Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TROLAK SELATAN

35600 SUNGKAI
PERAK

KERTAS KERJA

BENGKEL/KLINIK PEMBANGUNAN BOLA SEPAK B11 (2018)


SEKOLAH KEBANGSSAN TROLAK SELATAN

TARIKH : 22 SEPTEMBER 2018


TEMPAT: PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN TROLAK SELATAN

1
1.0 OBJEKTIF

1.1 Mengembangkan kemahiran yang telah dipelajari semasa latihan di sekolah.

1.2 Mencari pelapis-pelapis baru dalam pasukan bolasepak sekolah disamping


mewujudkan suasana kerjasama antara murid.

1.3 Menambahkan kemahiran asas bermain bola sepak secara berpasukan.

1.4 Menyemarakkan sikap bertanggungjawab kepada diri, pasukan dan sekolah.

2.0 SASARAN

2.1 Pemain pelapis pasukan bolasepak sekolah atau pemain baharu yang berminat
menyertainya.

2.2 Pelajar lelaki yang berumur 8 hingga 11 tahun.

3.0 PENGANJUR

3.1 Program ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Permainan Bola Sepak Sekolah
Kebangsaan Trolak Selatan.

4.0 PESERTA / TARIKH / TEMPAT

4.1 Peserta : 40 Orang

4.2 Tarikh : 22 September 2018

4.3 Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan

4.4 Hari : Sabtu

4.5 Masa : Sabtu - 8.00 pagi hingga 5.30 petang

5.0 GURU PENGIRING

5.1 En. Muhammad Aiman Fahmi B. Abdul Hajid

5.2 En. Nik Shakina Al-Ariff B. Nik Daud

5.3 En. Maswafi B. Abd Samat

2
6.0 JADUAL PROGRAM

BIL MASA PERKARA


SABTU
1. 7.30 – 8.00 Pagi Pendaftaran Peserta
2. 8.00 – 10.00 Pagi Taklimat peraturan dan sejarah bola sepak
3. 10.00 – 10.30 Pagi Minum pagi
4. 10.30 – 12.30 Tengah hari Peraturan,Undang-Undang dan Formasi
permainan bola sepak
5. 12.30 – 2.00 Petang Makan tengah hari dan Solat Zohor
6. 2.00 – 3.30 Petang Kemahiran asas bola sepak 1
7. 3.30 – 4.00 Petang Minum petang
8. 4.00 – 5.30 Petang Kemahiran asas bola sepak 2

7.0 PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH


MINUM PAGI/PETANG 40 orang x RM 3.00 RM 120.00
MAKAN TENGAH HARI 40 orang x RM 5.00 RM 200.00

JUMLAH RM 320.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

Wang Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

9.0 FAEDAH

9.1 Peserta dapat meningkatkan kemahiran asas permainan.

9.2 Peserta dapat menanamkan sikap bekerjasama dalam pasukan.

9.3 Peserta dibimbing secara langsung semasa melaksanakan aktiviti dengan


teknik yang betul.

9.4 Peserta memperolehi ilmu yang dicurahkan oleh jurulatih yang


berpengalaman.

9.5 Peserta dapat membina kekuatan dan keyakinan diri apabila berada dalam
situasi permainan.

3
10.0 PENUTUP

Semoga program pembangunan ini berjaya merealisasikan bakat-bakat yang ada


demi melahirkan juara dalam bidang bola sepak dan seterusnya mengharumkan
nama sekolah, negeri dan negara pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

..................................... ....................................
(PN. HASMIDA BT. MOHD OTHMAN) (EN. KHUMAINI B.MD ZAINI)
Setiausaha Pasukan Bola Sepak Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan. Sekolah Kebangsaan Trolak selatan.

Disokong oleh:

....................................
(EN. BAHARIN B. MOHD TAHIR)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan.

Anda mungkin juga menyukai