Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROGRAM MELAHIRKAN BINTANG IDRISIAN


BOLA SEPAK, BOLA BALING, BOLA TAMPAR &
BOLA JARING
SK SULTAN IDRIS II
2018

Anjuran

30 OKT - 16 Nov 2018


1.0 Tujuan

Program ini dirancang dan dilaksanakan untuk memberi pendedahan


secara ”hands on” kepada semua pelajar yang terlibat. Program ini dirangka dan
dirancang untuk membolahkan para pelajar mengatahui segala teori dan situasi
sebenar sesuatu permainan.

2.0 Pengenalan

Dalam dunia sekarang pelajar yang berpengatahuan dan berpengalaman


memainkan peranan yang penting dalam pembentukkan modal insan kelas
pertama. Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci
utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah
digagaskan. Pembangunan modal insan merupakan teras kedua di bawah PIPP
yang akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak
dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains
dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.

3.0 Huraian Kepentingan

Program ini membolehkan para pelajar mendapat dan mempelajari teknik


dan kemahiran baru berdasarkan pengatahuan yang dipelajari dalam bilik darjah.
Program dirangka untuk membolehkan pelajar mengaplikasi semua pengatahuan
dengan keadaan sebenar di atas padang.

4.0 Kerjasama

Program melahirkan bintang idrisian ini akan mendapat kerjasama


daripada guru penasihat kelab dan jurulatih pasukan sekolah dalam usaha
membina pasukan yang mantap untuk tahun hadapan.
5.0 Objektif

 Mempraktikkan semua teori yang telah dipelajari di bilik darjah di


kalangan pelajar sekolah
 Memberi pendedahan kepada situasi permainan sebenar
 Merasai pengalaman sebenar kepada peserta
 Memberi pelajar peluang mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari

6.0 Justifikasi

Prorgam ini memberi peluang pelajar untuk merasai sendiri bermain


seperti mana yang sepatutnya . Peserta juga akan berpeluang untuk mengatahui
dan merasai tekanan dan debaran sebagai pemain sekolah.

7.0 Tarikh Perlaksanaan

Tarikh : 30 Oktober – 16 November 2018


Masa : 7.40 pg . – 10.40 pg
Tempat : Padang SKSI

8.0 Perasmian dan Tetamu

Program ini akan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar dan juga dihadiri oleh
guru penasihat kelab sukan serta jurulatih pasukan sekolah yang akan
membantu melancarkan program yang dirancang.

9.0 Senarai Penceramah

Program yang dirancang tidak menggunakan kepakaran dari luar. Ini


kerana pihak sekolah sendiri mempunyai tenaga berpengatahuan dan
berpengalaman dalam permainan yang dipilih.

10.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran adalah semua pelajar tahun 3, 4 &, 5 SK Sultan Idris II FELDA
IJOK
11.0 Rangka Pelaksanaan / Tantatif Program

( Minggu Pertama Isnin- Jumaat - Bola Baling )


7.30 pg - Pendaftaran pelajar
7.40 pg - Taklimat Keselamatan program dan pembahagian
kumpulan
8.00 pg - Program Fasa 1 dimulakan ( Teori & Undang-undang )
8.30 pg - Pembahagian Kumpulan
9.00 pg - Program Fasa 2 dimulakan (Permainan sebenar )
10.40 pg - Program Bersambung sehingga perlawanan akhir.

(Minggu Kedua Isnin- Jumaat - Bola Sepak dan Bola Jaring )


7.30 pg - Pendaftaran pelajar
7.40 pg - Taklimat Keselamatan program dan pembahagian
kumpulan
8.00 pg - Program Fasa 1 dimulakan ( Teori & Undang-undang )
8.30 pg - Pembahagian Kumpulan
9.00 pg - Program Fasa 2 dimulakan (Permainan sebenar )
10.40 pg - Program Bersambung sehingga perlawanan akhir.

( Minggu Isnin- Jumaat Ketiga Bola Tampar )


7.30 pg - Pendaftaran pelajar
7.40 pg - Taklimat Keselamatan program dan pembahagian
kumpulan
8.00 pg - Program Fasa 1 dimulakan ( Teori & Undang-undang )
8.30 pg - Pembahagian Kumpulan
9.00 pg - Program Fasa 2 dimulakan (Permainan sebenar )
10.40 pg - Program Bersambung sehingga perlawanan akhir.
12.0 Senarai Jawatankuasa Pengelola

Jawatankuasa Pengelola

Penaung : Pegawai Pendidikan Daerah


Pengerusi : Guru Besar SKSI II
Timb. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : PenolongKanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 1 : PenolongKanan HEM
Setiausaha : Setiausaha Kokurikulum Sekolah
N. Setiausaha 1 : Setiausaha Sukan Sekolah

Ahli Jawatankuasa
Pembangunan Bola Baling
En. Hairul B Muhamad ( Ketua ) En. Abd. Aziz b. Yapak
Pn. Shuhaiza bt. Sharif Pn. Fahiratonnizah bt. Abu Bakar
Pn. Faridah bt. Tahir Pn. Zurilawati bt. Zainun
Pn. Hartina bt. Hassan Cik Syazwani bt Shafiai
En. Shahrul Amin b. Mohd Hassan En. Mohd Farrid b. Ibrahim
Cik Rusmawati bt. Mohamad

Pembangunan Bola Sepak


En. Mohamad Rozaimi bt. Shafie ( Ketua ) En. Ku Aziruwaidi b. Ku Aziz
En. Sopian b. Abd Wahid En. Syahrul Azwan b. Amir
Hamzah
En. Herezan b. Muhamad Gapar En. Mohd Farrid b. Ibrahim

Pembangunan Bola Jaring

Pn. Norliza bt. Bahari ( Ketua ) Pn. Habibah bt. Mohamed Nor
Pn. Sabariah bt. Abd Majid Pn. Fadzilah bt. Sahari
Pn. Norhasnita bt Mohamad Esa Cik Nurul Husna bt Zulkifli
Cik Azizah bt. Ismail Pn. Halimah bt. Abd Rahman
Pn. Noraha bt. Abd Rahman Pn. Zaharah. Bt Samsudin

13.0 Anggaran Perbelanjaan

Makan Pelajar RM5.00 X 60 Pelajar = RM300.00


Hadiah = RM150.00
___________
JUMLAH RM450.00
___________

14.0 Keperluan Peralatan

Program yang dirancang akan menggunakan peralatan sukan yang berada


di dalam stor sukan.

15. Penutup

Program yang dirancang adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti


kokurikulum yang akan memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid
melalui gerakkerja fizikal. Adalah diharapkan pihak sekolah dapat memberikan
kelulusan dari segi kebenaran untuk melaksanakan dan kelulusan untuk
menggunakan peruntukan kewangan kokurikulum. Untuk itu pihak jawatankuasa
mengucapkan jutaan terima kasih di atas pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak pentadbiran sekolah. Diharapkan program yang dirancang ini
dapat memberi manfaat kepada anak didik semua.

Disediakan oleh Diisemak oleh

......................................... ...........................................
Herezan b. Mohamad Gapar
Setiausaha Sukan Penolong Kanan Kokurikulum
Sk Sultan Idris II, SK Sultan Idris II
Felda Ijok. Felda Ijok

Diperakukan oleh
...........................................
Othman Bin Yahaya AMP. PJK.
Guru Besar Cemerlang
SK Sultan Idris II
Felda Ijoik.

Anda mungkin juga menyukai