teks perasmi
• Menyerahkan teks perasmi kepada JK Jemputan
untuk diserahkan bersama-sama surat jemputan
• Menyerahkan salinan softcopy kepada JK
Dokumentasi

TEKS TUAN PENGETUA • Menyediakan teks ucapan Tuan Pengetua dalam


Pn Nurul Aliya Izzati Bt Ismail Bahasa Melayu
• Menyemak dan membetulkan teks ucapan Tuan
Pengetua
• Menyerahkan teks ucapan Tuan Pengetua kepada
Tuan Pengetua sehari sebelum majlis.
• Menyerahkan salinan softcopy kepada JK
Dokumentasi

JK PENYELIA PENERIMA WATIKAH • Menyediakan senarai nama dan mengesahkan


Pn Norrisah binti Adam (Pengawas) kehadiran penerima
Pn Norazni Suhana binti Samsudin (PSS) • Menyelaraskan kehadiran penerima dengan juruacara
Pn Jasimah Bt Puari (Koperasi) • Menyelia dan mengawalatur pergerakan penerima
Pn Zalinah Binti Johari (SPBT) semasa penyampaian watikah
Pn Wan Nurul Aimi Binti Wan Marzuki (Ketua • Menyerahkan salinan hardcopy nama penerima
dan Penolong Tingkatan) kepada juruacara
• Menyerahkan salinan softcopy nama penerima kepada
JK Dokumentasi

SIARAYA • Menyediakan kelengkapan alatan siaraya (2 unit


En Zubaidi bin Ali mikrofon untuk juruacara dan 1 unit mikrofon untuk
Pn Siti Arinah Binti Tukiran perasmi) -wireless jika ada
• Memastikan alatan siaraya (dewan sekolah) berfungsi
sepanjang majlis berlangsung
• Mempunyai kaedah alternatif jika timbul sebarang
masalah berkaitan
• Memainkan muzik latar (gamelan) semasa
penyampaian watikah (perlu ‘test run’)

BROSUR • Merekabentuk brosur yang bersesuaian


Pn Nini Rahayu Binti Radzali • Mengedarkan hardcopy brosur kepada perasmi dan
Pn Mashitoh Binti Yusoff @Mat Jusoh pentadbir, softcopy brosur (any flip) untuk guru melalui
telegram Official KPSS
• Menyerahkan salinan softcopy brosur kepada JK
dokumentasi
SIJIL • Menyediakan, mencetak dan menyusun sijil / watikah
Pn Siti Zakiah Binti Mamat (Pengawas Men pelantikan mengikut senarai nama penerima mengikut
Ren) badan masing-masing
Pn Zailawati Binti Awang (Pengawas Men Atas) • Menyelaras susunan penyampaian hadiah dengan
Pn Rozleha Binti Rashid (PSS) juruacara (susunan : sijil pelantikan penerima biasa
Pn Aznora Binti Azmi (Koperasi) T1-T5, sijil pelantikan JK Tertinggi)
Pn Siti Sarah Binti Mohd Noor (SPBT) • Berada di pentas untuk menguruskan agihan sijil
Pn Farhani Binti Ahmad Sukaimi (Ketua kepada perasmi
Tingkatan) *Cadangan :Menyediakan satu kotak/bekas untuk
Pn Rohaida binti Mohamad (Penolong Ketua pemulangan dummy scroll agar mudah dikembalikan
Tingkatan) bagi kegunaan penerima berikutnya (sekiranya sijil
tidak dapat disediakan)

BUKU PELAWAT • Memastikan buku pelawat ditandatangani oleh


Pn Che Ku Rohaya Binti Che Engku Musa perasmi

BUNTING • Menempah bunting MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN


Pn Radziah Binti Ghazali PEMIMPIN MURID 2022 dan menjadikannya sebagai
backdrop di atas pentas
• Menempah bunting untuk perasmian
• Menyediakan marker pen untuk perasmi tandatangan
pada bunting
• Menyerahkan kembali baner majlis kepada penyelaras
program
PERSIAPAN TEMPAT • Menyediakan tempat duduk guru bertugas (kerusi
Pn. Nor Intan Soria Binti Mohamad berwarna ungu), pentadbir dan perasmi (8 kerusi
Pn. Alis Marini Binti Ab Ghani banquet)
• Menyediakan meja beralas dan kerusi untuk 2 orang
pengacara
• Mengemas semula tempat duduk setelah selesai
majlis
FOTOGRAFI • Mengambil gambar sepanjang program berlangsung
Pn. Normi binti Abdullah (Pengawas Sekolah) • Memasukkan gambar yang diambil ke dalam media
Pn. Mahaizah Binti Abd Rahman (PSS) telegram kumpulan Port Aktiviti.
Pn. Wan Khairul Amaliah Binti Wan Mohd Noor • Mengambil gambar penerima watikah dan
(BKT) menyerahkan kepada Penyelaras berkaitan.
Pn. Norfatin Nabilah Binti Kelana Sari (SPBT &
Koperasi)

IKRAR • Melatih pelajar melafazkan ikrar dengan penuh


Pn. Julia Binti Mohamad semangat

JAMUAN • Menentukan menu minum pagi untuk 8 orang


Pn. Ariffah Binti Mohd Nor (perasmi, 1 pegawai pengiring, YDP PIBG, 5 orang
Pn. Hazidah binti Md Taha guru)
• Memastikan menu telah tersedia sebelum perasmi
bergerak ke jamuan
• Menyediakan makanan yang sesuai untuk 288 orang
penerima watikah dan mengedarkannya
CENDERAMATA • Menyediakan cenderamata perasmi
Pn. Rozita Binti Mohamad
BACAAN DOA • Menyediakan teks doa bersesuaian dengan majlis
Ustaz Mohd Sukri Bin Shariff • Mengetuai bacaan doa
• Menyerahkan teks doa kepada JK dokumentasi
melalui telegram
KAWALAN PELAJAR • Mengawal pelajar agar tidak mengganggu sepanjang
Semua Guru Bertugas (Kumpulan 4) perjalanan majlis
Pn. Hasnita Binti Ab Hamid
Pn. Azlina binti Shamsuddin
Pn. Noraishah Binti Sulaiman
Pn. Rahayu Binti Hussin
Pn. Wan Nooriha Binti Wan Abdul Rahman

DOKUMENTASI • Mendapatkan semua bentuk salinan softcopy dari JK


Pn. Siti Noraini Binti Ishak berkenaan (jika ada)
• Mengambil gambar melalui media telegram kumpulan
Port Aktiviti
• Membuat laporan lengkap program
• Menyerahkan laporan penuh program dengan format
yang ditetapkan dalam bentuk hardcopy dalam
tempoh 2 minggu selepas program berlangsung

Anda mungkin juga menyukai