Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN DAN JATI DIRI 2019


SK TAMAN PUTERI WANGSA

TARIKH:
24 APRIL 2019- 26 APRIL 2019

TEMPAT:
KEM KAIZEN GUNUNG PULAI,
KAMPUNG SRI GUNUNG PULAI 2,
JALAN BAKAR ARANG,
81500, PEKAN NENAS,

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT HAL EHWAL MURID
UNIT KOKURIKULUM
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK TAMAN PUTERI WANGSA
A. MAKLUMAT PROGRAM

NAMA PROGRAM : KURSUS KEPIMPINAN MUDA DAN JATI DIRI 2019

PENDAHULUAN

Kursus kepimpinan meliputi aspek dan pendedahan tentang ciri-ciri kepimpinan yang boleh dicungkil
dalam diri, melatih diri menjadi pemimpin serba boleh, menampilkan ciri-ciri pemimpin yang kreatif dan
bijak merancang strategi.

RASIONAL PROGRAM

Rasional kursus ini ialah:-

1. Peserta perlu diberi dorongan dan kesedaran agar wujud dan mampu melaksanakan tugas
sebagai pemimpin.
2. Keterampilan sebagai pemimpin yang inovatif dan kreatif dalam menjalankan tugas yang diberi.
3. Melahirkan generasi muda yang boleh menjadi contoh melalui sikap kepimpinan yang mampu
menyelesaikan masalah, berilmu dan bersikap positif.

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat kursus ini adalah:-

1. Memahami erti kepimpinan dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin.


2. Menjadi pemimpin yang mampu bertindak rasional dan membuat keputusan dengan tepat.
3. Menjadi seorang pemimpin yang berani, jujur dan amanah dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberikan.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif kursus ini ialah:-

1. Memberi pendedahan yang lebih dekat tentang aspek kepimpinan serta mampu
mengaplikasikannya.
2. Membantu memupuk nilai-nilai murni dan perkembangan potensi siri serta menyerlah cirri-ciri
kepimpinan dalam diri.
3. Member bimbingan tentang teknik komunikasi dan mewujudkan sikap semangat kerjasama,
tanggungjawab dan boleh melaksanakannya dari semasa ke semasa.

CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 24 Hingga 26 April 2019


Hari/Masa : 2.00 petang (rabu)- 11.30 pagi (jumaat)
Tempat : SK Taman Puteri Wangsa
Sasaran: 80 Murid yang terdiri daripada Pengawas, Pengawas Pusat Sumber & Pembimbing Rakan
Sebaya SKTPW.

TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM

1. Berbincang Dengan Pentadbir Sekolah Tentang Aktiviti Yang Akan Dilaksanakan.


2. Memohon Kebenaran Dari Guru Besar.
3. Penyediaan Kertas Kerja, surat menyurat, tempahan hadiah dan buku program.
4. Mesyuarat Perlaksanaan.
5. Laporan Perlaksanaan Dan Penambahbaikan ( Sekiranya Ada Kekurangan).
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA & SENARAI TUGAS

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : En Idris Bin Kassim ( Guru Besar)
Pengerusi : En Azhari Bin Ab. Karim (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn Siti Safia Bt Mat Yasah ( GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn Suhaila Bt Abu ( GPK Koko)
Naib Pengerusi 3 : En Ramadas A/L (GPK Petang)
Penyelaras : Pn Rafatun Addawiyah Bt Ruslan
Kem komanden : En Radzwan Shah Bin Razali
Setiausaha : Pn Eda Bt Minhat

Ajk Kerja
Pengacara Majlis Pembimbing Rakan Sebaya
Kertas Kerja Pn Rafatun Addawiyah Bt Ruslan
Surat Menyurat Pn Khogila A/P K.Gunalan
Pegangkutan
Hadiah (Penutup) Pn Eda Bt Minhat
Pn Wan Athirah Binti Wan Sulong
Pn Jamilah Binti Abdullah
Pn Nur Anis Asyikin Bt Mohd Yusoff
Cik Nor Hasnira Erni Binti Mohd Noor
Aktiviti & Modul En Radzwan Shah Bin Razali
Fasilitator En Mohd Suhaimi Bin Md. Sukor
Cik Noor Adila Bt Jafar
Cik Wan Najwa Binti Wan Mohd Shaffii
Cik Thamil Chelvi A/P Munusamy
Pn Woon Chui Ngai
En Mohammad Firdaus Bin Ramlee
En Mohd Hasnor Bin Mohd Hasim
Cik Noorshairah Binti Ramli

LOKASI / TEMPAT :

Kem Kaizen Gunung Pulai,


Kampung Sri Gunung Pulai 2,
Jalan Bakar Arang,
81500, Pekan Nenas,
Johor Darul Takzim

PENGISIAN

1. Pendaftaran.
2. Taklimat dan suai kenal.
3. Ice breaking dan pembentukan kumpuan.
4. Ceramah.
5. Latihan dinamik kumpulan.
6. Kembara ( Siang dan malam )
7. Pengisian kerohanian (solat berjemaah, kuliah, zikir dan sebagainya).
8. Latihan kecergasan fizikal.
9. Konsep pembelajaran dari pengalaman.
10. Azam dan janji ikrar.
TENTATIF KURSUS KEPIMPINAN MUDA DAN JATI DIRI 2019
Tarikh : 24 April 2019 (Rabu) Hingga 26 April 2019 (Jumaat)
Masa :2.00 Petang- 11.30 Pagi

24.4.2019 (Rabu)

2.30 - 04.00 ptg : Bertolak ke Kem Kaizen Gunung Pulai, Johor


04.30 – 05.00 ptg : Taklimat & Penempatan
05.00 – 06.00 ptg : Mental Setting & Ice Breaking
06.00 – 07.00 ptg : Solat Asar & Makan Malam
07.00 – 09.00 mlm : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib & Solat Isyak
09.00 – 10.30 mlm : Night Walk
10.30 – 11.00 mlm : Minum Malam
11.00 – 11.30 mlm : rumusan

25.4.2019 (Khamis)

05.30 – 07.00 pg : Solat Subuh & Kuliah Subuh


07.00 – 08.30 pg : Senaman
08.30 – 09.00 pg : Sarapan Pagi & Siap Diri
09.00 – 10.30 pg : LDK 1 (Titanic)
10.30 – 11.00 pg : Minum Pagi
11.00 – 01.00 tgh : LDK 2 (Sungai Asid)
01.00 – 02.00 ptg : Makan Tenghari & Solat Zohor
02.00 – 02.30 ptg : Taklimat Kembara
02.30 – 06.00 ptg : Kembara Belantara
06.00 – 07.30 mlm : Siap Diri & Solat Asar & Makan Malam
07.30 – 09.00 mlm : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib & Solat Isyak
09.00 – 10.30 mlm : Rumusan Kembara
10.30 – 11.00 mlm : Minum Malam
11.00 – 11.30 mlm : LDK 3 (Taklimat Blind Fold)
11.30 – 01.00 pg : LDK 3 (Blind Fold)

26.4.2019 (Jumaat)

05.30 – 07.00 pg : Solat Subuh & Kuliah Subuh


07.30 – 08.00 pg : Riadah
08.00- 08.30 pg :Sarapan
08.30 – 11.00 pg : Merempuh Halangan
11.00 – 11.30 pg : Siap Diri, Makan Tengahari&Solat & Bersurai
11.30 – 01.00 ptg : Rumusan & Penilaian & Penutupan
KEWANGAN

PERBELANJAAN
Perkara Harga Kuantiti/Masa Jumlah
Tapak Perkhemahan RM 90 80 Orang Murid RM 7200
Khemah
Makanan
3x Makan Tengahhari
2x Makan Malam
3x Kudapan Malam
2x Sarapan Pagi
Tempat penginapan
Modul & aktiviti
Pengangkutan RM 1000 2 Buah Bas RM 2000
Hadiah RM 300 - RM300
Sijil RM1 80 RM80
Bayaran Makan Guru RM 90 4 RM360
Kecemasan RM 100 RM 100
Jumlah Keseluruhan RM 10040

PENDAPATAN
PUNCA/SUMBER JUMLAH
PCG kaunseling RM 2440
PIBG RM 3200
Peruntukan HEM RM 1400
Peruntukan Unit Kokurikulum RM 3000
Jumlah Keseluruhan RM 10040

PENUTUP

Besarlah harapan agar program yang dicadangkan ini dapat mencapai matlamat dan objektifnya. Usaha
yang berterusan disertai dengan komitmen jitu pelbagai pihak diharapkan akan memberi impak yang
berkesan kepada pembentukan sahsiah diri murid dan jati diri untuk kepimpinan pada masa hadapan.
B. MAKLUMAT ORGANISASI / PEGAWAI YANG DIBENARKAN UNTUK MENGURUSKAN
PERUNTUKAN YANG DITERIMA

NAMA PEGAWAI DAN JAWATAN :

RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN

JAWATAN : PENYELARAS KURSUS KEPIMPINAN MUDA DAN JATI DIRI 2019

C. MAKLUMAT PENGESAHAN

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA :
RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN (Tanda Tangan Dan Cop Jawatan)
Tarikh :
ULASAN GURU PENOLONG KANAN : DISOKONG / TIDAK DISOKONG*

(Tanda Tangan Dan Cop Jawatan)


Tarikh :

D. MAKLUMAT KELULUSAN UNTUK DILENGKAPKAN OLEH GURU BESAR**

: Diluluskan

: Tidak diluluskan

(Tanda Tangan Dan Cop Jawatan)


Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai