Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM REHAT MINDA KE


CAMERON HIGHLANG PELAJAR-PELAJAR
TAHUN ENAM
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR DUSUN
2017
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN REHAT MINDA
PELAJAR-PELAJAR TAHUN ENAM 2017
SK PASIR DUSUN,
17600 JELI,
KELANTAN

1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’,
maka pihak sekolah dengan kerjasama jawatankuasa peningkatan UPSR bercadang
untuk mengadakan program rehat minda sambil belajar ke Cameron Highland bagi
Pelajar-Pelajar Tahun Enam. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga
merupakan landasan untuk member pendedahan dan pengalaman secara langsung
kepada pelajar-pelajar tahun enam. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru
dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan
minat pelajar.

2.0 RASIONAL
Program ini diadakan untuk memberi pengalaman sebenar pelajar-pelajar Tahun
Enam SK Pasir Dusunserta memupuk sifat pergaulan antara rakan-rakan sebaya.
Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid dapat meneroka dan memahami secara
langsungpersekitaran mereka dengan berkesan. Selain itu, ciri-ciri kepimpinan
sosial dalam kalangan murid-murid dapat dilatih bersesuaiandengan tema
pembelajaran dan pengajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Program
ini juga memberi peluang kepada murid-murid Tahun 6 melibatkan diri secara aktif
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

3.0 OBJEKTIF
i. Memberi pengalaman sebenar murid-murid Tahun6 SK PASIR DUSUN
serta memupuk sifat pergaulan antara rakan-rakan sebaya.
ii. Menggalakkan murid-murid meneroka dan memahami secara langsung
persekitaran mereka dengan berkesan.
iii. Melatih ciri-ciri kepimpinan sosial dalam kalangan murid-murid
bersesuaian dengan tema pembelajaran dan pengajaran dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
iv. Memberi peluang kepada murid-murid Tahun6 melibatkan diri secara aktif
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
4.0 DESTINASI
Cameron Highland
i. Ladang Teh
ii. Lavender Park
iii. Kia Farm
iv. Muzium 3D

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN


Tarikh : 9 - 10 Mei 2017
Hari : Selasa - Rabu
Masa : 8.00 pagi 9 Mei 2017 – bertolak dari SK Pasir Dusun ke
Cameron Highland
9.00 malam 10 Mei 2017 – dijangka tiba di SK PasirDusun

6.0 KUMPULAN SASARAN


29 orang pelajar tahun,enam serta 8 guru-guru tahun 6.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA JUMLAH

1 Penginapan = RM 500.00 x 1hari RM 500.00

2 Insurans RM 100.00

3 AnggaranTiket Masuk/ Aktiviti


Murid
29 orang x RM 10.00 RM 290.00
Guru Pengiring
8 orang x RM 10.00 RM 80.00

3 Anggaran Makan dan Minum Murid dan Guru


Pengiring
Sarapan Pagi RM 370.00
37 orang x RM 5.00 x 2 hari
Makan Tengah Hari RM 518.00
37 orang x RM 7.00 x 2 hari
MakanMalam RM 370.00
37 orang x RM 10.00 x 1 hari
4 Tambang Bas
RM 2000
RM 1000 x 2 hari

6 Ubat-ubatan RM 100

RM 4328.00
JUMLAH KESELURUHAN

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi 1: En. Mohd Ziadi bin Deraman
(Guru Besar SK Pasir Dusun)
Pengerusi 2 Pn. Apipah binti Mat Nor
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi: En. Muhamad Hirmi bin Abdullah
(Ketua Rombongan)
Setiausaha: En. Zubir bin Hamzah

Bendahari: Pn. Wan Aniah bt Abdul Rahman

AJK Pengangkutan: En. Mohd Sabri Ab. Halim

AJK Dokumentasi: En. Nor Izham bin Ibrahim

AJK Makanan dan Minuman: Pn. Zurita binti Mohd Nor

AJK Keselamatan: En. Mohd Adnan bin Mohd Zain

9.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA


i. Setiausaha:
Menyediakan surat-menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan
program lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/NaibPengerusi tentang
perkembangan terkini urusan program. Membuat susulan pada setiap AJK .
Menyediakan semua tindakan AJK.

ii. Bendahari:
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

iii. AJK Pengangkutan:


Menghubungi pihak bas-sebuah bas, bayaran, memastikan bas mempunyai
permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar semasa di dalam
bas.

iv. AJK Makanan dan Minuman:


Menguruskan makanan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

v. AJK Keselamatan:
Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan. Menyediakan
plastic (sampah dan muntah) serta first aid.

10.0TENTATIF PROGRAM
Hari/Tarikh Masa Tempat yang dilawati Nama dan Alamat
Tempat Bermalam
 8.00 pagi  Murid-muridberkumpul
9/05/17
disekolah – Menaiki
Hari Pertama Bas ke Cameron
 1.00 Tengah Highland.
Selasa hari  Tiba di Cameron Hotel Titiwangsa
Highland
 6.00 petang  Makan Tengah hari
 Ladang Teh

 Makan malam

10 /05/17  6.00 pagi  SolatSubuh


 SarapanPagi
Hari Kedua  8.00 pagi  Melawat sekitar
Cameron Highland
Rabu
 5.00 ptg  Bertolak Pulang
 9. 00 mlm  Dijangka tiba di
Sekolah Kebangsaan
Pasir Dusun

11.0PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharapkan dapat member pengetahuan
kepada pelajar-pelajar tahun enam SK Pasir Dusun. Melalui program ini juga
pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya bolehdikongsi
bersama-samarakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh
digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatani ni
member manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(MUHAMAD HIRMI BIN ABDULLAH) (APIPAH BINTI MAT NOR)


Penyelaras Lawatan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Pasir Dusun, SK Pasir Dusun,
Kelantan. Kelantan

Disahkan oleh:

(MOHD ZIADI BIN DERAMAN)


Guru Besar
SK Pasir Dusun

Anda mungkin juga menyukai