Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DATO ABDUL RAHMAN YASSIN,


JKR 4418 , JALAN PENGANGKUTAN,
81200, JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA

LATIHAN MUSKETRI DAN MENEMBAK


SENJATA API M16A1

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD AZRI B ARBAIN

0
1.0 TAJUK KERTAS KERJA
LATIHAN MUSKETRI DAN MENEMBAK SENJATA API M16A1
TARIKH : 8 Februari 2017 (RABU) & 16 Febuari 2017
TEMPAT : Balai Merdeka,SDARY & Lapangsasar BAT 5 PGA Simpang Renggam
MASA : 2.00 PTG 4.30 PTG & 7.00 PG- 6.00 PTG

2.0 PENDAHULUAN
Barisan kepimpinan unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan sekolah
adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu
pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para
pelajar ke tahap yang lebih baik. Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk
bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka
memerlukan bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai matlamat penubuhan Kor Kadet Polis, pihak PDRM telah
bersetuju
untuk memberikan peluang serta pengalaman kepada anggota Kadet Polis untuk
mengetahui tatacara penggunaan senjata api sekiranya bantuan mereka diperlukan
suatu hari nanti.

3.0 RASIONAL
Memberikan pengalaman menembak peluru hidup serta prosedur keselamatan dalam
mengendalikan senjata api dengan selamat.

4.0 MATLAMAT
Untuk memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengenai senjata api M16A1 dan mengetahui etika penggunaan yang betul
sekiranya dikerah.
5.0 OBJEKTIF

5.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang Kadet dan mengenali kawan-kawan.

5.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

5.3 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan..

5.4 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila mengendalikan senjata api.

5.5 Memahami risiko dan bertindak secara bijak.

5.7 Mengetahui bahawa mereka telah diberi kepercayaan oleh PDRM untuk
mengendalikan senjata api.

1
6.0 JAWATANKUASA
Penasihat : Cik Nor Syakinah bt Abdullah (PPD)
Pengerusi : ASP (K) Reynullah b Mohd Sauki (SMKTU1)
Penyelaras : Ins. Kho Mei Ping (IPD JB(U))
Penyelaras 2 : INS. (SUKSIS) Mohd Azri b Arbain
Timbalan Komandan :Pn Nurul Ain bt Amir

Ahli-ahli Jawatankuasa:
6..1 Ketua Platun

6.2 Sijil Latihan

6.3 Makanan & Minuman

6.4 Jurufoto dan dokumentasi

6.5 Pertolongan cemas

6.6 Disiplin peserta

7.0 KUMPULAN SASARAN


20 orang ahli Kadet terdiri daripada tingkatan 5 dan 4 Kadet Polis wanita dan lelaki.

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN


BIL TARIKH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
1 23 Jan 2017 Perbincangan bersama peringkat daerah. Penyelaras 2 Membuat draf 1 kertas
kerja program.
2 5 Feb 2017 Menyerahkan kertas kerja untuk diedit. Penyelaras 2 Membaiki kertas kerja.
3 6 Feb 2017 Menyerahkan kertas kerja untuk Penyelaras 2 Lulus/ Tidak Lulus
kelulusan Pengetua
4 8 Feb 2017 Latihan Musketri di SDARY bersama Penyelaras 2 Pengagihan tugas
SMKBBU,SMKSR & SMKDOA kepada AJK
5 16 Feb 2017 Latihan Menembak Senjata Api di Semua AJK Mengedarkan surat
Lapangsasar BAT 5 PGA Simpang kebenaran ibubapa 3
Renggam. hari lebih awal.
6 19 Feb 2017 Mendapat maklum balas dari semua Semua Lancar/Tidak
Kadet-sijil.

9.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN


Perbelanjaan :

2
Perkara Jumlah Sumber
Minuman dan makanan pelajar (20 x RM10.00) RM 200

JUMLAH RM 200 Wang Kokurikulum

10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan di akhir program ini para peserta akan mendapat satu
pengalaman yang istimewa khas untuk anggota Kadet Polis sahaja . Mereka juga diharap
agar dapat menimba seberapa banyak ilmu mengenai penggunaan senjata api serta
prosedur keselamatan sepanjang penggunaan peluru kapur dan peluru hidup.
Akhir kata, semoga penglibatan pelajar dalam program ini dapat melahirkan
pemimpin yang berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan
kepimpinan Kadet Polis SDARYdan pelajar yang berfikiran positif, kreatif, kritis
dan proaktif.

Disediakan oleh,

.
(INS. SUKSIS MOHD AZRI B ARBAIN)
Penyelaras / Platun Komandan
Kor Kadet Polis
Platun SDARY

Disemak oleh,

.
(MOHAN A/L NARAYANAN)
GPK Kokurikulum
SMK Dato Abdul Rahman Yassin
Johor Bahru

Diluluskan oleh,

..
(ROGAYAH BT ABDULLAH)
Pengetua
SMK Dato Abdul Rahman Yassin
Johor Bahru

Isi Kandungan Kertas Kerja


Muka Surat

3
1 Tajuk Kertas Kerja 1
2 Pendahuluan 1
3 Rasional 1
4 Matlamat 1
5 Objektif 1
6 Jawatankuasa 2
7 Kumpulan Sasaran 2
8 Strategi Pelaksanaan 2
9 Cadangan Peruntukan Kewangan 2
10 Penutup 3
11 Lampiran Surat PPD 4

Anda mungkin juga menyukai