Anda di halaman 1dari 3

No.

Rujukan:
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SERAI
26600 PEKAN, PAHANG
--------------------------------------------------------------------------
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN ANJURAN UNIT HEM, PUSAT SUMBER DAN
BIMBINGAN KAUNSELING
PRASEKOLAH SK PULAU SERAI
TAHUN 2022

2. PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit HEM SK Pulau Serai
dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Program ini melibatkan semua pengawas
sekolah, pengawas Pusat Sumber. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi
pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai
panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk
meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta
memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada
para peserta untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan pihak – pihak luar dalam
memantapkan lagi profesionalisme mereka. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan
hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa
demi mengharumkan nama sekolah.

3. OBJEKTIF

Objektif Program Ini adalah untuk :


3.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan
dengan modul program jati diri.
3.2 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses
melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
3.3 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan
akademik dan sahsiah.
3.4 Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan

4. KUMPULAN SASARAN

BIL PENYERTAAN JUMLAH


1 PENGAWAS SEKOLAH 35
2 PENGAWAS PUSAT SUMBER 22
3 PENGAWAS SPBT 8
4 PENGAWAS PPDA 6
5 PENGAWAS ICT 4
JUMLAH 75

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 9 FEBRUARI 2021


Masa : 2.00 – 4.30 PTG
Tempat : Dewan Terbuka Sk Pulau Serai

TENTATIF PROGRAM

1.00 Petang Pendaftaran


1.30 Petang Solat Zohor berjemaah
2.00 Petang Ceramah oleh ( PK HEM)
LDK 1
LDK 2
LDK 3
4.30 Petang Majlis Penutup dan bersurai

6. SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT : PN. SALIMAR BT MOHAMMAD


PENGERUSI : PN. NIK ROHAYA BT NIK OTHMAN
SETIAUSAHA : SITI RUZANA BT ABD HAMID
BENDAHARI : NURUL HUDA BT ABD RAHIM
AHLI JAWATANKUASA :
TEMPAT : ZAKARIA BIN MANSOR
NAZIRA BT JAMALUDDIN
SIARAYA : HANIF BIN NORDIN
FOTOGRAFI ; HORSANIAH BT SULAIMAN
BACAAN DOA : YM RAJA AZLAN BIN BIN RAJA AHMAD
PENGERUSI MAJLIS: NORLAZAR BIN JANTAN
PENDAFTARAN : NORIAH BT ABDULLAH
MUSALMA BT AHMAD
MAKANAN : ZAITUL AKMAL BT JAMALUDDIN
SIJIL : SITI RUZANA BT ABD HAMID
NORAZLINA BT AKASHAH
PENYELARAS LDK : NORHAYATI BT MD TAH
KAWALAN MURID : SEMUA GURU

7. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

7.1
Jamuan murid :
BI BUTIRAN UNIT HARGA JUMLAH
L
1 NASI KUKUS 75 RM8.00 RM600.00
BUAH EPAL
AIR OREN

JUMLAH 75 RM600.00
7.2 Sumber kewangan
7.2.1 Bimbingan dan kaunseling RM 424.00
7.2.1 Pusat Sumber RM 176.00
JUMLAH RM 600.00

8. PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat baru kepada
peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pemimpin Sekolah Kebangsaan Pulau Serai. Menyedari
pentingnya keterampilan dan keunggulan pemimpin umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang
mantap dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Serai Pekan, diharapkan kem ini akan
memudahkan dan boleh membantu para peserta dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan
sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan
positif kepada semua peserta sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh
permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar.

Disediakan oleh; Disemak oleh ;

Siti Ruzana bt Abd.Hamid Nik Rohaya bt Nik Othman


Guru Prasekolah GPK HEM
Sekolah Kebangsaan Pulau Serai SK Pulau Serai

Anda mungkin juga menyukai