Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah bersyukur kami ke hadrat illahi kerana kami dapat menyiapkan tugasan PRA3111 iaitu Pentaksiran dan Penilaian

kanak-kanak dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Jabatan Prasekolah, Puan Zanariah bt Mat Isa yang banyak memberi idea-idea yang bernas, panduan, bimbangan dan tunjukajar yang sewajarnya.

Penghasilan kerja khusus ini sedikit sebanyak dapat memberi kami ilmu yang sangat berguna. Aspek penaksiran dan penilaian terhadap perkembangan kanak-kanak tidak patut diabaikan. Kesemua perkembangan termasuk kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Menurut Almy (1975) berpendapat matlamat mana-mana program untuk kanak-kanak yang dikehendakinya sepatutnya menyediakan persekitaran fizikal dan sosial yang akan meninggikan imej diri kanak-kanak. Oleh itu guru perlu menyediakan segala kemudahan yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak.

Tugasan ini memberi pengalaman kepada saya pada masa hadapan untuk menentukan penilaian dan penaksiran yang sesuai digunakan ketika berada di prasekolah. Segala penilaian dan penaksiran yang dijalankan adalah rekod, bukti dan maklumat terdapat yang dapat digunakan bagi memastikan Prasekolah perkembangan kanak-kanak mempunyai peningkatan dari pelbagai aspek perkembangan Kebangsaan. yang dalam Kurikulum Standard

Selain daripada belajar secara kendiri dengan membaca buku rujukan dan juga modul yang dibekalkan, kami juga banyak melayari internet bagi mendapatkan input dan sumber yang berguna dan kami boleh jadikan sebagai rujukan. Dengan ini juga ianya dapat memantapkan lagi pengetahuan kami dalam membuat penilaian dan pentaksiran terhadap kanak-kanak prasekolah. Semoga ianya boleh dijadikan panduan untuk kami menjadi seorang pendidik yang lebih berjaya pada masa akan datang.

Tidak ketinggalan juga sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutamanya kepada guru-guru dan kanak-kanak SK Pulau Serai yang sudi bekerjasama untuk melaksanakan tugasan ini, tanpa kerjasama dan bantuan yang diberikan agak sukar bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang ditetapkan.

Kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan, terima kasih kerana banyak membantu, memberi pandangan dan pendapat serta memberi sokongan yang berterusan dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, semoga tugasan ini dapat dijadikan sebagai rujukan yang berguna di masa hadapan.

vi

Anda mungkin juga menyukai