Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA IHYA’

RAMADHAN:
PROGRAM TADARUS AL-QURAN

TEMPAT:
GOOGLE MEET

TARIKH:
11 APRIL 2022 – 24 APRIL 2022

ANJURAN:
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR,
MSU COLLEGE KOTA BHARU

KERTAS KERJA IHYA’ RAMADHAN: PROGRAM TADARUS AL-QURAN

1.0 PENGENALAN

Ramadhan datang lagi setelah hampir sebelas bulan meninggalkan kita. Kedatangan
Ramadhan adalah merupakan satu rahmat daripada Allah SWT kepada hambanya. Ramadhan
merupakan bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang
berlipat ganda. Maka, rugilah mereka yang tidak menggunakan kesempatan yang diberikan
oleh Allah untuk berada dalam bulan yang mulia ini dengan sebanyak mungkin. Program ini
dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar
ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala daripada Allah serta dapat memberikan
penghayatan dan pengajaran sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Rasulullah
SAW pernah bersabda dalam satu hadis yang bermaksud: “Barang siapa yang mendirikan
Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka akan
diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu”. Oleh yang demikian, pihak Majlis
Perwakilan Pelajar MSU College Kota Bharu terpanggil untuk mengisi bulan yang barokah ini
dengan aktiviti yang berfaedah kepada pelajar-pelajar MSU College Kota Bharu. Semoga
sedikit usaha kami ini dinilai oleh Allah sebagai amal ibadah demi mencapai redha Ilahi.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
2.2 Menghayati Bulan Ramadhan yang mulia.
2.3 Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
2.4 Melatih diri menggandakan ibadah kepada Allah SWT.
2.5 Membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan.
2.6 Pelajar dapat mengisi masa di bulan Ramadhan dengan perkara yang berfaedah.

3.0 PENGANJUR
Majlis Perwakilan Pelajar, MSU College Kota Bharu.

4.0 SASARAN PROGRAM


Semua pelajar dan warga MSU College Kota Bharu.

5.0 TARIKH, MASA & TEMPAT


5.1 TARIKH : 11 April 2022 – 24 April 2022.
5.2 MASA : 5.00 petang – 5.30 petang.
5.3 TEMPAT : Google Meet.

6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM/BIDANG TUGAS SETIAP AJK


(Rujuk Lampiran A)

7.0 KOS PERBELANJAAN


(Rujuk Lampiran B)
 8.0 KESIMPULAN
Berharap agar Program Ihya’ Ramadhan: Program Tadarus Al-Quran yang
dijalankan ini dapat memenuhi objektif program. Diharapkan agar Pihak Pengurusan
MSU College Kota Bharu dapat menyokong sepenuhnya dan memberi kelulusan
kepada perancangan program ini. Semoga usaha yang sedikit ini akan dinilai oleh Allah
SWT sebagai amal soleh dan mendapat ganjaran yang setimpal daripadaNya.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

……………………. …………………………
(Anis Hayati Binti Abdullah) (En Wan Kamarunizam Bin Wan
Mohamed)
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Pegawai Unit Pembangunan Pelajar,
MSU College Kota Bharu. MSU College Kota Bharu.

DILULUSKAN OLEH,

…………………….
(En Ahmad Masri Bin Hj Mokhtar)
Pengetua,
MSU College Kota Bharu.

LAMPIRAN A

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM/BIDANG TUGAS SETIAP AJK


1. JAWATANKUASA EKSEKUTIF
Pengarah : En Ahmad Masri Bin Hj Mokhtar.
Penasihat Program : En. Wan Kamarunizam Bin Wan Mohamed.

2. JAWATANKUASA INDUK
Pengarah Program : Anis Hayati Binti Abdullah.
Naib Pengarah Program : Muhammad Syamim ‘Aiman Bin Sukri.
Setiausaha Program : Nur Sabrina Binti Othman.
Bendahari Porgram : Nur Aina Adlina Binti Mohd Zainuddin.

3. JAWATANKUASA TEKNIKAL
AJK Pendaftaran Peserta : Muhammad A’fif Danial Bin Zamzuri.
AJK Multimedia & Publisiti : Muhammad A’tif Danial Bin Zamzuri.
AJK Google Meet : Muhamad Hakim Bin Malik.
AJK Poster : Nur Khaliesah Binti Kamaruzaman.
Pengacara Majlis : Muhammad Syaffiq Danial Bin Mohd Sani.
AJK tugas-tugas khas : Muhammad Afiq Danial Bin Zamzuri.
: Nur Huda Nabilah Binti Zainal Abidin.

Jawatan Bidang Tugas


Pengarah Program - Memastikan AJK menjalankan tugas dengan baik.
- Memantau tugas kerja AJK program.
- Memutuskan sesuatu keputusan.
Naib Pengarah - Membantu pengarah untuk memantau tugas kerja AJK.
Program - Menjadi pemangku pengarah sewaktu ketiadaan pengarah.
- Melaporkan kepada pengarah diatas setiap progress kerja AJK.
Setiausaha - Menyediakan senarai nama peserta.
- Menyediakan surat panggilan mesyuarat dan minit meeting.
- Menyediakan Laporan Program.
Bendahari - Menentukan kos perbelanjaan.
- Memastikan setiap pembelian menggunakan resit.
- Menyediakan satu rumusan bajet.
AJK Pendaftaran - Menyediakan borang pendaftaran program melalui Google Form.
Peserta - Memastikan peserta mengisi nama dan maklumat di dalam Google
Form yang telah disediakan.
AJK Google Meet - Menyediakan Link Google Meet setiap kali program berlangsung.
- Menghantar Link Google Meet di dalam Whatsapps Group.
AJK Poster - Menyediakan poster program.
- Menyediakan Template Background Google Meet.
AJK Multimedia & - Mengambil gambar dan rekod video semasa program berlangsung.
Publisiti - Menghebohkan program melalui sosial media seperti Whatsapps
group,Iinstagram dan sebagainya.
Pengacara Majlis - Mengacarakan majlis dengan lancar.
AJK Tugas Khas - Menerima segala arahan dari pengarah program.
- Bersedia untuk membantu AJK lain sekiranya diperlukan.

LAMPIRAN B
Anggara Belanjaran
NO PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Cenderahati RM 5 x 30 RM150.00
TOTAL RM 150.00
      
 Cadangan Belanjawan
NO. PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Penaja - Rm 150.00

TOTAL RM 150.00

Anda mungkin juga menyukai