Anda di halaman 1dari 25

1.

PENGENALAN Pendidikan Kerohanian dan Moral prasekolah amat penting bagi pemupukan

nilai Islam dan nilai-nilai murni masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Ianya bertujuan melahirkan rakyat yang berakhlak mulia, mampu membezakan baik dan buruk serta mampu menjadi benteng daripada terjebak dengan perkara-perkara yang negatif. Pendidikan seumpama ini perlu diterap sejak dari kecil kerana ia akan menjadi asas apabila sudah dewasa seperti kata pepatah Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh kerana pendidikan ini penting, maka ia perlu dirangka dengan teliti bagi menjamin keberkesanan dalam melaksanakannya. Kurikulum Persekolahan Kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan yang akan datang. Penyemakan semula kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid

menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai-nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Pendidikan Islam ialah pendidikan yang bersumberkan kepada Al-Quran dan hadis. Oleh itu matlamat pendidikan tersebut hendaklah disesuaikan dengan kedua-dua sumber tersebut. Abdul Qadir Ahmad (1980) menyatakan bahawa matlamat pendidikan Islam ialah untuk melahirkan individu yang salih dalam kehidupan di dunia untuk melahirkan Islam supaya mencapai kehidupan bermasyarakat dan dalam

individu yang beramal dengan amalan-amalan

kebahagiaan di akhirat.

Langgulung, Hassan (1986) menyatakan bahawa tujuan pendidikan Islam sebagai alat untuk menentukan haluan pendidikan yang dapat dilihat melalui tiga peringkat iaitu tujuan khas, tujuan am dan tujuan akhir. Apabila digunakan dalam kurikulum, ketiga-tiga peringkat ini mencakupi aspek tertentu pada tujuan tersebut. Peringkat-peringkat tujuannya adalah seperti berikut:

i. ii. iii.

Murid-murid akan menguasai prinsip-prinsip ilmu tersebut (tujuan khas). Murid-murid akan sanggup berfikir secara kritis (tujuan am). Murid-murid akan mencapai perwujudan diri (tujuan akhir).

Jika dilanjutkan lagi maka ia akan berkaitan dengan tujuan hidup manusia iaitu berbakti kepada Allah dan mencari kesempurnaan diri. Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan Negara. Murid-murid mesti diberi peluang meneroka pengalaman dan

perasaannya sendiri, bertanya dan membuat komen serta dalam perhubungannya dengan orang lain dalam komuniti prasekolah, mengenali sifat saling menghormati, serta melalui bentuk latihan moral dan didedahkan kepada peraturan-peraturan dan standard moral seperti baik dan buruk, serta betul atau salah. Semua ini perlu bagi melahirkan insan yang seimbang dari semua segi. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu: Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan pengetahuan, berkeupayaan terhadap

berketrampilan, mencapai

berakhlak

mulia, diri

bertanggungjawab memberikan

kesejahteraan

serta

sumbangan

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri: i. ii. iii. iv. v. Percaya dan patuh kepada tuhan. Berilmu pengetahuan. Berakhlak mulia. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. vi. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPK ini dapat dicapai jika nilai-nilai murni yang dinyatakan di atas dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan didapati dapat diperkembangkan sebagai khalifah Allah di dunia ini.

2.0

KONSEP KEROHANIAN Kerohanian merupakan satu bentuk pembinaan yang menjadikan perkembangan

rohani sebagai tujuan kehidupan insan dan sebab kejadiannya. Kerohanian tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kerohanian merangkumi aspek-aspek berikut:

Aspek-aspek kerohanian

Keyakinan kepada Tuhan

Kepercayaan kepada agama

Kemantapan jiwa

Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat

Berbudi pekerti mulia

Rajah 1: Aspek-aspek kerohanian 2.1 Agama Islam Aspek-aspek yang ditekankan bagi membentuk kerohanian dalam Islam merupakan apa yang terdapat dalam rukun Islam iaitu mempunyai lima perkara. Aspekaspek tersebut ialah:

Syuhadah Solat Puasa Zakat Haji

Rajah 2:

Aspek yang diberi penekanan dalam Agama Islam berdasarkan rujukan daripada http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Islam

2.1.1

Syahadah

Syahadah merupakan fahaman asas atau ajaran Islam iaitu:


Aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah.


Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad Itu Adalah Pesuruh Allah "Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali Imran : 18)

Ia adalah asas bagi semua kepercayaan lain dan amalan dalam Islam. Setiap orang Islam melafazkan syahadah sewaktu dalam solat dan bagi orang bukan Islam mestilah melafazkannya ketika mahu memeluk Islam. 2.1.2 Solat Solat adalah ibadat fardu yang wajib dilakukan oleh setiap muslimin (orang Islam) lima kali sehari. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat fardu atau solat yang wajib dilakukan. Ini telah dinyatakan dalam Surah An-Nisaa:103 Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah ketetapan yang diwajibkan atas orangorang yang beriman, yang tentu waktunya. Solat merupakan komunikasi peribadi denganNya yang meluahkan kesyukuran dan penyembahan. Solat dilaksanakan dalam bahasa Arab, iaitu bahasa Al-Quran. Sebelum solat, muslimin hendaklah mengambil wuduk terlebih dahulu. Waktu solat telah ditentukan masanya: i. Solat Subuh (sekurang-kurangnya sejam setengah sebelum matahari terbit). ii. iii. iv. Solat Zohor (baru sahaja selepas tengah hari). Solat Asar (waktu petang). Solat Maghrib (baru sahaja selepas matahari terbenam).

v.

Solat Isyak (sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam).

2.1.3

Puasa Puasa menahan diri daripada makan dan minum pada bulan Ramadhan. Puasa

mendekatkan diri orang Islam kepada Allah. Semasa berpuasa muslimin patut meluahkan rasa bersyukur dan kebergantungan mereka kepada Allah, bertaubat dari segala dosa yang telah mereka lakukan dan mengingati mereka yang memerlukan. Mereka yang tidak berpuasa atas sebab-sebab yang tertentu dikehendaki mengqadak dengan segera. Surah Al-Baqarah:183 Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.

2.1.4 Zakat Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. Amalan memberi zakat adalah wajib bagi semua muslim yang mampu. Pemberian zakat berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul. Bahagian yang ditetapkan digunakan untuk membantu yang miskin dan memerlukan serta membantu menyebarkan Islam. Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah At-Taubah:103)

2.1.5 Haji

Haji merupakan ziarah semasa bulan Islam dari Zulhijjah di Bandar makkah. Semua orang Islam yang mampu, wajib mengerjakan ibadat haji, tidak mengira asal usul mereka. Mereka wajib melakukannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang Nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapayang kufur (ingkarkan ibadat haji itu), maka

sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. (Surah Ali Imran:97)

2.2

Agama Budha

Agama Budha merupakan agama yang utama di dunia. Ia diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha. Ajaran dasar bagi agama Budha dikenali sebagai Empat Kebenaran yang Mulia dan Jalan Lapan Lapis.

Prinsip Empat Kebenaran Mulia meliputi:

i.

Dukkha Ariya Sacca (Kebenaran Arya tentang Dukkha).

ii.

Dukkha Samudaya Ariya Sacca (Kebenaran Ariya tentang Asal Mula Dukkha).

iii.

Dukkha Nirodha Ariya Sacca (Kebenaran Ariya tentang Terhentinya Dukkha).

iv.

Dukkha Nirodha Ariya Sacca (Kebenaran Ariya tentang Jalan yang Menuju Terhentinya Dukkha).

Di dalam jalan lapan lapis pula terdapat enam perkara yang penting, iaitu:

i. ii. iii. iv. v. vi.

Kepercayaan dan pengetahuan yang baik. Keinginan yang baik. Pengucapan yang baik. Makna kehidupan yang baik. Pemikiran yang baik. Pertingapaan yang baik.

Melalui jalan ini seseorang penganut Buddha dapat menikmati nirvana dan membuang semua kesengsaraan. Pencapaian nirvana ini membolehkan seseorang Buddha menjadi boddhisatva. Seperti agama lain, ajaran agama Buddha juga mengutamakan nilai-nilai kemoralan. Nilai-nilai kemoralan ini biasanya dikenali sebagai Pancasila.

Terdapat lima nilai-nilai kemoralan untuk umat awam, iaitu:

i.

Panatipata Veramani Sikkhapadam Samadiyami (aku bertekad akan melatih diri menghindari pembunuhan makhluk hidup).

ii.

Adinnadana Veramani Sikkhapadam Samadiyami (aku bertekad akan melatih diri menghindari pencurian atau mengambil barang yang tidak diberikan).

iii.

Kamesu Micchacara Veramani Sikhapadam (aku bertekad akan melatih diri menghindari melakukan perbuatan tatasusila).

iv.

Musavada Veramani Sikkhapadam Samadiyami (aku bertekad akan melatih diri menghindari melakukan perkataan dusta).

v.

Surameraya Majjapamadatthana Veramani Sikkhapadam Samadiyami (aku bertekad akan melatih diri menghindari makanan atau minuman yang dapat menyebabkan lemahnya kesadaran).

Selain nilai-nilai tersebut, agama Buddha juga amat menjunjung tinggi karma sebagai sesuatu yang berpegang kepada prinsip sebab akibat. Kamma (bahasa Pali) atau Karma (bahasa Sanskerta) membawa maksud perbuatan atau aksi.

Guru Buddha dalam Nibbedhika Sutta: Angguttara Nikaya 6.63 menjelaskan dengan jelas erti Kamma, iaitu: Parabhikkhu, cetana (kehendak) lah yang kunyatakan sebagai kamma. Setelah berkehendak, orang melakukan sesuatu tindakan lewat tubuh, ucapan atau pikiran.

Jadi di sini, kamma bermaksud semua jenis kehendak (cetana), perbuatan yang baik mahupun buruk atau jahat, yang dilakukan oleh jasmani (kaya), perkataan (vaci) dan fikiran (mano), yang baik (kusala) mahupun yang jahat (akusala).

2.3

Agama Kristian

Agama Kristian merupakan agama terbesar di dunia. Ajaran bagi agama ini mementingkan kasih saying dan pengampunan sesama manusia. Ajaran agama ini menganggap tuhan itu penyayang, pemurah, pengampun dan pengasih. Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaranajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam perjanjian baru.

Empat prinsip utama dalam ajaran agama Kristian. i. ii. Terdapat satu tuhan yang mencipta seluruh alam. Berpegang pada konsep triniti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Holispirit. iii. Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai tuhan serta melayan semua orang dengan adil dan hidup secara aman damai. iv. Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkahlakunya di dunia. Seseorang Kristian yang taat kepada agamanya akan menikmati kehidupan abadi selepas mati manakala seseorang yang berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi.

Ajaran agama Kristian terdapat dalam dua rukun utama, iaitu: i. ii. Cintailah tuhan dengan seluruh jiwa ragamu. Cintailah jiran seperti kamu mencintai diri sendiri.

Menurut ajaran Kristian, penganut yang hidup dalam dosa menghalang hubungan yang rapat dengan tuhan. Jadi, penganut Kristian yang masih hidup berdosa tidak akan menikmati hubungan yang rapat dengan Tuhan.

Namun demikian, Kristian akan menang dalam pertempuran dengan dosa ini jika mereka membaca Kitab Injil dan mematuhi firman Tuhan dalam hidup mereka, serta sudi menerima ajaran daripada Roh Kudus, tunduk kepada pengaruh Roh Kudus dan mematuhi ajaran Tuhan melalui Roh Kudus.

2.4

Agama Hindu

Agama Hindu merupakan agama tertua di dunia bagi sarjana barat. Agama Hindu adalah agama ketiga terbesar di dunia. Agama Hindu juga dikenali s sebagai Banatana-dharma atau agama abadi. Ia dipanggil sedemikian kerana agama ini tidak memiliki tarikh permulaan dan pengasasnya.

Teras kepercayaan agama Hindu adalah berdasarkan hukum karma dan pembahagian kasta. Hukum karma merupakan tindakan-tindakan untuk mencapai kehidupan selepas mati jika melakukan amalan-amalan dan berbakti semasa hidup. Jadi, penganut agama Hindu diharuslah berbuat baik semasa hayatnya.

Pembahagian kasta:

i. ii. iii. iv. v.

Bahmin Kesatria Vaisya Sudra Harijan

Mazhab dalam agama Hindu:

i. ii. iii. iv. v.

Saivisme (menyembah Dewa Siva) Vaishnavisme (menyembah Dewa Vishnu) Ganapathy Saura Saktha (menyembah Dewa Sakti)

Agama

Hindu

menggariskan

amalan-amalan

baik

kepada

penganut-

penganutnya untuk diikuti seperti yang terdapat dalam kitab-kitab tersebut: i. Terdapat empat Veda (Rig, Atharva, Sama dan Yahjur) yang ditulis sekitar 1500 SM dan yang terdiri daripada lagu pujian dan amalan. Kitab-kitab ini juga berserta dengan Upanishad atau ajaran asas agama Hindu. ii. Smriti merupakan himpunan undang-undang buatan para wali dan bijaksana beragama Hindu manakala Undang-Undang Manu

menggariskan tugas manusia dan tanggungjawab sosial berdasarkan sistem kasta dan kelas sosial. iii. Parana-parana memperkukuhkan Veda dan terdapat 18 parana, enam untuk Vishnu, enam untuk Brahma dan enam untuk Shiva. Parana-parana ini termasuk Bhagavatam yang dianggap oleh fahaman Vaishnavisme sebagai kitab paling unggul dan tulen. iv. Ramayana merupakan sebuah mahakarya yang dikhaskan untuk Rama, iaitu Dewa yang hidup semula selepas menjadi Vishnu. v. Rama merupakan simbol dharma (amalan baik) dan dewa ini

menyelamatkan Sita, isterinya yang diculik, dengan bantuan abangnya, Lakhsmana, dan dewa jelmaan monyet, Hanuman. Mahakarya ini menunjukkan kejayaan kebaikan menentang dewa yang tamak.

vi.

Kitab Bhagavad Gita pula, di mana Dewa Krishna menceritakan laluan kesedaran Tuhan kepada pemujanya bernama Arjuna.

2.5

Agama lain-lain

2.5.1

Confuciusnisme

Fahaman ini berasal dari China. Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze. Confucius bermaksud Guru Agung. Fahaman ini menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan juga harga diri. Menurut Confuciusnisme, kemanusiaan bermaksud kebolehan mengamalkan lima kebaikan di dunia.

Kebaikan tersebut ialah:

i. ii. iii. iv. v.

Budi bahasa Kemurahan hati Amanah Rajin Baik hati

Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama.

Lapan nilai murni yang terdapat dalam buku Lun Yu:

i.

Ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap semua orang.

ii.

Shu yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain.

iii.

Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain.

iv.

Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara, peraturan dan tingkah laku seseorang.

v.

Yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya.

vi.

Ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.

vii.

Xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka.

viii.

Zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.

Fahaman ini mengandungi tatasusila yang boleh diamalkan oleh rakyat dalam hubungan politik dan juga sosial. Confucius juga telah menggariskan lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam kehidupan bermasyarakat.

Perhubungan tersebut adalah:

i. ii. iii.

Pemerintah dengan rakyat. Ibu dengan anak. Suami dengan isteri.

iv. v.

Abang dengan adik. Kawan dengan kawan.

2.5.2 Taoisme

Taoisme merupakan fahaman berdasarkan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Ajaran ini menekankan kepada keharmonian dengan alam semesta. Ia cuba menyatukan kehidupan manusia di dunia dengan peraturan alam semesta dan keharmonian di antaranya. Menurut amalan ini, manusia seharusnya bebas dari peraturan ciptaan manusia dan kehidupan secara sederhana.

2.5.3 Animisme

Di Asia Tenggara, dikatakan hampir seluruh penduduknya mengamalkan kepercayaan ini dan tidak dapat dimusnahkan dengan kehadiran agama lain. Amalan shamanisme dan pemujaan benda-benda ghaib terus berlaku. Di Kemboja, masyarakatnya percaya kewujudan benda ghaib yang akan mempengarui kehidupan harian mereka. Makhluk serta nenek moyang ini di kenali sebagai Neck Ta yang wujud dalam bentuk roh-roh tanah yang berkuasa. Ini menyebabkan mereka amalkan upacara ritual tertentu dengan harapan tidak diganggu oleh makhluk ini.

3.0

AMALAN KEROHANIAN

3.1

Definisi kerohanian

Kerohanian berasal daripada perkataan roh, ia adalah urusan Tuhan dan kita diberi sedikit sahaja pengetahuan tentangnya. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu roh manusia, akal, rohani, nafsu dan kalbu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kerohanian bermaksud perihal rohani, sifat-sifat rohani dan rohaniah. Perkataan moral berasal daripada perkataanmores bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. Kerohanian atau rohani merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh, manakala dalam maksud yang lebih luas, ia membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Namun demikian, rohani selalu

dihubungkaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan juga penaakulan strategik. Pmbinaan I

3.2

Bentuk-bentuk amalan kerohanian

Kesucian rohani sangat ditekankan dalam semua agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat, kemudian barulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang. Rohani yang sempurna dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang selalu dilakukan oleh individu itu. Rohani yang kacau pula dikaitkan dengan emosi negatif dari segi psikologi.

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai pelakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesame manusia, alam dan tuhan.

Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia". (Wan Mohd. Zahid, 1988)

Terdapat nilai-nilai moral yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Nilai-nilai moral ini merupakan nilai-nilai murni yang diamalkan dalam masyarakat dan perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi. Nilai-nilai moral berikut ialah:

i.

Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

ii.

Baik hati Kepakan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.

iii.

Bertanggungjawab

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

iv.

Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengktirafan dan

penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

v.

Hemah tinggi Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

vi.

Hormat-menghormati Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.

vii.

Kasih sayang Kepekaan dan keputusan yang tidak berat sebelah.

viii.

Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.

ix.

Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

x.

Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

xi.

Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.

xii.

Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

xiii.

Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

xiv.

Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi

kesejahteraan hidup.

Kepercayaan kepada Tuhan Berdisiplin

Baik hati

Berdikari

Bertanggung jawab

Toleransi

Berterima kasih

Kesederhana an

Nilai-nilai moral

Hemah tinggi

Kerjasama

Hormat menghormati

Kerajinan

Kasih sayang

Kejujuran Keberanian

Keadilan

Rajah 3: Nilai-nilai moral dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) rujukan dari buku Dokumen Standard Prasekolah. (2009). Kuala Lumpur: BPK

3.3

Cara-cara prasekolah.

memupuk

amalan

kerohanian

dalam

kalangan

murid

Tujuan memupuk amalan kerohanian dalam kalangan murid prasekolah adalah untuk membentuk murid berperibadi mulia dan mampu membuat keputusan berdasarkan nilai-nilai moral yg dapat diterima oleh masyarakat setempat dan tidak bercanggah dengan nilai-nilai dalam agama. Menurut Jayaletchumi Mottan dan Halim Masnan dalam Panduan Kurikulum Prasekolah, latar belakang, persekitaran dan cara gaya keibubapaan memberi impak yang besar kepada perkembangan moral dan nilai kanak-kanak. Pengalaman yang dilalui termasuk apa yang dilihat, didengar dan dirasai dapat membentuk impresif dalam minda kanak-kanak yang menjadi landasan dalam corak pemikiran dan pembentukan nilai yang dipegang.

Piaget (1869-1980) berpendapat bahawa perkembangan moral kanak-kanak berlaku mengikut peringkat-peringkat yang berterusan, di mana setiap peringkat melibatkan sesuatu pencapaian perkembangan yang tertentu. Piaget membahagikan perkembangan moral kanak-kanak kepada dua tahap; iaitu tahap moraliti

heteronomous dan tahap moraliti autonomous atau kerjasama.

Tahap moraliti heteronomous adalah apabila kanak-kanak mula percaya bahawa undang-undang atau peraturan berasal dari ibu bapa atau yang mempunyai lebih autoriti darinya di antara individu yang berlainan dan mula menumpukan perhatian terhadap niat seseorang. Manakala tahap moraliti autonomous pula adalah apabila

kanak-kanak dapat membezakan peraturan di antara individu yang berlainan dan mula menumpukan perhatian terhadap niat seseorang.

Menurut Piaget, kematangan pemikiran dan pengalaman seseorang kanakkanak memainkan peranan penting dalam penaakulan dan pemahaman moral mereka. Beliau menambah kesedaran moral adalah lebih bersifat dalaman dan mengikut perkembangan kognitif seseorang. Perkembangan ini terjadi akibat perubahan daripada peringkat egosentrik ke peringkat desentrasi, iaitu kebolehan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Kanak-kanak juga belajar berlaku adil sewaktu berinteraksi dengan kawan mereka secara formal ataupun informal di mana mereka berlumba,

bekerjasama dan pinjam meminjam antara satu sama lain.

Penerapan amalan kerohanian dalam kalangan murid prasekolah boleh disepadukan dalam pelbagai cara:

pertuturan kontekstu al
perlakuan

interpretasi

Penerapan nilai melalui:


kefahaman isyarat

teladan

Rajah 4: Cara memupuk amalan kerohanian.

Guru perlu sentiasa mengingatkan murid melalui pertuturan secara tidak langsung tentang amalan kerohanian yang baik, yang perlu diikuti oleh murid dalam kehidupan harian. Bentuk-bentuk amalan baik ini telah dinyatakan dalam KSPK. Pemupukan amalan kerohanian ini juga boleh diterap melalui pelakuan. Maksudnya di sini, pelakuan baik masyarakat setempat terutama mereka yang berada berhampiran dengan murid seperti ibu bapa, ahli keluarga lain, guru, pembantu pengurusan murid dan rakan sekelas.

Mereka boleh dijadikan model atau teladan bagi pelakuan yang baik kepada murid prasekolah. Guru boleh menceritakan tentang teladan yang baik kepada muridmurid. Contohnya cerita para nabi untuk dijadikan ikutan dan teladan kepada semua. Adakalanya cerita setempat, cerita binatang ataupun cerita jenaka juga boleh dijadikan teladan. Cerita-cerita sebegini dapat menarik minat murid prasekolah. Ianyanya bukan sekadar hiburan tetapi dapat memberi panduan dan teladan kepada semua.

Murid prasekolah sentiasa perlukan pemahaman daripada guru. Guru perlu sentiasa mengingatkan mereka tentang amalan kerohanian yang perlu mereka ikuti. Murid perlu diberi pemahaman amalan yang baik dan amalan yang tidak boleh diikuti. Sewaktu bermain dan berbual, perkara ini boleh diterapkan. Ianya lebih jelas sekiranya murid diingatkan semasa mereka melakukan perbuatan itu, contohnya memberi pujian kepada murid yang melakukan amalan baik dan membetulkan semasa mereka melakukan kesalahan.

Sewaktu pengajaran, penerapan nilai kerohanian berlaku secara bersahaja dan tidak langsung. Penerapan nilai secara tidak langsung ini penting kerana nilai kerohanian tidak semestinya diajar secara formal. Ini merupakan satu penghayatan secara amalan, bukan sekadar peringatan atau penghafalan. Sikap perihatin guru

dalam memupuk nilai kerohanian baik secara formal ataupun spontan menyebabkan ianya sentiasa dapat dipupuk dari semasa ke semasa.

PENUTUP

Kesimpulannya Kurikulum Pendidikan Islam telah dibentuk berdasarkan al-Quran dan al-sunnah. Kurikulum Pendidikan Moral juga telah dibentuk dengan sebaiknya berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menepati kehendak falsafah tersebut. Sesungguhnya sesuatu perkara itu pasti ada kelemahannya. Itulah sifat manusia yang bergelar insan makhluk ciptaan Alllah s.w.t.

Sekiranya guru hanya menerapkan kurikulum tersebut di dalam kelas sahaja, maka pelaksanaannya menjadi kurang berkesan kepada murid-murid. Semua pihak iaitu pentadbir, sekolah, semua kakitangan serta guru-guru perlu berganding tenaga dalam membentuk kerohanian dan moral murid-murid dengan menunjukkan akhlak yang baik berlandaskan al-Quran dan al-sunnah.

Bagi yang bukan Islam pula, mereka perlulah mengamalkan moral yang baik serta menjaga tatasusila. Kita sebagai umat Islam haruslah menjadi contoh kepada yang bukan Islam kerana agama Islam merupakan agama yang benar dan lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan.

BIBLIOGRAFI

Dokumen Standard Prasekolah. (2009). Kuala Lumpur: BPK

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. (2003). Kuala Lumpur: PPK

Pelaksanaan

Kurikulum

Prasekolah

Kebangsaan.

Pembelajaran

yang

menyeronokkan dan bermakna. Jilid 1. (2008). Putrajaya: PPK

Rujukan Buku panduan Khas Pendidikan Prasekolah. (1986). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bab Tiga Moral http://www.scribd.com/doc/3152134/BAB-TIGA-mral-kbu

Islam-Wikipedia

Bahasa

Melayu,

Ensiklopedia

Bebas

http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Islam

Kerohanian

dan

moral:

konsep

kerohanian

dalam

Islam.

http://www.ppsmppra2.blogspot.com/2010/.../konsep-kerohanian-dalam-isla.html

Peranan Aqidah dan akhlak dalam kehidupan. http://www.pdfcari.com/pdf/perananaqidah-da

Pusat

Perkembangan

Kurikulum

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

http://www.ppk.smkdpk.com/bsk/modul/modul-psv-kbsr.pdf

Anda mungkin juga menyukai