Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

KABOGAN II

________________________________________________________________

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE SESI 2022

MAJLIS PELANCARAN:

26 SEPTEMBER 2022/ ISNIN

AKTiIVITI PELAKSANAAN:

SEPTEMBER 2022 – JANUARY 2023

KUMPULAN SASARAN:

29 ORANG PELAJAR TINGKATAN 5 IBNU SINA

ANJURAN :

UNIT KURIKULUM SMK KABOGAN II

1
1.0 PENGENALAN

Konsep Program Mentor Mentee ini adalah satu proses guru sebagai mentor membantu
pelajar berkembang secara seimbang dari tiga aspek utama iaitu kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan
emosi (EQ), dan kecerdasan spiritual (SQ). Dalam erti kata lain program ini boleh didefinisikan
sebagai satu sistem yang melibatkan guru untuk membantu, membimbing, mengajar, memberi
sokongan serta galakan dalam memupuk potensi pelajar supaya berkembang dan meningkat, bukan
sahaja dari segi akademik tetapi juga dari semua aspek JERI pelajar.

Sistem Mentor ini dapat berfungsi sebagai satu saluran di mana para pelajar dapat
menyatakan kehendak dan keperluan masing-masing manakala guru dapat menyuarakan permintaan
dan harapan mereka demi mencapai matlamat sekolah dan pendidikan. Oleh itu, guru sebagai
mentor dapat membantu dan membimbing para pelajar di bawah jagaannya (mentee) dengan cara
yang sistematik dan berkesan melalui perjumpaan yang dirancang dan berobjektif.

Program Mentor Mentee ini juga merupakan satu inisiatif khas untuk membantu pelajar yang
bakal menghadapi peperiksaan SPM. Program ini merupakan platform untuk meningkatkan
keyakinan pelajar secara berterusan dari awal tahun hingga peperiksaan awam menjelang. Program
ini memfokuskan matlamat hanya kepada kumpulan sasaran yang kecil sahaja iaitu kelas 5 Ibnu Sina
sahaja seramai 29 orang. Ini bagi membolehkan setiap guru hanya bertanggungjawab terhadap 1
orang mentee. Justifikasinya mentor lebih mudah mengurus temujanji bimbingan kepada mentee dan
dapat membantu pelajar dengan lebih telus serta memberi tunjuk ajar dan motivasi agar murid
berkenaan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

2.0 Objektif
2.1 Membimbing calon peperiksaan awam berkembang mengikut prestasi dan keupayaan
mereka.
2.2 Melatih pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin, dan mempunyai
sifat-sifat kepimpinan serta pengikut yang baik.
2.3 Membina keyakinan murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan, justifkasi bimbingan
mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan pelajar.
2.4 Mengurangkan tekanan akibat sesuatu konflik (diri/ rakan sebaya/ guru/ keluarga)
dengan wujudnya hubungan yang mesra antara guru dengan murid
2.5 Membina hubungan yang baik antara guru dan pelajar untuk mewujudkan budaya
sekolah yang sihat bagi meningkatkan pencapaian akademik.

2
3.0 CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Senaraikan nama pelajar

Menyenaraikan guru

SMK Kabogan II sebagai mentor

Menyusun mentor-mentee

Menyediakan Buku Panduan Mentor , senarai


nama, borang laporan pertemuan

Membuat penerangan kepada guru berkaitan


program

Membuat persiapan majlis pelancaran

. Perlaksanaan pelancaran dan perjumpaan pertama

Pemantauan pertemuan mentor-mentee

Memungut laporan perjumpaan untuk mengetahui


keberkesanan program

3
4.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini akan melibatkan pelajar tingkatan 5 dari kelas 5 Ibnu Sina sahaja iaitu sebanyak
29 orang

5.0 ORGANISASI SISTEM MENTOR MENTEE


5.1 Pelajar diagihkan iaitu seorang mentee kepada seorang mentor iaitu guru yang akan
bertindak sebagai bapa/ emak angkat bagi setiap mentee.
5.2 Hubungan mentor dan mentee ialah:
5.2.1 Sebagai ibu bapa angkat kepada anak angkat
5.2.2 Hubungan pelajar dalam kumpulan mentor
5.2.3 Hubungan ibu bapa angkat dengan ibu bapa pelajar
5.2.4 Hubungan ibu bapa angkat dengan kaunselor,guru kelas dan mata pelajaran

6.0 PERJUMPAAN
Mentor boleh menentukan tarikh dan tempat pertemuan yang sesuai dengan mentee.
Dicadangkan perjumpaan dilakukan sebanyak 2 kali dalam masa 1 bulan. Untuk itu sepanjang
tempoh pelaksanaan program ini, mentor perlu mengadakan perjumpaan sebanyak 16 kali.

Kekerapan perjumpaan antara mentor dan mentee amat digalakkan kerana semakin banyak sesi
pertemuan dan perhubungan antara mentor dan mentee, maka semakin erat kerjasama dan saling
memahami antara satu sama lain. Laporan perjumpaan perlu diserahkan kepada Guru Bimbingan
dan kaunseling sebaik sahaja perjumpaan telah dijalankan. Ini bertujuan untuk rekod perjalanan dan
pemantauan keberkesanan program ini

7.0 TEMPAT
Tempat Program Mentor Mentee dijalankan mengikut pilihan mentor masing- masing. Walau
bagaimanapun beberapa perkara perlu dijadikan panduan untuk memilih tempat aktiviti dijalankan
iaitu :
 Tempat untuk menjalankan akltiviti kumpulan perlulah selesa dan bersesuaian, tiada
gangguan bising oleh faktor luaran.
 Mesti bersih, kemas dan tidak panas
 Terang dan mempunyai edaran yang baik
 Cadangan tempat: Pusat Sumber, Bilik kaunseling, dan kelas- kelas.

4
8.0 TARIKH MAJLIS PELANCARAN PROGRAM
Tarikh: 26 September 2022
Hari: Isnin
Masa: 6.50 AM – 7.30 AM
Tempat: Dewan SMK Kabogan II

9.0 TENTATIF MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE


MASA ACARA PERSONALIA

6.40 AM Nyanyian lagu Negara Ku dan Bacaan Doa Pelajar

7.00 AM Ucapan Aluan merangkap Pengerusi Mentor Mentee Tn. Hj Dandai b. Hj. Uddang

PK Kurikulum

7.15 AM Ucapan perasmian program Mentor Mentee Pengetua SMK Kabogan 2

Tn Hj Abdul Samad bin Hj Sulaiman

7.30 AM Simbolik Penyerahan mentee kepada mentor

- Penyerahan fail panduan kepada mentor


- Penyampaian hadiah kepada mentee

7.45 AM Perjumpaan mentor mentee Pertama *mengikut kesesuaian mentor

8.00 AM Majlis bersurai

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

KOS JUMLAH (RM)

A. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM


 Hadiah mentee RM 4 X 29 Orang
RM 116.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 116.00

5
11.0 JAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM MENTOR MENTEE

Pengerusi

Tn. Hj Abdul Samad bin Hj Sulaiman (Pengetua SMK Kabogan II)

Naib Pengerusi

Tn. Hj. Dandai bin Hj. Uddang (PK Kurikulum)

Pn. Sharmila bt Abdul Sala (PK HEM)

Tn. Hj. Muhadi bin Majid (PK Kokurikulum)

Penyelaras

Pn. Rudiah binti Muhadar (KB Bahasa)

Pn. Hjh Sitti Maryam binti Maming (KB Kemanusiaan)

Pn. Hasama Azira binti Ahmad (KB Sains dan Matematik)

Setiausaha

Pn. Hafini binti A Samad (Guru Kaunseling)

Bendahari

Pn. Mariah binti Amir Salleh (Setiausaha SPM)

AJK

Semua guru sebagai mentor

12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

6
BIL JAWATANKUASA NAMA GURU

1 Persiapan Dewan Tn. Hj Ab. Rahman b. Jamuan

2 Persiapan tempat perjumpaan mentor mentee Pn. Hazama bt.Mat Saad

3 PA Sistem En. Redwan bin Mokhtar

4 Fotografi Pn Arviana

5 Hadiah pelajar Mentor

6 Buku aturcara Pn. Hafini binti A. Samad

9 Simbolik penyerahan mentor mentee Cik Hidayah

13.0 SENARAI NAMA MENTOR DAN MENTEE

*PENYESUAIAN MENTOR DAN MENTEE


Mentee diagihkan kepada mentor berdasarkan rawak mengikut kesesuaian. Sekiranya
selepas beberapa pertemuan, mentor dan mentee berkenaan tidak dapat meneruskan perhubungan
yang lebih mesra kerana konflik peribadi, pertukaran bolehlah diuruskan dengan membincangkan hal
berkenalan dengan Jawatan kuasa Penyelaras Mentor.

BIL NAMA MENTOR NAMA MENTEE


1 PN MARIAH BINTI AMIR SALLEH ABDUL AZIZ BIN ALI HUSIN
2 PN FATIMAH BINTI SALLEH AHMAD FAIRUL BIN HAIRAL
3 TN HJ DANDAI BIN HJ UDDANG AHMAD FAUDZ BIN AHMAD SALLEH
4 EN MD TALIB BIN HJ HAMZAH AKBAR FALAH BIN ABAKA
5 PN MARDIANA BINTI SUMANTRI AMISAH BINTI ABDUL SAID
6 PN MASHYTA ABDULLAH AZMIE BIN OMAR
7 EN ADZMI BIN HJ BUNSING FAZREIN BIN MOHD HASSIM
8 USTAZAH SITTI KASUMA BINTI ABDUL MUJID JERI BIN MOHD SAFRI
9 EN REDWAN BIN MOKHTAR MOHAMAD SHAHDAN BIN ABDUL HAMID
10 USTAZAH RABIATUL MOHAMAD YUSUF BIN ROMI
11 USTAZAH SITTI KASUMA BINTI ABDUL MUJID MUHAMMAD AIMAN BIN MUHAMMAD
12 CIK SOFFINA MOHAMMAD FARID
13 TN HJ ABDUL SAMAD BIN HJ SULAIMAN
(PENGETUA) MOHAMMAD NIL BIN ABBANG
14 CIK NORHIDAYAH MOHAMMAD RIZAL BIN MOHD RAZALIEH
15 PN RUDIAH BINTI MUHADAR MOHAMAD SHARUL NIZAM BIN MADSHA
16 USTAZAH NORHAYATI BINTI RAMLI MUHAMMAD ZAIMAN BIN ABDUL JAHIK
17 USTAZAH HAZAMA BINTI MAT SAAD MUHAMMAD ADIE AIMAN SHAH BIN ASWADDI
18 PN HAFINI BINTI A SAMAD MUHAMMAD IMRAN SHAH BIN MAWALLIL

7
19 PN HASMA AZIRA BINTI AHMAD MUHAMMAD SAIF BIN ABDUL LAJID
20 EN ALI BIN NANJALA MUHAMMAD SAIDIN BIN ALAWI
MUHAMMAD SYAFIK SHAHRUL NIZAM BIN MOHD
21 PN ARVIANA RANTAI ZAKAT
22 PN MARIAH BINTI HASHIM NURAIN BINTI YACOB
23 PN SHARMILA BINTI ABDUL SALA NURSUHAILA BINTI ABDULLAH
24 EN ABDUL RASHID BIN ABU NAWAS NURZEETY SARLENE BINTI MASRI
25 TN HJ ABDUL RAHMAN BIN JAMUAN RAFIRUDDIN BIN RONE
26 TN HJ MUHADI BIN HJ MAJID SAIFUL AMIRUL BIN AMIRULLAH
27 PN NURLEEN ABDULLAH SHARIL HAFIZAM BIN ABDULLAH
28 PN HJH SITTI MARYAM BINTI MAMING SITI SIRNAH BINTI GAMAR
29 PN HJH ASNA @ NAEMAH BINTI MOROBISTAH SITTI NORFATIHA BINTI MUHAMMAD SAHIRUN

14.00 PENUTUP

Sistem mentor-mentee adalah satu ciri istimewa dalam sistem pendidikan. Segala usaha dan
kerjasama yang diberikan guru-guru SMK Kabogan II diharapkan dapat mengukuhkan sistem ini
supaya matlamat yang diharapkan tercapai. Berasaskan kepada psikologi pendidikan, pelajar perlu
diberi perhatian dan dibimbing dengan arah tuju yang jelas agar pelajar akan lebih merasa yakin dan
bersemangat untuk mencapai kecemerlangan dan menggunakan setiap potensi diri yang ada.
Dengan ini juga, Unit Kurikulum mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengorbanan masa dan
tenaga untuk menjayakan Program Mentor Mentee.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_______________________ ___________________________________

(HAFINI BINTI A. SAMAD) (TN. HJ DANDAI BIN HJ UDANG)

Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan Kurilum SMK Kabogan II

Disahkan oleh:

___________________________

(TN. HJ ABDUL SAMAD BIN HJ SULAIMAN)

PENGETUA SMK KABOGAN 2

KEPUTUSAN PENAUNG PROGRAM

8
MELULUSKAN KERTAS CADANGAN

ATAU

TIDAK MELULUSKAN KERTAS CADANGAN

ULASAN: _________________________________________________

_____________________________

(TN. HJ ABDUL SAMAD BIN HJ SULAIMAN)

PENGETUA SMK KABOGAN

9
10

Anda mungkin juga menyukai