Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PERMAINAN INDOOR (REHAT


MINDA)

TEMPAT:
MSU COLLEGE KOTA BHARU

ANJURAN:
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR,
MSU COLLEGE KOTA BHARU

KERTAS KERJA: PERMAINAN INDOOR (REHAT MINDA)

1.0 PENGENALAN
Program Permainan Indoor (Rehat Minda) ini merupakan salah satu daripada
tiga manifesto Presiden MPP, MSU College Kota Bharu. Program ini bertujuan untuk
memberi peluang kepada para pelajar MSU College untuk merehatkan minda mereka
daripada tekanan pembelajaran. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi
kemudahan kepada para pelajar untuk mengisi masa lapang mereka dengan melakukan
perkara yang berfaedah disamping dan mengeratkan lagi hubungan antara ahli MPP
dan para pelajar. Permainan-permainan Indoor yang disediakan juga dapat
meningkatkan kemahiran kognitif pelajar dan memberi impak yang positif dalam diri
pelajar untuk bersantai sambil bermain bersama kawan-kawan. Seterusnya, pelajar-
pelajar akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis permainan Indoor yang menarik dan
bermanfaat untuk mereka.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Merangsang pemikiran pelajar dalam membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.
2.2 Memperkenalkan dan mempromosikan permainan Indoor pada golongan pelajar
masa kini dan masa akan datang.
2.3 Pelajar dapat mengisi masa lapang dengan bermain permainan Indoor bersama
kawan-kawan.
2.4 Mengeratkan hubungan antara ahli MPP dan pelajar MSU College Kota Bharu.
2.5 Merealisasikan manifesto President MPP yang ingin menyediakan permainan Indoor
kepada para pelajar untuk kegunaan mereka pada waktu lapang.

3.0 PENGANJUR
Majlis Perwakilan Pelajar, MSU College Kota Bharu.

4.0 SASARAN PROGRAM


Semua pelajar MSU College Kota Bharu yang ingin masa lapang dengan bermain
permainan Indoor.

5.0 TARIKH, MASA & TEMPAT


5.1 TARIKH : Bermula 1 April 2022.
5.2 MASA : 9.00 Pagi – 5.00 Petang.
5.3 TEMPAT : MSU College Kota Bharu.
6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM/BIDANG TUGAS SETIAP AJK
(Rujuk Lampiran A)

7.0 KOS PERBELANJAAN


(Rujuk Lampiran B)

 8.0 KESIMPULAN
Berharap agar Program Permainan Indoor (Rehat Minda) yang dijalankan dapat
memenuhi objektif program di samping dapat memupuk jati diri pelajar dalam melakukan
aktiviti-aktiviti berfaedah dengan bermain permainan Indoor. Diharapkan agar Pihak
Pengurusan MSU College Kota Bharu dapat menyokong sepenuhnya dan memberi
kelulusan kepada perancangan program ini.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

……………………. …………………………
(Anis Hayati Binti Abdullah) (En Wan Kamarunizam Bin Wan
Mohamed)
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Pegawai Unit Pembangunan Pelajar,
MSU College Kota Bharu. MSU College Kota Bharu.

DILULUSKAN OLEH,

…………………….
(En Masri Bin Hj Mokhtar)
Pengetua,
MSU College Kota Bharu.

LAMPIRAN A
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM/BIDANG TUGAS SETIAP AJK

1. JAWATANKUASA EKSEKUTIF
Pengarah : En Ahmad Masri Bin Hj Mokhtar.
Penasihat Program : En. Wan Kamarunizam Bin Wan Mohamed.

2. JAWATANKUASA INDUK
Pengarah Program : Anis Hayati Binti Abdullah.
Naib Pengarah Program : Muhammad Syamim Aiman Bin Sukri.
Setiausaha Program : Nur Sabrina Binti Othman.
Bendahari Porgram : Nur Aina Adlina Binti Mohd Zainuddin.

3. JAWATANKUASA TEKNIKAL
AJK Keselamatan Peralatan : Nur Huda Nabilah Binti Zainal Abidin.
AJK Aduan permainan : Nur Aina Adlina Binti Mohd Zainuddin.
MPP bertugas mengikut hari
Ahad : Muhammad Hakim Bin Malek /
: Anis Hayati Binti Abdullah.
Isnin : Muhammad Atif Danial Bin Zamzuri /
: Muhammad Syamim Aiman Bin Sukri.
Selasa : Muhammad Afiq Danial Bin Zamzuri /
: Nur Sabrina Binti Othman.
Rabu : Nur Khaliesah Binti Kamaruzaman /
: Nur Aina Adlina Binti Mohd Zainuddin.
Khamis : Muhammad Afif Danial Bin Zamzuri /
: Muhammad Syaffiq Danial Bin Mohd Sani.

Jawatan Bidang Tugas


Pengarah Program - Memastikan AJK menjalankan tugas dengan baik.
- Memantau tugas kerja AJK program.
- Memutuskan sesuatu keputusan.
Naib Pengarah - Membantu pengarah untuk memantau tugas kerja AJK.
Program - Menjadi pemangku pengarah sewaktu ketiadaan pengarah.
- Melaporkan kepada pengarah diatas setiap progress kerja AJK.
Setiausaha - Menyediakan Buku Rekod Penggunaan Permainan.
- Menampal dan menyediakan S.O.P penggunaan permainan di
setiap peralatan permainan.
Bendahari - Menentukan kos perbelanjaan.
- Memastikan setiap pembelian menggunakan resit.
- Menyediakan satu rumusan bajet.
AJK Keselamatan - Memastikan peralatan permainan sentiasa berada dalam keadaan
Peralatan baik.
- Memaklumkan sebarang kerosakan pada peralatan kepada
pengarah program.
AJK Aduan - Menerima aduan daripada para pelajar.
Pemainan - Memaklumkan aduan kepada pengarah program untuk tindakan
selanjutnya.
MPP Bertugas - Memastikan setiap pelajar menulis nama di dalam Buku Rekod
mengikut hari Penggunaan Permainan.
- Memastikan pelajar menyimpan semula alatan permainan yang
dipinjam di tempat asal.
- Melaporkan sebarang masalah atau kesulitan yang berlaku
sepanjang tempoh pengawasan kepada pengarah program.
- Memastikan alatan permainan berada dalam keadaan yang baik
sewaktu proses peminjaman dan pemulangan.

LAMPIRAN B
Anggara Belanjaran
NO PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 UNO Stacking Block RM 14.00 x 1 RM 14.00
2 Congkak RM 16.00 x 1 RM 16.00
3 Pirate Barrel Game RM 10.00 x 1 RM 10.00
4 Bingo Line Up RM 5.00 x 1 RM 5.00
5 Carrom & Dam Haji RM 40.00 x 1 RM 40.00
6 Scrable RM 22.00 x 1 RM 22.00
7 Hokey Soccer Game RM 20.00 x 1 RM 20.00
8 Puzzle RM 7.00 x 3 RM 21.00
TOTAL RM 148.00
      
 Cadangan Belanjawan
NO. PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Penaja - Rm 148.00

TOTAL RM 148.00

Anda mungkin juga menyukai