Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

KABOGAN II

________________________________________________________________

KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
MARKAS TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

TARIKH/ HARI :

SABTU / 01 OKTOBER 2022

MASA:

7.00 PAGI – 11.00 PAGI

KUMPULAN SASARAN:

12 ORANG PELAJAR SAHAJA

TEMPAT :

MARKAS TLDM SEMPORNA, SABAH

ANJURAN :

UNIT AKADEMIK

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING & DISIPLIN


1.0 Pendahuluan
Proses pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan efektif apabila pelajar
dapat menikmati dan merasai sendiri pengalaman sebenar terutama dalam membina
minat untuk menentukan bidang kerjaya yang akan diceburi. Tambahan pula, kesedaran
kerjaya pada usia muda dapat membantu mempengaruhi konsep kendiri, perasaan,
nilai ,kesejahteraan serta pembentukan identiti seseorang individu (Muhd Mansur &
Siti Nordinar,1989). Justeru, pendedahan awal kepada pelajar mengenai suatu bidang
kerjaya dapat menjadi titik permulaan untuk mereka membuat keputusan terbaik
menjadi individu pelajar yang lebih bermotivasi dan berdisiplin demi masa hadapan.
Pembentukan identity berjaya ini tidak dapat dipupuk hanya melalui pembelajaran teori
di dalam bilik darjah semata-mata namun perlu diberikan pendedahan secara lebih
mendalam lagi. Menyedari akan hakikat dan kepentingan mengenai pengetahuan
bidang kerjaya ini, maka pihak guru SMK Kabogan 2 berhasrat untuk menganjurkan
lawatan sambil belajar ke Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

2.0 Objektif

2.1 Pendedahan kepada pelajar Prospek kerjaya TLDM

2.2 Membina kesedaran dan membuka minda terhadap kejayaan dalam pelajaran

2.3 Menimba pengetahuan dan pengalaman melalui lawatan yang disertai

2.4 Pembentukan identiti Berjaya dan bertanggungjawab dalam kalangan peserta


3.0 Tarikh/ Hari/ Masa/ Kumpulan sasaran/ Tentatif :

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR


MASA 01 OKTOBER 2022/ SABTU
SASARAN: 12 ORANG PELAJAR
PENGISIAN CATATAN & TINDAKAN
7.30 Pagi Taklimat perjalanan dan keselamatan
8.00 Pagi Ketibaan dan sarapan pagi
8.30 Pagi Ceramah prospek kerjaya ATM
- Taklimat peluang kerjaya &
Penyelaras program & AJK
hala tuju dalam bidang ATM
9.30 – 10.30 Pagi Lawatan persekitaran Markas TLDM &
Pameran dari TLDM
11.00 Pagi Perjalanan pulang
*** sebarang perubahan tentative program adalah bergantung kepada perubahan masa & pihak
TLDM Ketika lawatan

4.0 Jawatankuasa Program

Pengerusi
Tn. Hj Abdul Samad bin Hj Sulaiman (Pengetua SMK Kabogan II)

Naib Pengerusi
Tn. Hj. Dandai bin Hj. Uddang (PK Kurikulum)
Pn. Sharmila bt Abdul Sala (PK HEM)
Tn. Hj. Muhadi bin Majid (PK Kokurikulum)

Penyelaras
En. Talib bin Hj Hamzah (guru Akademik)

Setiausaha
Pn. Hafini binti A Samad (guru kaunseling)

Bendahari
En. Redwan bin Mokhtar (Ketua Guru disiplin)
AJK
Guru pengiring

5.0 Jawatankuasa Pelaksana


Bi AJK Bidang Tugas Nama personalia
l
1 Guru pengiring  Kawalan keselamatan dan Penyelaras Tingkatan 5
disiplin pelajar sepanjang
lawatan.
2 Ketua rombongan  Menyediakan pengangkutan En Talib bin Hj Hamzah
& Pengangkutan pergi dan pulang tempat En Redwan bin Mokhtar
lawatan
3 Makanan dan  Menyediakan sarapan dan Pn Sayidah Nafisah binti
minum pelajar makan tengahari pelajar Basir
4 Pengurusan aktiviti  Menyusun atur tentatif Pn Hafini binti A Samad
program dan personalia
perhubungan dengan pihak
OUM

6.0 Implikasi kewangan


6.1 Anggaran perbelanjaan keseluruhan

KOS UNIT KEPERLUAN JUMLAH (RM)


A. KOS MAKANAN
 Sarapan pagi RM 4 X 16 ORANG RM 64.00

 Makan tengahari RM 6 X 16 Orang RM 96.00

 Air mineral RM 20 X 2 Pack RM 40.00

B. KONTIGENSI
 Kotak pertolongan cemas RM 70 X 1 Kotak RM 70.00

C. CENDERAHATI
 Pendant & plak RM 100 X 1 Plak RM 100.00
D. BANNER RM 85 X 1 UNIT RM 85.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 470.00
KOS UNIT KEPERLUAN JUMLAH (RM)
A. KOS MAKANAN
 Makan tengahari RM 6 X 16 Orang RM 64.00

 Air mineral RM 20 X 2 Pack RM 96.00

 Sarapan pagi RM 10.00

B. PENGANGKUTAN
 Pergi RM 4 X 16 Orang RM 64.00

 Pulang RM 4 X 16 Orang RM 64.00

C. CENDERAHATI
 Pendant & plak RM 100 X 1 Plak RM 100.00
D. BANNER RM 85 X 1 UNIT RM 85.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 483.00
X 10 % MY KAKEY ENTRPRISE RM 49 RM 532

7.0 Penutup

Lawatan sambil belajar yang telah dirancang ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar
bagi mencapai objektif-objektif yang telah dinyatakan terutama dalam menyuntik
kesedaran kerjaya dan motivasi dalam diri peserta. Hal ini bertujuan bagi memastikan
pelajar mendapat gambaran masa hadapan mereka dan mengejar minat serta cita-cita
dalam mencipta kehidupan dewasa yang lebih baik. Sehubungan dengan itu,besar
harapan yang diletakkan agar kertas kerja ini dapat diluluskan agar lawatan sambil
belajar yang telh dirancang ini dapat direalisasikan.

Lawatan sambil belajar yang


telah dirancang ini diharapkan
dapat berjalan dengan lancar
bagi
mencapai objektif-objektif
yang telah dinyatakan terutama
dalam menyuntik kesedaran
kerjaya dalam diri murid-
murid.Hal ini bertujuan bagi
memastikan murid-murid
Sekolah
Kebangsaan Taman Putra
Perdana mendapat gambaran
masa hadapan mereka dan
mengejar minat serta cita-cita
dalam mencipta kehidupan
dewasa yang lebih
baik.Sehubungan dengan
itu,besar harapan yang
diletakkan agar kertas kerja
ini dapat
diluluskan agar lawatan sambil
belajar yang telh dirancang ini
dapat direalisasikan.Akhir
sekali,diucapkan ribuan terima
kasih atas segala kerjasama dan
bantuan yang diberikan oeh
pihak Sekolah Kebangsaan
Taman Putra Perdana,kedua ibu
bapa penjaga murid-murid dan
pihak-pihak yang berkenaan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

_______________________ ___________________________________

(HAFINI BINTI A. SAMAD) (TN. HJ ABDUL SAMAD BIN HJ SULAIMAN)

Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua SMK Kabogan II

KEPUTUSAN PENAUNG PROGRAM

MELULUSKAN KERTAS CADANGAN

ATAU

TIDAK MELULUSKAN KERTAS CADANGAN


ULASAN: _________________________________________________

_____________________________

(TN. HJ ABDUL SAMAD BIN HJ SULAIMAN)

PENGETUA SMK KABOGAN

Anda mungkin juga menyukai